TERKINI 11mlm-------------------
Baguslah. Keputusan kekal hanya beberapa jam nak naikkan harga tol. Kini dah ditarik balik.
Rakyat untung? Tidak juga.
Rakyat kena bayar RM247 juta untuk untungkan syarikat-syarikat yang dah gemok. Ini wang anda dan saya yang bayar cukai.
Kalau ada yang suruh kerajaan beli balik semua syarikat tol lebuh raya nanti ada pulak suara-suara yang tak puas hati. Jadi gini lagi bagus. Kalau tol naik rakyat mati, kalau tol tak naik rakyat sesak nafas.
Baguslah.
------------------------------------------------------
Pagi ini, kadar tol di lima lebuh raya utama diumumkan akan naik mulai Mac 1 (tiga hari dari sekarang), oleh Menteri Kerja Raya Mohamad Zin Mohamad.
Dan kini (hanya beberapa jam kemudian), Perdana Menteri Abdullah Badawi berkata perkara itu harus ditimbangkan semula.
Adakah ini cara Malaysia ditadbir?
Maaf saya katakan terus terang - Ini kerja orang gila atau orang bodoh.
Kalau nak naik naikkanlah, jika tidak jangan umumkan sesuatu yang membuat rakyat berang, lepas tu nak ditarik balik. Atau nak 'ditimbang semula'.
Fikirkan masak-masak di belakang tadbir, lepas tu baru umumkan kepada rakyat.
Keputusan flip-flop seperti ini sangat dibenci orang ramai.
Jika niat Abdullah ialah untuk menyejukkan hati rakyat, maknanya sebelum ini beliau tidor. Bangun tidor, tiba-tiba menterinya dah umumkan.
Baru dia sedar rakyat marah kadar tol nak naik sedang dunia dilanggar krisis ekonomi.
Atau mungkin tak ada menteri yang memberitahu Abdullah bahawa perkara ini sensitif dan mendapatkan persetujuannya nak naikkan kadar tol setelah difikir masak-masak.
Atau mungkin beliau sibuk menjelajah negara-negara Arab kononnya nak sebarkan nama Malaysia dengan menggunakan jet besar yang dibayar wang rakyat?
Dah terlalu kerap perkara flip flop seperti ini berlaku sehingga saya, seorang pemerhati dan penduduk tetap Malaysia, berasa malu nak kena explain dengan warga Singapura dan pemerhati isu-isu Malaysia.
Juga, flip-flop seperti ini membuat pelabur/investor marah. Jika tengah hari tadi mereka membeli saham-saham syarikat yang berkaitan lebuh raya, sekarang mereka dah 'sangkut' sebab esok hancur semua pasaran saham.
Kadar tol yang nak dinaikkan ialah di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).
Sedih saya fikirkan negara yang dulunya aman dan stabil, sekarang imejnya kelabu asap.
GAMBAR: Kita panggil selipar, mat salleh panggil flip flop.



2 comments:
helo brother - orang singapura jangan pula selesaikan saman jalan raya yang dah lama tertunggak tu- kita orang nak duit bayar kepda konsesi lebuh raya - tolong ya bayar - jangan asyik nak mengelat je ya -
hata
orang spore yg kena saman kerana melanggar peraturan jalan raya msia sepatutnya terus DITANGKAP, selagi mereka tak bayar $$$.
sebab kalau dah pulang ke pulau kecik tu mampoi dia tak nak bayau!
orang spore ni semua alim buaya. kat negeri sendiri semua takut sebab banyak camera jalan raya (dan semuanya aktif!) tapi bila dah ke seberang, hyundai pun dia pecut macam ferrari.
hahaha.
Post a Comment