Masalah besar melanda Bangladesh apabila unit separa tentera (paramilitary) Bangladesh Rifles, atau BDR, memberontak. Hampir diseluruh negara!
Mereka dikatakan telah membunuh ketua setiausaha BDR dan isterinya, kerana marah sangat gaji tak naik dan pihak tentera penuh menekan mereka agar mengurangkan penyeludupan di sempadan - antara India dan juga Myanmar.
BDR menjaga sempadan-sempadan dan dituduh menutup mata atas kes-kes penyeludupan, atau terlibat secara langsung.
Jawapan mereka - gaji kami kecil, jadi terpaksa hidup sebegini.
Dan hari ini, laporan mengatakan sekurang-kurangnya 50 orang telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera penuh di berek-berek BDR.
Kerajaan terpaksa mematikan semua talian telefon bimbit di Bangladesh untuk menyekat penyebaran berita dan laporan mengenai isu ini.
Terdapat 46 berek and 50,000 orang askar BDR.
Pengajaran bagi negara lain - isu gaji kecil boleh membawa padah jika tidak ditangani dengan bijaksana.
Tak tahu apa perasaan rakyat Bangladesh yang bekerja di Malaysia dan Singapura. Tentunya gusar.
Seperti di Malaysia, ribuan ramai warga Bangladesh yang bekerja kolar biru di pulau Singapore ni (tetapi tak lah seramai puluhan ribu yang di Malaysia).
Saya rasa pihak polis di kedua negara sedang memerhati isu ini dengan rapi agar tak terjadi perkara tak diingini jika perasaan meluap dengar berita dari Bangladesh.
The Moon that Embraces the Sun
1 hour ago



0 comments:
Post a Comment