Saturday, 28 February 2009

Fuyoh! Obama tarik keluar tentera US dari Iraq

Mulai tanggal Sept 1 tahun depan, tentera Amerika akan (hampir) sepenuhnya telah ditarik keluar dari Iraq.
Dalam satu setengah tahun lagi.
Sekarang ada 142,000 askar Amerika di Iraq.
Yang akan ditinggal hanya 35,000-50,000 nak tolong 'jaga keamanan' sehingga 2011, tetapi kerajaannya dipulang sepenuhnya kepada rakyat Iraq - yang dia boleh control lah!

Ini mungkin berita gembira bagi ramai orang - apatah lagi yang menentang keras pencerobohan mereka.
Tetapi bagi saya, ia sesuatu yang membimbangkan juga.

- Dulu dia sekat ecokomi Iraq zaman orang-gila Saddam Hussein, sejuta rakyat negara itu mati sebab tak cukup ubat dan makanan.

- Lepas tu dia serang dan tinggal di Iraq, menjadikan negara itu tak aman. Dan askar US memang terkenal menembak sesiapa saja di jalan raya (pada awal pencerobohan).
Banyak sungguh cerita yang saya baca di mana jika kereta orang Iraq tidak berhenti di sekatan jalan, atau memotong konvoi tentera US, terus kena tembak mati kesemua yang di dalam kereta. Termasuk kanak-kanak.
Bukan dia nak kejar dan periksa, dia main tembak macam orang tembak anjing liar.
Katanya sejak pencerobohan, sejuta lagi rakyat dah mati.

- Sekarang, mereka tahu mereka gagal, dan penipu besar dalam kes menceroboh ni (Bush dan kroni-kroninya rupa-rupanya curi duit rakyat Iraq dengan memberikan kontrak-kontrak pembinaan semula kepada member. Jika tak ada duit nak bayar, mereka kebas minyak Iraq! Ini semua fakta, bukan omong kosong). Jadi mereka nak calibut.

Mereka dah tak kisah lagi Iraq ni mampoi ke stabil.

1) Misi Amerika berjaya - dengan membunuh orang-gila Saddam, mereka telah nyahkan orang yang mungkin mencabar Israel. AH! Ini sebenarnya sebab utama pencerobohan!

2) Misi Amerika berjaya sebab sekarang Iraq dah tak akan stabil lagi (orang-gila Saddam, pun pandai tadbir negeri lah. Tak macam Malaysia, yang tadbir negeri semua orang bijak-bijak, sebab tu macam nak rak! Mungkin kita perlu orang gila jaga KL ni. Kahkahkah).

3) Iraq, negeri yang terkaya minyak kedua di dunia selepas Saudi Arabia
, akan jadi rebutan jiran-jirannya Iran, Syria dan Jordan.
Inilah yang Amerika mahu!
Jika orang Arab dan Parsi bodoh (dan mereka memang bodoh, tak macam Pemuda Umno) semua gaduh sesama sendiri, tak ada masa mereka nak fikir isu Israel-Palestin.

'Yahoo. Mission accomplished for US'.


Lepas ni dia bantai Taleban di Afghanistan dan Pakistan - yang ini saya setuju 100 peratus (Caranya mungkin boleh dibahas).
Memang dari dulu, saya rasa Saddam Gila ni tak dibilis pun tak apa, sebab yang lebih merbahaya kepada dunia (dan umat Islam!) ialah Taleban.
Kenapa?
Sebab hanya orang LEBIH gila dari Saddam yang bunuh pelajar perempuan yang nak ke sekolah.
Hanya orang TERLALU gila yang pukul orang di pasar jika tak nak simpan janggut.
Hanya orang SANGAT gila yang tak kasi orang dengar lagu pun. Kedai jual CD lagu atau VCD wayang semua kena bom atau bakar.
Hanya orang PALING gila halalkan bunuh semua musuh dia (yang beragama Islam pun). Dia bukan nak 'convert' orang masuk Islam atau percaya kepada ideologi dia, tetapi sesiapa yang tak sokong Taleban, dia bunuh terus.

Saya tahu benar perangai puak ni sebab kerja harian saya ialah mengendalikan berita Tenggara Asia (termasuk Malaysia) dan benua Indo-Pakistan. Banyak sangat cerita ngeri yang saya baca.

Kasi hancur ini Taleban sebelum ideologi laknat ni sampai ke sini, dan hancurkan Tenggara Asia.
Jika orang Malaysia-Singapura-Indonesia ikut Taleban, anak-anak perempuan kita semua tak boleh ke sekolah (apa lagi bekerja), semua kena simpan janggut (orang Melayu nak suruh janggut tumbuh dua helai pun susah!), semua penyanyi dan penghibur kena tembak mati. Dan jika anda tak sokong mereka, anda menempah ajal.

4 comments:

Ariel S. said...

Saya rasa Singapura-lah yang paling layak untuk menunjuk jalan bagaimana untuk menumpaskan Taliban. Cuba teka kenapa, hehe....

rem said...

sudah pasti spore boleh tunjukkan cara terbaik! kahkahkah.

anda harus melawat spore - nanti hamba tunjukkan madrasah cantik 7tingkat di belakang sebuah masjid yg baru siap di toa payoh.
betul-betul disebelah pejabat saya.

dulu madrasah ini madrasah kampung, sekarang ia ditempat serba moden, dan antara EMPAT madrasah - bukan satu - di spore.
umat islam spore sikit aje, 400,000.
murid-murid muslim di madrasah spore belajar tentang agama islam dan juga matematik dan sains.
jadi mereka dah dewasa boleh cari kerja di luar menjadi guru agama atau pegawai masjid atau pegawai agensi islam macam di msia.
tempat baru itu namanya ialah pusat islam spore - ia ibupejabat majlis ugama islam spura.

islam boleh dibentuk untuk tunjuk ke depan ariel s., bukan utk tunjuk ke belakang masuk longkang taliban.

lagi satu (spore ni nak menang aje, takkan nak ngaku kalah): duit utk buat masjid, madrasah dan pusat islam dibiayai oleh KAMI UMAT ISLAM SENDIRI! tak sibuk 'pinjam' duit rakyat. setiap pekerja islam di spore kena potong MBF, Mosque Building Fund, dari gaji bulanannya. jika gaji anda kecil kena potong S$2. jika besar $10 atau lebih.
kalau tak mau boleh write in katakan saya tak rela duit gaji saya S$2 sebulan dipotong utk buat masjid dan madrasah.
jika anda lihat masjid-masjid baru di spore, semuanya dibina oleh duit kami sendiri.
kami orang miskin di spore tak macam orang melayu di msia, tapi kami rasa boleh 'angkat muka' dengan orang lain jika 'nak lawan' cakap islam siapa bagus/maju dan siapa boleh ajar taliban masuk islam.

ottoman said...

hidup taliban, jangan hina orang yang cuba menegakkan hukum Allah , memang cara taliban agak kasar, tp mcm mahathir la masa dia PM dulu, ganas gak, utk mengawal keadaan agar stabil drpd segala 'civil unrest'. USA serang afghan pun sebab nak halang usaha menegakkan syariat Islam dan mecari Imam Mahdi

sekarang mereka dah mula rasa tertekan dan bibit2 kekalahan dah mula terasa...mereka berjihad utk menghapuskan kekufuran...

dan kebanyakkan cerita buruk taliban tu direka-reka je oleh musuh Islam , Malaysia ni pon bda banyak sgt gejala sosial tahap kurang ajar dan kalau nak ajar semua org ni kena la ala-taliban skit tp boleh dikurang skit terutamanya bahagian TV dan muzik sebab kita ada banyak content islamik dan kalu betul taliban ni zalim tahap anjing kenapa la boleh seorang wartawan british yg selalu memperjuangkan feminism dan mengutuk Taliban yg ditahan taliban peluk Islam selepas beliau dibebaskan drpd tahanan taliban YVONE RIDLEY
lagi satu ada ramai je kat Malaysia ni yg sokong taliban,

rem said...

saya berterima kasih atas pandangan anda.
harap tak kecil hati saya cakap lepas-lepas, maklumlah blog sendiri. sedap main tembak-tembak, tanpa sedar kadang2 peluru kosong, 'bang.

cuma saya memang tak terima orang main bom2, bunuh2 orang biasa sebab tak nak ikut cakap mereka, dan kemudian mengatakan ni ajaran islam.
kalau dia bom askar musuh tak apa, ini orang yg ke pasar.
takut terbawa ke nusantara.

dan saya menentang orang yg halang kanak2 perempuan ke sekolah (di msia misalnya, jika tak salah, 60 peratus dari pelajar uni adalah kaum wanita. jika dihalang mereka ke sekolah, yg tinggal hanya kaum lelaki. erks budak2 jantan ni banyak main2, result lemah. tengok saja saya dulu!)
yg saya khuatir ialah kita sokong kumpulan tertentu tanpa banyak soal sebab dia gunakan label islam dan jihad.
dan dia lawan 'orang kafir'.

saya secara pribadi lebih gemar melihat islam 'jenis' msia-indonesia-spore-brunei (iaitu 'islam melayu') berkembang di dunia.
tapi memang betul jugak, saudara, kadang2 kita nak 'taliban'kan rakyat jelata ni sebab kepala besi sangat....
wallahualam.