
Baru habis pengundian hari Rabu dan Khamis, dah nak gaduh lagi pulak Dr Mahathir Mohamad dengan PM Abdullah Badawi.
Tapi kini yang baru didengar, baguslah.
Ada banyak baiknya: Bakal PM Najib Razak nak semejakan mereka berdua.
Tak tahulah sama ada mereka berdua ni sanggup semeja kerana kemungkinan besar tak ada apa yang dapat diselesaikan.
Isu yang menegangkan yang terbaru ialah kemenangan KJ.
Jika Dr M nak paksa KJ turun dari jadi jawatan ketua Pemuda dan adakan undi semula tanpa anak 33 tahun ini, takkan Abdullah mahu.
Pasti penyokong-penyokong KJ, dan mereka yang kurang senang hati dengan cara 'kasar' Dr M juga tidak akan menerimanya juga.
Tetapi yang pasti: Jika Umno nak dikembalikan kekuatan, 'tension' dalam parti mesti dikurangkan. Ini selain daripada merapatkan kembali hati rakyat dengan parti merdeka ini.
Jika tidak, Umno jadi sabut kelapa.... glug glug glug.



0 comments:
Post a Comment