Malam ini bermulalah Pesta Demokrasi di Perak, Kedah dan Sarawak.
Saya pernah menulis ceritanya sikit tentang pertandingan di dua Bukit dan satu Batang - macam lucah ya, heehee.
Di Batang Ai, Sarawak, BN dijangka menang.
Ini ramalan saya dan ramai orang lain.
OKlah tu sebab 8,600 pengundi, kebanyakannya Iban, mungkin tak begitu marah dengan kerajaan.
Di Bukit Selambau, Kedah, 30 peratus pengundi adalah kaum India. Ini satu kawasanundi yang antara paling banyak pengundi India, seperti di Ijok, Selangor.
BN tidak dijangka menang di sini. Dan tak semestinya Pakatan Rakyat-PKR menang, sebab penyokong Hindraf nampaknya tak senang hati dengan pilihan Anwar Ibrahim yang menamakan seorang penjual kereta second hand sebagai calon. Jadi yang menang mungkin calon Hindraf - calon bebas. Ini kata orang.
Tetapi, tempat yang paling bahaya untuk Umno dan Barisan Nasional, sebenarnya, ialah di Bukit Gantang, Perak.
Di sini, Pakatan meletakkan bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, yang jadi MB selama setahun-kurang-sikit. Beliau adalah dari Parti Islam SeMalaysia atau PAS.
Di sini, 60 peratus adalah pengundi Melayu.
Pengundi Cina ialah 30 peratus dan India 10 peratus.
- Jika ramai pengundi Melayu menyokong Umno-BN di Perak ni, orang tak kisah sangat. Biasalah mereka sokong parti Melayu, dan lebih lagi yang kian nak pulih.
- Jika ramai pengundi India tak sokong Umno-BN pun orang tak kisah sangat. Ini kerana mereka masih marah kerana isu-isu India belum diselesaikan dan ketua-ketua Hindraf - semua hero yang memperjuangkan mereka - masih merengkok di penjara.
- Tapi yang menggerunkan untuk Umno-BN ialah jika pengundi Cina sekali lagi todak menyokong Umno-BN di Perak.
Ini kita tak boleh kata 'biasalah'.
Sebabnya begini: Dalam Mac tahun lalu bila orang Cina Perak mengundi Pakatan, mereka tak tahu bahawa Pakatan akan menang besar.
Mereka mengundi, kata orang, dengan mata tertutup. Dulu undi marah!
Tetapi kali ini, mereka akan mengundi dengan mata terbuka! Ini undi dengan sengaja (Mungkin masih marah!).
Kali ini, mereka tahu yang mereka akan undi itu ialah seorang ketua parti Islam.
Dulu mereka bukan mengundi UNTUK wakil PAS, tetapi kerana TAK MAHU mengundi Umno-BN.
Ini bermakna orang Cina dah takut lagi dengan PAS?
Atau sekurang-kurangnya tak kisah sangat dengan PAS.
Mereka tahu undi mereka itu akan menunjukkan Pakatan dan PAS lebih digemari oleh orang Cina, dan bukan Umno-BN lagi.
Itulah sebabnya sama ada Umno-BN menang atau kalah, pada saya yang lebih harus dimikroskopkan dan didalami ialah tren mengundi orang Cina ini.
Jika orang Cina dah mula mirip balik kepada Umno-BN, gembira hati PM-baru.
The Chinese in Bukit Gantang, this time around, will not vote like in March 2008 where they voted without knowing the whole country would be shaken up. And the state taken over by Pakatan.
The Chinese this time around will vote with their eyes wide open.
Fuyoh.
Papa Chop.. Anak Anak ngap hehe
9 hours ago



3 comments:
they'll with their hearts wide open
Hai semua BN menang!!! mana punya tok nujum ni?
Anonymous,
mungkin hamba tak tulis secara terang. maaf:
batang ai - bn dijangka menang.
bukit selambau: bn dijangkah kalah.
bukit gantang: bn mungkin kalah. jika tanya saya, saya kata bn akan kalah.
tapi bn ada 40:60 chance. iaitu lebih mirip kepada kekalahan, atau jika dilihat dari sudut lain, dia masih ada harapan juga nak menang.
ini survey tak rasmi wartawan2 yg cover pilihanraya ni. mereka dapat maklumat dari pr dan bn. mungkin salah tafsir juga, sebab politik ni kadang2 macam main bola.
Post a Comment