Wednesday, 29 April 2009

Betul ke ni? PAS masih nak berbaik dgn Umno

Betul ke ni?
PAS masih nak berbaik dgn Umno Betul ke ni?
Saya bertanyakan dua member dari puak PAS tentang desas-desus yang saya dengar, dan mereka mengatakan tidak mustahil jika parti Islam ini masih terus mengadakan perbincangan secara sulit dengan Umno demi menyatukan umat Islam dan Melayu.

Salah seorang dari mereka menyatakan ini tidak salah, sebab PAS dalam muktamar tahun lalu di Ipoh (yang saya hadiri) telah bersetuju memberi jalan kepada pemimpin untuk terus mengadakan muzakarah dan muqabalah dengan Umno (atau mana pihak pun, demi umat Islam).
Tetapi dia juga mengingatkan bahawa PAS juga tahu bahawa "mood" rakyat kini mirip kepada Pakatan Rakyat, dan oleh itu tidak apa-apa akan berlaku.
Maknanya, PAS akan hilang kredibiliti jika tiba-tiba lompat masuk BN.

Lagipun, sebagai parti yang mempunyai ideologi kuat, isu sebesar ini akan dibawa kepada muktamar atau pun perhimpunan tergempar.
Takkan lah suka-suka beberapa orang pemimpin nak buat kenyataan bahawa parti itu kini dah besamamu BN.

Yang seorang member lagi berkata Perdana Menteri baru ada "task force" (jawatankuasa bertindak) untuk meneruskan perbincangan tentang penyatuan Melayu ni dengan PAS. Ooi dasyat tu. Kalau benarlah.
Menurut ceritanya, walaupun Abdullah Ahmad Badawi, Tun, dah turun, tetapi isu ini masih terus dimajukan oleh Tok Guru Hadi Awang (TGHA).

Dan yang lebih menarik - dan mengundang spekulasi orang luar seperti saya (bukan ahli PAS atau parti lain) - ialah tulisan blog anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).
Beliau menyatakan setelah mengadakan perjumpaan dengan para ulama PAS beberapa bulan lalu, MB Kelatan kini dah tak "menyerang" idea Unity Government ini.

Tulisan Nik Abduh:
"Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH."

Dan lagi:
"Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 [kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan] beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya."

Tapi kini, nampaknya, Tok Guru Hadi pula yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini - lihat wawancara Harakah di sini. Pulak!

Cerita seperti ini memang masih pada tahap spekulasi saja.
Kita lihat apa akan jadi di Stadium Malawati di Shah Alam pada June nanti apabila PAS mengadakan muktamar dan pilihanrayanya.Ada yang berkata, jika Ustaz Nasharuddin Mat Isa (pemimpin yang dikatan pro-Unity) dapat mempertahankan kedudukannya dengan menewaskan Husam Musa, maka bendera Umno dan PAS mungkin berkibar bersebelahan tidak lama lagi.

(Dari Harakah - sejarah pahit PAS dalam BN dulu - di sini).

Pendapat saya: Unity Government ni tak akan jadi sebab PAS tahu parti sejuta ahli ini akan berpecah dua dan penyokongnya dari bukan Islam pun lari.
Jadi kenapa saya tulis cerita ni? Kerana ada desas-desus baru nampaknya dan juga mengambil-kira tulisan Nik Abduh.
Tetapi, cerita ini mungkin juga mainan orang politik menjelang muktamar PAS....

1 comments:

Anonymous said...

UMNO lupakan PAS saja!

Bergabunglah dengan DAP.