Thursday, 2 April 2009

Dari PM, Abdullah akan dilantik ketua IKIA

Hari ini Perdana Menteri, esok lusa jadi ketua IKIA.
Itulah nasib malang Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa turun oleh partinya sendiri.

Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat Petronas selepas bersara.
Dan Dr M juga dianugerahkan Perdana Leadership Foundation oleh syarikat kerajaan agar tak boring bila dah berhenti.
Abdullah? Katanya, kerana Dr M masih di Petronas dan Perdana, maka Najib garu kepala nak kasi apa kepada Abdullah.

Oleh kerana Abdullah gemar topik Islam - lihat saja ideanya yang gagal, Islam Hadhari - maka IKIM dibawa ke tengah. Iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Oleh kerana nak kasi naik profail Abdullah sikit, markah kesian, maka IKIM akan ditukar nama kepada Institut Kefahaman Islam Antarabangsa.
Pendeknya, IKIA.

(Jangan ketawa, ini cerita betul).

--------------------------------------------------------

UPDATE 11.30PM
--------------------

Kerana khuatir saya disangka merendahkan PM Abdullah, di bawah ini ialah laporan dari akhbar Singapore hari ini.
Dalam bahasa Melayu, saya difahamkam IKIM akan ditukar nama ke IKIA.

From the story by Leslie Lopez in The Straits Times, Singapore:

"The outgoing premier has publicly stated that he wants to be involved in promoting Islamic causes. Najib is expected to appoint his predecessor as head of the respected Institute of Islamic Understanding Malaysia.

Government sources say the body will be renamed the International Institute of Islamic Learning to provide a more international profile to the organisation, which researches religious issues."

5 comments:

ik said...

buat lawak ka orang kota singa? nanti kita pi Ikea ada mascot Pak Lah ke?

Anonymous said...

Buat lawak bodoh ke? Hormat la sikit orang tua tu. Gagal atau tidak kepimpinannya selama 5 tahun akan terjawab jua nanti.

Mahathir patut lepaskan jawatan Penasihat Proton dan Petronas, Pak Lah yang lantik dia ke situ. Mungkin susah untuk Mahathir lepaskan Petronas, kalau lepas Penasihat Petronas, tak boleh lah nak pakai private jet Petronas untuk kesana kesini.

arem8 said...

saya dah kata ini cerita benar.
bukan buat lawak.
baca apa yang diterbitkan oleh akhbar syarikat saya (straits times spore) di sini - baca dua paragraf yang akhir:

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/22012-abdullah-leaves-office-with-a-weak-legacy

website straitstimes.com: http://www.straitstimes.com/The+Print+Edition/The+Print+Edition.html

bugis said...

kalau bolih jgn lah Pa Lah berada di institusi Islam, takut dlm majlis tertidur lagi, malu kita...

Anonymous said...

SEDARLAH WAHAI MANUSIA...TAK PAYAH LA NGUTOK ORG..NAK SIBUK HAL ORANG..BAIK KORANG BERIBADAH MINTAK AMPUN KAT ALLAH DARI KORANG MAIN FITNAH ORG UMNO JE..RENUNG2 KAN..SLAMAT BERAMAL.. SEMOGA ALLAH MAAF KAN KORANG EA..