
Saya pernah menulis di sini bahawa saya khuatir tentang apa yang berlaku di Mahkamah yang melibatkan orang politik BN dan Pakatan.
Mereka membawa isu pergolakan Perak ke Mahkamah. Maknanya mereka mahu menetapkan (settle) isu-isu yang berlaku dengan hakim dengan berasaskan undang-undang.
Yang saya khuatir ialah apabila Pakatan tewas baru-baru ini, ia telah menolak keputusan.
Setakat ini BN belum kalah, tak tahu jika dia kalah dia pun tolak keputusan.
Dan sekarang saya terbaca bahawa bekas/masih Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin mahukan sembilan orang hakim (baca di bawah) untuk memutuskan kesnya - selepas keputusan hakim lima orang tidak diterima Pakatan.
Adakah ini bermakna bahawa jika permintaannya diterima, tetapi lepas tu Pakatan dan beliau tewas lagi di Mahkamah, beliau akan menerima keputusan?
Isunya kali ini ialah sama ada beliau atau Zambry Kadir yang patut jadi MB.
Kalau menang, tentu Nizar terima.
Tetapi kalau tewas, bagaimana pula?
Ditolak lagi? Dan lepas tu maki-hamun hakim kerana dibeli?
Kalau gitu, kan lebih baik jangan bawa ke Mahkamah.
Setiap kali mahmakah dipolitikkan dan dihina, martabat hakim semakin dipandang rendah oleh masyarakat dan pelabur asing.
Memanglah orang kata ada hakim yang mereng, dan kerajaan kena bersihkan.
Tetapi janganlah pula dalam semua kes yang kita kalah, kita serang hakim.
Seperti yang saya pernah tulis:
Tapi adakah ini bermakna pembangkang dah tidak percaya langsung dengan mahkamah? Jika begitu, tak payahlah bawa perkara politik ni ke sana, lepas tu sokong yg dia menang saja.
Sebenarnya - ini seperti saya nak menghasut - tak susah di Malaysia ni kalau nak tunjukkan seseorang itu ‘senget’. Hantar saja ke Raja Petra sebanyak ‘bukti’ mana yg anda ada.
Yang saya khuatir ialah pembangkang menyerang mahkamah bila kalah, tapi sokong bila menang (umpamanya isu Anwar Ibrahim yang dibenarkan mahkamah itu dan ini dalam kes sodomi terbarunya, Beliau berkata mahkamah/hakim ni bagus. Bila desekat mahkamah, bagaimana pula reaksi beliau dan orang ramai.
Saya kata negeri boleh hancur sebab jika pelabur asing tak percaya mahkamah di Malaysia, susah nak ajak mereka masuk sebab kalau ada masalah, mereka takut akan kalah jika hakim dirasakan boleh dibeli.
Sekarangpun, ada negara jiran yang dilihat seperti begitu.
Dan dalam beberapa kontrak besar di Malaysia yg melibatkan pelabur asing, ada clause yg menyatakan jika ada dispute, isu mesti diselesaikan di mahkamah Singapore atau Hongkong (ni menurut rakan saya yg bekerja di syarikat peguam yg besar di KL).
Jadi bagaimana kalau mahkamah terus orang dipolitikkan? Makin rosak imej dan namanya.
Itu yg saya khuatir. Bukan niat saya nak perkecilkan perjuangan pembangkang atau kerajaan.
Gambar hiasan (tak ada kena mengena dengan kes, cuma nombornya pun sembilan: Wali Songo, sembilan wali, the nine founding saints of Islam in Java. Some of them are believed to be of Chinese descent.
--------------------------------------------------------
Malaysiakini
Ousted Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin has applied to the Federal Court to have an unprecedented nine-member panel, when it decides to hear Zambry Abdul Kadir's application to interpret constitutional matters on Tuesday.
Mohd Nizar filed the application through his lawyer Leong Cheok Keng on Wednesday.
If the application is allowed, this would be the highest number of Federal Court judges to hear an application. Normally, a panel of five judges would hear a matter if it concerns constitutional matters.
At present, there are 12 Federal Court judges since the recent elevation of Justice Gopal Sri Ram, James Foong and Mohd Ghazali Mohd Yusoff to the apex court.
When contacted, Leong confirmed that the application had been filed.
He cited two main reasons namely that the case is of public interest and that Mohd Nizar has questioned the legitimacy of the apex court in hearing the application as it involves the interpretation of a state constitution and not the Federal constitution.



3 comments:
Jika ada sikap2 pembangkang yang tak masuk akal janganlah kita ambil pusing sangat, begitu juga dengan perubahan2 yang UMNO lakukan, jika idea itu menghala ke parit, eloklah kita mengambil analisa sendiri.
Rakyat harus lebih berdikari dan tidak lagi menyandarkan nasib kepada polisi dan dasar kerajaan, dan jangan sekali kali ( never 4ever ) bergantung harap kepada janji manis dan perjuangan pembangkang.
Dah letih dah dengan depa ni...
bagusla org singapura ni, kenal wali songo! rtm pernah tayang program tentang wali songo. Walaupun in rtm style but at least they did it.
dear i.k.,
heehee, orang spore pun kenal orang agama tau. walau sikit-sikit saja, tak sepandai orang msia....
kluangman,
sikap heads i win, tails i win bigger ini yg saya rasa akan menenggelamkan pembangkang. ia sama seperti pihak kerajaan tidak lama dulu, semuanya dia saja yg betul.
Post a Comment