Sunday, 19 April 2009

PAS - muktamar akan perjelas halataju parti


Saya pada mulanya nak menulis mengenai muktamar PAS hanya bulan depan, sebab perhimpunan itu akan diadakan di Gombak hanya pada Jun.
Tetapi nampaknya dah banyak cerita dah keluar, kerana pada masa ini pun sedang berjalan pemilihan di bahagian-bahagian. Dan pencalonan.

Nak pendekkan cerita, kumpulan pro-Anwar atau pro-Pakatan -- atau Erdogans -- dijangka memperkuasai parti.
Dan kumpulan yang pro-Umno atau pro-Melayu - atau yang dipanggil kumpulan Terengganu - dijangka mengalami kekalahan.
Tetapi, seperti muktamar Ogos tahun lalu di Ipoh sudah tentunya akan ada suara-suara lantang yang akan mengingatkan dan menasihatkan para pemimpin supaya berhati-hati dengan Pakatan Rakyat ni dan cita-cita Anwar Ibrahim.


Betul, cerita sebenar dalam parti bukanlah hitam-putih, tapi saya hitam-putihkan juga kerana nak ringkaskan laporan - Kumpulan Terengganu akan bertembung dengan Kumpulan Erdogan.
Jika pada pertandingan jawatan PAS setiap dua tahun secara tradisinya dilihat sebagai pertandingan antara Golongan Ulama dan Golongan Profesional.
Tahun ini, labelnya dah tukar sikit.

Baca analisa Mohd Sayuti Omar di sini.
Beliau menamakan kumpulan Erdogan ni Kumpulan Profesional Liberal (Prolib).
Puak yang lagi satu dipanggilnya Kumpulan Ustaz-Ulamak (Ustaz Mat).

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, mungkin untuk mempertahankan benteng Kumpulan Terengganunya, dilaporkan berkata beliau menarik balik tawaran untuk membincangkan kerajaan bersekutu bersama Umno-PAS.
Dia menyatakan bahawa kerana perdana menteri Malaysia dah ditukar orang baru, maka tawaran PAS itu di tarik balik.
Baca analisa Prof Hamirdin (saya nak pakai sarban macam beliau dari zaman tabligh di Singapore dulu, tapi tak tahu macam mana nak ikat!) di sini. Beliau menulis bahawa setiausaha akhbar Tok Guru Hadi, Roslan SMS, tewas di Kelana Jaya.

Untuk Kumpulan Erdogan pula, kemenangan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang digunakan sebagai bukti kenapa PAS harus bekerja dengan golongan yang terang-terang anti-Negara Islam, DAP.
Dan juga dengan kumpulan yang tidak kisah sama ada Negara Islam hidup atau tidak, PKR.
Orang Cina dan India kini dah sokong PAS sebab dah tak cakap lagi tentang (shhh, jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lari), Negara Islam.


Nak ringkas cerita lagi, sebab semua orang pun dah tahu -

1) Presiden:
Tok Guru Abdul Hadi tidak akan dicabar.
Tetapi beliau dijangka akan lebih berhati-hati lepas itu jika nak buat statement tentang Negara Islam, hukum syariah.
Kalau saya nak serang PAS, saya katakan: Parti Islam ni dah jadi macam Umno pulak.
Tetapi penarik beca mengingatkan kita - Tok Guru Haji Hadi bukan senang sebegitu nak diperkecilkan.



2) Timbalan Presiden:
Nasharuddin Mat Isa dijangka akan dicabar oleh Husam Musa, orang kanan Nik Aziz Nik Mat, 'ketua' Erdogan.
Saya tidak pasti lagi sama ada Ustaz Nasha atau Datuk Husam akan menang. Terlalu awal nak kata.
Jika memang Nasha dicabar Husam, siapa pun yang menang akan menukar cara PAS dilihat oleh orang luar.

Jika dulu Nasha dan Husam bersatu nak bilis keluar Ustaz Hassan Sukri dari jawatan timbalan, kini mereka dua pula dijangka bertanding sengit.

Jika Nasha dapat mempertahankan kedudukannya, Husam dah tak ada jawatan. Dia kenalah dilantik ke tempat lain.
Jika Nasha menang, ini boleh dilihat sebagai warga PAS masih perlukan ketua yang dilihat sebagai ulama-dan-profesional dalam satu.
Dan maknanya, kumpulan Erdogan kalah 0-1.
Maknanya ramai warga PAS masih mahu berhati-hati masuk ke dalam Pakatan.

Jika Husam menang, Nasha pula kena mencari jawatan lain untuk dilantik.
Ia akan dilihat sebagai warga PAS halalkan pakatan dengan DAP dan PKR dengan tujuan nak jatuhkan kerajaan Umno-BN.

Pada saya: sayang sungguh jika salah seorang dari panglima PAS ni kalah dan kehilangan jawatan.

Dah saya terbaca, PAS Selayang mencalonkan Ustaz Haron Din sebagai Timbalan Presiden baru. Ah, tapi ustaz pujaan saya ni dikatakan dari golongan pro-Melayu ni. Betul ke?
Dah ada empat nama lagi - baca Siasahdaily.

3) Tiga jawatan Naib Presiden:
Sekarang jawatan disanjung oleh Husam, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang. Hanya Ustaz Ahmad saja yang berstatus ulama.

Katanya, mereka yang akan cuba masuk slot-slot ini kali ini ialah Nizar dan Salahuddin Ayub, kini ketua Dewan Pemuda.
Dan Mat Sabu akan mempertahanan kerusinya.
Juga Ustaz Ahmad Awang.
Tetapi antara Nizar dan Ahmad, kedua-duanya dari Perak, nama Nizar kini lebih hebat.

Tapi takkanlah parti Islam akan setuju jika ketiga-tiga naib presiden bukan dari golongan ulama?
Tak 'balance' lah.




------------------------------------------------------

Di Malaysia ada Erdogan, di Turki kumpulan Ergenekon

ANKARA - Police have detained at least 21 people, including a university president, over an alleged secularist conspiracy to topple the Islamic-rooted government, Turkish media rpoetred.

Police also searched the headquarters of a television station and several branches of a secularist group, the Association to Support Contemporary Life, the state-run Anatolia news agency and other reports said.

The detentions followed a series of earlier arrests ordered by prosecutors investigating an alleged organization called the Ergenekon gang. Prosecutors claim that dozens of military officers, police officers, journalists and academics belong to the group and that they plotted the coup. The name comes from a legendary ancestral homeland of the Turks.

More than 200 suspects have been detained since 2007 in the case that highlights a rift between an increasingly powerful class of pious Muslims who run the government with a strong electoral mandate, and secular elites who fear the government is seeking to impose religion on society.

The suspects are accused of seeking to create chaos in order to trigger a military takeover.

Critics say the arrests are part of the government's attempt to muzzle secular opponents. Prime Minister Recep Tayyip Erdogan denies the charge and says his government upholds Turkey's secular principles.

Those detained for questioning Monday included Prof. Mehmet Haberal, the president and owner of Ankara's Baskent University and professors Fatih Hilmioglu and Ferit Bernay, the former presidents of universities in the cities of Malatya and Samsun, Anatolia reported.

Haberal had organized meetings with secularists opposed to the government, reportedly with the aim of forming a new political movement or party. Haberal also owns pro-secular Kanal B television, whose headquarters were searched Monday.

Ergenekon's alleged ringleaders include two retired generals. They face life in prison if convicted.

Fox News

0 comments: