
Orang Malaysia kan semuanya cintakan perdamaian, peace loving.
Jadi sebab dah tewas di Perak, pihak pembangkang harus tarik nafas dalam-dalam, dan jangan buat hal lagi. Dah penat rakyat tengok ragam kedua pihak. Bosan.
Sebaliknya tumpukan perhatian ke Manek Urai, berkempenlah bermati-matian biar calon Umno kalah lebih teruk lagi.
Lepas tu semua boleh sorak - inilah suara rakyat, jika anda berani berdepan dengan pengundi.
Kalau terus nak serang mahkamah dan hakim baguslah juga, terus saja hancurkan nama negara.
Tapi kan lebih baik ambil cuti seminggu dua kelak dapat kempen kat sini.
Saya difahamkan, selain daripada pilihanraya tahun 2004, Manek Urai biasanya dipegang oleh PAS.
Maknanya ini kubu kuat, kasi hancok itu BN lah. Lupakan dulu Perak dan buktikan bahawa orang Melayu di kampung pun dah tak sokong Umno, dengan memastikan PAS dapat undi yang lebih banyak.
Dari 12,292 pengundi, 99.3 peratus pengundi Melayu.
Majoriti bekas ADUNnya, Allahyarham Ismail Yaacob, dalam March 2008 ialah 1,352.
Umno menang dalam 2004 dengan hanya 53 undi.



4 comments:
oiii bangang
kalau kritik hakim dah mahkamah tak burukkan nama negara la
kalau salahguna mahkamah dan hakim baru la rosak nama negara di arena antarabangsa
bodoh punya manusia
kalau gua lempang lu bertabur gigi gigi nanti
gua rasa macam nak side kick rusuk lu
manusia bangsat la lu ni
jibam
Anonymous,
nak gaduh tak payah physical lah bro. kau nak lempang side kick aku buat apa, kalau takut nak kasi nama betul dan letak gambar.
kita ni kan berbincang. kau kasi phone number dan gambar, kita jumpa. bukan nak bertumbuk, nak berdialog, hamba bayar makan nasi lemak!
anyway, argument saya macam ni,
setiap kali orang msia tuduh hakim dibeli, mahkamah disalahgunakan (macam si bodoh Jibam ni) TANPA BUKTI itu maknanya mereka merendahkan martabat institusi itu.
antara sebab yang membuat pelabur asing takut nak melabur di sesebuah negara ialah apabila mahkamah dikhuatiri berat sebelah dan boleh dibeli (seperti di negara jiran yang besar - hakim dan Pejabat AG pun ramai dah kena tangkap makan duit).
Sebabnya ialah pelabur khuatir bila ada masalah tentang pelaburan mereka (sama ada mereka beli condo di KL atau membina kilang besar di Shah Alam), mereka tentu takut kalah di mahkamah sebab orang kata hakim boleh dibeli (pelabur asing, baik dari Singapura ke negara mat salleh, tak pandai beli2 hakim, secara umum).
Jadi bila pembangkang menuding jari kata hakim telah dibeli setiap kali kalah kes TANPA BUKTI, maka rosaklah nama kehakiman malaysia.
sekarang pun, aku beritahu (kau boleh pergi check) - banyak kontrak besar2 melibatkan pelabur asing ada tertera tulisan bahawa jika ada masalah tentang kontrak berlaku, maka kes harus dihakimkan di Singapura atau Hongkong atau UK - bukan di Malaysia. Maknanya sekarang pun orang dah tak caya sangat dengan sistem kehakiman malaysia. malulah.
jadi buat apa kau nak hancurkan lagi TANPA BUKTI.
kes correct correct correct tu sangat bagus menunjukkan BUKTI (walau tak lengkap, kerana kes ditutup cepat2 oleh bodowi, dan tidak ada yang dihukum) bahawa ada hakim yang dikatakan mereng.
yang saya tak terima, si pembangkang konon saja tak percaya hakim, tetapi bila menang kes dia terima pula!
kan pelik tu, kata mahkamah berat sebelah, halim dibeli, tapi bila menang tempoh hari, terus nizar masuk pejabat MB balik. tak bising pula.
saya tidak berkata bahawa tidak ada hakim yang senget nak masuk neraka, tapi yang saya khuatir SETIAP KALI pembangkang kalah, dia gunakan argument mahkamah dah rosak. bila menang dia terima.
kalau gitu, orang jahat bila dihukum masuk penjara 20 tahun dan disebat pun esok ingut perangai buruk pembangkang dan tuduh hakim dibeli dan disalahgunakan.
Bila dia dibebaskan, cepat2 dia lari keluar penjara.
bangan punya pendirian.
yang saya marah juga ialah Kerajaan msia yang terus buat don't know dan tidak mahu secara tegar dan jelas membersihkan sistem kehakiman.
bodoh juga kerajaan.
Assalamu'alaikum... tuan,
Kenapa perlu belasah UMNO di Manek Urai, apakah tuan tahu apa yang berlaku di Manek Urai. Saya rasa tuan tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku di Manek Urai kerana tuan tidak berada di Manek Urai, Sebenarnya segala kesusahan dan penderitaan kami disini siapa yang ambil kisah. Kalu tanpa UMNO saya rasa orang manek urai masih lagi akan hidup terkurung kerana tiada apapun yang PAS buat di Manek Urai. Apa yang mereka buat hanya memperkayakan kroni-kroni nya sahaja mujurlah UMNO prihatin dengan rakyat manek urai kalu ntidak tak tahulah apa nasib kami. Kami juga menunggu kerajaan PAS buat sesuatu di sini tapi nampaknya seperti menunggu buah yang tak gugur sahaja. Sehingga kini jambatan yang dibina oleh kerajaan UMNO tak pernah oun kerajaan PAS membantu utk memabaikinya semasa rosak mujurlah ada insan yang prihatin dari kalangan orang UMNO yang sengkek membantu menampung membaiki jambatan tersebut, malah wakil rakyat paslah yang kerap menggunakannya pun tak ambil peduli.
Harap janganlah tahu nak bantai orang tapi tak buat apa-apapun untuk kemajuan dan pembangunan rakyat kami disini. Janganlah pandai kritik orang kalu kita tak buat apa-apa.
maaflah sekiranya terlalu emosi, kami tahu penderitaan kami orang lain tak tahu.......... turunlah sendiri bertanya khabar.
Anon 2,
Terima kasih kerana memberitahu tentang Manek Urai.
Memang betul saya tak pernah sampai ke Kuala Kerai (Manek Urai ialah satu daripada empat DUN).
Begitu sedih ceritanya kalau betul.
Tetapi maksud saya sebenar bukan tak faham atau tak peduli penderitaan orang, tetapi ialah (konon) untuk mengamankan keadaan.
ia untuk penyokong pembangkang yang sampai nak bermogok lapar (ini ikut hukum Islam ke tidak?) kerana marahkan hakim dan umno dalam isu Perak. tuduh semua orang salah macam-macam, pembangkang saja yang betul.
jadi kata saya, kalau nak lepaskan geram tentang Perak lebih baik kalahkan umno dengan teruk di sini - iaitu menggunakan kuasa demokratik - daripada terus bising-bising buat kacau di tempat lain.
Opposition - always the victim, never the villain.
Pembangkang - dia saja yang menjadi manngsa, tidak pernah mengaku pemangsa.
Post a Comment