(IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia).
(IKIA = Institut Kefahaman Islam Antarabangsa).
Mereka menyangka saya bergurau cara kasar-kurang ajar.
Adakan PM Malaysia yang baru turun dikatakan nak mengetuai IKIA! Gudang perabot IKEA, mungkin ada yang menyangkakan.
Saya pada masa itu telah menunjukkan laporan tulisan rakan sekerja saya Leslie Lopez bahawa memang benar ada ura-ura tersebut.
Kini lamanberita Insider yang selalu dikatakan dihalatuju oleh 'orang Pak Lah' melaporkan berita yang sama - AAB jadi penasihat IKIM. Cuba namanya belum tukar ke IKIA lagi kot.
Baca di sini.
"The cabinet of Datuk Seri Najib Razak had also decided that Abdullah would play an advisory role at the Malaysian Islamic Understanding Institute (IKIM) as well as serve as an advisor for the various growth corridors which were set up during his tenure as PM.The idea is for Abdullah, as a former chairman of the Organisation of the Islamic Conference (OIC), to strengthen the economic linkages between the Middle-east and Malaysia, especially in Islamic finance as well as oil and gas.
In that capacity, Abdullah will be making his first trip this week to Saudi Arabia."
Dan lagi, AAB dijadikan penasihat Malaysia Airlines. Yang ini tak payah garu kepala.
Dr M dulu dikatakan dijadikan penasihat Petronas agar beliau dapat menggunakan jet syarikat minyak itu untuk ke sana sini dalam kerja seterus beliau untuk mengharumkan nama negara. Beliau memang banyak menjelajah dunia untuk bercakap di forum dan seminar antarabangsa untuk menceritakan bagaimana negara Malaysia membangun pesat.
Jadi AAB, sebagai penasihat IKIM-IKIA juga, akan dapat terbang kelas pertama dengan Tun Isteri untuk mengharumkan nama negara dengan berbincang isu-isu Islam yang memang digemarinya di forum perdana antarabangsa.
Lagipun sebagai bekas PM, kena hormat sikitlah beb. Takkan Dr M dan AAB nak kena beli tiket sendiri dan duduk dengan kalian di kelas ekonomoney?
Rilek, jangan nak melenting. Hormat bekas pemimpin negara.
Cuma yang saya tak faham, apa lagi yang beliau boleh buat sebagai penasihat koridor-koridor pembangunan yang dilancarkanya. Semuanya gagal atau s l o w.



0 comments:
Post a Comment