Mestikah semua isu di Malaysia dipandang dari kacamata Bangsa?
Nampaknya begitu.
Sejak berzaman, negeri saya, Singapura, untung besar kerana kerajaan BN yang diketuai Umno menolak penerimaan orang berbangsa Cina dan India sebagai rakyat yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum bumiputera Melayu.
Ramai yang terpaksa 'melarikan' diri ke Singapura dan negara lain kerana tidak mahu melihat career mereka dan bakatkerja mereka tersekat.
Untung besar Singapore, abang dan kakak.
Semasa saya bekerja sebagai wartawan sektor kewangan (financial correspondent) dengan AP-Dow Jones di Singapura dulu, saya mempunyai ramai kenalan dari sektor perbankan. Mereka bekerja dengan bank antarabangsa ternama, broker saham, broker wang (money brokers), bank dagang (merchant/investment banks), syarikat pasaran hadapan di Simex (futures trading companies in Simex) dan sebagai ahli ekonomi.
Saya pada masa itu menjangkakan kebanyakan mereka ini warga Singapore. Mereka ini berbangsa Cina dan India, Melayu pun ada!
Tetapi apabila saya berpindah tugas ke KL dengan Reuters (penghujung 1994), saya terus menulis cerita-cerita mengenai ekonomi dan menelefon mereka.
Mak oi!
Rupa-rupanya ramai daripada mereka ini warga Malaysia!
Mereka berasa malu nak mengaku dari Sarawak, Kepong dan Perak! Orang Johor pun ada.
Patutlah bidang tugas kerja mereka termasuk ekonomi Malaysia - sebab memang negeri asal mereka.
Bak kata mat salleh: Oh my God!
Terfikir saya: Kalaulah mereka ni semua tak diketepikan, mungkin standard Malaysia dalam sektor kewangan dan perbankan lebih tinggi.
Ini belum saya masukkan para wartawan di syarikat saya yang berasal dari negeri seberang Tambak.
Tapi apa nak buat. Bila ditanya tak mau ke balik 'kampung', tak ada yang mahu. Semua dah muak (termasuk yang Melayu!)
Sekarang ini seorang daripada mereka telah masuk bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore. Dan antara wartawan paling kanan di Temasek ialah yang dulunya orang Malaysia.
Rugi negeri Darul Ringgit.
Jadi baguslah, kalau kalian yang berbangsa Melayu terus mempertikai rancangan PM Najib Razak nak kasi biasiswa kepada yang terbaik daripada pelajar, tak kira bangsa.
Selagi Melayu rasa takut nak berdepan dengan open competition, Singapore Darul Dollar untung.
Teruskanlah mempertikai hak bangsa lain.
(Tak payahlah nak tanya orang Melayu Singapore kena tindas ke, sebab kamu dah syiok lama sangat tekan bangsa lain, aku tak cakap apa-apa pun).
Mayat Rentung Disahkan Nurul Nadhirah
1 hour ago



3 comments:
Pergi lah berhijrah ke Singapura supaya tak di panggil penindas dan tolong lah perjuangkan hak melayu Singapura kerana Melayu Singapura bodoh2 nak bawa jet fighter pun tak layak
Apa yang Najib cuba buat ni?????
apa jadi 1 Malaysia, Jambatan, Petronas dan sekarang Biasiswa baru brapa bulan aje memerintah
Anonymous 30 June 14.28
Ya, biar hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Jadi jaguh kanpong sudah lah.
Post a Comment