
Orang Malaysia, maaf kata, gemar mengutuk Singapore sebab "menipu" tentang isu air dari Johor.
Dengan membayar beberapa sen, Singapore dapat berlambak air Johor ni.
Tetapi yang saya selalu bertanya ialah, kenapa pula negotiator Malaysia tak dapat harga yang lebih baik? Mungkin lemah dalam taktik nak "menipu"? Atau lemah otak?
Dari zaman batu, ke zaman Dr M, ke zaman bapa mertua KJ, pun isu ini tak dapat diselesaikan.
Atau mungkin Singapore kepala besi? Tak tahulah.
Kemudian ada kes lagi.
Khazanah Nasional pada 2006 terpaksa, dan dipaksa, orang politik untuk membeli kembali syarikat Pantai Holdings dari Singapore. Ini dilakukan melalui Parkway.
Rugi ratusan juta negara Malaysia (Bukan salah Khazanah kes ni, orang politik suruh masuk, depa masuk belilah). Ada sikit background di sini.
Habis duit rakyat terbuang begitu saja sebab semua lalai nak periksa kepentingan negara.
Dan kini, kes Bernas pula.
Siapa punya arahan jual Bernas kenapa syarikat Hong Kong, Wang Tak, saya tak tahu.
Yang saya tahu kalau aset sensitif kenapa dijual?
Kalau jika betul yang ditarget ialah keuntungan, dan SUDAH pun dijual, kenapa sekarang orang politik baru sedar?
Kalau Wang Tak mengikut undang-undang sehingga dapat membeli saham sampai nak control Bernas, maknanya, ada undang-undang yang perlu diperketat. Jika tidak mana tahu, esok, saham syarikat telekom, KLIA, penjana kuasa, Malaysian Airlines, syarikat pembekal air, semua kena control orang asing.
Lepas tu baru tersipu-sipu kena beli balik dengan harga tinggi.
Nanti jika ada syarikat Singapore yang telah beli, kami kena kutuk lagi. Walhal yang salah selalunya orang di utara Tambak Johor.
Yang saya pasti, jika orang politik ni hendak beli balik, dia dapat - sebab dia tahu ini semua menggunakan duit rakyat. Duit aku dan engkau yang bayar cukai.
Sampai bila nak pandai, aku pun dah give up.
Agaknya sampai Wang Tak Ada baru kita semua faham.



0 comments:
Post a Comment