Monday, 20 July 2009

Mati di MACC - Bagaimana seluar koyak?

Jenazah Teo Beng Hock telah selamat diabadikan hari ini di Semenyih.

1) Satu isu pelik yang ditanya ramai orang ialah bagaimana seluar mendiang boleh koyak besar di sebelah belakang.
Kalau nak kata seluarnya tersangkut apabila terjun/ditolak/terjatuh, agak mustahil kerana cermin di bahagian luar bangunan semuanya rata - jika ada tingkap dibuka pun ia tidak akan menyebabkan seluarnya tersangkut kerana dibuka dari sebelah bawah.
Ini misteri yang mesti dijelaskan oleh *MACC/SPRM, polis atau kerajaan.
Kerana ramai merasakan isu seluar koyak ini ada kaitan dengan kematiannya.
(*MACC Malaysian Anti-Corruption Commission/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)


2) Dan satu lagi soalan ialah sama ada kerajaan, selepas isu ini, akan membuat peraturan baru tentang selidik-siasat yang dilakukan oleh MACC ini.
Adakah ia akan terus mengadakan 'wawancara' sehingga 3.45 pagi? Dia bukan suspek pun, hanya nak membantu siasatan.

3) Dan kerana telefon bimbitnya masih dengan MACC, adakah ini bermakna Beng Hock belum diarah supaya pulang, tetapi terus ditahan?
Kalau dah di arah pulang, menurut satu laporan kereta Beng Hock ada di bangunan itu. Kenapa nak tidur di situ dan bukan lari pulang (hari yang sama dia nak register perkahwinannya).

4) Dan yang lebih penting, MACC kini namanya dah busuk, jadi apa yang boleh dilakukan untuk menaikkan semula nama MACC?
Susah kalau rakyat dah tak percaya.
Memang betul, orang politik pembangkang menggunakan isu ini untuk membusukkan terus nama MACC, tetapi jangan salahkan orang lain saja.
Suka atau tidak, Beng Hock dilihat telah 'mati dalam tahanan' atau 'death in custody' pertama MACC.

Dan seperti yang saya khuatiri, ada sudah menggunakan isu bangsa - Melayu MACC lawan Cina pembangkang.
Anak orang, tunang orang, bakal seorang bapa dah mati dalam tahanan dengan misteri, tuan, kenapa isu bangsa ini timbul pulak?

There are issues when race-religion does not matter.
You know why?
When these mysterious deaths-in-custody issues happen, I always put myself in the shoes of the family of the dead person.
Whether A.Kugan or Teo Beng Hock or a death while doing National Service (anak orang Melayu), I often ask myself:
What if that was my son? What if he went to/was held by the authorities, and a day/days later was found dead due to unusual circumstances?

0 comments: