Tuesday, 14 July 2009

PAS pertahan Manek Urai - exit polls

TERKINI 10.30MLM
-------------------------------------------------------

Ish ish ish. Rupa-rupanya saya kena spin dengan PAS. Dia kata dia menang dengan 2,000 undi, tetapi rupanya hujan di tengah hari.
Menang dengan 65 undi saja.
Tetapi pemenang sebenar, seperti kata Lawyer Kampung di sini, ialah para pengundi yang mengajar politikus dan politikam apa makna undi mereka.
Awal tadi saya berkata kasihan Tok Pa. Dengan kurang banyaknya undi untuk PAS, ia menunjukkan tidak sia-sia kerja beliau.
Jambatan RM7 juta itu macam mana? Dah jatuhkan nama orang Manek Urai, saya rasa baik buat saja, kot.

Pak Najib? Wooi. Sekurang-kurangnya anda boleh berkata anda mendapat sokongan juga.
The Merdeka polls showed 65 per cent of the rakyat supports you.
Manek Urai showed that because 65 more people did not support you, Umno lost.

Rakyat nampaknya merangkak, belum berlari, ke arah Umno. Tetapi ia cukup untuk menunjukkan PAS dan Pakatan bahawa the Grand Ole Party, GOP kata orang Amerika, is back.
Errr. Maybe.

---------------------------------------------------------

PAS dah menang, katanya.
Dahlah tu, dengan undi majoriti lebih besar dari 1,352 yang dimenanginya dulu.
Mungkin PAS dapat 2,000, menurut laporan.

Seperti yang saya dah tulis beberapa hari lalu, pembangkang akan gunakan kekalahan Umno-BN ini untuk menujukkan bahawa PM Najib Razak masih ditolak orang Melayu sendiri.

Najib sendiri mungkin dah dapat message terang bahawa Umno akan kalah. Tidak seperti Abdullah Badawi dulu yang berkempen dalam pilihanraya kecil, PM tidak turun langsung ke padang untuk berkempen.
Ramai orang sibuk kenapa Nasharudin Mat Isa tak turun, tetapi lupa bahawa akhirnya yang tak turun langsung ialah PM Najib.

Analysis hangat: Kenapa PAS menang, walaupun ada pertelingkahan?

1) Icon PAS Nik Aziz Nik Mat.
Tak payah cerita banyak. Umno masih belum ada pemimpin yang begitu disayangi sehingga 90 peratus orang keluar mengundi.
Kempen Pok Nik kempen moden - Umno katanya membayar pengundi untuk pulang RM300 seorang, Nik Aziz pakai telefon.
Dia meninggalkan pesan kepada pengundi luar daerah supaya pulang dan 'baca bismillah, ingat Tuhan dan pangkah bulan'.

2) Jambatan 150-m, berharga RM7 juta.
Kalau sayalah, saya akan katakan: Murahnya harga diri aku dan kampung aku.
Ini cara ugut dan 'rasuah' taktik lama.
Nak jadikan Manek Urai bandar agropolitan - juga taktik merasuah yang orang dah jemu.


3) Data 12 pilihanraya di Manek Urai, yang saya dapat:
- PAS menang paling besar dengan mendapat 62 peratus undi dalam 1999 - iaitu zaman kemarahan rakyat kerana Reformasi Anwar Ibrahim.
- Umno pula menang terbesar pada 2004 dengan mendapat 51 peratus undi (53 jumlah undi). Ini tahun 2004 ialah zaman Umno terkuat kerana PM Abdullah baru naik dulu.
Maknanya, tempat ini kubu kuat PAS.


Now, back to the ole drawing board.
If the Malays (99 per cent of the voters were Malay) of a very rural constituency - Manek Urai is two hours by car from Kota Baru! - have rejected this new government, it surely is a sad day for its future.
I was thinking maybe PAS would still win but by a lesser margin.
But no, orang Melayu di kampung pun belum pasti nak Umno lagi.
How now, brown cow?

Saya kasihan dengan Tok Pa, sebab dah tiga minggu lebih berhabisan di sana. Dia menteri tetapi kerana ugas kena duduk di pendalaman tiga minggu lebih.
Ketua Umno lain, kata seorang rakan wartawan yang di sana, hanya tunjuk muka konon berkempen apabila Timbalan PM Muhyiddin Yassin ada. Kebanyakan mereka tak buat seperti Tok Pa - masuk kampung, duduk makan-minum bersama, dalam kesusahan orang.





1 comments:

kluangman said...

Kalau kalah, UMNO masih relevan dan diperlukan untuk terus berubah dan insaf diri.

Jika menang, kadok naik junjung - lagi susah nak diperbetulkan.

Kemenangan untuk PAS pula tidak banyak membawa perubahan tetapi lebih kepada meneruskan politiking dalaman.

Dan bagi pengundi dan penduduk Manek Urai - kembalilah menoreh esok paginya kerana tiada lagi cuti peristiwa atau janji2 manis untuk ditaburkan, tak ada siapa lagi nak belanja makan kat warong - jangan mimpikan jambatan baru, jangan mimpikan pahala sekadar menatap poster nik aziz yang sudah lusuh.

Jangan salahkan UMNO atau PAS - salahkan diri sendiri.