
Pejuang seni yang kini memperjuangkan PAS di Klate, kickdefella, menunjukkan di blog beliau beberapa peta galian minyak-gas yang saya pasti berasal dari sumber rasmi.
Jika betul, ia semacam menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia - termasuk Petronas - sengaja tidak mahu membayar wang royalti minyak-gas kepada Kelantan.
Petronas dalam isunya terpaksa buat donno sebab ini terpulang kepada kerajaan Persekutuan, bukan terpulang kepadanya nak kayakan kerajaan Nik Aziz yang banyak nikmat.
Kerajaan persekutuan pernah berkata minyak-gas yang digali bukan milik Kelantan kerana ianya didalam Joint Development Area (kawasan pembangunan bersama) [JDA] Thailand, dan lagi satu dengan Vietnam - sebab kawasan tertindih, iaitu Thai dan Viet berkata kawasan itu kawasan mereka.
Tetapi PETA - lihat di atas (saya 'pinjam' dari kickdefella) - jelas menunjukkan bahawa kawasan gas dan condensate (campuran gas dan cairan) kebanyakannya dalam kawasan Kelantan, bukan JDA!
Apa kata Hassan Marican, ketua pegawai eksekutif pujaan saya? (Depa tak kenal saya pun)
------------------------------------------------------
1) Sayugia diingat bahawa apabila PAS memenangi Terengganu dalam 1999, tiba-tiba royalti minyak ditarik oleh Dr Mahathir Mohamad dan dijadikan wang ehsan.
Ianya taktik politik (taktik kotor ke tidak terpulang kepada anda. Saya bukan penyokong PAS atau Umno) kerana pada masa itu PM Mahathir khuatir PAS akan menjadi lebih kuat jika wang lebih kurang RM800 juta-RM1 billion pada masa itu jatuh ke tangan Hadi Awang dan kuncunya.
Tetapi wang ehsan inilah yang akhirnya merosakkan politik Umno Terengganu kerana tanpa diawas oleh kerajaan dan rakyat wang sebanyak itu 'disimpan' dan 'dilabur' oleh Umno.
Saya rasa sehingga kini tak ramai yang tahu berapa banyak yang masih ada dalam bank, lebih-lebih lagi di zaman Abdullah Badawi-Idris Jusoh, sehingga Sultan Terengganu murka lalu tidak mahu lagi akan Idris.
Sampai chedet pun ada bertanya - Where has the money gone to?
2) Dan lebih menarik lagi untuk Kelantan - saya cover pilihanraya Mac 2008, duduk dua minggu di Kota Baru dan ikut pemimpin Umno dan PAS yang turun naik berkempen.
Pada masa itu Awang Adek, yang mengaku akan dilantik Menteri Besar jika Umno menang Kelantan kembali, ada membayangkan beberapa kali - dalam ucapan di depan ribuan orang - bahawa kerajaan Barisan Nasional akan memastikan bahawa paip minyak-gas akan mendarat di bumi Kelantan.
Dia tak cakap pasal royalti, tetapi ada projek nak daratkan paip minyak-gas yang digali itu ke bumi Cik Wan Kembang.
Orang Kelantan pula bengap tak mahu projek, halau Umno semua hingga Awang Adek pun tenggelam tak dapat kerusi....



0 comments:
Post a Comment