
Ini sebenarnya cerita politik Singapura-Malaysia.
Ianya berkisar tentang isu air (water, not wind!).
Hanya beberapa hari lalu, seorang exco Johor berkata negeri itu mempunyai air yang cukup walaupun kena 'berkongsi' sumber itu dengan Singapura - laporan di sini.
Beliau berkata demikian ketika disergah oleh DAP bahawa air sungai Johor dah nak habis dan tak lama lagi Johor kena beli NeWater.
Ia yang membuat saya terfikir - 'kurang ajar punya Cina Johor'*, nanti aku ajar dia hormat sikit dengan Singapore dengan mengeluarkan fakta-fakta air.
(*Ini ikut telo percakapan orang politik Melayulah. Teringat saya mendiang rakan karib saya Eddie Toh, orang Cina Muar yang dengannya saya dulu kerap 'bertengkar' tentang isu Singapura-Malaysia dan isu-isu Cina-Melayu Malaysia-Singapura).
Lagi satu sebab saya menulis ialah untuk pengetahuan sendiri.
Saya tak tahu sejarah mendalam tentang 'air ajaib' ini, yang kini saya pasti boleh menyelamat banyak nyawa di masa depan apabila kekurangan air minum kerana sungai-sungai di mana pelosok dunia pun dah kotor.
Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim pun pernah ke agensi air Singapore, PUB, untuk meminta bantuan nak bersihkan Sungai Klang.
Dan juga, akhbar saya, akhbar kesayangan ramai di negara Tumasick, dalam beberapa hari lalu kerap memainkan cerita-cerita, ahem propaganda, tentang kejayaan Singapura dalam teknologi air, dengan adanya Singapore International Water Week yang baru berakhir.
AL KISAH
-------------------------------------------------------
Dah banyak kali Singapore dan Malaysia bertengkar mengenai isu ini.
Tak payahlah saya ulang semula siapa salah dan sebagainya.
Ini kerana niat saya ialah untuk mengatakan: Ya, benar. Singapura memang khuatir air Johor tiba-tiba 'dipotong'.
Ya, benar juga. Republik ni tidak hanya berdiam diri menunggu ianya terjadi! Ia tidak mahu di 'blackmail' tentang isu ini hingga terpaksa ke mahkamah antarabangsa dan mungkin berperang.
Jadi, apa nak buat?
Dalam cerita ini: Dulu, Singapore hanya ada dua sumber air:
1) air dari Johor.
2) dari kolam air seperti di Macritchie, Peirce dan Seletar. Ada 14 kolam air (reservoirs) di Singapura, tetapi ia hanya boleh memenuhi kira-kira setengah jumlah yang diperlukan.
Keperluaan air yang setengah lagi ialah air dari Johor.
Kolam air Singapore yang ke 15, dan yang terbesar, ialah Marina Barrage - betul-betul di tengah bandar di selatan.
Kini, ia mempunyai dua lagi sumber air:
3) NeWater (terang-terang cakap: air jamban yang diproses), yang diperkenalkan pada 2003.
4) air laut yang diproses (melalui desalination plant, kata rakan saya: air penyulingan).
Ikut propaganda Singapore, negara Tiny Middle Kingdom ini mempunyai Empat Paip Air - sumber air, bukan dua lagi - Four National Taps, kata agensi air Singapura PUB.
Bukan itu saja, jumlah air yang dikumpul oleh Singapore akan melonjak dengan banyak apabila kolam air Marina Barrage siap nanti. Sekarang pun dah siap, tetapi masih dipenuhi air laut.
NeWater: SEGAR DIMINUM.... ya ke?
-------------------------------------------------------
Saya sebenarnya tak pernah minum air NeWater. Secara direct.
Dulu apabila ia baru mula digunakan di Singapore, orang sedunia mentertawakan Temasek.
'Eee, air jamban kenapa diminum? Kan lebih sedap air dari Johor!' kata rakan-rakan saya di Malaysia, memperli saya.
NeWater ini ialah air dari jamban yang di proses menjadi air untuk diminum semula.
Ianya ditapis secara rapi (membrane ultra-filtration), lepas itu airnya melalui proses 'reverse osmosis' (proses penapisan menggunakan tekanan - di sini gambar).
Kemudian (nak bunuh bakteria?) air itu melalui proses ultra-violet (UV treatment).
Yang siap ialah NeWater.
Ianya boleh diminum terus!
Tetapi memahami ramai orang mungkin geli, pemerintah Singapore Darul Dollar tidak terus memasukkan air ini ke dalam paip yang dihantar ke rumah.
Semua NeWater - 15 peratus (blog ini awalnya menggunakan angka lama: 5 peratus) dari jumlah air yang digunakan di Singapore - dipam kembali ke dalam kolam air.
Air ini seperti biasa akan diproses seperti air dari kolam air biasa, sebelum dipam ke rumah.
Maknanya, jika anda pernah ke Singapore baru-baru ini dan pernah minum air paip atau ais atau kopi, anda dah pernah togok NeWater lah!
Di sini angka NeWater terbaru - di tahun depan 2010, 30 peratus dari keperluan air Singapura adalah dari 'air baru' ini.
"Together the NEWater produced by the four plants can meet 15 per cent of Singapore’s water needs.
"The fifth and the largest NEWater plant at Changi with a capacity of 50mgd will be completed in 2010. With this addition, coupled with the expansion of the existing plants, NEWater will meet 30 per cent of Singapore’s current water needs by 2010." - national water agency PUB.
Apa pula dari pandangan Agama (orang Melayu-Muslim ni kalau tak tanya tentang agama di tak syiok. Baik merokok, berjudi, minum bir pun dia dah tahu haram, dia tanya - 'Boleh ke, ustaz?' Nak test ustaz, mana tahu ustaz tersasul, dia syiok. Kadang-kadang tanya saja, bukan nak praktik lagi....Ish ish ish.
Jawapannya ialah..... baca Part 2 nanti....



3 comments:
Hebat tu, artikel segar tanpa isu politik malaysia yang sedang dilanda 'gila babi' import atau/dan tempatan.
Dah lama tak ke singapura, hampir 20 tahun - tak ada hati, tak sampai seru dan lagipun tak nak buang tabiat.
Selain dari sesiapa yang tak sempat togok newater (5% dimasukkan semula kedalam kolam biasa) jangan lupa, air yang sama digunakan untuk membuat atau memproses makanan dan minuman yang kemudiannya di bawa masuk ke Malaysia...
AAaaarrrgghhhhhhhhhh...
kluangman,
jika nak spore boleh menginap di flat saya, kalau sudi.
beritahu haribulan dan mobilefon anda, kita togok newater dan desal water bersama. yok datang! :-)
Bersih dari segi kimia, Suci dari segi islam?? carik jawapan tu ye
Post a Comment