Monday, 13 July 2009

Singapura - air Johor, kolam, NeWater, laut (Part 3)

Awal bulan Julai 2009 ini, saya telah menulis tentang bagaimana Singapura, khuatir air Johor dipotong dan untuk mengurangkan bertekak dengan Malaysia, membuat halatuju baru.
Bahagian 1 (Part 1) di sini.
Bahagian 2 di sini.

Ada yang bertanya kenapa saya menulis cerita tentang isu air ini dalam Bahasa Melayu.
Harapan saya ialah agar pembaca di Malaysia, atau juga di Brunei dan Indonesia, bila suatu hari nanti dia Google/Bing/Yahoo!Search nak cari laporan tentang NeWater atau desalinated water dalam bahasa yang mudah difahami, akan terjumpa tulisan-tulisan saya ini. Walaupun ianya agak basic.

Jadi sedikit sebanyak mereka akan dapat faham isu ini. Walaupun dari kacamata sempit Singapore saja.

Dan lagi satu perkara: saya berani bertaruh dengan anda (sebenarnya saya tak berjudi, ini omong kosong) bahawa NeWater dan DesalWater ini di masa depan kelak - hanya kira-kira 30 tahun dari sekarang - akan menjadi paling popular.
Ini sebab air sungai dan kolam yang diproses untuk diminum semakin lama semakin berkurangan, di merata dunia.

Di sini saya ulangi sikit.
Singapore kini mempunyai apa yang dia panggil 'Four National Taps' - empat paip air nasional - untuk digunakan:
1) Air dari Johor,
2) Air kolam,
3) NeWater,
4) Air laut yang diproses. Desalinated water.

Air dari Johor kini kurang dari 50 peratus kegunaan air yang diperlukan Temasek Darul Haus.
Bakinya kami dapat dari kolam air (reservoirs), air kumbahan yang dibersihkan dan air laut yang telah ditawarkan.
Semuanya 'halal' diminum - baca fatwa Majlis Ugama Islam di Bahagian 2.

Saya dah janji nak tulis Bahagian 3 tetapi macam-macam cobaan.
Bahagian 3 ialah tentang DTSS - Deep Tunnel Sewerage System.
Sejak beberapa minggi kebelakangan ini, semua air kumbahan (air IWK lah, kalau ikut kata orang Malaysia) di Singapura dibawa ke DTSS ini untuk dibersihkan dan diproses.
Setelah suci (tetapi mungkin orang masih geli, ia dipam ke kolam air tadahan untuk dicampur, kemudian diproses sekali lagi sebelum anda meminumnya dari air paip di apartment atau bilik hotel anda di Singapore.
Nama rasmi air yang telah diproses DTSS ini ialah NeWater.

Kilang DTSS ini di Changi dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada bulan lalu. Ianya didirikan dengan harga S$3.65 bilion (RM8.5 bilion). Baca di sini.
Dengan DTSS ini, semakin kuranglah kekhuatiran Singapore bahawa satu hari nanti air dari Johor tidak mengalir lagi ke Temasek.

2 comments:

Anonymous said...

Elok lah inisiatif singapore banyakkan sumber air sendiri;

Dulu-dulu pernah terdengar Singapura (dari surat khabar Singapore le)nak mengambil air dari Pulau Bintan, ape dah jadi dengan inisiatif ini.Atau hanya spin surat khabar Singapura sahaje.. saya dah faham spin surat khabar Singapura bila hal air dengan Malaysia jadikan isu..sampai nak memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia..saya rasa Remie pun secara tak langsung tengah spin lah ni.(maaf kalau permerhatian saya tak betul)

Kalau Singapura dah cukup air, elok cepatkan batalkan perjanjian air dengan Malaysia (sampai 2060 dengan harga murah pulak tu..lama tu..) Dan Singapura tak perlu nak menyatakan ke seluruh dunia kalau Malaysia putuskan air, Singapura sanggup perang kan!

rem said...

Anon,
cerita Singapore nak beli air dari kepulauan Riau ialah cerita lama yang saya pun dah terlupa. terima kasih kerana mengingatkan.
baca detailnya di sini - ada perjanjian dalam 1991 dan 1993, tetapi setelah Suharto jatuh dan bertukar presiden berkali-kali, semua tak jadi.
baca di bawah 'External Sources':
http://goliath.ecnext.com/coms2/gi_0199-346671/Water-supply-in-Singapore-challenges.html

nak kata saya spin pun tak apalah. saya menulis ini bukan dapat gaji pun dan tak ada yang suruh.
cuma saya sendiri nak tahu tentang kedudukan 'water security' singapore sebab saya kini menetap kembali di temasek. rupa-rupanya sumber air paip yang aku minum tu termasuk air jamban dan air laut - yang telah dibersihkanlah.
dulu masa saya ke kl tahun 1994, tak ada newater, tak ada desalinated water.
sekarang saya dah faham, dan saya katakan singapore dah tak khuatir lagi dengan bekalan air dari johor itu.
tetapi ini tidak bermakna malaysia boleh suka-suka potong air, boleh perang oi, sebab dah ada perjanjian. sampai 2060.

yang orang malaysia jual air murah sangat lepas tu tak pandai nak negotiate harga lebih tinggi, janganlah salahkan saya.
saya faham kemarahan malaysia sebab saya campur dengan orang kl dan putrajaya lama dah, tetapi kenalah pandai the art and politics of negotiations.