
Ini satu kejutan di Indonesia.
Anak bekas presiden dan diktator Indonesia, Tommy Suharto, membuat pengumuman hendak menjadi pengerusi Golkar, bekas parti bapanya.
Golkar - Golongan Karya (Professionals Group) - dulunya parti terbesar di negara itu dan disegani, seperti Umno di negara jiran.
Setelah pilihanraya umum Indonesia untuk memilih ahli Parlimen pada April, dan pilihanraya presiden bulan lalu, parti Golkar nampaknya sudah lemah.
Pengerusi Golkar sekarang, Jusuf Kalla - bekas Wapres (Wakil Presiden, atau jika di Malaysia di panggil Timbalan Presiden) - dijangka disingkir pada perhimpunan nasional parti itu bulan depan.
Siapa yang sepatutnya mengganti beliau belum jelas, jadi Tommy (nama sebenar Hutomo Mandala Putra) nak mencuba nasib.
Masalahnya, anak Suharto yang bongsu ini ada sejarah hitam dan kelabu, termasuk masuk penjara kerana membayar orang membunuh seorang hakim.
Baca ceritanya di The Jakarta Globe di sini dan di sini.
(GAMBAR JakGlobe).
Bapak Aburizal Bakrie dan Bapak Surya Paloh, udah tentu enggak duduk diam.



0 comments:
Post a Comment