Friday, 14 August 2009

Dunia di ambang kekurangan gula, ikan salmon


Hanya setahun yang lalu, rakyat sedunia marah sebab harga beras dan minyak melonjak giler.
Ini diikuti dengan harga barangan lain.
Kini ada dua masalah baru mengenai makanan.


1) Sweets for my sweet, Sugar for my honey

Minggu depan dah Puasa, dan kemudian Hari Raya.
Naiklah keperluan gula - untuk buat kuih.
Dan banyak gula digunakan oleh sang Muslim bila berbuka sebab dia nak minum air yang manis-manis belaka. Dan kuih pun letak gula banyak-banyak biar sampai kena kencing manis.
Masak rendang ke, sambal goreng pun orang lempar gula.
Bukan saja di Tenggara Asia, tetapi diseluruh dunia yang ada orang Is-le (ni orang Klate kata) semua nak makan manis!

Maknanya kurang lebih 1.5 billion manusia Muslim (jumlah penduduk dunia 6.7 bilion) akan beli lebih banyak gula dalam 5-6 minggu ini. Yang tak puasa pun jika tinggal di mana ramai Muslim boleh kongsi beli juadah puasa dan kuih Raya. Dan berbuka dengan yang berpuasa, tak ada salahnya.

Tetapi tuan-puan, berita kurang baik.
Kerana kurang hujan di India, dan terlalu banyak hujan di Brazil, ladang pokok tebu banyak yang rosak atau tak menjadi.
Brazil ialah negara penanam tebu terbesar seantero dunia.
India ialah pengeksport gula terbesar.
Dan kini laporan-laporan berkata, dunia di ambang kekurangan gula.
Sebelum semua panik lari ke Carrefour dan Jusco, baca dulu ler.

Kekurangan gula ini dikhuatiri akan merebak ke hampir semua barangan lain.
Jika anda ke supermarket dan lihat bahan buatan biskut, susu, roti canai frozen, Pepsi dan sebagainya, semua pakai gula, gula dan gula.
Yang kita harapkan ialah kerajaan Malaysia baik Singapura dapat kawal harga di dalam negeri masing-masing.


2) If you teach a Man how to fish...

Dan jika seperti ramai orang, anda gemar makan ikan yang mempunyai daging tercantik di dunia, salmon, ada juga berita buruk.
Saya kata dagingnya cantik ialah kerana mana ada ikan lain yang dagingnya berwarna merah jambu-oren dengan berjalur putih. Jalur gemilang.
Tengok saja dah steam.
Potong tipis-tipis, perah lemon sikit dan makan dengan sambal 'wasabe' Jepun. Syiok.

Ikan salmon ini ada yang dipelihara, tetapi banyak yang ditangkap liar. Dia hidup di negeri sejuk mat salleh (Kat Malaysia, Singapore pelihara tilapia cukuplah! Singapore wants more farms - read here)
Tahun ini, masalah besar, Datin dan makcik.

Jutaan salmon tidak muncul untuk beranak-pinak di sebuah sungai di Canada. Aiyoh.
Saya baca berita ni pun dah seram sejuk!
Sebab jika jutaan dah mati, maknanya tak ada yang bertelor untuk tahun-tahun depan. Mampoi nak makan salmon sashimi di restoran Jepun dah tak ada lagi!
Lain kali kita makan tilapia sashimi. Yucks.

0 comments: