TERBARU 11.45mlm
------------------------------------------------------
Apa pulak ni? PM Najib kata tak ada rancangan nak kacau Internet.
Kalau gitu, Rais Yatim berbohong ke? Tak mungkin.
Atau mereka berdua tak berbincang tentang isu ini?
Atau mungkin Najib flip-flop.... errrr.... macam ada perdana menteri sebelum ini.
Apapun, malulah negara jika rancangan kontroversial dah dilaporkan satu dunia, kemudian tak jadi pula. Takkan last minute takut dengan rakyat jika memang niat sebenar ialah nak block website lucah yang tentu ramai rakyat sokong.
Siapa punya rancangan ni? Rais ke atau siapa?
TERKINI 5 PTG
-------------------------------------------------------
Menteri Rais Yatim berkata rancangan filtering software ialah untuk block website seks, bukan bloggers.
Ok lah kalau gitu. Kita kena 'chan' sikit kerajaan buat kerja baik.
Tetapi jangan pula esok lusa, blog Kit Siang dan Malaysiakini dinamakan sebagai porn site, sudah. Jika tidak, nanti ada pula yang demo nak kasi memo....
--------------------------------------------------------
Salah satu dilema pemerintah di mana saja ialah sama ada untuk menaik-taraf pembelajaran pengundinya atau biarkan saja mereka bodoh.
Jika anda lihat negeri di mana rakyat yang bodoh selalunya negara miskin, kerajaan control dengan senapang dan undang-undang ketat.
Atau jika ada negara yang rakyatnya pandai, mereka dicontrol dengan insentif kewangan dan pemerintah yang adil.
Jadi saya terkejut apabila membaca bahawa kerajaan Malaysia Darul TerlaluPandai kononnya hendak control rakyat dengan filter isi internet. Baguslah kalau nak kawal benda lucah.
Tak tahu sama ada idea Menteri Penerangan Rais Yatim atau orang lain, kita tahu niat sebenar - nak control isi blog politik dan website yang tak menyokong kerajaan.
Reuters berkata ianya seperti projek Green Dam (Ampangan Hijau) di China yang gagal - Beijing hendak mengawal isi internet dengan filtering software, tetapi rakyat internet (netizens) membantah.
Ini bukan zaman batu. Kalau you kawal cara ini, mesti ada cara nak mengalahkannya dengan cara lain.
Jika dulu zaman radio, ada kerajaan kuku besi tak beri radio yang tidak menyokongnya membuat penyiaran dari dalam negara, mereka buat dari LUAR negara.
Masa zaman lawan Mahathir dan Reformasi tahun 1998-2000 dulu, kerajaan sekat website yang menggunakan server dalam negara (masa tu belum ada blog), ramai menggunakan host di luar negara.
Jadi, saya rasa gugurkanlah projek Ampangan Hijau ni. Buang duit saja.
Sebab sudah pasti gagal di zaman orang boleh buat blog di luar negara Malaysia, dan orang boleh buat anti-filtering software.
Dan jangan samapi orang sedunia tertawakan Malaysia - orang dah mula tertawakan pun sebab laporannya dah keluar di Reuters dan AFP.
Dan sebagai satu contoh kecil: di negeri Temasek Darul SemuaDiaControl - apabila melihat pilihanraya di Malaysia dijejas oleh internet dan blog, pemerintah Singapura bukan terus menyekat internet tetapi kini sedar ia harus berdepan dengan isu ini. Iaitu ia tidak cuba lari atau mulakan Green Damnya.
Kerajaan Malaysia harus ada cara lain nak tangkis orang yang menyerangnya di internet. Saya ada banyak idea - mudah saja walau memakan masa - tetapi kerana saya tak dibayar gaji nak tolong, pandai-pandai kamu fikirkan sendiri.
Salah satu isunya ialah - kenapa kerajaan hanya terus 'on the defensive'?
ANALISA TERAKHIR: Batalkanlah To' Sri, buat malu aje buat benda ini kerana pasti gagal.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



1 comments:
Setelah lebih drpd 50 tahun negara mencapai kemerdekaan dan mengaku dirinya negara yang termaju di kalangan negara-negara membangun (the most developed of the developing countries), kerajaan tidak seharusnya terfikir akan jalan pintas ini untuk membendung pemikiran rakyat.
Tentu kerajaan mempunyai cerdik pandai dan think-tank untuk berhujah balas dengan fakta-fakta yang meyakinkan. Cara ini kerajaan akan lebih dihormati serta mendapat sokongan rakyat.
Post a Comment