

Heboh satu Malaysia tak lama dulu apabila Mufti Perak membangkang rancangan nak bina sebuah masjid untuk kaum Cina Islam di Perak.
Kalau orang Melayu boleh berkumpul di masjid di Keramat, dan orang India di masjid Jalan Masjid India, kenapa pula orang Cina tak boleh berkumpul nak bincang isu komunitinya?
Di Temasek Darul NoAgama, ramai orang Cina Muslim yang hendak merapatkan diri dengan kaumnya sendiri berbuat demikian di Muslim Converts Association of Singapore atau nama lainnya, Darul Arqam.
Mereka yang di sana kita panggil nama manja OCBC (yang juga nama sebuah bank besar di Singapore) - Orang Cina Bukan Cina. Mereka Cina tetapi sebab Islam, banyak isu lain yang perlu diambil kira.
(Kira-kira 20 tahun lalu, saya aktif di sana, tetapi dah lama tak melawat - di majlis Darul Arqam tinggal dua orang yang saya kenal - bekas presiden Ridzuan Wu dan Ariff Sultan. Baguslah mereka masih aktif).
Susah abang dan Datin, kalau jadi Muslim convert di Singapura di mana orang semua boleh makan dan minum di semua tempat, yang Muslim kena cari tempat yang ada perkataan Halal.
Kena bincang bagaimana jika keluarga menolak mereka yang baru masuk Islam - tak kisah sama ada kerana kawin perempuan Melayu atau kerana yakin dengan Islam.
Jadi saya tak faham kenapa orang Malaysia (pastinya tak semua) melarang orang Cina berkumpul untuk bincang isu 'Islam dan bangsaku'.
Orang Melayu masuk Islam kira-kira 400 tahun lalu apabila peniaga Arab tiba di Nusantara.
Orang Cina masuk Islam kira-kira *1,000 tahun dulu lagi, melalui Silk Route.
(*Bukan 2,000 tahun dulu. Maaf)
Apapun, kini dah ada pun masjid 'berbentuk Cina' di Malaysia.
Ia bersebelahan tempat yang saya suka shopping - di Rantau Panjang di Kelantan.
GAMBARnya sempat saya ambil bulan Mei dulu.
Gambar di bahagian dalam ada di blog ini.
Ceritanya di sini. Harganya RM8.8 juta.



3 comments:
Orang Cina masuk Islam 2000 tahun dulu ?
Biar betul saudara ...
Nabi Muhammad lahir sekitar 1400 tahun dahulu ..
eeks tersasul masuk longkang.
maksud saya 1,000 tahun dulu!
(orang spore cakap pasal islam, tentunya tak sebijak orang seberang tambak).
blog dah diperbetul.
terima kasih.
Tahniah.
Orang Temasek memang kiasu.
Tapi tidak memadai sekadar 1000 tahun sahaja.
Mungkin lebih sesuai jika gunakan juga perkataan LEBIH.
Yakni org Cina masuk Islam LEBIH 1000 tahun dahulu kerana Masjid Huaisheng di Guangzhou dikatakan telah diasas oleh bapa saudara Nabi S.A.W ( Sa`d ibn Abi Waqqas ) dan pastinya bapa saudara baginda tidak hidup selama 400 tahun selepas kenabian ..
Begitu juga halnya dengan Masjid Xian dan Masjid Niujie, kedua-duanya lebih 1000 tahun.
Wallahu a'laam ..
http://en.wikipedia.org/wiki/Huaisheng_Mosque
http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Mosque_of_Xi%27an
http://en.wikipedia.org/wiki/Niujie_Mosque
Post a Comment