Friday, 28 August 2009

Melayu & Islam, kepala lembu & kepala babi

BABAK 1

Kita semua faham apa rasanya apabila secara tiba-tiba, ada rumah ibadat atau bangunan pejabat atau kondominium, akan dibina dekat rumah kita.
Atau jika tanah kosong atau kawasan belukar dekat rumah tiba-tiba akan ditukar kepada hypermarket atau sebuah lagi projek perumahan.

Tentu kita bantah.
Jika perlu dengan berdemo di jalan raya.

Itulah yang jadi dengan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam.
Tetapi kenapa menghina agama lain sampai begitu?

Apa perasaan kita jika esok orang bawa kepala babi macam gitu kerana bantah pembinaan masjid dekat rumah kita?
Lepas tu mereka berkata hati mereka tak aman jika ada masjid di situ sebab bunyi azan dan kuliah subuh yang bising?
Dan mereka kata kepala babi ni untuk Ketua Umno Mr X dan Mr Y.
Tak meletup Umno dan orang Melayu....


BABAK 2

Lagi satu saya tak faham. Dulu orang Seksyen 19 minta kuil dipindah sebab dekat sangat dengan rumah mereka.
Mereka merasakan ditipu oleh PKNS, badan kerajaan Selangor yang selama ini dicontrol oleh Umno - baik Mat Taib, Abu Hassan Omar atau Khir Toyo.
Orang Melayu di situ beli rumah teres, rupa-rupanya di depan rumah dah ada kuil Hindu lama.
Hanya 6m/20 kaki saja dari pintu rumah!
Umno Selangor buat tak tahu selama 26 tahun!

Sekarang kerajaan Pakatan nak tolong orang Melayu Seksyen 19.
Mereka pindahkan kuil ke Seksyen 23 di KAWASAN PERINDUSTRIAN!
Orang Hindu kata semuanya okay.

Rumah terdekat ialah 200m dari kuil ini jika dipindah.
Surau pun 200m.
Kalau orang yang bersembahyang di kuil itu park kereta mereka di kiri kanan jalan sebanyak 100 buah kereta pun, saya rasa tak sampai di depan rumah pertama, yang jaraknya 200m jauh.
Untuk orang KL, jarak anda berjalan dari Suria KLCC ke Masjid KLCC tu baru kira-kira 120m. Ini lebih jauh lagi.
Jadi apa hebohnya, saya tak faham.

Di tempat saya tinggal di Singapore ni, ada sebuah masjid dan DUA buah gereja kira-kira 200m dari flat saya.
Tak adalah bising atau sesak orang gereja tu hingga iman saja jatuh dan tak dapat tenteram nak sembahyang konon.
Orang Cina di tempat saya pun (orang Melayu dan India hanya kira-kira 10 peratus saja di apartmen ini!) tak ada buat hal sebab orang masjid bising.
Bila sembahyang Jumaat, sesak kereta park di kiri kanan jalan raya depan masjid, tak sampai ke apartmen saya pun.


Penjelasan isu ini dibuat oleh orang kuat PAS Selangor, Khalid Samad di blognya, di sini dan di sini. Ada layout helikopter kawasan Seksyen 23 lagi.

Jika beliau bohong atau tersalah, baik anda betulkan demi masa depan negara Malaysia ni.
Saya jarang baca blog beliau, tetapi nampakya beliau menjawab jika ada ditanya orang (macam saya di blog saya).
Sebab kalau asyik gaduh secara ini, dengan menghina bangsa dan agama lain, hancur brader. Hancur.

6 comments:

terasarindu said...

Dah kena current otak otak mereka ini Bro.

Itu sebab kerajaan tidak benarkan street protest, orang naik benci dengan gelagat orang atau gelagat sesuatu kaum.

Mungkin sama Malaysia dgn Singapura, tapi, disini Melayu kuat sikit dari Melayu Singapura.

betul kah?

kluangman said...

Pakai otak nick ajih...DAP tidak hina Islam sebab mereka bukan menganut ugama tersebut, depa tak tau apa apa..UMNo lebih teruk menghina Islam..ingat isu tersebut?

Sekali lagi pakai otak nick ajih..NGO tu bukan penganut hindu, kalau depa nak bawa kepala lembu atau kepala mak bapak depa sakilipun...tak ada kena mengena dengan hindu, depa tak tau apa apa pun tentang ugama tersebut..tidak unsur hina di sini...yang ada sebenarnya pemimpin Melayu dan Islam yang gagal membela bangsa dan ugama mereka.

i.k said...

ya orang temasek boleh buat surau dan masjid di mana2. saya pernah tengok masjid/surau di shop lots di bencoleen rasanya, bersebelahan dengan hotel, pub, karaoke, ok je mereka keluar masuk pegi sembahyang. iman di dalam hati bukan di dalam bangunan, tak gitu. kalau masjid di depan rumah pun tak jadikan kita muslim yang baik, kalau ada kuil/gereja sebelah rumah pun tak boleh meruntuhkan iman yang kuat.
eh macam ustaz la pulak.
Selamat berpuasa orang Temasek.
-hamba allah

Anonymous said...

saya amat bersedih apa yang telah berlaku........ keharmonian dan perpaduan yang kita bina selama 52 tahun telah hancur dengan tindakan kamu.........tindakan kamu akan mengakibatkan peristiwa 13 may berulang.......saya rasa....akta ISA patut di gunakan.......kamu mengancam keselamatan negara .......
saya tinggal di desa jaya kepong.......95% penduduk di sini cina dan india ........masjid di bina di kelilingi rumah cina 100% jarak 20 kaki........awal pagi 5 subuh sudah sembahyang siap dengan pembesar suara........jumaat..... kereta park doulbe parking depan rumah .........kenapa penduduk sekitar tidak protes atau bawa kepala babi ke masjid ..........sebab kita telah di pupuk sikap hormat menghormati antara kaum dan perpaduan kaum ...

rem said...

i.k.,
masjid di bencoolen yg dimaksudkan ialah 'masjid india' yg juga digunakan oleh Jemaah Tabligh. namanya (baru saya check) ialah Masjid Moulana Mohd Ali, tetapi satu singapore panggil Masjid Bencoolen.

ada sejarah kenapa masjid terletak di bawah hotel, hanya kira-kira 1km dari Raffles City complex dan Raffles Hotel yg terkenal. dan kenapa kiri-kanannya semua kedai dan hotel (termasuk karaoke? tak tahulah, saya jarang ke sana).

ini ceritanya (tak tahu jugalah benar ke tidak, ini yg saya dengar dulu lagi):
tapak masjid tu dulu nak kena jual sebab apabila tengah bandar berkembang, ada regulation tak boleh ada rumah ibadat.
tetapi kerana tanah wakaf maka tak boleh dijual komersil. maka sebuah syarikat property pun buat deal bangunkan apartment-hotel di situ, dan di bawahnya dibina semula masjid moden.
Mahal nak mampoi service-apartment Somerset Bencoolen ni (milik Ascott group), kena sewa long-stay. sewa paling kurang dua minggu.
(location map: http://www.expedia.co.uk/pub/agent.dll/qscr=dspv/nojs=1/htid=1080532/crti=1/hotel-location-map).

yg bestnya di sebelah masjid (mengadap jalan) ialah restoran halal milik muslim yg terkenal di spore, Fig & Olive - mediterranean cafe bistro halal sandwiches (www.figolive.com). dia ada lima kedai di spore, satu di jb dan satu di sunway pyramid, msia.

Durian Tembaga said...

Masa saya di Singapore dulu, saya ada ikut pakcik saya ke masjid Al Falah di Orchade Road. Seingat saya masjid ini didirikan dalam sebuah bangunan dimana diatasnya ada Pub dan Karaoke lagi. Terasa best pulak sembahyang kat situ. Dekat ngan shopping center sebelah dia Citi Bank jalan depan sikit dah jumpe Lucky Plaza.. yang bestnya yang sembahyang kat situ kita tengok pun geram je.. setakat cam siti nurhaliza tu bersepah ..alhamdulillah terbuka hati diorang ni nak sembahyang walaupun pakaian seksi sikit..
Good luck ..singapore..