Friday, 21 August 2009

Selangor - Umno-BN mungkin dikuburkan lagi

Jika betullah Khir Toyo atau pemimpin Umno lain nak jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor, saya tak faham apa baiknya.
Tidak seperti di Perak di mana Pakatan sedang rilek, mereka kini dah sedar kemungkinan diserang.
Jadi, jika Khir dan BN nak menyerang, mereka akan terus lari ke Sultan untuk membubarkan DUN.
Lepas tu pilihanraya satu Selangor.

Jika ini berlaku, Umno dan BN akan dihentak lebih teruk dari keputusan pilihanraya umum Mac tahun lalu. Kedudukan kerusi di DUN Selangor kini ialah 36 Pakatan, 20 BN.

Di Perak, selepas lima bulan diambilalih (dirampas, kata Nuwar Brahim), Umno-BN masih belum berani adakan pilihanraya satu negeri sebab pasti kalah teruk macam Brazil lawan Singapore.

Kenapakah saya rasa Umno-BN terus ditolak?
Orang Cina dan India terus muak dengan BN, semua rakyat Selangor masih marah dengan Khir mengenai kes rumahnya yang tidak diperjelas dengan betul, dan luxury trips beliau ke Disneyland yang kononnya menghabiskan duit rakyat.
Dan mereka dapat lihat, katanya, dah kurang rasuah di Selangor dengan Pakatan.

Orang Melayu di Selangor? Saya tak rasa mereka masih sayang dengan Umno.
Tak sampai 50 peratus pun sokongan Melayu di negeri yang paling maju antara 13 negeri di Malaysia Darul DiaSapuSemuaKitaTerusMiskin.
Kenapa? Tak percaya? Jika ke Jalan Ampang, jangan saja ke hotel ternama.
Lawati rumah-rumah orang miskin dan flat kos rendah yang bertebaran di Keramat/AU1 hingga A5, dan di hujung Jalan Ampang.

Pun begitu, bagus juga jika Pakatan cuba digegarkan di Selangor.
Sebab saya nak lihat BN dihancurkan di Selangor.
Maaf jika kasar bahasa, Abang dan Datin.

Sebab jika puak ni dah disedarkan sekali lagi bahawa mereka ni terus dibenci rakyat, maka mungkin mereka akan bekerja keras untuk menarik balik hati pengundi agar tidak bungkus dalam pilihanraya 2013.

Belum terlambat Umno dan BN sedar diri, reform parti dan *kurangkan berpolitik sesama sendiri jika mereka mahu terus berkuasa.
(*Saya dah dengar desas-desus mengerikan dalam Umno yang boleh membawa perpecahan besar, tetapi belum berani nak tulis. Eeee dah saat genting pun masih nak berpolitik).

GAMBAR: Rumah impian saya. Untuk Khir, satu realiti.

12 comments:

Anonymous said...

maaf rem,

orang singapore eloklah kurang cakap pasal politik di malaysia ni, biarlah kami disini menyelesaikannya.. kalau nak cakap pasal politik melayu banyak yang boleh saya katakan di singapore tu..

maaf ye rem.. selamat berpuasa rem

kluangman said...

Bro... untuk merebut kembali Selangor ke tangan BN memang sukar tetapi tidak bermaksud tiada peluang kerana dalam politik tiada yang mustahil.

BN akan tewas kerana pada PRU13 nanti, calon2 MIC dan MCA akan dilelong secara kilo - sudah no value.

Pemimpin UMNO keseluruhannya sudahpun menjangkakan, mereka tidak sebok menyusun strategi untuk menawan tetapi sebok memperkemaskan harta harta yang sedia ada.

Adakah tuan merasakan Khir Toyo akan bertungkus lumus menawan semula Selangor sedangkan dia tahu adalah mustahil untuk dia kembali ke jawatan MB jika BN menangpun...kalau sekadar dia dapat menangkis segala serangan ke atasnya pun sudah dikira cukup baik.

Melihat kepada UMNO dan BN di negeri2 yang tewas..nyata mereka tidak punya strategi dan rakyat makin membenci malahan amat malang, buat apapun termasuk yang baik tetap dipandang buruk sahaja.

Tetapi kerana politik tidak mustahil, satu strategi tersusun tetap ujud di peringkat tertinggi, saat dan ketika untuk dipergunakan..

Cuma, apakah nasib masih boleh menyebelahi mereka.

p/s Bro, teruskan pandangan anda tentang politik Malaysia dari tanah seberang kerana melihat Malaysia dari sana sebenarnya lebih jelas dari melihat ketika berada di dalam.

Anonymous said...

betul tu kluangman, depa masih dok sibuk kumpul harta sendiri sbb lepas ni mungkin tak dapat langsung.Jadi kaut dulu apa yang ada.

Kalau UMNO nak rebut kuasa tukar je sistem pilihan pinpinan dalam UMNO, di mana semua ahli dapat buat undi UMNO pilih pemimpin bukan takat geng geng depa yang dalam list je layak undi dan ketua bayarkan yuran keahlian.

rem said...

Anon 1,
tak payahlah anda minta maaf jika nak marah saya. sebab ini hanya pendapat saya (tak ramai yg baca pun!). saya terima dgn hati terbuka, asal jangan gunakan kata kesat, oklah.
saya kurang cakap pasal politik melayu spore sebab:
1) orang spore umumnya (termasuk melayu) tak cakap politik banyak.
sama ada kita percaya atau tidak, ramai yang syiok dengan PAP (macam ibu saya, sebab katanya orang tua dan miskin banyak ditolong).
memang ada yg benci dgn PAP (katanya rejim kuku besi tak ada freedom, harga barang mahal, golongan elite saja yg kaya - samalah macam isu-isu di msia). tetapi kerana golongan pro-pembangkang ini tak besar, paling tinggi 20 peratus kot, bila tiba mengundi tak menang. di parlimen spore hanya ada tiga saja pembangkang drpd 85 Ahli Parlimen. sehingga pemerintah spore kena lantik 1 pembangkang (losing opposition candidate with the highest votes) agar ramai sikit puak ni dalam dewan. dan pemerintah lantik 9 nominated MPs (orang terkenal dilantik jadi MP) agar ada yg membangkang!
jadi nak tulis apa aku?
tetapi memang saya pernah tulis jika ada isu besar, seperti golongan miskin, harga hartanah melambung misalnya.

2) saya tak banyak bergaul dgn orang spore. gi kerja, balik kerja - balik kerja lewat malam semua orang dah tidor!
jadi kurang faham selok-belok politik spore. sebab ia bukan kerja saya.
tugas saya, di Meja Berita Luar Negeri (Foreign Desk), ialah memerhati isu-isu Asia Tenggara (Southeast Asia tak termasuk Singapore) dan Asia Selatan (South Asia termasuk India, Pakistan, Sri Lanka).
saya pernah blog isu-isu indonesia, india dan pakistan, tapi tak ada respon. bila saya sentuh msia banyak respon!

apa lagi macam hari ini saya sengaja cucuk lebih sikit sebab ramadan. orang lapar lekas marah! heehee.
saya juga khuatir jika saya tulis isu spore di blog ni, ada ke pembaca? anda yg segelintir pun lari ke tempat lain sebab dah tak main isu msia.
di spore blog-blog yg paling popular ialah ah moi-ah moi cantik yg cerita tentang make-up dan shopping. betul! (eg dawnyang.com) atau politik campur jokes (mrbrown.com, talkingcock.com)
blog politik serious tak laku sangat.

dan juga, saya khuatir perkembangan politik msia sebab (dah banyak kali cakap sampai orang muak) saya nak bersara di sana. dah beli rumah dan kereta pun. jadi biarlah politiknya elok sikit.

saya sebagai media tak memihak ke umno-bn atau pas-dap-pkr. kita redah semua.
masalahnya umno-bn ni dah lama sangat berkuasa, dan pakatan banyak idea yg bagus. jadi syiok orang media macam saya mencucuk.
maaf jika saya menggunakan kekata kasar.

kluangman, Anon 2: tks for the comments. macam mana nak baikpulih umno-bn? pening memikirkan.

Anonymous said...

panjang tulisan balas rem pada saya ni, i hope i am not provoking u

sempena bulan baik , maafkan saya.. saya santiasa memantau blog rem ni..

mengenai singapura ini hal sensitif bagi saya juga, kerana keluarga saya masih di sana

saya percaya rem pernah terbaca tulisan seorang wartawan melayu singapura mempersoalkan diri beliau sebagai seorang melayu singapura yang dianak tirikan dan saya masih ingat dulu seorang pelajar melayu singapura yang menjadi pelajar terbaik undang-undang di NUS mempersoalkan kenapa permohonan beliau untuk memasuki jurusan kedoktoran sebelum ini tidak mendapat kelulusan kerana beliau melayu?

sedih saya membaca cerita sebegini
.. begitulah nasib pribumi di singapura..

P/S.. saya pernah terbaca tulisan Rem sewaktu Rem belajar di politeknik Singapura dulu .. masih aktif lagi menkaji dalam bidang ini.

rem said...

Anon,
nak provoke saya pun bagus, agar tak tidor! orang media ni dia suka gaduh pakai perkataan, tetapi jangan maki hamun.

untuk yang tak dapat jadi doktor tu saya harap jangan komplen sebab dianak-tirikan.
ceritanya sama dengan pelajar cina malaysia tak dapat masuk univ tempatan lalu komplen dianak-tirikan. walhal cerita sebenar ialah markah lain yg kurang - anak cina tak gemar bersukan di msia jadi ko-kurikulum ini dia kurang markah. anak melayu menang.
di spore pun jika diselidik pasti ada sebab rationale kenapa dia tak boleh masuk jurusan kedoktoran.

saya dah kerja 8 syarikat sejak mula bekerja. 3 syarikat spore termasuk syarikat consultant engineers, berita harian spore dan akhbar saya sekarang, 1 kontraktor besar malaysia, 1 arkitek australia (dulu saya dalam bidang engineering). kemudian 1 penerbit british-bahrain, 1 news agency amerika dow jones, 1 news agency british reuters.
saya tak ada komplen bahawa saya ni melayu di spore, saya lemah, saya dianak-tiri.
kalau tak dapat cuba lagi, atau naiktarafkan diri.
saya dah 'lawan' dengan semua bangsa di tempat kerja. tak takut pun, dan selalu saya menang. kalau dah dua tahun terus macam nak kalah, calibut!

once u start thinking u are going to lose because of your race, you have already lost the race.
we fight using qualifications and working experience. and words to convince others.

Anonymous said...

Jika wartawan Malaysia di-beri kesempatan menghentam PAP sebagaimana saudara empunya blog ini membantai kerajaan BN/UMNO(dah pun jadi kelaziman/kelancangan beliau)kan lebih adil/sempurna permainan saikologi nya.

Tetapi adakah kerajaan Singapura BOLEH TERBUKA sifat nya seperti kerajaan BN/UMNO...memberikan negara Malaysia di-siniskan dan di-perlekehkan oleh wartawan melayu Singapura???

Bolehkah anda empunya blog ini menulis dan mengecam PAP di-padang kamu sendiri???....mati hidup balik anda tidak akan berani dengan LKY.

rem said...

Anon,
terima kasih atas komen. dah saya kata, blog ini tulis pasal msia sebab specialty pekerjaan. saya kerja di Foreign Desk. mereka yang tulis tentang politik spore duduk di Political Desk.
tapi oklah, mari kita serang pemerintah Spore di sini!
spore sebenarnya boleh jadi negara contoh untuk malaysia.
ramai orang spore apabila mereka tahu saja duduk di kl bertahun-tahun, bertanya: kenapa msia macam itu dan ini? kenapa jenayah begitu? kenapa negara banyak potensi macam nak tenggelam? susah kadang nak jawab.

di spore, dasar pemerintah banyak 'islamic' - corruption hampir zero, negara bersih, jenayah sikit, orang tua dan miskin dibantu, pekerja mahir (letak kat mana pun boleh kalahkan yg lain).

dulu saya lari ke msia sebab rasa negara islam yg ideal, tetapi, ouch, banyak yg pincang. impian tamat 1998 bila mahathir-anwar berpecah.

di spore 4.5 juta penduduk - 1 juta lebih warga asing (25 peratus). di msia, 27 juta penduduk, pekerja asing yg halal dan haram 3 juta? iaitu 12 peratus. maknanya walaupun kos di spore tinggi, ramai nak datang bekerja.

ok, mari kita serang. yang paling saya tak syiok:

1) harga kos tinggi. saya tak kisah sangat sebab gaji ok.
tapi yang di bawah, payah. orang tak caya - kerana ekonomi gawat golongan miskin dapat diskaun bayar bil letrik dan air, dan cash dari pemerintah. nak sekolahkan anak dibantu. dari S$100 hingga S$400.
memang ada yang kena kerja dua tempat. samalah juga dgn rakan saya, orang melayu, penyokong umno, 48thn. drebar teksi dan penjual baja tahi lembu. apa dia dapat selepas 50 tahun merdeka? maksudnya di mana pun, pasti ada golongan yg di bawah.

2) temasek buat dua casino. nak buat kasino, baik yg islam mau kristian dan buddhist marah. tetapi anda Google dapat banyak cerita bagaimana temasek nak control agar orang tempatan tak jadi gambling addict.
kalau tak setuju juga, jgn undi PAP karang.

3) media disekat. selepas saya lihat yg terjadi di msia, hati kecil saya berkata: nasib BAIK media spore kena sekat. jika tidak kita semua syiok gaduh sama sendiri isu politik (macam blog bahlul nih!) bukan nak bincang isu ekonomi, nak majukan diri.
rakan pompuan amerikan kata: 'kenapa nak sangat media freedom? media freedom is over-rated. buang masa'. depa tinggal 7thn di beijing. di china baru anda kenal controlled media!

4) orang melayu ditindas. ya ka? dulu saya pun percaya sangat benda ni. masalah sebenar: (a) orang melayu spore nak dilemakkan macam orang melayu msia.
(b) keluarga melayu kurang pendapatan, jadi susah nak naik taraf dan dapat tuition sebaiknya. itu zaman saya muda 35tahun dulu. sekarang banyak channel - Mendaki, LBKM, AMP.
kalau betul ada melayu ditindas, email saya. kita lawan, beb.

5) keluarga lee control semua benda. dulu saya tak setuju hsien loong jadi pm. tetapi dia lebih bagus dari yg saya jangka. lagi satu: control itu memudaratkan atau membantu negara?
(macam mahathir dulu control habis, saya syiok sebab lebih baik dari mudarat). kata ibu:
depa control tak apa, asal kebajikan dijaga. nak bina masjid dan ibadah dia tak kacau; jalan seorang diri malam2 tak takut; dapat duit berbelanja bulanan.
melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
di msia, kasihan saya lihat orang melayu yg berjaya atas skill sendiri - dia dipandang sepi orang cina dan india. mereka bisik: depa ni kaya/naik pangkat sebab dia melayu, dasar bumiputera, bukan dia bijak.

yang paling syiok: semua isu ini dah dibincang terang-terangan di media spore, walaupun dicontrol. sebab kalau nak sembunyikan, benda busuk berbau juga.

akhir: kalau dah bagus sangat temasek ni, kenapa si bodoh penulis blog tua keparat ni kata nak retire kat malaysia?
jawapan: sebab harga barangan murah ler. dan banyak masjid kat kl dekat rumah aku. biar aku banyak bertobat sebab syiok kutuk kerajaan msia ni sekarang.

Anonymous said...

rem said,

2)"saya tak banyak bergaul dgn orang spore. gi kerja, balik kerja - balik kerja lewat malam semua orang dah tidor!
jadi kurang faham selok-belok politik spore. sebab ia bukan kerja saya.
tugas saya, di Meja Berita Luar Negeri (Foreign Desk), ialah memerhati isu-isu Asia Tenggara (Southeast Asia tak termasuk Singapore) dan Asia Selatan (South Asia termasuk India, Pakistan, Sri Lanka).
saya pernah blog isu-isu indonesia, india dan pakistan, tapi tak ada respon. bila saya sentuh msia banyak respon!".

Terima kaseh tuan blog. Baru saya fahami mengapa anda berpendirian sedemikian.

Anonymous said...

Txs Rem for your insight on the Singapore issues. i am a Malay Singaporean, have been away for so long from Temasek, so a bit out of touch about my beloved country. Come back also, just for a week or so, no time to analyse the situation..

When I was still in Singapore, it was not like this....so, I think my thinking is a bit out-dated...like I have this feeling of Malays "kena tindas" etc ...it was true it was so difficult for Malays to get a job at my time...(about 20 odd years ago)..plus or minus..when you go for an interview, they always ask, can speak mandarin? or if you checked the ST for jobs, it was always mandarin speaking preferred, sampai naik muak ...and fed up..what about other races with good education but without mandarin ..how about them having a job? I was thinking if the Singapore govt really wanted to change Singapore's language of medium or even the National language, just say so lah ....change all to Mandarin..kan senang? also, the National Language which is Malay is not even being used ....Malay is our National language but in name only lah ....budak kecik pun tahu ...that was what I went through and my thinking became like that ever since....

Do let me know about this issue..is it still going on? One thing I obeserve, my family members never complain about PAP (or not that I know of maybe) ...they vote for PAP everytime...I read somewhere, I think at the (S'pore's) opposition blog that Singapore malays see the PAP as a protector for their interests, is it true? 'cos in Singapore, anybody cannot hentam Islam/Malays etc freely not like in M'sia ...kena sedition act lah in S'pore ..quite a number of people kena tangkap kan because they insulted the Malays and Islam? ...I like it..wonder when M'sia gonna be like that 'cos the socio-political atmosphere in M'sia is in a disarray where everything goes ...

Salam.

- Anak Temasek

rem said...

1) pekerja yg pandai berbahasa mandarin saja boleh mohon - ini cerita lama. percaya atau tidak, lepas osama bom amerika (peristiwa sept11) isu mandarin ni, bertudung di tempat kerja, pekerja melayu berjanggut semua dah dibincang di spore.
maaf saya tak ingat detail sebab masa tu saya di msia.
cuma yg saya sedar ialah jawapan majikan ialah memang ada kerja yg memerlukan demikian kerana mempunyai client dari china, taiwan. tak tahu betul ke tidak.

tetapi saya tak pernah cuba pun apply tempat macam tu. jika anda lihat salah satu jawapan saya di atas, dari 8 tempat saya pernah kerja, 3 saja syarikat spore (termasuk kerja skrg). yg lain syarikat asing.
jgn pula sebab mandarin ni tuduh orang melayu ditindas.

2) national language dan national anthem bahasa melayu, tetapi tak digunakan.

jgn lupa sejarah - kedua ni berbahasa melayu sebab dulu spore sebahagian dari msia. jadi bila berpisah, ini isu legacy.
jadi sampai skrg pun sama.

jika esok spore umum nak tukar, apa jadi agaknya?
tentu jadi isu baru - nanti ada melayu spore yg dah mengong tuduh saudaranya di spore ditindas, cina tak hargai sejarah, kurang ajar kpd tunku, tak hormat jiran sebelah yg gunakan bahasa melayu dsb.
jadi tak 'yah lah.

lepas tsunami sumatra tahun 2004, spore kini sedar pentingnya bahasa melayu sbb masa tu dia hantar bantuan ke sumatra tetapi pegawai tentera SAF kebanyakannya tak boleh cakap bahasa orang melauboh dan banda acheh.

3) pada saya masalah orang melayu di spore ialah kemiskinan dan tahap pendidikan yg rendah.
tetapi jika nak naik ke atas gunakan dasar pribumi, nanti kita dah kat atas, orang tak hormat.
orang ludah belakang kita, macam yg terjadi di msia sekarang. kesian kawan saya di msia yg kerja keras naik kerana skill sendiri. ditertawakan di belakang mereka.

di spore dlm 10 tahun ini, MD apple spore, GM dhl, GM singtel overseas, MD american express bank, economist kanan UBS semua anak melayu. saya kenal mereka. kebanyakannya anak orang susah dulu.
lebih manis jika anda tiba atas gunung sebab panjat sendiri, bukan naik helikopter.

dulu saya di dow jones, saya bangga gila. sebab kira-kira sebulan sekali, nama saya keluar di akhbar ternama Asian Wall Street Journal.
nama AKU buat story tentang ekonomi atau pasaran saham spore. dikeliling nama aku ialah nama wartawan besar AWSJ berbangsa mat salleh, yahudi dan jepun.
nama aku seorang saja ANAK MELAYU dalam akhbar tu.
(ini dari seorang wartawan yg hanya setahun sebelumnya tak tahu langsung isu ekonomi atau apa itu jual-beli saham dan apa itu SIMEX. skrg anda ajak saya makan malam dgn zeti akhtar aziz ke ben bernanke saya tak gentar).

kamu dari msia: ingat kau dari oxford atau harvard sebab dibiayai duit sistem bumiputra, nak lawan pahit getir hidup aku? nak lawan siapa boleh kerja lebih kuat? aku tak sebijak kamu, tetapi i can work u under the table.

kamu anak cina/india spore: bapa doktor, emak arkitek - kau nak lawan pahit maung aku nak naik pangkat? kau nak lawan siapa lebih cepat buat kerja? lebih pintar buat story?

itulah yg saya bawa ke tempat kerja. bukan perasaan: aku melayu spore, kaum minoriti bodoh, kena buli cina.

rahsia saya? buku autobiography Malcolm X (atau beli movie). Kekatanya yg paling popular ialah: 'By any means necessary'.

Anonymous said...

Txs Rem for the explanation.

See I told you that I've lost touch. Anyway, it is good news for me..at least I know that we (Malay Singaporeans) are not backward in Singapore, we move on with times. Yes, I know what you mean when we, Malay Singaporeans achieve something...we feel ...err..proud ..because we achieve on our own, no tongkat, no help but sometimes with 'ejekan' from the Chinese...BUT the moment we prove to them that we can work well, they "angkat topi" kat kita, rasa hormat lah kat kita ..I felt and feel it....I work abroad now but I know the feeling when I had to compete with my Chinese colleagues when I was still in Singapore, I went all out, and like you, normally I won hands down la beb ....diaorang tak boleh cakap ape..my supervisor pun hormat kat I ...as I managed to handle even difficult tasks...I am not trying to show off or what..but this is the truth that we, as Malay Singaporeans have to face....we have to work DOUBLY hard than other people...and after that we taste the sweet aroma of SUCCESS if we work hard and prove to them.

What a feeling...I don't have any 'rendah' feeling with other races in S'pore 'cos I am equal if not better.....but I have to show my worth first lah ....

Yes, kesian your friend ..work so hard but is not appreciated by the Chinese/Indians...Whose fault?

Now, I'm flying the Singapore's flag as high as possible ...anywhere I go ...I always show the best of what a Singaporean has to offer at work ...

I think PAP had grilled us until 'dah sebati' in our 'darah daging' to always be the best that we can be anywhere in the world...it is a fact. We are not afraid of challenges. We'll never let our country down, right? And yes, I am the only Malay in this big company...I don't feel out of place...Tell me, who should i thank for this? This feeling of confidence, anywhere I go..

Sorry, maaf, ampun, if anyone thinks that I am trying to be arrogant or sombong or whatever ...Tiada niat dihati, just saying the truth ...Wasallam.

- Anak Temasik