Sunday, 25 October 2009

Kenapa bodoh beli Tingkap pecah yang dibaiki?

Anda membeli sesuatu untuk memperbaiki hidup anda - tak kira apa saja. Baik perabot, televisyen, kereta, jam tangan misalnya.
Walaupun harganya mahal, tetapi benda itu lepas dibeli, rupa-rupanya tak boleh function dengan betul.

Apa yang anda akan buat?
Tentunya anda akan 'mencampak' benda itu ke tepi. Kalau boleh buang kat Tingkap.
Throw it out of the Window, kata orang putih.
Bukannya bodoh pergi berbaris satu malam nak membeli benda keluaran baru oleh syarikat yang sama, walaupun ianya dikatakan lebih bagus.
Mahal pulak harga benda setan ini.

Itulah yang saya perhatikan dengan manusia digital dan sofwe Windows 7.
Kita diperbodohkan kena paksa membeli Windows Vista dulu, walaupun Windows XP memang bagus dan cekap.
Lepas tu benda ni tak bagus - dikomplen satu dunia.
Kini dia keluarkan Windows 7.
Yang ramai bodoh menunggu kat luar kedai nak beli tu buat apa?
Kita boikott jangan beli hingga kita nak membeli PC-laptop baru jadi terpaksa gunakan Windows 7.
Atau mungkin kita pindah saja ke Apple dan Macbook dan gunakan Snow Leopard. Lebih baik dari Tingkap pecah ni.

Boycott Microsoft!
Saya dah lama tak pakai Microsoft Internet Explorer sebagai browser.
Saya gunakan Mozilla Firefox atau Opera. Google Chrome juga ok.
Malah browser dari Apple bernama Safari pun boleh digunakan oleh komputer kita.

Saya tak gunakan Hotmail milik Microsoft.
Saya gunakan Gmail.

Dan semua orang terus gunakan Google sebagai search engine.
Microsoft Bing tak laku. Padan muka dia.

Biar dia taubat sikit dari nak mem-bully pembeli sewenang-wenang.

5 comments:

Anonymous said...

x paham aku kenapa nak marah2 sampai mcm tu?

1) sapa yg paksa bro beli windows vista?

2) Windows 7 katanya lagi bagus drpd XP, lagi marveles drpd Vista, kalau tak cuba, kita tak tau.

3) Masalah skang ni, tak de OS lain yg bole beroperasi sebaik Microsoft nye produk. kalau ada mmg ramai dah yg pakai. nak plak kalau ada yg free.

4) guna je la apa yg berkenan di hati. tak nak guna bing, guna google, tak nak guna hotmail, guna gmail, tak nak guna IE, guna Chrome. tak de sapa yg paksa pon. semua bole guna free.

cool bro! :)

jo said...

betul bill gates&microsoft jahat buli orang. Patut dia kaya raya.

arem8 said...

Anon,
heehee. yahlah, kita terpaksa pakai Tingkap 7 ni sebab tak ada produk OS (operating system) lain. tetapi dengarnya google nak ada OS baru tahun depan.
http://googlesystem.blogspot.com/

kita terpaksa beli vista sebab bila beli PC, si vista ni dah ada kat dalam.
nak beli produk apple pula mahai sangat, aku ni bukan orang kaya ler.
yang aku marah kenapa orang sampai berbaris satu malam nak beli Tingkap 7 dan sokong microsoft. boikot lah sebolehnya. tunjuk maah sikit.
samdol lah depa ni semua :-)

kluangman said...

Windows 7 tu apa yek.. Widow 7 ke...Janda anak tujuh..atau Janda dengan 7 kereta mewah

Kalau gitu, depa beratur kira berbaloi baloi le..

drafunt said...

Betul tu! Aku pun tak pakai windows office. Pakai Open office yang free tu lagi bagus.