Baru empat bulan lalu, pada Jun, penyokong Nik Aziz Nik Mat kalah teruk dalah pilihanraya PAS dalam muktamar tahunannya. Husam Musa pun tewas.
PAS mengadakan pemilihan ketua-ketua parti setiap dua tahun, Umno setiap tiga tahun.
Kini, Tok Guru Nik Aziz nak mencuba nasib lagi.
Depa nak usir Hadi Awang, presiden parti dan kepala Kumpulan Terengganu yang nak rapatkan diri dengan Umno dan mahu perjuangan Islam ala-PAS didahulukan. 1Islam1Melayu.
Nik Aziz pula penyokong kuat Abang Nuwar dan Pakatan. 1Erdogan.
Nik Aziz pun ada blog rupanya. Mati tak laku blog aku.
Marah betul nampaknya:
- "Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah."
- "Demi tajdid kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah."
Tak tahulah sama ada Tok Guru dapat dipujuk kali ini, sebab dulu pun depa marah-marah dengan Hadi tetapi dapat dipujuk semula.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



4 comments:
Buat apa nak pujuk pujuk. Kita perlu buang orang seperti Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasrudin Isa, Harun Taib dan Hadi Awang demi mengukuhkan PAS - retak dah lama retak.
jangan emotional sdr tapi lihat pada fakta.
hj hadi di pilih oleh ahli pas tetapi nik aziz di lantik oleh exco.
jadi kalau ada sesiapa yang patut di usir adalah hj hadi usir nik aziz dan bukan sebaliknya
Sapa yang kena buang tu boleh masuk syurga lagi ke?
Salam buat tuan guru yang dikasihi...semoga Allah memberi petunjuk kepada saf kepimpinan PAS.sesungguhnya ana dapat merasakan fitnah dan mehnah yang besar sedang melanda kita baik diperingakat atasan atau bawahan.lebih malang lagi yang ana risaukan kepincangan diperingkat atasan akan memburukkan lagi keadaan diperingkat bawahan.sesungguhnya qudwah hasanah dari pihak pimpinan amatlah didambakan.berlapang dadalah dengan segala perbezaan pendapat.membuang dan dibuang bukannya dapat memperkukuhkan jemaah malah menghancurkan.Hidupkanlah ukhuwwah melalui usrah yang telus dengan masing masing berani dan terbuka lagi berkasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.sesungguhnya ana tak sanggup lagi melihat kita menyerahkan kemenangan kepada barisan nasional hanya kerana perpecahan kita.tidak ada yang sempurna melainkan Allah.tampalkan retak perpecahan dengan gam iman,mahabbah fillah dan taqwa.renungkan wahai tuan guruku....syed anwar
Post a Comment