Saya berasa seram sejuk apabila membaca Malaysiakini pagi ini bahawa lima hakim tertinggi di Malaysia akan menghakimi isu siapa Menteri Besar sebenar Perak hari ini.
Memang isu ini penting.
Yang saya khuatiri ialah jika pihak Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat kalah.
Adakah mereka akan menerima keputusan dengan dada terbuka?
Atau terus menyerang bahawa hakim telah dibeli, mereka diarah oleh Perdana Menteri dan Umno untuk memberikan keputusan tersebut, dan ini menunjukkan bahawa kehakiman Malaysia sudah busuk.
Kenapa bising sangat jika kalah? Tetapi menerima 100 peratus bila menang. Gila.
Tentunya jika Nizar kalah dia akan berkata - Ah, sebab tu aku nak kesemua 11 hakim yang adili, bukan lima saja!!!!
Tetapi bila menang, walaupun dengan satu hakim, saya sokong. 'Baral', kata P.Ramlee dengan telo sekali.
Yang saya pasti ialah bahawa jika Zambry Abdul Kadir dan BN kalah, mereka akan menerima keputusan, walau pahit.
Mereka tidak akan menyerang kehakiman dan merosakkan nama dan imej negara.
Jika ditanya, saya dari dulu memang mahukan pilihanraya diadakan kembali di Perak. Bubarkan saja DUN Perak - baca di sini dan di sini tulisan saya dulu.
Tetapi BN kecut, tak ada konfiden.
Namun ini tidak bermakna bahawa pihak Pakatan dan pembangkang harus membusukkan nama kehakiman negara apabila kalah kes.
Yang peliknya bila mereka menang, mereka terima pula.
Tak ada tuduhan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, atau para hakim semua harus ditukar kerana memihak kepada pembangkang.
Jika ini terjadi lagi: Nizar dan Pakatan kalah, lalu menuduh bukan-bukan, maknanya pembangkang ini membuat kerja bodoh.
Si pembangkang sanggup jahanamkan negara atas nama politik.
Orang macam tu kita nak suruh tadbir negara tercinta?
Takut pula esok dia jadi kerajaan, apabila kalah kes, hakim kena tukar. Bila menang, hakim naik pangkat.
Beza antara penjahat dan jahat
53 minutes ago


5 comments:
Dunia,dunia..kalau semua Hakim yg betul-betul Arif mengikut ketelusan & takut dosa menanggung jawab depan Tuhan Rabbuljalil diakhirat..mereka akan sebutkan yang benar...atau sebaliknya jika mereka2 ini takut akan kedudukan mereka terjejas,itu yg kita sangsi...sebab mereka mendapat gaji dari KERAjaan yg agak songsang skrg...org2 kanan KERAjaan yg makan gaji pun turut sama kena ikut TELUNJUK yg bengkok.Wallahualam.
Betullah tu hakim mungkin songsang alakazam.
kalau begitu si PR ni gatal nak bawa kes ke mahkamah, kenapa?
tak payah gi mahkamah, sebab rakyat semua dah sokong pun. berkempenlah sehingga 2013 nanti (atau kata orang tahun depan dah pilihanraya pun).
kalau dah ke mahkamah, maknanya dah mengaku akan turut apa yang dihukum.
dah legitimise mahkamah ni.
lepas kalau kalah nak bising pun nasi dah menjadi najis.
kalau kalah PR tidak akan menerima keputusan itu.
kalau di adakan pilihan raya pun begitu juga,kalau kalah akan dikata 'penipuan peti undi''pengundi hantu''undi pos' dsbnya
nyatanya dia orang mesti menang baru OK!
dan kalau dah terdesak sangat dan tidak boleh jawab langsung,maka akan keluarlah 'conspiracy theory' macam kes liwat Anwar atau 'individual privacy rights' macam kes elizabeth wong.
Jadi orang yang kurang siuman macam ini apa nak di buat kira!
Tak payah cakap banyak=banyak. Kalau UMNO bukan pondan bubarkan DUN Perak dan bertanding.
Kalau tak berani memang sah UMNO PONDAN.
Anwar Ibrahim won his sodomy appeal in Federal Court with a mojority of 2-1.
1. Did he bother to ask for the sitting of 11 judges?
2. Did he questioned the dissenting vote against him? No, because he won.
3. If the PR Aduns are so itching for election, why not they resign en-bloc to prove a point. And see if they can win all their seats again. Pondan?
Post a Comment