Monday, 30 November 2009

Teksi - Ini boleh dibuat atau omong kosong?

Wah garang betul nampaknya bos LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau marah anak buahnya. Memang tepat.

"Selama ini kami menerima banyak rungutan daripada orang ramai bahawa pemandu enggan menggunakan meter dan menetapkan kadar tambang sesuka hati," kata pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Katanya pemandu yang tidak mengeluarkan resit apabila diminta pelanggan, lesennya ditarik balik. Eh wah eh wah.

Memang dah selalu sangat sang pemandu teksi buat perangai.
Kalau tak percaya cuba tahan teksi di depan KLCC dan Berjaya Times Square, misalnya.
Lebih-lebih lagi pada Sabtu, kerana mereka tahu banyak pelancong (Saya dah cuba sebab tu boleh beritahu cerita).
Penipu besau, kebanyakan mereka ini.
Tetapi sampai sekarang masalah ini tak dapat diselesaikan kerana tak cukup pegawai nak tangkap perampok moden ini, yang sering memalukan nama negara Malaysia.
Baik Nazri Aziz mahupun Markiman Kobiran dapat selesaikan masalah teksi jalang.

Jadi sekarang Kak Limah nak buat benda baru pulak.
Maknanya jika saya komplen saya kena tipu dan tak dapat resit, beliau nak tarik permit?
Saya harap betullah tu. Bukan omong kosong.
Yang saya takut ialah orang di atas pekik-pekik, tetapi masalah berterusan sebab tak cukup pegawai dan tak ada konsistensi dalam Ops mereka.


Baik saya cerita sikit bagaimana Temasek negara kecik selesaikan masalah ni:
Di sini jika kita nak pergi dari A ke B, dan kita tahu harganya biasanya S$10, maka kita boleh komplen jika pemandu menyeleweng dan kita kena membayar misalnya $10.50.
Macam-macam jenis teksi ada di sini.

Sebab itu jika anda menaiki teksi di Singapore, apabila anda nyatakan nak ke tempat B, mereka sering bertanya: Anda nak ikut jalan yang ini, yang ini atau yang ini?
Sebab mereka takut nanti jalan yang dipilih sendiri traffic jam, dituduh menipu sebab harga tinggi sangat.
Kalau kita kata: Ikut suka hati anda (sebab kita pelancong, misalnya) maka pemandu digalakkan berkata: OK bos, kita dari A, ikut jalan ini, masuk sini dan lepas tu sampai di B. Boleh kan?
Jadi kalau jalan macet pun, pemandu tak boleh disalahkan.

Sebab jika ada komplen, lebih lagi dari pelancong, mampos si pemandu.
Terus kena panggil dan lesen kena gantung, atau agensi pemerintah arah syarikat teksi buang kerja si mamat ini.
Jika mereka tak dapat memberi sebab yang boleh diterima.

Kadang saya nak test, saya kata - Eh ini selalunya aku bayar $10 kenapa hari ini mahal sangat. Panik juga mereka ini! Boleh dapat diskaun.

Jika ada pelancong tertipu (walau bukan dengan teksi) dan kes dibawa ke mahkamah, pelancong akan dibayar duit pesawat dan hotel untuk kembali ke Singapore, agar mereka boleh jadi saksi dalam kes ini. Agar si pembohong tak dapat lari atas alasan pelancong dah pulang negara.

Maknanya: Konsistensi dalam mengetuk kepala sang pemandu yang menipu atau cuba menipu. (Bukan nak kata tak pernah ada yang tertipu pun, tetapi kes-kes jarang sangat).
Jika pemandu tahu jika mereka menipu dan merampok akan tertangkap, mereka tentu jadi alim-alim kucing.

Kelemahan sistem teksi di Temasek, pada saya, tetap ada: Jika yang dah kena gantung itu masih nak terus jadi pemandu, selepas selesai kena gantung, boleh masuk syarikat teksi lain kerana banyak syarikat di sini, dan semuanya kekurangan pemandu teksi.

Saturday, 28 November 2009

Dubai tak boleh bayar hutang, dunia ketakutan

AHAD 7.30MLM
-------------

Salah satu akhbar dunia yang saya gemar membaca ialah The Guardian yang diterbitkan di UK (Numero uno untuk saya ialah International Herald Tribune dan New York Times - keduanya milik syarikat yang sama. Memang pun saya kena baca setiap hari kerana sebahagian dari pekerjaan saya).

Cerita Guardian ni selalu menyakitkan hati - iaitu menyakitkan hari pemerintah dan kerajaan mana yang kena serang. Pandai wartawan depa cari angle kesalahan orang!
Di Guardian kini ada cerita tentang projek membina pulau The World, seperti yang ada dalam GAMBAR ni.
Menurut laporannya, projek ini dah jadi projek terbengkalai (kau ingat projek bumiputera Malaysia saja ke?) dan pasir yang dilonggok menjadi pulau dah mula tenggelam kembali.
Kesian, nasib baik saya tak belanja US$20 juta kelmarin beli sebuah dari 300 pulau yang sedang dibina.

Dan menurut agensi berita lama saya, Zawya Dow Jones (di negara Arab dia ada partner dengan syarikat Zawya), bank pusat UAE akan menjadi guarantor pinjaman wang sebanyak US$59 billion yang tak mampu dibayar kerajaan Dubai. Jika benar, baguslah tu.
Ia akan menenangkan pasaran saham dan bon seluruh dunia.

Lagi satu cerita Guardian mengenai Dubai di sini - ouch!
"We've all made a pact with the devil to be here. You get the tax-free salary, but in return you have to give up all your rights.
"There's no accountability, no transparency, no rule of law. There's no legislative body. Very few employment rights. It looks like a modern country, but it takes more than a few skyscrapers to create one of those.
"Scratch the surface and it's a different story."

Ini baru suara seorang mat salleh yang tinggal di perumahan orang kaya di Dubai!

-------------------------------------------------------
CERITA ASAL

Jika anda nak beli rumah baru atau kereta baru (atau isteri baru), nanti dulu!
Baca ini dulu, 'bang.


Negara yang banyak projek 'mengarut' dan dari alam fantasi ialah Dubai.
Niatnya mungkin baik - nak memberangsangkan ekonomi - tetapi bahaya kalau duit banyak keluar dengan harapan dapat imbuhan cepat.
Dan depa membangun menggunakan tenaga kerja asing (TKI) bukan pribumi - samalah juga seperti Singapura dan Malaysia. Tetapi ia lebih teruk lagi kerana banyak pekerja profesionalnya orang mat salleh (di Temasick dan Malingsia, TKI kebanyakannya ialah buruh kasar). Ang moh dibayar gaji lumayan, dah habis kerja cabut lari, tak payah ajar kaum pribumi.
Tapi takpe lah, nafsu masing-masing.

(Saya kerap marah - kenapa negara-negara pak arab banyak wang minyak - bawalah lebih sikit jurutera dan profesional muslim dari seluruh dunia. Biar mereka belajar dari mat salleh ni, jadi lepas tu boleh bawa teknologi dan pengalaman ke negara masing-masing. Biar tak hina sangat umat Muhammad ni, nak betulkan paip dan letrik kat rumah pun kena panggil orang lain kerana keturunan kita hanya pandai jual goreng pisang saja kat Geylang dan Chow kit).

Yang masalahnya di Dubai ialah apabila projek sangkut. Hutang pun berganda. Dan tak boleh bayar. Sebanyak US$59 bilion (RM200 bilion).
Harga membina Putrajaya (termasuk highway dan semua infra dan bangunan) ialah RM20 bilion lebih kurang. Jadi hutang depa boleh membina 10 Putrajaya. Tenggelam dalam pasir keffiyeh pak dubai ni.
Kini pasaran kewangan satu dunia ketakutan kerana pemerintah Dubai (kerajaan Dubai? Sebab depa pakai raja kot) tak boleh bayar al-hutang wal -piutang.
Habis pasaran saham sedunia jatuh semalam - nasib baik pasaran saham di Singapore, Indonesia dan Malaya tutup. Tapi pasti akan terbakar hangus jutaan ringgit Isnin ini apabila pasaran dibuka.
Jum'-at, kita beraya haji (dan saya pulang ke Temasek naik pesawat Jetstar), pasaran hancur:

Amerika, indeks Dow Jones jatuh 1.5 peratus.
Jepun, indeks Nikkei runtuh 3.2 peratus.
Hong Kong, indeks Hang Seng ranap 4.8 peratus.
Indeks pasaran Korea Selatan terbalik 4.7 peratus.
Kerana saya pernah jadi pengamat ekonomi, ini berita buruk brader. Gerenti isu ini akan meletup-letup dalam beberapa minggu.
Fudzail, abang Melayu di gurun Dubai melaporkan di sini - ada banyak related news jika anda nak baca dan demam seram sejuk.

Jadi, anda di Temasick dan Malingsia, jangan ler beli benda besar yang mahal tu dulu (termasuk isteri baru).
Kat ang mor: This looks like Real bad news.

GAMBAR: Anda boleh tinggal di pulau sendiri di Dubai jika ada wang. Projek ini berbentuk benua-benua di dunia. Namanya ialah The World dan di antara pembelinya ialah Brad Pitt/Angelina Jolie dan Rod Stewart.
Kalau nak beli villa kat Palm Jumeirah tepi laut pun boleh.
Pak Mat dan Ah Leong, takpe lah, beli rumah kecik kat sebelah kampung saya di Wangsa Maju pun ok lah tu.


Friday, 27 November 2009

I switched off Blackberry & life is fun again

Saya solat di masjid gede (bahasa Jawa untuk 'besar') Wangsa Maju, Masjid Usamah bin Zaid. Besaunya.
Biasanya saya ke Masjid Muaz bin Jabal di Setiawangsa, tapi depa slow nak start tadi. Dah 0745 masih belum berkumandang takbir raya.
Dan sebab hari ni Jum'-at banyak masjid hanya membuat ibadah korban esok (Sabtu). Takut syiok lapah lembu tak sempat nak bersihkan diri dan tempat sebelum solat Jum'-at.
Mari kejap jenguk hidup saya tanpa mesin hitam bernama Blackberry.

--------------------------------------------------------

In the past two years, I was frightened at being left out of the latest news, the hottest development in the office and happenings around the world.
And then something called push email came into my life.
I bought a Blackberry machine and became an addict, a news junkie. Some people call it Crackberry.
While others chatted, listened to music, talked to family members or just dozed off, you would find me latched onto my black machine, scrolling through the latest email every few minutes.
This happened even while I am at my desk with both my Lotus office email and my Gmail signed on.
You see, Blackberry email works faster, so I could get messages sent by others a few seconds to a few minutes earlier before they get into my Inbox in the office PC.
The Blackberry was the first thing I look for when I opened my eyes in the mornings, and the last thing I stared at before sleeping. Even on weekends.
People have received emails from me - sometimes on, ahem, important news developments, but most times on nonsensical musings - as late as 2am. OK, I lied, make that 3am.
I thought I would be happy indeed if I knew what was the latest news, gossip, and whether some top brass in the office has some important announcement or just scolded somebody for making mistakes.
And I thought colleagues and friends would appreciate the instant replies (and crass jokes).

Then two weeks ago, someone told me he was fed up with his life being 'tied to Blackberry' and has removed it from his life.
I gasped!
That is like saying I have accepted God into my life and has now blasphemed by saying there is no God! Well, almost, I guess.

And then there was the Terminator movies showing Rise of The Machines - how first we controlled them; then we lose control over tem; and then the became self-aware; and then they wanted to kill us.
Oops. We are at the second stage I guess.

So, I have my own doubts about the machine too, actually. After all, with my salary being cut, I now wonder whether it is still worthwhile to pay, from my own pocket, the $150 to $250 a month just to get to know the latest news and gossip and whether some top brass has made key announcements.
The bill used to be around $80 to $150 when I started out but ballooned because of heavier usage.
They didn't call it Crackberry for nothing. You get addicted and must read everything and respond to everything.

Late last week, I have had enough. I turned off my Blackberry as short vacation time started, and flew to my home in Kuala Lumpur.
Well, here I am a few days without turning my machine even once.
And heck, are those real birds chirping outside my window, or the sound of an email coming in?
Those are real birds indeed! (it helps that my KL neighbourhood has a lot of big old trees).
I actually finished reading pages and pages of my favourite magazine, National Geographic, without switching to reading emails in between.
Ah freedom at last.
OK, so now I have decided to return my Blackberry contract, never mind if I will have to pay a quite few hundred dollars to cancel the contract.
What's next?
My next machine should be a Nokia E72 or a Samsung Jet.
I heard they have some nifty email functions.
Well, you know, just in case I get cravings in the middle of the night, and it is too dark to read National Geographic....

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidiladha (& cara Saudi kawal banjir)

Sedih membaca cerita banjir di Saudi dan tempat-tempat orang beribadah. Sehingga ramai maut.
Mujur Prof Hamirdin okay sedang khusyuk berwukuf.

Saya dah ke umrah dua kali (terpulanglah jika nak kata perangai tak berubah pun, tapi saya rasa syiok 'bercuti' di sana dua kali. Boleh dipanggil HolYday bukan Holiday).
Saya dah pusing-pusing naik bas, kereta dan pesawat di Jeddah-Madinah-Makkah-Jeddah.
Kali pertama naik pesawat Madinah-Makkah, kali kedua naik bas dari Madinah ke Makkah menerusi padang pasir enam jam (atau lebih, dah lupa ler).
Jumlah holyday selama tiga minggu, jadi banyak juga yang dah nampak.
(Kata orang, kalau ke sana mungkin nampak/kena 'benda ajaib'. Kalau nak cerita pun saya dah mengalaminya, dicerita kepada orang mungkin tak percaya! Hahaha, tapi itu bab lain).

Apapun, kali kedua ke sana, samasa saya di Masjidil Haram, hujan lebat turun. Basah habis kawasan depan Kaabah (open air) tempat orang tawaf.
Dan saya nampak air hujan mengalir dari bumbung Kaabah melalui apa yang dipanggil pancuran emas - kata mat salleh: rainwater pipe, tapi diperbuat dari emas yang menghalakan air hujan turun dari bumbung.
Orang Malaysia berteduh di dalam masjid, tetapi lelaki Pakistan dan Bangladesh (mungkin India juga) berebut-rebut mandi di bawah saluran pancuran emas itu. Nak ambik berkat kot.
GAMBAR - Pancuran emas di sebelah kanan bumbung Kaabah. Kau ingat jurutera Islam tak tahu buat rainwater downpipe ke? Kita pakai emas lagi agar tak karat dan bawa mudarat kepada jemaah.

Pada saya dan keluarga, dapat tengok hujan di hadapan Kaabah dari tempat berteduh pun dah 'berkat'.
Siapa lagi yang pernah nampak hujan di depan Kaabah, sila angkat tangan! Tentunya tak ramai sebab jarang hujan di benua Arab.
(Memang orang benua Indo-Pakistan ni pada mata orang Tenggara Asia pelik juga cara mereka. Kita bertawaf saja, tetapi mereka ada yang peluk batu Kaabah atau kain Kaabah. Kami diajar Kaabah ini masjid suci tetapi bukan bahan idola, oi!)

Terus cerita: Cepat air naik dalam kawasan keliling Kaabah masa tu.
Baru saya perasan bahawa ini berlaku sebab TAK ADA LONGKANG di situ!
Mujur hujan berhenti setelah 10-15 minit (hujan kat negeri Arab ni cepat berhenti, sebab kebanyakan air dalam perut unta agaknya).
Lepas tu berduyun-duyu pekerja Masjidil Haram (kebanyakan orang Pakistan-Bangladesh-India-Myanmar Rohingya) turun bawa penyapu dan kain nak lap kering lantai di sekeliling Kaabah.

Sejak hari tu, saya pusing-pusing kat Makkah, memang betul saya lihat (dan saya teringat di Madinah pun sama), memang tak ada - atau tak banyak? - longkang dan drainage system di kota-kota suci Islam.
Kalau di padang pasir memanglah hujan kena resap padang pasir dengan cepat.
Tetapi di kawasan built-up bandar, tentunya kalau tak hendak banjir, kena disiapkan sistem perparitan.
TAMBAHAN: Yang pasti itu berlaku dulu, 'bang. Saya ke sana 1997 dan 2000.

Kami di Temasek ni negeri kecil dikelilingi laut. Jadi kalau hujan lebat semasa air laut sedang pasang sudah tentu bahaya banjir sangat tinggi.
Jawapannya - jika anda pusing kota Singa, ada banyak longkang-longkang besar yang kosong 90 per cent of the time. Dan juga ada banyak lubang-lubang besar (kolam kosong).
Bila hujan lebat, longkang dan kolam ini jadi tadahan sementara, jadi kalau air laut pasang pun tak tenggelam Temasek ni (kalau tenggelam, takut kami di serang ikan todak lagi pulak).
Bila dah habis hujan dan air laut surut, air dipam keluar.
Minggu lalu, kawasan Bukit Timah (tempat orang kaya), banjir. Menteri pun berkata nak perdalam lagi kolam dan sistem perparitan. Memang Bukit Timah kawasan paling rendah di Singapore dan sejak saya kecil kerap banjir.

Sama juga seperti sistem Smart tunnel di KL ni - jika hujan lebat turun di KL, air perlu disalurkan secepat mugkin untuk dibawa ke kolam dan longkang besar.
Mungkin jurutera Smart (Stormwater Management and Road Tunnel) boleh eksport teknologi ke Saudi kot.
Memang ada projek perparitan sedang dirancang - misalnya ini cerita baru keluar - gabenor nak periksa projek perparitan hujan dan banjir.


Saudara dan Datin,
Dah maghrib ni, maknanya dah masuk Aidiladha, saya beruntung dapat solat raya di KL tahun ni - sedang bercuti pendek ni.
Saya tak sempat nak ke Padang dan Sumatra Barat, tetapi mujur dapat melakukan korban anjuran Mercy Relief Singapore di sana, untuk diagihkan mangsa gempa.
Semasa gempa September-Oktober mereka masih dalam bulan Syawal. Kini dah Aidiladha.
Bayangkan rumah dah ranap, ada ahli keluarga maut. Pekerjaan pun belum tahu lagi, apakan nak menyara hidup.
Saya hanya dapat doakan dari jauh.

Selamat Hari Raya Haji.
Jom kita ke Makkah-Madinah bila berkesempatan.
Kalau takut hidup tak selesa, boleh tinggal di Raffles Makkah hotel tak lama lagi.
Blogger Malaysia di Dubai, Fudzail di sini menceritakan pengalamanya haji 2000 dan bawa story VIP service untuk haji dan hajjah jutawan.

Here's the news - No Singaporekini coming up

Professori of journalism at Nanyang Technological Univ, Mr Cherian George, asks why Malaysiakini has reached 10 years old but there is no Singaporekini.
The professori was once a senior journalist at The Straits Times.
Si mamat ni, whom I haven't met since the March 2008 general elections, can also handle photography very well (segan campur dengan orang bijak ni).
Dia punya qualifications, KJ pun kalah, saya baca pun takut:

  • PhD(Communication) The Leland Stanford Junior University 2003
  • MA University of Cambridge 1993
  • MS(Journalism) Columbia University 1990
  • BA(Hons) University of Cambridge 1989

See here and here. Mak oi.
He is well-known in Temasek after writing Singapore: The Air-Conditioned Nation, also the name of his blog. He was referring to little red dot, where the temperature for everything can be controlled! Hahaha, I like, I guess government didn't.

During 2008 Malaysian GE, he was in Kelantan for three days to see first-hand how things were. Oh yeah, he was there with his wife, Zuraidah Ibrahim.
Zuraidah, by the way, is (gulp) my boss. She is Foreign Editor at The Straits Times.
She was formerly the Political Editor - interesting Wikipedia entry. Tak tahu siapa yang tulis.

Wednesday, 25 November 2009

Karpal, don't be bizarre, ask for assurances

I find it strange that the "renowned" (Malaysiakini's term) lawyer Karpal Singh is asking for interrogation of suspects be conducted only between 8.30am and 5.30pm.
The reason is this: If something major and traumatic has happened, like a missing Canny Ong or Nurin Jazlin Jazimin, do we want the police to stop probing suspects (if there are any) at 5.30pm and begin again at 8.30am?
I bet you the same public would shout 'polis Melayu pemalas' and 'polis tak boleh harap' in a heartbeat.

I also think IGP Musa Hassan was wrong to just dismiss Karpal's push for investigation of suspects should stop at happy hours (after 5.30pm it's happy hours for lawyers, no? Or do they work through the night for important cases??).
Instead of saying all police stations should just close at 5.30pm and all police reports handed to Karpal (kau nak mampos, si pembangkang ni pandai cakap aje, bukan pintar buat kerja), IGP should perhaps give the public some assurances.

After all, in the death of Teoh Beng Hock and others in custody, the public anger is not so much about them being held overnight, but about tactics allegedly used behind closed doors.
The anger - imagine if you will, a relative of yours, a son or your father held overnight by police - is how they are TREATED DURING or AFTER office hours.

There should be the assurances asked and given by all sides.
Not some childish polemics for the sake of gaining imaginary points for your side.

In between interrogations, kasi depa makan nasi lemak dan minum teh tarik pun okay, kot? :-) Nanti depa syiok duduk kat balai, tak mahu pulang.
Itupun jadi isu nanti oleh pembangkang.
'Kenapa polis kasi suspect makan nasi lemak!? Siapa yang bayar!?'
'Kenapa tak kasi makan roti canai dan kopi kosong!?'
Macam-macam.

Monday, 23 November 2009

Ar iff fah mi, akhirnya sebuah impian

Katalah apa yang anda mahu tentang Tok Guru Nik Aziz (macam saya berperangai sinting attack beliau minggu lalu), sekurang-kurangnya depa cepat membuat reaksi.
Daripada melihat anak buahnya terus menangis dan merajuk, beliau menghalau menantunya.

Kepada orang yang menyokong PAS, tentu rasa lega sikit.
Sebab Kelantan ialah negeri solid parti itu, stronghold=kubu kuat pembangkang.
Kalau politik Kelantan goyah, maka ramai resah.

Tulisan saya di sini (untuk ruang blogging akhbar saya) dikarang kira-kira sejam sebelum keluar berita sang menantu kena tendang, tetapi proses editing lambat.
Maka saya kena tulis balik dan tambah isu perletakan jawatan CEO PMBK ni.
Pada saya dengan turunnya Ariffahmi maka akan kurang polemik dari Kelantan dan ibu negerinya Rantau Panjang - oops maksud saya Kota Baru (aku orang SingaLumpur ingat shopping aje).

Tetapi kenapa pula PAS ni macam melalui musim penyakit?
Husam Musa sakit belakang.
Ustaz Nasharudin Mat Isa sakit dada.
Parti pun kena demam nak pecah belah.
Harap semuanya akan okay.
Umno-BN tersenyum luas, boleh panggil pilihanraya tak lagi kot....

Saturday, 21 November 2009

Ulama Indonesia kata jangan nonton '2012'

Hairan bin Ajaib.
Kadang-kadang, kita nak defend Islam pun susah sebab ramai yang-mengaku-ulama melanyak isu remeh.
Common sense dijadikan non-sense.

Filem 2012 ni cerita dongeng. It's a movie.
Kenapa nak diharamkan pula? Kenapa suruh umat Islam boikot?
Makin diharamkan nanti makin popular!
Sama macam yoga dan Ustaz Asri. Sebab orang fed-up nak dikongkong tak kena tempat.
Dah habis laris tiket 2012 ni di Jakarta.

Walaupun ini hanya berlaku di Indonesia, dan yang berkata pun hanya seorang-dua ulama saja, saya khuatir.
Nanti ada wartawan Malaysia menjolok mereka-yang-mengaku-ulama dan mengaku-jaguh-Islam di Malaysia, dan mereka pun melenting beri jawapan sama.
Hello, reporter Utusan-BH-Metro-NST-Star-MalayMail, kau jangan jolok boleh?
Rilek brader, buat story Nik Aziz ke atau MCA nak hancur.
Atau Nurul dah lari, dan Fasha pasrah dengan takdir.
Pada saya, kenapa tak melihat mesej yang positif -- filem 2012 mengingatkan kita tentang hari kiamat, walaupun mungkin berlaku lain caranya.
Ia mengingatkan kita tentang peri pentingnya bantu-membantu, dan pertalian sahabat dan keluarga. Dan menjaga alam sekitar.
Kalau di Indonesia tu hutan terus dibakar (termasuk oleh syarikat pertanian dari Malaysia, katanya) dunia akan kiamat.
Cessss sabah! Macam ulama muda aku tulis gini.
Nanti ada pula yang tanya: 'You wahhabi ke?'


Tapi kenapa tak ada pula yang nak suruh ban filem Twilight atau Dracula.
Eeeee, ini filem hantu 'bang!?!?
Dah tu dia romen-romen lagi! Setan betul!
Mana ada dracula di dunia ni!
Yang ada kan hanya pontianak!?!?

Cerita Aliens (dari Part 1 hingga Part 4) pun patut kena boikot.
Sebab mana ada makhluk asing? Pernah jumpa ke?
Yang ada kan hanya toyol?!?!


Maaf, saya sebenarnya bukan nak lanyak ulama.
Cuma mereka yang senang sangat terjerat wartawan (Biar aku maki golongan wartawan nih. Kurang ajar betul mereka, macam mana nak masuk syurga!)

Yang pasti, baik ulama Islam atau ulama politik, nak buka mulut tu biarlah jaga sikit.
Kalau dengan wartawan, jaga BANYAK. Nanti kena trap, mampoi.
Dan saya sedih juga kerana ulama Islam di mana-mana pun, senang sangat melenting tak kena tempat.
Kenapa mereka tak komplen di mimbar tentang rasuah, amanah, dan terus melarang orang daripada merokok (walhal memang dah ada fatwa melarang merokok di Malaysia!)
Baru orang angkat songkok, tabik.






My worries about the future of Iskandar Malaysia

Dubai-based Malaysian blogger Fudzail pleaded with Putrajaya and JB officials not to let Iskandar Malaysia fails, here.
(Fudzail's blog often open my eyes to pak arab news. I have never met him though).

His final plea:
"Iskandar Malaysia, especially the leaders, politicians, managers, workers, PLEASE DO NOT FAIL US.... enough of Malaysia Boleh and the billions that wasted."

Kesian beliau. Nak minum kopi pekat arab dalam Hummer beliau kat padang pasir pun masih susah hati tentang tanah air.
So from somewhere nearer Iskandar, I put up a reply to his posting.
I repeat the reply below, since Iskandar, minus the politics, is a great project.

I have visited Nusajaya many times in the course of my work, and the place is superb.
There is one semi-dee there with a huge courtyard that I simply love. I was brought there as part of a tour of the place as a reporter.
Tapi tak mampu nak beli.
Lagipun, kalau beli nanti kena tuduh "Neo Con Jews" dari negara pro-Israel nak "annex" (curi?) Johor, seperti apa yang ditulis *bigdog.

Actually, I thought it is Malaysia's government and Iskandar that want investments from Singapore and Singaporeans.
And not Singapore and Singaporeans wanting to come in and "systematically" "colonise" and "annex" southern Malaysia.
Oh well, people are free to give opinions. It's good to have debate over issues. Let people decide for themselves.

(*bigdog - gambarnya di sini - ada berkongsi satu pengalaman dengan saya, walaupun beliau mungkin tak tahu. Apabila Dr Mahathir disembur pepper spray di airport Kota Baru pada Julai 2006, saya pun terkena juga sama benda haram tu, sama seperti bigdog ni.
(bigdog berdiri dekat Dr M pada masa tu, di sebelah pintu kereta Pajero. Saya, yang membuat liputan sebagai wartawan, berdiri di pintu sebelah sini. Saya menunggu Dr M memanjat atas seat Pajero dan beri taklimat dari lubang sunroof kereta, setibanya ke Kelantan.
(Macam nak pingsan terhidu pepper spray itu. Saya 'tercampak' - berlari terhuyung hayang - kira-kira 50m, kerana tak tahu kenapa tiba-tiba hidung dan tekak pedih, sesak nafas. Kalau saya 'tendang baldi' masa tu tak ada orang sedar sebab lagi kecoh besar disekeliling Dr M).
(Saya pernah berjumpa bigdog beberapa kali, tetapi cuma hi-hi-bye-bye saja. Tak tahu beliau ingat ke tidak).


INI CERITA ISKANDAR - "Invest Work Live Play"
------------------------------------------------------
tuan fudzail,

let me tell u my worries about Iskandar.
it wants to attract sporeans and those foreigners living in spore to invest - in homes, factories.
it needs sporeans and foreigners in spore to visit often as tourists.or else the project will likely fail.

or it will more likely become the walking dead like cyberjaya and putrajaya.
not quite mati but not making money for the government (and taxpayers). ie not a thriving place like any KL neighbourhood where droves of people and cars move around day or night and shops are open for long hours.
it needs sporeans simply because there aren't enough rich people in johor who could afford the houses there, or to visit the theme parks and malls (people may sneer and scold me, but yes, there is huge salary gap betw spore and johor).
u can bring in arab money but the arabs are not going to live there and buy many homes, and visit often as tourists. u still need sporeans by the thousands.

i am a sporean who lived in malaysia for some 13 years (1994-2007). now back to work in spore.
so i would like to think that i understand how both sides of the causeway think and act on many issues - more so than people who have lived only on one side of the border.

i should think that many sporeans would love to buy a house in jb.
they would love to have a landed home where they could park their car/s right at the doorstep.
i know the feeling cos i have lived thru it in kl.
most of us in spore live in tall flats in this small but proud island nation (87 pct of the 4mil sporeans live in hdb flats, another 8 pct perhaps live in condos, and some 5 pct only can afford landed properties - terrace, semi-dees, bungalows).
but every time people want to take out cheque books to buy in johor, there are the issues of:

1) malaysians in general, malays in particular, and esp johore malays it seems, not rolling out a welcoming mat.
they say sporean chinese want to take over johor and colonise the place.
some of these harsh words come from former pm mahathir himself, as we all know.
and blogger bigdog recently put a similar heart-breaking argument (heart-breaking to me, who would love to see real love betw the neighbours).
it's his right to write but if that sentiment is widespread then sporeans will indeed give the place a miss, thank you very much.
in these days of low-cost flights, sporeans don't even need to go to jb for weekends anymore.
we could and do fly to phuket, bangkok, jakarta, medan, manila, subic bay, hong kong, macau on weekends with not much sweat.

so u want to welcome sporean malays only to johor, isit? hahaha.
if u become as racist as this even in your housing policy, then malays like me get turned off (racial politics is not an issue in spore, babe).
plus frankly, most malay sporeans do not have much, let's say, spare cash.
kita kerja makan gaji.

2) crime. yes, it is being tackled. thank goodness. but there are worries. until and u stop rampant street crime (snatch thefts) and rampant house break-ins (cos the sporean house buyers, if any, mostly could come to their johor landed homes over weekends only), then people will not want to buy houses there.
it is easy for politicians to say: No! johor crime is low, etc. but the headlines in your own papers tell a story.
and ask the johor officials and reporters off-the-record and u hear worrying tales also.

3) policies keep changing. in the last 15years, i tell u, the johor govt (sometimes with help from federal policies) keep changing policies on foreigners buying houses (condos and landed) there.
for eg the minimum price that foreigners could buy.
at times the minimum is rm250,000, then suka-suka can rise to rm500,000, later drop back to rm200,000 (when there is big property overhang).
and later go up again. now there is talk of the minimum going up again.
so people with deals to strike get confused - because their applications (even backdated applications) can get stuck at the johor land office.
gee, forgive me for saying this, they want bribes to clear these deals or what?
how can u backdate a new policy and ask the guys to pay the new property levies?
rather than get caught in these, more sporeans, it seems, are buying in melaka and kl, and even penang, instead.

if u are worried about being colonised, then draw up strict guidelines and stick to it - say, make that minimum rm500,000 for foreigners to buy property in johor, and then stick to it, babe.
and have no-go areas where foreigners cannot buy property.

so yes, i am worried about Iskandar failing.
i dearly, dearly hope i would be proven wrong.
because khazanah and its units have worked so hard to make this a hongkong-shenzen model.
if only the politicians and their supporters could get off the 'race' horse on this issue.

What money cannot buy (& kotak pak arab)


Money can buy a house
but not a home.

Money can buy a bed
but not sleep.

Money can buy a clock
but not time.

Money can buy a book
but not knowledge.

Money can buy food
but not an appetite.

Money can buy position
but not respect.

Money can buy blood
but not life.

Money can buy medicine
but not health.

Money can buy sex
but not love.

Money can buy insurance
but not safety.

You see,
money is not everything.

Therefore, if you have too much of it,
can you please give some to charity?

Tak 'yah tunggu jumpa kotak pak arab sebelum menderma.

Thursday, 19 November 2009

Posing giler - Hummer & saya


Dalam MCA ada orang politik menangis macam budak kecik.
Di Kelantan, ada CEO lagi nak diberhentikan kerja. Khabarnya dah resign pun.
Dan PI Bala pun terus bercerita bohong.
Tapi nanti dulu. Di sini acara selingan buat kenangan sendiri (tulisan syiok sendiri, namanya).
Dah lama saya tunggu gambar ni dihantar, baru tiba semalam. Maaf bawa cerita lama.

Semasa membuat liputan gempa bumi di Padang bulan lalu, seperti yang saya pernah tulis, ada puluhan kumpulan Search & Rescue (SAR) dari pelbagai negara.
Anjing depa semua cantik-cantik - gemuk dan pandai menghidu dan mendengar suara orang terperangkap.
Uniform pun macam-macam.

Tetapi tidak ada team yang seglamour pak arab dari UAE.
Mereka datang dengan Hummer besau, cantik warna putih dan berkilat baru keluar showroom!
Kau nak action ke nak buat kerja, si pak arab nih?
Dan kumpulan mereka ada dua orang mat salleh jadi supervisor - apabila tiba di tepi hotel Ambacang yang runtuh, mereka diberi taklimat oleh supervisor tu tentang apa yang perlu dilakukan dan cara membuat SAR. Oh, rupa-rupanya team baru ditubuhkan.
Apa yang dikatakan oleh supervisor diterjemah kepada bahasa Arab, dan wartawan remgold tua pun menyibuk duduk kat tepi mereka dengar apa yang dikatakan.
Baguslah tu mereka nak belajar cara SAR.

Saya pun, apabila mereka tak ada, sempat posing tepi Hummer mereka.
Yang kelakarnya si pak arab ni, kalau ya pun, biarlah kasi kereta kotor sikit, baru nampak macam buat kerja. Tetapi mereka nak posing giler dengan kereta mewah sedang orang lagi sedih. Bersih aje.
Nombor kereta arab ni pun dia beli dari JPJ.

Takpe, lain kali kita bawa masuk Mat Rempit dari Pemuda Umno, lagi best.
Bunyi enjin motosikal mereka, pasti banyak lagi bangunan yang akan runtuh.
Mereka semua kena bawa handphone Hummer tajaan tycoon Melayu baru.

Di Malaysia, saya baru nampak Hummer ni sekali - berwarna hitam di park di Hotel Equatorial KL. (Jangan-jangan Tok Mat punya?)
Harganya pun tak mahal sangat untu orang kaya - lebih kurang RM400,000 second-hand.
Minyak dia yang mahal giler.

GAMBAR oleh jurugambar Associated Press dari Singapore, Ms Wong Maye-E.
Dalam gambar ni remgold kurus, berbanding dengan gambar di Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Palestin, sebab di Sumatra ni saya baru pulih dari sakit.

Wednesday, 18 November 2009

Najib has Facebook, I wanna complain already....

NEW 1.50pm
-------------------------------------------------------
Alamak, PM Najib has Twitter oredi, plus Flickr, and plans to use YouTube.
Gua kalah.

-------------------------------------------------------

I too have a Facebook account.
But unlike the zillions of you idiots out there who waste time doodling away during working hours, I rarely visit my account even at home. This is simply because I don't see the point of it all.
I signed up because of work related purposes, ie in case I need to find out pronto about some murderer or politician as part of my duties in the office (chesss sabah).
This is like a clear signal to my readers out there not to waste time being my 'Friends'. I will reply to say Yes, but after that you will get nothing, dolt. You wanna talk to me, visit my blog or email me.

And now, the busy Prime Minister of Malaysia has joined Facebook.
No, I don't think he will doodle his time here. He got to fulfill promises made to voters.
The site will be taken care of by aides.
Just like Anwar Ibrahim et al, must be seen to be 'progressive', 'using the latest tools' etc to 'get close to voters'.
Old hat that.
PM already has a Blog.
(Nasib baik aku ada Twitter dan LinkedIn. Depa belum ada!)
I don't think I will join this Najib FB.

Eh, then again, maybe I will!
So that I could complain about something that has been bothering me since I read about it weeks ago.
Why is he allowing another huge convention centre to be built, when there are several quite empty ones already around.

- There is PWTC convention centre;
- Kuala Lumpur Convention Centre beside KLCC;
- The ghost-filled Putrajaya convention centre that Mahathir Mohamad built in the middle of nowhere;
- And there is that Matrade one (the building with the hole in the centre) that no one uses also. It became very famous due to structural problems. The exhibition centre is called MECC.
(We of course cannot include the convention centres such as those giant ones in Langkawi, Johor and Melaka, else the story will be too long).

The new RM628 million centre in near Sri Hartamas is supposed to be for heavy industries and machineries exhibitions to be held.
In other countries, people confirm that there are such clients who want to come in first before building these.
Like for the next five years at least, to ensure return on investment. Have they in government heard of this term RoI, Return on Investment, I wonder.
I have yet to read about such exhibitors queueing up to come to Malaysia for this, and learning that the other convention centres cannot be utilised.
Well, I am sure there is a plan and all will be revealed to us patient people soon (Let me snigger first).

Well, my friends, let me remind you that like when developers build condos: You ensure you have enough buyers before building them, so that the project won't end up like PKFZ or the Putrajaya convention centre.
I wonder if any government officer did an audit of the number of exhibitions, the kind of products they wanna show, the money they brought in, etc to see whether another convention centre is needed.
I note that the Naza group is the main builder of this giant project, after signing a privatisation deal. Good for them, as we do need Bumi companies who perform for the people.

Naza's subsidiary is also building that RM3.5 billion Platinum Park project (behind the Singapore embassy in KL), one of whose buildings has been bought by Felda, a 50-storey skyscraper.
Never mind that the roads beside the project are narrow ones - I know because I used to drive past there daily for five years on my way home.
I am sure there is a plan to really expand these roads, only these will reveal to us later eh (snigger again, a little louder this time).
How come I got this feeling that if I say that our town planners all sekolah kampung and bodoh nak mampos, I will get millions of votes from KLians? Who the hell approved these tall buildings amid tiny roads?

In Malaysia, we always create problems first, then explain later. If the public is still not satisfied, we will then work on the solutions.
If we're still not happy, then everyone will say: We will not vote for this government next time. Of course, by the time voting time comes, we would have forgotten!

But anyway, minus the massive jams that Platinum Park will create, I could agree with the construction of high-grade offices (what is called Grade A offices) - not low-end office blocks - in the city centre because there are not enough of them, ie the Petronas Towers type quality. Tan & Tan is building a Grade A office block right across the street beside the US embassy.

I am sure, in the end, everything will be resolved.
After all, PM Najib already promised:
Performance first, People now (terbalik sikit my tagline because I am confused by these mixed signals from the government. Don't waste resources, reduce the budget deficit, help the poor....)

Tuesday, 17 November 2009

Corruption - Malaysia ranking falls, Indonesia rises

Another blow to Malaysia - its corruption perception ranking fell to 56, from 47.
Actually I don't quite know how come things became so bad, perception wise.
But I hope the government instead of pooh-poohing it - like during Mahathir Mohamad's and Abdullah Badawi's time - would say something like: We accept the ranking, we're not happy, but we're trying to improve things.

Transparency International said Indonesia's ranking improved a lot! To 111 from 126 the previous year.
President Esbeyye's been trying to reform and talking hard to change the way things work.
As I had written several times, Indonesia seems to have a better story to tell investors seeking to plunk their money in Southeast Asia. See here and here.
Comparison of Malaysia's and Indonesia's stories here.

Position of Singapore? From 4th to 3rd.


1. Numero uno is the country where there are more sheep than humans, New Zealand.
2. Second is the country with more cookies (remember Danish cookies?) exported than most places, Denmark.

The standing of Asean members (bold), dan the major economies:

3. Singapura.
12. Hong Kong.
17. Jepun.

17. United Kingdom.
19. United States.
37. Taiwan.
39. Brunei.
39. Korea Selatan.

56. Malaysia.

79. China.
84. India.

84. Thailand.

111. Indonesia.
120. Vietnam.

139. Philippines.
158. Cambodia.
158. Laos.
178. Myanmar.

Sunday, 15 November 2009

Kenapa Nik Aziz tuduh kami Quraisy Malaysia?

TERBARU Isnin 2ptg
-------------------------------------------------------
TGNA kini berkata beliau akan naik Haji tahun depan, sama ada ada yang menaja atau tidak.
Mungkin ahli-ahli PAS yang tentunya masih sayang dengan beliau patut menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengumpulkan dana naik haji, agar beliau tidak diserang lagi.
Wang RN455,000 itu seharusnya dipulangkan kepada empunya, suruh dia main jauh-jauh agar jadi kecoh lagi.
Di Kelantan mahupun di Temasek ramai yang tak mampu nak naik haji, mungkin beliau nak bantu? Takkan nak bantu pembesar saja?

-------------------------------------------------------

TOK GURU (semua capital letters, biar kita sedar siapa Datuk Nik Aziz Nik Mat ni) perlu jelaskan macam mana isu penajaan haji boleh jadi sehingga begini.
Siapa yang nak sponsor, untuk berapa orang, kenapa beliau terima dsbnya.

Kini rockybru menulis, tukang sponsor itu ialah businessman yang mendapat konsesi balak kelantan. Jika betul, lagi dasyat.
Dan Sheh Kickdefella pun kupas - sebenarnya jumlah tajaan ialah RM455,000.
Maknanya betullah, ia pakej mewah - harga untuk seorang ialah RM65,000. Sebab pakej biasa ialah lebih kurang RM20,000-RM25,000.

Okay, TOK GURU kini dah merajuk, tak jadi nak ke Mekah.
Tetapi saya tak faham kenapa beliau selepas itu menuduh orang yang mendedahkan isu ini sebagai "Quraisy Malaysia" - pada saya itu perkataan kurang ajar.
Maaflah kalau anda pembaca tak terima.
Maaflah, saya orang tak pandai agama, maklumlah dari negara Temasek yang ada agama. Kamu tolong jelaskan kepada saya yang bongok ni.
Beliau seorang TOK GURU, jadi perlu menjaga apa perkataan yang nak digunakan, bukan mencerca orang sebarangan.

Ini kata TOK GURU:
"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia."


Beliau marah lalu menuduh orang sebagai 'kafir jahat' ke?
Ini kerana pada zaman Nabi jika dipanggil "kaum Quraish" atau "kaum Quraisy" (ejaan moden) - mereka adalah orang yang melarang Rasullulah dan umat Islam masuk menunaikan haji - ialah kafir yang dilaknat.
Kini katanya "Quraisy Malaysia" melarang beliau.
Tolong TOK GURU jelaskan.

Padahal yang membuat pendedahan, hanya berniat menghentikan sesuatu yang dianggap salah dan menyeleweng.
Kalau kami tersilap, sila jelaskan dengan baik dan tertib.
Bukan 'mengkafirkan' kami.
Apa yang cuba dididik oleh TOK GURU kepada jutaan orang yang mendewa-dewakan beliau?

Osama hadiri APEC!?!?

Jika anda seorang yang serious, tak boleh berjenaka, tak payahlah nonton, brader.
If you are a serious person, who can't take jokes, no need to watch, brother.


Saturday, 14 November 2009

Kemuncak APEC dan Obama



Hari ini, Sabtu, dan esok, ialah hari terbesar dalam kemuncak APEC yang sedang berlangsung di Suntec City, Temasek Darul Dollar.

Apa benda ni APEC Summit atau Sidang Kemuncak?
Apa yang depa nak panjat?
Sebenarnya apabila ada meeting besar melibatkan pegawai kanan, ianya dipanggil SOM = Senior Officials Meeting. Misalnya Asean SOM atau APEC SOM.
Apabila menteri bertemu, dipanggil Ministerial Meeting, misalnya Asean Ministerial Meeting, atau AMM, ataupun APEC Ministerial Meeting.
Lepas tu kalau yang berjumpa ialah menteri kewangan dipanggil APEC Economic Ministers Meeting (AEMM), untuk menteri luar/foreign minister, APEC Foreign Ministers Meeting atau AFMM.

Untuk kepala-kepala negara, tidak boleh dipanggil Prime Ministers' Meeting - sebab ada negara di mana ketuanya dipanggil Presiden, atau pangkat lain.
Jadi dipanggil Summit atau Kemuncak.
Jadi, hari ini APEC Summit bermula - semua ketua negara yang belum tiba akan tiba, termasuk The Big O.
Barack Hussein Obama.
Jadualnya sampai lewat malam ini.
Dan esok banyakkkkkkkkk sangat meeting kemuncak ni.

Semalam, saya dapat menonton PM Najib Razak, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden China Hu Jintao, PM Singapore Lee Hsien Loong dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew berucap dan menjawab soalan.
Syiok dengar mereka menjawab soalan di APEC CEO Summit dari CEO-CEO.

Obama lambat tiba. Sepatutnya beliau dah tiba dah, tetapi kena gi dulu di Amerika kelmarin majlis pengkebumian pembununan askar di Fort Hood.
Jadi kecoh sebab semua rancangan ditunda.

Tetapi, mana si Hata dari Utusan ni.... Ingat nak ajak depa minum kopi Starbucks tempat Hillary duduk kelmarin.... kau merajuk pun aku bukan Fasha Sandha atau Beyonce, tak guna.

GAMBAR: Di Pusat Media APEC, antara rombongan wartawan kami sibuk.
Dari kiri, Paul Jacob, timbalan editor meja berita politik (political desk); Jayandra Menon, timbalan editor meja berita luar negeri (foreign desk); remgold, penolong editor meja berita luar negeri; dan Lynn Lee, koresponden buro Jakarta. Di meja belakang kami ialah Cassandra Chew, wartawan dari meja berita kewangan.
Lagi 30 orang wartawan kami duduk di tempat lain di sekeliling pusat media atau sibuk mengejar menteri dan pegawai.
Gambar kedua ialah saya dan Lynn. Lynn, anak kelahiran Singapore, dah setahun di Jakarta, bersama dua lagi wartawan kami Salim Osman (dari Temasek) dan Wahyudi Soeriaatmadja (anak Indonesia).
Kebanyakan kami menggunakan laptop Dell baru, company kasi pinjam.

Friday, 13 November 2009

Wartawan berduyun di APEC; jumpa rakan lama


Daripada puluhan, naik ke ratusan.
Hari ini, Jumaat, nampaknya wartawan yang berkumpul di Suntec City Singapura akan menjadi ribuan - mungkin lebih ramai dari pegawai APEC.
Punyalah banyak meeting, sampai saya pun dah pening.
Sidang puncak akan berterusan sehingga Ahad ini.

Mereka datang daripada 21 buah negara - dari ekonomi (TIDAK boleh dipanggil NEGARA) kecil seperti Temasek dan Chinese Taipei/Taiwan dan Hong Kong, kepada yang terletak di Amerika Selatan iaitu Peru dan Chile, dan tiga ekonomi yang terbesar di dunia - Amerika, Jepun dan China.
Lepas tu kau campurkan bekas negara komunis Russia, dan yang terselit kat hujung, New Zealand, barulah kita faham betapa besaunya perjumpaan APEC ni.
Nak jadi anggota mestilah menjadi ekonomi yang terletak di pinggir Lautan Pasifik - kan nama pertubuhan ini Asia Pacific Economic Cooperation.

Hari Rabu kelmarin syiok dapat hadir di sidang media Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika.
Wanita ini nampak besau kat TV, rupa-rupanya orang betulnya cuma makcik kecik aje - hanya tinggi sikit dan lawa sikit dari ibu saya.
Cuma beliau ni ada gorila Secret Service jadi bodyguard. Mamat ni saya tengok pun dah takut.
Dan seorang lagi bodyguardnya ialah seorang wanita tinggi (atau mungkin saya ni pendek).
Yang lain duduk campur dengan wartawan lain.

Saya ingat saya seorang yang minat dengan Hillary. Tetapi rupanya ratusan lain pun sama - masuk dalam hall press conference walaupun bukan nak tulis cerita.

Maklumlah Maam Glam, si Hillary ni. Beliau duduk kat Starbucks di Suntec City, walaupun tak membeli kopi, pun jadi cerita besar satu dunia!
Yang aku beli latte, duduk di tempat yang sama hanya beberapa jam sebelum itu, tak ada orang kisah pun.

PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor, the Mother Teresa of Malaysia (kalau you yang jumpa kotak tu belum tahu lagi nak kembalikan), dah pun tiba di sini.

Dan The Big O, Obama, akan mendarat lewat malam esok. Yahoo.

Kalau nak baca - Ini yang saya tulis di akhbar kami - di sini dan sini (cerita dipotong pendek di internet, nak baca penuh kena beli akhbarnya).

GAMBAR: Besar Media Centre di Suntec City ini, boleh tempatkan 300 wartawan. Pandangan di tingkat enam dengan puluhan sibuk bekerja (atau mungkin mereka baca blog Pak Bakaq, tapi olok-olok kerja).
Ratusan lagi tak nampak di gambar ini sebab mereka menyewa bilik-bilik khas agar dapat menulis dengan tenteram. Ini termasuk agensi berita asing seperti Xinhua News Agency, Associated Press dan Kyodo, atau stesen TV seperti CNBC, Al Jazeera English dan Channel News Asia.
Sebuah bilik kecil dengan satu meja yang boleh masuk enam orang saja, sewanya S$3,500/RM8,000. Ini harga sewa SETIAP HARI, dan APEC berlangsung selama seminggu! Adoi.
Sebab mahal sangat, akhbar kami tak sewa bilik - duduk kat tengah-tengah khalayak ramai tu.

Akhbar kami saja ada 37 wartawan yang membuat liputan - kontinjen paling besar, maklumlah akhbar terbesar di Tenggara Asia dan 'host media'.
Tak semua duduk di sini - yang bos-bos kami kat ofis dan ramai lagi kena kejar menteri dan pegawai.

Nama-nama akhbar dan stesen TV yang pelik-pelik banyak - maklumlah dari 21 negara. Macam-macam suara manusiawi di sini.

Yang dah bertahun tak jumpa pun saya bertemu di sini.
Ramai juga mamat, ah moi dan mat salleh yang saya dah lupa nama, tetapi maklumlah saya (ahem) wartawan terbilang, gemilang dan dari Geylang - mereka ingat dan sapa saya.
Saya pun main wayang macam masih ingat!

- Ada satu minah lawa Jepun dari akhbar Nikkei ke Asahi Shimbun lupa nama dia. Dia tegur tapi tak ingat langsung. Mungkin Mayuki, Mayuko, ke apa nama depa.
Baru kejap ni google baru jumpa nama dia - Mayuko Tani dari Nikkei-Nihon Keizai Shimbun. Akhbar Nikkei ni yang terbesar di Jepun.

- Ada satu pula minah bertudung yang anda pasti jumpa jika ada forum atau seminar ekonomi besar - baik di Singapore, Malaysia atau mana pun di Asia ni.
Namanya ialah Shamim Adam dan beliau bekerja dengan Bloomberg - agensi berita kewangan terbesar di dunia. Tak tahu penat si Shamim ni.
Siang malam dia cari pegawai atau menteri yang kena mengena dengan kewangan atau perdagangan.
Perkara pertama yang beliau tanya saya apabila jumpa first time dalam setahun kelmarin, bukan: 'You makin hensome, apa rahsia?', tetapi 'Have you seen the New Zealand finance minister?'
Baca cerita tulisan budak Singapore ni pun belum tahu faham! Di sini dan sini.

- Yang satu rakan pula, saya kenal dari jauh, cuma rambutnya dah kurang. Shahriman Johari dari NST di bandar glam KL.
Yang peliknya, beliau datang terus nak bayar hutang dengan saya! Saya tak ingat bila dia pinjam duit.
Katanya beliau pinjam RM200 semasa pilihanraya 2004 dulu semasa beliau dengan Reuters dan kami berdua di Kelantan! Maknanya dah lima tahun tak jumpa.
Saya kata - Aku tak ingat pun, tapi kau kasi duit aku ambil juga. Biar kau dapat lena tidur.

- Saya juga bertemu dengan seorang lagi yang rambutnya dah tipis di atas. Shoeb Kagda, dulu wartawan Business Times Singapore (BT), lepas itu beliau ke majalah pelaburan, dan kemudian lari ke Jakarta sebagai koresponden BT. Kini dah kawin wanita Jakarta dan bekerja sambilan dengan majalah Globe Asia - anak syarikat The Jakarta Globe.

- Boss lama saya di Reuters KL juga ada di sini. Bill Tarrant selepas menjadi ketua buro di KL, lompat ke Seoul, lepas tu dah bertahun bekerja dengan syarikat sama di Temasek. Kini pangkat banyak besar.
Dan beliau menceritakan ada benda baru yang nak dibuat Reuters - wartawan akan kena menulis Live Blogging dan Twitter.
Ini projek di bawah jagaan Bill, warga Amerika yang berkahwin dengan seorang doktor Punjabi di Seremban. Beliau boleh berbahasa Melayu/Indonesia sebab pernah juga bekerja di Jakarta.
Akhbar kami pernah membuat Live Blogging semasa kekecohan di Thailand dulu (sidang Asean ditunda selepas kumpulan Red Shirts mengamuk). Di bawah jagaan saya. Boleh mati, brader, sebab sesak nak buat Live Blogging ni. Nak gi toilet pun tak boleh!
Saya dah setahun menjadi pengelola blogging di akhbar saya untuk Meja Luar Negeri (Foreign Desk).
Cerita Blogs From Around The World dari para koresponden dilihat mata saya dulu (melainkan saya off hari itu) sebelum diterbitkan.

- Di Media Centre APEC, cerita paling lawak ialah ada seorang minah bertudung lambai-lambai kat saya - ooi, aku ingat aku lawa. Bila beliau datang dekat, kami pun berbual.
Saya tanya (sebab saya pasti ini mesti wartawan Malaysia) - Hang duduk kat hotel mana?
Dia jawab - Kita orang Singapore, duduk kat rumahlah.
Lepas berbual 5minit baru teringat.
Rupa-rupanya sahabat lama saya Mohaini, office manager Reuters Singapore. Dah sembilan tahun tak jumpa sejak saya keluar Reuters May 2000. Eeee, malu aku.

Thursday, 12 November 2009

Kickdefella, Nik Aziz dan isu naik haji

TAMBAHAN
-------------------------------------------------------
Ini bukan sponsorship kecil. RM65,000!!!
Maknanya ini pakej mewah.
Sebab pakej haji biasa ialah lebih kurang RM20,00-30,000 saja.
Lihat di sini, misalnya, dan saya sendiri pun dah beberapa tahun dalam queue sebab tu saya tahu harganya.

OKlah beliau ulama besar katanya dan orang tua, kita kasi naik first class.
Tetapi rasa saya tak perlulah nak duduk di hotel lima bintang pun.
Sebab duit yang lebih tu bolehlah bagi kat orang kampung yang bersusah payah kumpulkan wang seumur hidup nak naik haji. Jika ini wang sendiri tak apalah.
Kalau beliau pemimpin Umno, tentunya dah kena balun oleh pembangkang kerana 'membazir', tetapi hero-hero PAS dan PKR nampaknya sonyap je....
Dan Malaysiakini dan Malaysia-Today dah jadikan bahan tertawa. Tapi sonyap je.

(Baca Raffles Makkah akan dibuka di sini).

-------------------------------------------------------

Sahabat saya Sheh Kickdefella mendedahkan beliau sebenarnya tidak diterima oleh pejabatnya oleh anak menantu ulama yang disegani.
Sehingga begitu orang main politik pejabat rupanya.
Atau mungkin Sheh tidak disukai kerana beliau rapat dengan exco Kelantan, Husam Musa?
Dan Sheh berkata beliau bertemu dengan ulama itu, Nik Aziz Nik Mat, semasa dibuang kerja.

Dan kini ulama itu, ada bawa cerita baru - ada orang sponsor dia naik haji. Baca cerita di blog pujaan ramai (termasuk saya), ~penarik beca.
Saya nak naik haji kena simpan duit dan sehingga kini dah line-up tunggu giliran beberapa tahun dah. Tak ada nasib lagi.
Sata setuju dengan ~penarik beca. Tok Guru perlu jelaskan kenapa beliau senang-senang saja menerima sponsorship.
Ini bukan Liga Perdana.
Dan beliau bukan orang biasa atau tok guru pondok.

Wednesday, 11 November 2009

Isu Kickdefella boleh goncang Kelantan

Kerajaan DAP-PAS-PKR Perak dah tumbang.
Kerajaan DAP-PKR Penang pernah digoncang.
Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang dikocak.
Kini, jika tak ditangani dengan baik, kerajaan PAS di Kelantan pun boleh goyah.

Hanya kerajaan PAS-PKR Kedah saja yang steady (walaupun pernah digoncang dulu).

Isu pemecatan Sheh Kickdefella ni panas.
Sebab tuduh-menuduh akan timbul.
Betul ke ada scandal sehingga Sheh kena buang kerja?

Tak tahulah sama ada Sheh jadi atau tidak nak adakan press conference ke tidak hari ini (Rabu).
Kerajaan Kelantan kenalah jelaskan dengan jelas.

Rakyat memerhatikan.
Blogger semua terkejut.
Umno menunggu. Nak terkam.

APEC 20 tahun, membantu perdagangan dunia

APEC kini berusia 20 tahun.
Asean lebih tua lagi, 42 tahun.

Dengan 21 buah negera - termasuk gergasi seperti Amerika, China (Chinese Taipei/Taiwan dan Hong Kong juga), Russia, Korea Selatan, ia tergolong sebagai bloc dagang yang terkuat selepas Group of 20 atau G-20 (dulu hanya Group of 8 atau G-8).

Apa yang saya belajar dari dulu lagi ialah, walaupun Asean boleh dipanggil sebagai mempunyai keahlian sebanyak 10 buah NEGARA (member states), APEC mempunyai keahlian sebanyak 21 EKONOMI (member economies), bukan negara.

Kenapa?

Sebab Hong Kong bukan sebuah negara, tetapi sebahagian dari negara China, dan hanya sebuah ekonomi.
Begitu juga Taiwan di dalam APEC bukan dianggap sebuah negara, tetapi dipanggil Chinese Taipei dan juga dianggap sebuah EKONOMI.
Benda seperti ini pun walaupun orang biasa macam kita tak ambil pusing, dianggap berat oleh orang besau-besau. Menguap ngantuk.

OK, pindah cerita.
Ini penting, menunjukkan naiknya nama Indonesia di mata dunia, seperti yang saya pernah tulis di sini dan sini. Di sini saya bandingkan Malaysia dengan Indonesia.
Malaysia, Singapore dan Indonesia pun memang ahli APEC, tetapi hanya Indonesia menjadi ahli G-20!
Ini bermakna ekonomi negara lain dalam Asean tidak dianggap besar sehingga tidak dipanggil masuk dalam G-20.
Saudi Arabia dan Turki pun member G-20, tetapi bukan Malaysia, tidak Singapore.
Kesian kita.
Sebab tu jangan action anggap negara kita ni besar sangat di mata dunia, nak dabik dada.

Hari ini, Presiden Esbeyye (SBY), Susilo Bambang Yudhoyono tiba di KL.
Wah banyak story tu!

OK cukuplah tu.
Nak cerita tentang dagang dan kewangan ni banyak, tetapi takut tak ada yang nak baca.

EH NANTI DULU - Nak cerita terkini di APEC yang sedang berlangsung di Suntec City, Singapore: Hari ini meeting besau-besau bermula.
Menteri Luar (termasuk Anifah Aman dari Malaysia) baru mula meeting 0800 tadi.
Menteri Ekonomi (termasuk Mustapa Mohamed) pun dah mula meeting.

GAMBAR: Suntec City - pusat konvensyen (tempat mesyuarat APEC), bangunan mencakar langit, mall dan pancuran air (water fountain) terbesar di dunia.


Tuesday, 10 November 2009

Di APEC - sandwic, minuman percuma!

Saya sedang membuat liputan APEC yang sedang berlangsung di Suntec City, Singapura.
Yang ramai selain wartawan dari Singapore, ialah dari Malaysia, Indonesia dan wartawan agensi dan akhbar berita asing yang berpengkalan di Temasek.
Mereka yang dari Amerika, Russia, India, China, Jepang, Peru, Chile belum sampai lagi ler.

Ada meja 300 buah untuk wartawan, termasuk kegunaan laptop Sony Vaio percuma (kalau lupa bawa).
Takut barang hilang? Ada almari kecil untuk simpan barang, siap dengan kunci.
Ada sandwic, kopi-teh, buah-buahan - untuk 24 jam.
Eeks ini Hasan Ali marah - lepas jam 6ptg beer free (di sponsor oleh Tiger).

Ribuan wartawan nak datang.
Syiok juga dapat jumpa dan sembang dengan rakan-rakan lama.

Monday, 9 November 2009

Ekonomi M'sia kembang 9peratus setahun....Errrr

PEMBETULAN OLEH PEJABAT PM = 6 peratus, bukan 9
-----------------------------------------------------

Kalau 6 peratus OKlah juga.
Boleh kerja keras sikit nak mencapainya.
Yang menulis dan menyemak angka 9 peratus tak sedar ke???

Negara China yang besar pun pertumbuhan hanya 8 peratus setahun sejak 10 tahun ini.
Malaysia zaman Dr M hanya mampu 7.5-8 peratus GDP secara purata.
Ish ish ish....
Janganlah pula kamu mem-flip-flopkan PM Najib pulak.


------------------------------------------------------
PAGI TADI

Semasa saya membuat liputan pasaran saham-kewangan dan ekonomi Malaysia di KL dulu, ekonomi berkembang 7.5 peratus sehingga 8 peratus setahun antara 1988 sehingga 1997.
Maknanya ini secara purata, ada tahun ini menjangkau 9.5 dan ada kali 7.
Tetapi selama 10 tahun, begitulah kencangnya ekonomi Malaysia - antara yang terkuat di seantero dunia sehingga bergelar Tiger Economy (Ekonomi Rimau, dia kuat mengaum). Antara Rimau yang lain ialah Singapura, Thailand, Korea.
Bapak Rimau tentunya Dr Mahathir, gergasi yang membangunkan negara.

Begitu kuat berkembangnya ekonomi pada masa itu sehingga - tentu ramai masih ingat - nak beli kereta Proton kena tunggu hampir setahun.
Mereka yang untung dapat beli boleh gunakan 3-4 tahun lepas tu jual dengan harga Lebih Tinggi. Lebih dasyat dari Ferrari atau Bugatti collectors' item yang harganya pun terus naik.

Pasaran saham naik menggila, projek mega naik di kiri kanan sekitar bandar, banyak kampung dapat jalan raya dan lampu, pekerjaan mudah dapat.
Hari ini, terima kasih kepada Dr M - pemimpin yang namanya dulu dibusukkan geng Pak Lah, kini dibusukkan pembangkang - rakyat Malaysia middle class kini merasakan hak mereka untuk ada DUA kereta, dan rumah teres atau apartment harga tinggi.
Dan mereka pastinya merasakan mesti pergi holiday setahun paling kurang sekali; kalau tak ke Australia atau London, tentulah ke Langkawi atau Jakarta-Puncak-Bandung (sebelum kena sweeping dulu).

Tetapi masa itu - tahun-tahun 1980s dan 1990s - negara Malaysia masih banyak memerlukan infrastruktur (akhbar Singapore, Berita Harian, dia panggil 'prasarana') seperti highway, pelabuhan, stadium, pusat konvensyen dsbnya.
Bangunan pejabat, baik mall, belum cukup lagi.
Dan yang paling penting, pelabur asing masih gemar dengan Malaysia sebab gaji pekerja rendah dan negara lain seperti Vietnam, India dan China masih 'tidur'.
Kini Indonesia pun lebih baik lagi dalam pandangan pelabur.

Dan sebab ekonomi Malaysia berkembang pesat, Cina tak ada masa nak gaduh dengan Melayu tentang ketuanan dan ketuhanan; India tak sibuk nak meminta hak sebab syiok dapat kerja gaji bagus; dan Melayu pun terus maju jadi kroni.... errr maaf.... jadi para profesional dan businessmen.


Jadi saya terkejut apabila membaca PM Najib Razak berkata beliau mahu membangunkan ekonomi Malaysia setinggi 9 peratus setahun sehingga 2020.
Memang patut dipuji rancangan nak kuatkan ekonomi.
Sebab saya percaya bahawa apabila ekonomi berkembang pesat, semua masalah bangsa dan agama ni hilang - orang sibuk nak buat duit, tak ada masa nak bincang ISA atau Wahhabi.
Maknanya banyak benda boleh di sweeping di bawah karpet.

Cuma yang saya khuatir ialah terlalu banyak mega projek dah pun dibina. Jadi mana nak datang perkembangan ini?
Pelabur asing pun kurang ke sini, dan duit kerajaan pun dah kurang - lebih kurang 40 peratus dari Bajet Malaysia masih tetap dibiayai oleh Petronas. Kalau Petronas lingkup kita terkatup.
Jadi bagaimana?
Ini tentunya akan dijelaskan oleh To' Sri.

Saturday, 7 November 2009

Hello Kitty, Barney, Traders Hotel di Nusajaya

TERBARU 10pagi AHAD
------------

Saya tak tahu Bob the Builder atau Angelina Ballerina ni popular ke tidak dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun (aku dah tua), tetapi kalau sebut Hello Kitty, orang Singapore jadi gila semua!
Jadi baguslah Khazanah bawa kuching Jepun ni ke Nusajaya - hanya 10 minit dari imigresen Johor di Link Kedua.
Barney, Angelina dan lain-lain pun akan datang juga.
Kegilaan Hello Kitty (Hello Kitty craze) lebih-lebih lagi berlaku dalam tahun 2000 dulu di Temasek.
Sampai orang bergaduh di Macdonald's apabila patung ini dijual.
Lihat gambar lama ni - orang Singapore (buan budak kecil) berbaris panjang nak beli patung Hello Kitty.
Sehingga ada pula ahli akademik Hong Kong yang membuat analisa - orang baca pun terkejut berok, tetapi begitulah fenomena ini.

Di family indoor theme park di Nusajaya akan ada juga Traders Hotel, 300 bilik.
Dan restoran Kampung Boy oleh Lat.
Dan shopping centre 100,000 sq ft.
Di sebelahnya ialah Legoland - taman tema dari Lego.
Yay.


---------------------------------------------------------

Saya sibuk ke Nusajaya, Johor Baru sehari suntuk. Baru pulang kembali ke Singapore.
Theme park Hello Kitty dan Barney (dinosaur warna ungu), restoran Lat (ya, kartunis terkenal) dan Traders Hotel akan dibangunkan di Nusajaya - hanya 10 minit dari Second Link ke Temasek.
Di sana akan juga ada Legoland, hospital, pusat pendidikan.
Nanti cerita panjang lagi.

Thursday, 5 November 2009

Indonesia - Buaya lawan Cicak & caddy cantik


Pegawai polis atasan dan pegawai kanan Pejabat Peguam Negara terperangkap.
Caddy golf cilik yang menggoda.
Ketua agensi anti-rasuah dituduh menjadi pembunuh.
Businessman dalam BMW ditembak mati oleh orang bertopeng naik motosikal.
Dan kini, kedudukan presiden negara terbesar di Asia Tenggara mendung sedikit.


Ini boleh buat filem.
Tetapi semuanya cerita benar!

Jika anda ingat cerita Nizar lawan Zambry, Hadi Awang atau Nik Aziz, Selangor nak dirampas BN, atau MACC vs Porntip adalah kes-kes panas, di Indonesia lagi heboh, brader.
Habis laris akhbar negara itu selama beberapa minggu ini.
Bukan lagi cerita gempa di Sumatra Barat dan Padang.

Ini cerita rojak pedas menggaulkan polis, peguam negara, caddy perempuan, agensi anti-rasuah, business dan blackmail.
Dan kini isu itu menarik sama Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Sebut saja nama caddy Rhani Juliani, gadis 22 tahun (Lihat GAMBAR Antara) dan satu Indonesia menggeleng kepala.
Terlalu panjang ceritanya. Tapi syiok.
Pada dasarnya ia berkisar pada pertarungan Buaya dan Cicak -lihat sini.
Buaya di negara besar itu sinonim dengan rasuah, dan cicak ialah rakyat jelata.

Malam ini, setelah pendedahan yang memeranjatkan, demi memeranjatkan di negara 17,000 pulau itu, rakyat gerammmmm dan mahu bersihkan polis dan pejabat peguam negara dari rasuah.
Orang dah fed-up!
Baca siapa Rhani di sini, di sini dan sini.
Eh, lecehlah, gi Google sendiri!

Malam ini, Presiden SBY berkata beliau akan pastikan "mafia hukum" (court mafia) yang membolehkan kes-kes dijualbeli (ya, kes di mahkamah dijual dan dibeli) akan dibanteras.
Dia pun dah fed-up sebab mereka ni lemak sangat.
Ketua detektif Indonesia dah resign hari ini!!!
Dan juga timbalan peguam negara!!!
More big heads will roll.

Presiden SBY:
"Program utama yang pertama adalah pemberantasan mafia hukum".

Di sini, di sini.

Ini baru namanya Reformasi.
Bukan Reformasi palsu yang dipinjam dari Indonesia dibawa ke negara jiran....
(Kamu ni, nak betulkan negara pun slogan dicuri dari Indonesia! Ish ish ish....)

Kelantan dapat 'advance bonus', belum lagi royalti

OKlah, jadi ler buat sementara ini.
PM Najib Razak semalam menyatakan bahawa Kelantan akan mendapat 'Wang Ehsan'.

Bukan wang royalti minyak dan gas yang diminta Pok Nik dan rakan. Cerita PAS berkempen nak royalti di sini, ada peta lagi you.

Pelik juga sebab jika Wang Ehsan Terengganu diberikan terus kepada kerajaan negeri, ini nampaknya yang akan menerima ialah Umno Kelantan.
(Atau mungkin dijaga terus oleh kerajaan pusat? Belum dijelaskan setakat ini).


Jika diberi kepada Umno, sama seperti dalam 1999-2004 apabila PAS memerintah Terengganu.
Dr Mahathir menukar royalti kepada wang ehsan lalu diberi kepada Idris Jusoh dan Umno Terengganu.
Lepas tu Sultan Terengganu murka sebab dana ehsan ini tidak digunakan dengan betul, khabarnya.
Adakah pisang akan berbuah dua kali - banana grow fruits double trouble?


Tetapi, yang pasti ialah sekurang-kurangnya To' Sri mendengar rintihan rakyat hendakkan pembangunan di hujung timur-utara Semenanjung.
Tentunya PAS akan terus menekan sehingga mendapat royalti.
Buat sementara ini, Kelantan dapat advance bonus, kata sahabat saya kickdefella.


Saya nak minta satu saja sebagai 'ore luar' yang selalu ke Klate: To' Sri, boleh suruh perbaiki jalan Kota Baru ke Rantau Panjang (RP) dan Pengkalan Kubor (PK), tak? (gambar masjid 'Cina' dekat RP di sini)
Lebih syiok lagi saya nak shopping nanti :-)
Saya jika ke Klate semalam pun akan singgah ke RP.
Jika dua malam, saya akan ke PK!


GAMBAR: RP.

Jika kalah di Perak, Nizar & Pakatan terima ke?

Saya berasa seram sejuk apabila membaca Malaysiakini pagi ini bahawa lima hakim tertinggi di Malaysia akan menghakimi isu siapa Menteri Besar sebenar Perak hari ini.
Memang isu ini penting.
Yang saya khuatiri ialah jika pihak Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat kalah.
Adakah mereka akan menerima keputusan dengan dada terbuka?
Atau terus menyerang bahawa hakim telah dibeli, mereka diarah oleh Perdana Menteri dan Umno untuk memberikan keputusan tersebut, dan ini menunjukkan bahawa kehakiman Malaysia sudah busuk.
Kenapa bising sangat jika kalah? Tetapi menerima 100 peratus bila menang. Gila.
Tentunya jika Nizar kalah dia akan berkata - Ah, sebab tu aku nak kesemua 11 hakim yang adili, bukan lima saja!!!!
Tetapi bila menang, walaupun dengan satu hakim, saya sokong. 'Baral', kata P.Ramlee dengan telo sekali.


Yang saya pasti ialah bahawa jika Zambry Abdul Kadir dan BN kalah, mereka akan menerima keputusan, walau pahit.
Mereka tidak akan menyerang kehakiman dan merosakkan nama dan imej negara.

Jika ditanya, saya dari dulu memang mahukan pilihanraya diadakan kembali di Perak. Bubarkan saja DUN Perak - baca di sini dan di sini tulisan saya dulu.
Tetapi BN kecut, tak ada konfiden.
Namun ini tidak bermakna bahawa pihak Pakatan dan pembangkang harus membusukkan nama kehakiman negara apabila kalah kes.
Yang peliknya bila mereka menang, mereka terima pula.
Tak ada tuduhan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, atau para hakim semua harus ditukar kerana memihak kepada pembangkang.

Jika ini terjadi lagi: Nizar dan Pakatan kalah, lalu menuduh bukan-bukan, maknanya pembangkang ini membuat kerja bodoh.
Si pembangkang sanggup jahanamkan negara atas nama politik.
Orang macam tu kita nak suruh tadbir negara tercinta?
Takut pula esok dia jadi kerajaan, apabila kalah kes, hakim kena tukar. Bila menang, hakim naik pangkat.

Tuesday, 3 November 2009

Mahkamah harus dakwa bekas mufti Perlis

Mohd Asri Zainul Abidin, 38, ialah bekas mufti di Perlis dan kini menjadi pensyarah ilmu Islam di USM.
Ada tiga babak cerita orang muda ini.

1) Dari satu sudut, kita melihat bahawa beliau dijemput untuk menjadi pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
PM Najib Razak pun nampaknya menyokong beliau.
Menurut Najib, *Asri ialah seorang yang "bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW".
Wah, pandai PM bercakap tentang agama dan apa yang dibawa Asri!
Mungkin beliau pun pernah mendengar ceramah Asri, tak?

(*Maaf, saya tak gunakan title "Dr" untuk Asri ini. Saya wartawan kaum tua, kami gunakan "Dr" untuk medical doctor, bukan yang lain. Kalau tidak, ramai yang ada PhD).
(Jika saya panggil beliau Ustaz di sini pula, nanti mereka yang benci terhadapnya menganggap saya ni penyokong beliau).


2) Dari satu sudut lain pula, beliau sedang dipujuk untuk memasuki PAS.
Maksudnya ulama PAS pun boleh terima Asri ini.
Kalau tak semua pun, tentu mereka yang di peringkat atas aprti, sebab katanya Ustaz Haron Din sendiri yang pergi berjumpa beliau nak dipujuk masuk Parti Islam SeantaroMalaysia.


3) Dari sudut ketiga pula, ada yang menuduh beliau ni sebenarnya ulama sesat.
Atau setidak-tidaknya ulama yang boleh membawa perpecahan.
Dia katanya membawa pengajaran Wahhabi.
Salah ke bawa ajaran Wahhabi?
Sunnah Wal Jemaah ada empat imam mazhab - Shafie, Hanafi, Malik dan Hambali.

------------------------------------------------------

Untuk mudahkan orang bukan Islam yang membaca ini -
In Islam, there are two sects Sunnis and Syiah (Sunnah Wal Jemaah and Shiah). A political split in ancient times that have hardened into big religious differences.
Among the Sunnis, there are the four main schools of thought (mazhab). Those that are followed by the four Imams of the past.
I guess, just like there are sects and divisions in all religions of the world, from Christianity, to Hinduism to Buddhism or even the Jewish religion.
The Shafie school is followed by people in Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore - ie Malays in this region.

------------------------------------------------------

Dari nama Imam Hambali, Ahmed bin Hambal, nama Wahhabi ini timbul.
Nama Wahhabi itu sebenarnya digunakan oleh musuh-musuh Imam Hambali.

Maksudnya Asri ini ialah pengikut Sunnah Wal Jemaah, tetapi mengikut imam yang lain.
Salah ke?

OKlah, katakanlah salah.
Mari bawa dia ke Mahkamah dan lihat apa jadi.
Mungkin ramai lain tak setuju. Pada saya ini penyelesaian terbaik.
Orang yang menuduh tunjukkan bukti mereka, biar beliau menjawab.
Seluruh Malaysia (dan Singapura, Brunei, Indonesia, selatan Thailand, selatan Filipina, dunia Arab, seantero dunia pun) nak dengar.


------------------------------------------------------
Akhir kata.

Saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Asri, tetapi sebenarnya penyokong apa yang didokongnya.
Sebab beliau berani berdepan dengan masyarakat dan bergaul dengan mereka.

Pada saya, mujur ada orang bertaraf mufti seperti Ustaz Asri juga yang menunjukkan bahawa dalam Islam, sebenarnya ada jawapan lain dari yang ditujukkan oleh ulama di Malaysia..
Ada jalan keluar yang lebih mudah difahami.

Kalau nak kata saya setuju dengan semua apa yang dikatakannya pun, tidak.
Saya juga sering tidak setuju dengan pandangan Nik Aziz Nik Mat, Mufti Perak, atau Mufti Singapore pun.
Tetapi biarlah ada pandangan berbeza dalam masyarakat.
Masyarakat yang semua pandangan disekat menjadi jumud. Otak tertutup.

Ustaz Asri tak baca doa qunut? Haramkan tahlil? Tak benarkan mengaji di kubur?
Ini semua membawa orang terkeluar dari Islam ke?
Atau mungkin ada benda lain pegawai Jais belum keluarkan.
Maka ada baiknya, atas nama Islam dan umat Muslim, supaya perkara ini dibawa ke Mahkamah.

Kalau kesalahannya hanya setakat berdakwah tanpa permit, buang masalah 'bang.
Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din dsbnya setiap kali berucap di Selangor tu ada permit ke?
Kalau ada isu lain tentang Ustaz Asri ni yang masyarakat harus tahu, bawa ke depan.
Bak kata mat salleh, Put Up or Shut Up.

Blog Ustaz Asri.
Facebook Ustaz Asri.

MCA - 1 presiden, 2 timbalan, 0 pengikut

Jika mereka tak hati-hati, inilah yang akan berlaku kepada parti untuk bangsa Cina yang terbesar di Malaysia.
Ia mengakui mempunyai 1 juta pengikut.
Tetapi saya rasa dah lama jumlah keahlian semakin berkurangan.

Saya pun tak faham kenapa Ong Tee Keat ni nak berkeras sangat dan macam Lone Ranger - semua orang dia tembak. Dulu dah tembak mari Chua Soi Lek, lepas tu dah berbaik semula.
Kini dia tembak semua bekas penyokongnya yang telah belot dan Liow Tiong Lai pun dia tembak. Chua jadi Tonto kembali.

Pada saya, orang luar parti dan luar negeri lagi, adakan pilihanraya yang baru, To' Seri Ong. Jadilah anak jantan.
Barulah kamu tahu sama ada apa yang kamu buat - isu PKFZ misalnya - itu betul disokong warga MCA sendiri ataupun tidak.
Biar kalah tak apa, daripada menjahanamkam parti bangsa kamu sendiri.
Kalau berterusan begini, orang lari masuk DAP.
Pengikut kamu nanti dari 1,000,000 terus menjadi 0.
Kamu dari Hero, jadi Zero.
Sekarang pun, betul ke ramai orang Cina yang ambil pusing tentang hal-hal MCA dan Gerakan?
Sepi saja sambutan konvensyen Gerakan minggu lalu, hingga ketua pemudanya pun komplen kenapa hanya kira satu-pertiga saja delegatenya yang hadirkan diri!
Wartawan ini kerja selalu menyibuk dengan orang politik - tetapi kalau press conference lepas persidangan tahunan tak ada satu soalan pun, maknanya parti itu dah mati pun.
Kurang dari 100 perwakilan yang menghadiri ucapan penutup Kho Tsu Koon!!! Astaga.
Ini yang terjadi dengan Gerakan.
Kalau MCA tak jaga diri, dia pun tak lama lagi dikuburkan sendiri oleh pengikutnya yang lari.


Tetapi dari segi lain, cerita MCA sama seperti cerita Umno. Baik dalam tahun 1987 dengan Ku Li, atau 1997-98 dengan Anwar.
Perangai manusia sama saja.
Kalau dia dah benci, hancurkan parti tak apa.
Malah, hancurkan negeri pun tak apa, asal hati puas.

Monday, 2 November 2009

Melayu Singapura gemar pindah ke Australia

Golongan middle-class di Singapura yang mempunyai wang, atau setidak-tidaknya pekerjaan profesional, gemar berpindah ke Australia, Canada, UK dan juga Amerika.
Atau sekurang-kurangnya mereka ada taraf penduduk tetap (PR) di negara-negara tersebut.

Untuk berholiday pun begitu, orang Singapore ni 'action' gemar ke tempat seperti itu - sebab Malaysia dikhuatiri banyak jenayah dan boring, kerana terlalu mirip seperti pulau kecil ini dari segi shopping, makanan dan manusiawinya.

Yang Melayu Singapore pun sama jugalah. Tak semua, tetapi ada yang pandang rendah Tanah Melayu.
Dan kini, ada laporan di Berita Harian Singapura, tempat pertama saya bekerja sebagai wartawan (tahun 1987-1990), bahawa semakin ramai anak Melayu berpindah ke Australia untuk kehidupan yang lebih selesa.
Masing-masinglah.

Walaupun saya selalu kondemn, saya selesa juga duduk di KL sebab kulit dan rupa saya di Keramat sama seperti ramai yang lain di sana, jadi tak dipandang dua kali.
Kalau saya kat Perth, tak tahulah.

Dan saya boleh makan di mana-mana di Malaysia Darul Restoran Kakilima.
Jenayah? Memang takut tetapi kita berhati-hati dan di rumah pun kita tinggal dalam sangkar emas sebab depan-belakang pasang jeriji besi! Hahaha.
Kalau ada kereta pun, biar jangan yang menjolok mata, biar perampok kidnap mereka yang mempunyai kereta glam.

Terima kasih kepada PM Najib, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan IGP Musa Hassan kerana hendak kurangkan jenayah sebanyak 20 peratus tahun depan.
Alahai 'bang, tembak sajalah penjenayah ni semua, saya sokong.
Atau ISA-kan mereka kasi makan nasi semalam.