Orang Yahudi ni hanya 0.2 peratus dari penduduk dunia, tetapi merupakan 54 peratus daripada juara pemain chess, 27 peratus pemenang Nobel dalam fizik, dan 31 peratus pemenang Nobel perubatan.
Di Amerika, mereka hanya 2 peratus dari penduduk, tetapi merupakan 21 peratus pelajar di universiti Ivy League (Harvard, Princeton, Yale dsbnya), 37 peratus pemenang Academy Award untuk perfileman sebagai pengarah.
Dan 38 peratus daripada mereka adalah penderma terbesar, dan 51 peratus pemenang Pullitzer Prize dalam penulisan.
Wow.
Ini belum kita kata lagi siapa yang gagah dalam sistem kewangan dan perdagangan diamond dan emas satu dunia!
Sains dan teknologi pun mereka bijak.
Saya terkejut bila mengunjungi negara kecil Israel tahun lalu - kebanyakan tempat di negara itu hijau. Mereka ada industri sayuran dan makanan di mana-mana (Nak tuduh mereka mencuri air orang Palestin pun, maknanya mereka pandai menggunakan teknologi nak mencuri dari bawah tanah).
Sampai bila manusia bernama Muslim ni akan boleh keluarkan statistik megah begini, aku pun tak tahu.
Mereka lebih pandai berdemo dan mengamuk.
Betullah banyak isu di Malaysia, Singapura dan dunia yang membuat kita marah.
Tetapi bangsa kecil Yahudi ini, kerana selalu ditindas dan dibunuh sejak berzaman, melawan balik dengan ilmu dan pencapaian serba-serbi yang tinggi.
Dah naik tinggi, kayo rayo, boleh buat macam-macam nak tolong umat.
Balinglah botol kerosene banyak mana (bukan di Malaysia), lontar batu (bukan di Malaysia) dan letupkan diri (bukan di Malaysia) dan bunuh orang dalam hotel (bukan di Malaysia).
Tak akan menang perang pun.
Tak tahulah apa nak kata lagi.
Baca di sini, di sini dan di sini.
Lepas tu duduk sebelah saya.
Kita nangis bersama.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



20 comments:
Excellent!
Hehe.
Memang makin dekat dengan zaman kegemilangan yahudi semula. Atau sedang berlaku? Tapi semuanya tak akan berlaku tanpa sebab. Yang pasti, Islam akan menyusul selepas itu. Allah tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya.
Sehingga bertemu lagi.
Anon 18.38
Hanya kaum itu sendiri yang boleh mengubah nasibnya.
Betul ke Yahudi pandai, sekadar contoh memang itu tidak dapat dinafikan.
Kalau pandai, selalunya kita kaitkan dengan memberi manafaat kepada dunia sejagat.
Tapi kenapa agaknya rakyat Palestine, jiran Yahudi (Israel) masih menderita. Mungkin di sana majoriti Yahudi terlebih pandai daripada contoh2 yang di atas.
Sedih betul bila saya baca artikel rem kali ni..apakah maksud tersirat artikel rem ni sebenarnya..hina sangatke keseluruhan umat Melayu Islam dek segelintir yang lontar bom api,salah ke mereka yang berdemo, bukannya dijalanan dalam kawasan masjid pulak tu, sekurang-kurangnya meluahkan persaan, kalau simpan lama-lama meletup masalah besar jugak di kemudian hari.
Rem memuji bangsa Yahudi kerana dia orang pandai dan orang Melayu ni bodoh. Betul ke dia orang ni pandai?
Kalau dah beratus -ratus kali pogrom kepada bangsa Yahudi yang dilakukan oleh bangsa yang lain dalam masa yang berlainan, apakah maknanya? Bangsa lain dengki ke sebab dia orang bangsa Yahudi, sebab dia orang pandai ataupun ada sifat orang Yahudi yang amat tak disukai oleh bangsa-bangsa lain.
Tiap-tiap abad semenjak Nabi Musa , orang Yahudi akan menjadi mangsa pogrom, kurun 20, pada tahun 1945 , lebih 6 juta Yahudi menjadi korban. Malangnya bangsa yang pandai ni, walaupun telah ditimpa malapetaka sebegini dan banyak kali pula masih belum lagi belajar dari sejarah. Sepatutnya, ambiklah iktibar tetapi tidak..Lihat apa yang mereka lakukan kepada bangsa Palestin,Perang Iraq,Krisis Sub Prima, Krisis ekonomi 1998, dibelakangnya krisis-krisis ni,perancang utama adalah orang Yahudi.Inilah hakikat.
Apalah gunanya banyaknya pemenang hadiah Nobel tetapi bangsa ni akan dibenci oleh bangsa-bangsa lain. Tanyalah pada orang Eropah, hendak ke kalau negara Yahudi ni wujud dicelah mereka?
Waktu belajar dulu, saya pernah tinggal dengan dua orang Yahudi, seorang dari London dan seorang dari Argentina.David, seorang Yahudi dari London datang dari golongan kaya dan beliau amat sensitif dengan bangsa lain. Melihat saya pertama kali, dia sudah tahu saya dari Malaysia dan juga seorang Muslim. Walaupun kulit putih,melihat hidungnya dan matanya, saya dah mengagak David ni seorang Yahudi.
Walaupun serumah, kerana saya Islam dan beliau Yahudi, saya cubalah mengelak untuk berbual dengannya. Tapi dia agresif dan mengajak saya berdebat mengenai isu agama dan politik, Islam dan Yahudi.
Dalam perang Lebanon tahun 1982, beliau amat memuji tentera yahudi kerana dapat menawan Lebanon dengan mudah. Tak tahan dengan ejekan beliau saya bertanya solan mudah pada dia.
David, berapa tahun orang Yahudi diharamkan memasuki England? Dia tak tahu.. saya katakan pada beliau 800 tahun.. Bila bangsa Yahudi dihalau, kemana orang Yahudi pergi, dia tak tahu.. Saya sebutkan Sepanyol and negara-negara Utara Afrika.. Kenapa pergi kat sana? Dia tak tahu juga.. Saya sebutkan sebab negara ini negara Islam dan orang-orang Islam toleran dengan bangsa Yahudi sedangkan orang-orang Kristian panggil mereka "Pembunuh Jesus"; tiap-tiap tahun sebelum kurun 18, bangsa Yahudi akan memjadi mangsa pada orang Kristian ni, macam pesta pulak , hari untuk mencederakan bangsa Yahudi pada hari itu kerana orang Kristian mengingati hari Nabi Isa disalib oleh orang Yahudi. David kemudian mengaku orang Islam lebih toleran dengan bangsa Yahudi dari orang Kristian.
Satu hari, David mengutuk hukum hudud Islam, "barbaric" katanya. saya jawab-balik; "yeke? hukum hudud Yahudi lebih teruk lagi kan? Beliau jawab "Crap" atas jawapan saya tu. Saya katakan tak pe, saya tunjukkan ayat-ayat dalam Old Testament dan kalau dibandingkan dengan hukum hudud Islam, amat teruk sekali hukum hudud Yahudi.Beliau terkejut kerana walaupun saya Muslim ,saya tahu mengenai agama yahudi.
Keesokan harinya, beliau membawa seorang Rabbi kerumah. Saya keberatan untuk berdebat dengan Rabbi tersebut kerana ilmu saya masih dangkal lagi. Keesokan harinya, David memaklumkan kepada saya memang hukum hudud tu ada dalam kitab Yahudi tetapi amalan hudud dah lama tak dilaksanakan. Semenjak hari itu, David tak lagi mengajak saya berdebat, kerana orang Melayu bodoh ni sebenarnya berisi juga.
Kluangman
Macamana tak menderita? Hamas dengan Fatah pun tak boleh bertentang mata! Macam anjing dengan kucing. Tak habis-habis nak salahkan orang lain. Lepas tu nak boikot barang orang. Sampai kiamat pun orang Palestin tak leh nak maju. Nak berperang mintak jugak senjata kat orang yang disuruh boikot. Ada malu tak agaknya?
Kalau takda manafaat dunia sejagat, OS yang pakai hingga kita dapat bertukar pendapat ni sapa yang buat?
Hamas dangan Fatah ni serupa PAS dengan UMNO jugaklah. Anon 22.33, apakah orang Melayu bodoh? Kalau dah bergaduh macam PAS/UMNO ni pandai ke? Yang betul tu betul lah, yang salah tetap salah.
alah setakat juara main chess kau nak gembar gemburkan, cuba main dam, aku rasa dia orang pun tak boleh beat orang kita. world classkan.ha lagi satu, yang paling besar punya penipu pun dia orang jugakan.si bernie madoff tu pun yahudi juga,berbillion billion duit dia sapu dengan ponzi scam dia.itu belum masuk scam future trading,derivetives,insurance dan macam2 lagilah yang dicipta oleh mereka untuk kepentingan mereka.jiwa orang kita tak sampai teruk gitu sekali untuk menipu demi wang.tapi dari segi perubatan atau penemuan2 scientifik yang lain memang tak dapat dinafikan.pandai ni takpa.pandai menipu duit orang ni yang aku tak boleh angkat.terima kasih reme.
Orang Melayu bodoh?
Orang Melayu puak PKR/PAS bukan saja bodoh tapi bangang tahap gaban..
Dah terang dan nyata permainan DAP, masih lagi tak faham-faham?
Dah negara ni jadi macam Singapura baru tahu, maaf ye Rem! mengumpat sikit
harvard - yahudi yg control
media - yahudi yg control
ekonomi - yahudi yg control
defence ministry dan defence industry kat US , yahudi control
jadi memang la yahudi yg terer.
masa nazi control dulu, kan ke nazi yg terbaik?
masa facist kat itali control, bukan ke italian yg terbaik.
pelik gak kenape dlm soccer, yahudi tak pandai? tak dengar plak yahudi control soccer. mcm bangsa lain ada bende bleh control, dia org mesti show dia org terer. kalau tak buat apa control bende cam tu.
The need to overcome adversity is the biggest driver for succcess. In the Malaysian Malay context, kalau seseorang student lepas SPM tahu tak ade kerje gomen menanti, mungkin seseorang school leaver akan fikir luar dari ruang lingkup SPA, JPA dsb.
So taking away the crutch can help to change mindsets. Safety net kat bawah pun tarik - then there will be greater determination to make it.
So with anyone with the future of future generations in your hands, get the education infrastructure right so at 17/18 the student is ready to face the world; berisi la katakan bukan kosong haprak.
Puji dan kagum terhadap kaum Yahudi tentang pencapaian duniawi memang tidak salah. Cuma kita
jangan terlampau obsess seperti sesetengah pemimpin
politik yang cenderung mengambil apa sahaja dari kaca mata yahudi.
Tetapi hendak kita ingat bahwa kaum ini juga yang mengkocar kacirkan dunia dengan sistem kewangan,
membunuh rakyat Palestine secara sistematik (Islam dan Kristian),menafikan nabi terakhir dari golongan Arab dan sebagai nya.
Buat rujukan bagaimana kaum yahudi zaman moden di-abab 18 mendapat kekayaan melalui penemuan berlian di-Kimberly South Africa. Sekarang sudah di-tutup selepas isi gunung berlian telah habis di-lahap.
Di YouTube ada video yang memaparkan cerita bagaimana “pandai”nya yahudi dengan duit. Filem
yang bertajuk “The House Of Rothschild” – 1934 dapat sedikit sebanyak “mengajar”orang Islam tidak jadi “bodoh”.
Dan kita boleh tonton juga di-YouTube video klip dari Imran Hosein yang bertajuk”Imam Mahdi and the return of the Caliphate”.
Ingin juga kita lihat bagaimana cerdik pandai yahudi menghadapi dengan lautan Galilee yang semakin surut akhir2 ini.
Kalau boleh di-elakkan, jangan kita panggil kaum muslim bodoh. Itu tugas orang lain.
Tergamak kah kita melabelkan kaum muslim kita sendiri sebagai bodoh???
oklah, kalau kita tak dapat terima bahawa orang islam sedunia dan orang malaysia melayu bodoh, tak apalah.
tetapi siapa dari kalangan kita seantero dunia yg terkenal kerana dah mencipta teknologi, sofwe, perubatan, dsbnya. cuba kasi nama?
yg ada saintis zaman dulu! malulah.
orang singapore pun sama. mana ada yg terkenal satu dunia?
(kita tak boleh masukkan orang politik seperti dr mahathir dan lee kuan yew yg terkenal satu dunia).
tak ada seorang pun!
sebabnya: berbilion umat islam semuanya haprak (termasuk aku). dan orang spore pun sama. terimalah hakikat ini.
lepas tu cuba perbaiki diri.
untuk saudara yg menang berdebat dgn orang yahudi di london, memang bagus. tetapi cerita tetap sama: kita menang sikit saja sedangkan mereka 'control dunia' (ini yg kata dr mahathir, bukan saya).
saya bukan nak menghina muslim cuma nak kata: dah masanya kita sedar dan 'mencucuk' kaum islam sedunia - iaitu anak-anak kita - supaya kerja keras dan jadi kaya, bukan saja nak demo dan letupkan diri.
saya tak pandai agama, tetapi kalau tak salah ada hadis nabi: kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.
kalau miskin dan daif gerenti kena buli orang.
itu maksud saya.
Perhatikan aje dgn teliti macam mana bangsa ni (dan yg satu lagi dekat dgn kita tu) memikir dan buat kerja - very pragmatic dan objective. Selalunya unsrupulous - yang lebeh penting 'results'.Kalo kita mula menolak segala superstitious mumbo-jumbo, sebuk sangat dgn dunia yg lain2 dari realiti ni mungkin cepat setaraf dah.
Sukakah kita kalau kita ni keturunan pilihan tuhan (God's chosen people), dan ramai pulak rasul dan Nabi dari keturunan ini melebihi dari bangsa-bangsa yang lain.
Hanya keturunan ni saja yang menikmati makanan dari surga. Walaupun banyak nikmat yang diberikan, keturunan ini akhirnya dilaknat oleh Allah dan dikenali pula sebagai "pembunuh Nabi" oleh bangsa lainnya.
Apabilalah gunanya akal fikiran yang diberikan oleh Allah tetapi banyak digunakan untuk menganiaya bangsa lain. Apabila gunanya kekayaan mereka kalau caranya dengan menipu orang lain.
Apalah gunanya, banyak hadiah Nobel yang dimenangi kalau tiap-tiap kurun, keturunan ni akan dipaksa hidup merempat kerana bangsa lain telah meluat dengan mereka.
Bersyukurlah jadi orang Melayu , walaupun kita ni miskin harta tapi hidup bahagia, harmoni dan saling hormat menghormati dengan bangsa lain dan juga tidak dilaknati oleh Allah maha kuasa.
Blogger ini mesti nak ingat satu hari nanti apabila dia mati, yang menguruskan jasad nya sampai ke liang lahad adalah kaum yang "bodoh"ini.
Untuk melabelkan itu dan ini memang mudah.Sepatut nya blogger ini menunjukkan sifat simpati kepada nasib orang2 islam yang di-tindas oleh barat dan yahudi.
Kalau kita lama sangat pakai kaca mata barat, sesekali tukarlah pakar kaca mata islam mungkin pendirian kita lebih balance.
kalau orang bodoh yg tanam saya pun tak apa, asal dia nak tanam dan dia faham dia tetap bongok.
yg saya tak terima ialah orang yg bodoh tetapi tak terima bahawa dia bodoh, lalu tak mahu perbetulan diri.
ramai sangat umat muslim ni rupanya bias sangat terhadap nama yahudi dan kristian, maka mereka terus nak hentam, sedangkan apa yg saya nak tekankan ialah kalau kita bodoh dan bahlol macam ramai umat islam hari ini, kita perbaiki diri agar boleh lawan musuh.
sebab itu kaum yahudi terus menang. sebab yg mengaku muslim dan arab terlalu emotional apabila bangsa kecil ini disebut, sehingga tak nampak sebab saya bawa isu ini ke tengah: nak lawan musuh jangan pakai emo dan demo, pakai ilmu.
kamu marah saya pun tak guna. si bongok marah si samdol :-)
Anon 23.55
Barat & Yahudi menindas orang Islam? Sebenarnya lebih kepada orang Islam menindas orang Islam sendiri.
Kenapa perlu menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri? Bilamana Israel menyerang Palestin, Hamas dan Fatah sendiri bergaduh. Separuh dari dunia Arab menyokong Hamas dan separuh lagi menyokong Fatah.
Di Malaysia, siapakah pelabur terbesar yang menyumbang kepada ekonomi kita? Dunia Islam? Kita masih bergantung kepada pelaburan Yahudi dan Amerika. Dimanakah pelaburan wang 'amanah' Arab Saudi dan negara arab dilaburkan? Beli hotel di Amerika, kelab bolasepak, di Britain, berlumba kuda di Kentucky Derby dll.
Dimana pula kita hantar anak-anak kita mengaji? Beli alatan perang? Komputer yang kita gunakan?
Bila orang lain menegur kelemahan kita, kita melenting tetapi kita juga melenting bila ditegur oleh golongan sendiri.
Masalahnya orang Islam telah ditanamkan dengan perasaan 'inferioty complex' hingga terasakan orang Yahudi dan orang barat terlampau jauh kehadapan. Tak perlulah kita nak berlumba lumba nak dapatkan lebih ramai pemenang hadiah Nobel, kerana kalau kita dapat 10, mereka akan dapat 100. sampai kiamat pun kita akan tewas.
Sepatutnya orang Islam berfikir sejenak,"Tak mungkin berbilion orang Islam boleh dikalahkan dengan 6 juta bangsa Yahudi"; ini kata-kata TDM. Kita akan kalah dengan perang tentera tapi kita mungkin menang dengan cara lain.
TDM dah bagi caranya. Kalau negara Islam berniaga minyak tanpa menggunakan matawang Amerika, Amerika akan jatuh bankrap dan sekarang ni negara penghutang terbanyak didunia adalah Amerika. Apabila Amerika bankrap, tiadalah tajaan kepada Israel dan Israel tidak akan besar kepala seperti sekarang.
Pada 1998, orang melayu "bodoh" nama TDM juga telah bagi caranya nak mengenakan Soros, seorang penyangak matawang Yahudi yang menyebabkan Thailand dan Indonesia tunduk kepada IMF.Ketika itu, Malaysia diserang dari beberapa penjuru 1. Soros 2. Mainan politikus UMNO yang berhajat besar nak menjadi PM Malaysia 3.Negeri kecil di selatan tanah-air yang membiarkan bank-bank dinegara tersebut mengenakan faedah tinggi untuk matawang Malaysia dan membiarkan bursa negara tersebut untuk membeli/menjual saham yang diperdagangkan di Malaysia..
Senang saja melayu "bodoh" ni menangani masalah tersebut. Mengenalkan 'capital control', berbilion wang panas kembali ke Malaysia, menyebabkan Soros dan bank-bank di negara tersebut rugi besar. Tak sampai setahun ekonomi Malaysia dah kembali normal. Cara bukan ortodoks yang tidak diajar University Harvard telah dijadikan bahan rujukan di universiti-universiti terkenal seluruh dunia sekarang ni.
Tak maluke pemenang-pemenang hadiah nobel Yahudi kerana dengan mudah orang Melayu "bodoh" bernama Dr Mahathir yang bukan jugak lulusan ekonomi tapi kedoktoran dapat mengalahkan mereka dalam dunia yang orang Yahudi telah jauh kedepan.?
Negeri kecil diselatan tanah-air semenjak peristiwa diatas tidak berani mengangkat muka sehinggalah orang Melayu "bodoh" tersebut bersara dari menerajui Malaysia.
memang bangsa yahudi dikurniakan kepandaian.kepandaian utk dikongsi seisi alam bkn utk menindas bangsa selain mereka.jadi kita yg bkn yahudi ni ke la berpakat utk menghadapi mereka.kenapa masih tidak berjaya?tentu ada yg tidak kena pd kaedahnya.
The reason(why bodoh) is actually staring you in the face from most of the comments here.
Post a Comment