Pada 1992, pemerintah Singapore mula memujuk syarikat tempatan untuk mengembangkan business secara aggressive di luar negara.
Pemerintah memanggil usaha ini 'developing Singapore's external economic wing'.
Ia kata ekonomi tempatan ialah satu sayap untuk negara, tetapi masanya telah tiba untuk membina sayap kedua di luar negara.
Dan bukan juga hanya melihat untuk melabur di Tenggara Asia, tetapi di seluruh dunia!
Pemerintah menubuhkan sebuah agensi baru: International Enterprise Singapore atau IE Singapore. Baca detail di sini (nama lama IE Singapore ialah Trade Development Board).
Niatnya? Ekonomi Temasek dah sampai ke tahap dah susah nak berkembang dengan pantas kerana kebanyakan infrastructure asas telah dilama disiapkan - seperti pelabuhan, lapangan terbang, pengangkutan awam dan highway.
--------------------------------------------------
Sebelum itu, mungkin ada yang bertanya: Pulak! Kenapa mamat ni tulis pasal Singapore lagi? Dia tulis memuji Singapore lagi? Nanti kita tarik PR dia.
Nak tarik pun tariklah.
Saya dah selalu kata: Saya orang Singapore dengan taraf penduduk tetap Malaysia. Saya bekerja di KL selama 12 tahun dan kini dah 3 tahun balik ke Temasek. Tetapi masih ada rumah di KL. Maknanya 15 tahun pengalaman di Malaysia dan politik negara Darul Allah ini.
Jadi pengalaman saya sebagai wartawan dan manusia ialah tentang Singapore dan Malaysia.
Apabila saya tulis bandingkan Singapore dan Malaysia, ianya adalah kerana saya tahu serba serbi tentang kedua negara ini.
Takkan pula saya nak bandingkan pengalaman saya di China dan Libya? Atau di Russia dan Brazil? Tak pernah pergi pun.
Kalau tak terima penulisan saya pun tak apalah. Ini blog, bukan ajaran agama, kamu ada freedom jika tak nak baca.
--------------------------------------------------
Kembali ke cerita asal:
Pelabur asing biasanya melabur di sesebuah negara dengan cara utama ini:
1) dengan FDI, foreign direct investment. Mereka membina kilang dan perusahaan seperti Sony, Dell dan Panasonic. Atau mereka melaburkan dalam sektor services, misalnya DHL, IKEA, Standard Chartered Bank dan Citibank.
2) portfolio investment, iaitu mereka tak membina kilang dan bangunan bank, tetapi membeli saham syarikat tempatan. Atau bond Malaysia. Jadi bila ekonomi berkembang, harga saham dan bond akan naik sama.
Sebenarnya, ada cara pelaburan ketiga, tetapi ini biasanya dilakukan secara individu, atau tidak secara besar-besaran. Ini pun boleh dipanggil FDI, tetapi saya bezakan sikit (pandangan peribadi).
3) Melabur dalam real estate atau sektor hartanah. Baik mereka membeli kondominium yang sedang dibangunkan, atau melibatkan secara direct dalam projek mall atau kondominium mewah. Yang paling senang saya tunjuk di KL ialah projek Pavilion mall dan kondo di Bukit Bintang. Ia dibina pakai duit pelabur Arab.
Dan juga ada beberapa projek di Iskandar di Johor, juga duit Pak Arab kaya nak masuk (mungkin dah masuk).
Untuk pelaburan No 1): mereka perlu masa jangka panjang sebelum dapat untung. Jadi mereka perlukan negara yang aman dan stabil.
Sebab apabila dah membina kilang, membeli mesin (nak membuat komputer, chip atau kereta) dan mengambil pekerja, modalnya mungkin berbilion.
Untuk pelaburan No 2), attitude pelabur lain sekali. Mereka membeli secara 'cepat kaya'. Misalnya jika negara sedang membangun pantas, belilah saham syarikat infrastructure seperti (ini pada 1990an dulu) Renong dan UEM, bank-bank seperti Maybank dan Public Bank dan pembina/penjual kereta seperti Proton dan EON. Dan tentunya negara membangun ramai nak pakai telefon - maka belilah saham Telekom dan Maxis.
Ini dinamakan 'proxy play'.
Ia menjadi proxy atau 'bayangan' kepada prestasi ekonomi.
Dan harga bond juga menjadi popular. Antaranya bond negara Malaysia ialah bond Petronas. Juga banyak syarikat yang menjual bond di pasaran antarabangsa.
Tetapi awas, easy come, easy go.
Jika ada masalah di Malaysia atau di dunia (misalnya bom meletup di Amerika, atau ekonomi Britain atau Thailand goyang), maka mereka boleh cepat tarik balik pelaburan.
Saham dan bond boleh dijual dalam sekelip mata dalam zaman Internet ni.
Untuk pelaburan No 3): ini sebabnya saya bezakan dari 1) dan 2):
Jika portfolio investment boleh dijual sekelip mata, FDI pula tak boleh.
Real estate investments duduk di tengah-tengah.
Sesebuah projek mall atau kondo biasanya siap dalam 3 atau 4 tahun. Jadi jika ada masalah sebelum projek siap, pelabur tak boleh lari.
Kita lihat saja di Dubai apabila krisis ekonomi di dunia mendesak tahun lalu. Harga perumahan mewah habis jatuh merudum. Banyak tak sempat keluar sebab projek belum siap.
Perkara sama terjadi kepada harga kondo mewah di Singapore tahun lalu. Jatuh teruk (walau tak seteruk Dubai) sebab kebanyakan kondo di Orchard Road dan Marina Bay dibeli oleh pelabur asing.
Orang macam saya dan lebih kurang 87 peratus rakyat Singapore tinggal di flat-flat HDB.
------------------------------------------------
Saya menulis cerita ini kerana ini ada relevance kepada masa depan Malaysia, lawatan PM Najib Razak ke India baru-baru ini, dan apa yang saya pelajari dalam lawatan di India selama seminggu serta bertemu dan berdialog dengan tokoh-tokoh business dan pemerintah mereka.
Saya orang kecil saja, jadi ini pandangan rakyat kecil.
Pada pandangan saya, mengembangkan external economic wing ini akan menjadi sebahagian daripada rancangan kerajaan di masa depan.
Memang pun Khazanah Nasional dan banyak syarikat seperti IJM, Maybank, Genting, RHB dan YTL dsbnya dah pun melabur di luar negeri.
Tetapi kerajaan Najib mungkin mahu menjadikannya sebagai teras ekonomi negara masa depan.
Saya diberitahu bahawa rombongan Malaysia ke India dua minggu lalu menyewa 60 buah limousine dan tiga buah bas untuk membawa semua menteri Kabinet, para menteri besar dan ramai pegawai kanan lain.
Ini rombongan serious, brader!
Saya difahamkan bahawa dulu, apabila India disebut sebagai destinasi projek untuk syarikat Malaysia, maka kerajaan akan mengharapkan kepada Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mendapatkannya.
Begitu juga jika nak bawa FDI India ke Malaysia: 'Ini kerja Samy Vellu'.
Sekarang, satu dunia berebut nak dapatkan kontrak infra di India.
Di Delhi saja, kerana nak jadi host Commonwealth Games 2010 pada Oktober ini, sibuk projek-projek besar di sana sini!
Teringat saya semasa awal 1990s di KL apabila projek KLCC sedang dibina dan banyak lagi projek besar lain.
Pada masa itu, saya pernah menulis dalam sebuah laporan: The national bird of Malaysia is the crane.
Bukan burung crane, tetapi construction crane projek yang dilihat bertenggek di mana-mana tapak pembangunan di sekitar KL.
Di Delhi kini, mereka sedang membina Terminal 3 airport, tambahan line Metro (underground train), banyak lebuhraya bertingkat dan banyak jalanraya, projek telekomunikasi dsbnya.
PM Najib akan membentangkan tidak lama lagi, secara detail "new economic model" bagi Malaysia, untuk bebas dari 'middle income trap'. Baca blog To' Sri di sini mengenai isu ini.
Isu ini sama seperti yang dihadapi oleh Temasek dalam 1990s: pelaburan dah banyak masuk, ekonomi dah padat. Apa kita nak buat?
Saya rasa tidak dapat dielakkan, syarikat-syarikat tempatan akan diberi bantuan khas, macam IE Singapore, jika mereka mahu berkembang di luar negara.
Dalam dialog dan wawancara dengan pegawai dan businessmen India, whoooi, macam-macam projek mereka rancangkan.
- Yang saya lihat sendiri - maknanya boleh jadi idea pelaburan: Harga hotel lima bintang di India teralu tinggi. Lebih mahal dari di KL, Jakarta dan Singapore.
Maknanya, jika kamu pelabur perhotelan kelas lima bintang, ada peluang besar di sini.
- Juga, saya belum nampak ada banyak 'restoran mamak' di Delhi dan Mumbai (dalam lawatan singkat). Konsep restoran mamak di seluruh Malaysia laku giler sebab ia memperkenalkan konsep makan secara informal tetapi bersih.
Ada kerusi dan meja besi yang bersih, makanan harga berpatutan, dan ada toilet bersih berdekatan. Kita lihat makanan tepi jalan Delhi dan Mumbai saya gerenti tak berani nak masuk restorannya pun!
- Akhbar syarikat saya ada dua koresponden di Delhi dan saya sempat makan malam dengan mereka (Lepas makan, mereka suruh saya balik hotel naik teksi. Sebab kabus tebal, mereka takut nak pandu!). Kata rakankerja saya, di India, dari kira-kira 1.1 bilion manusiawi, ada 500 juta orang yang mempunyai mobile phones! Jumlah ini bertambah 8 juta hingga 10 juta setiap BULAN!!! Hah kau! Maknanya jika kamu nak jual phone, barangan sampingannya seperti charger dan bluetooth appliances, atau ada software applications (atau Apps) untuk mobile phone, inilah peluangnya.
Dalam delayed flight saya tu, saya terserempak dengan duawarga Malaysia. Seorang anak muda bangsa India dan seorang Melayu muda sikit daripada saya. Kedua-duanya bekerja dengan syarikat telekomunikasi berpangkalan di Malaysia - dua syarikat berasingan, ada projek di sana.
- Rakankerja saya memberitahu, ada seorang engineer Melayu Malaysia yang dah empat tahun di Delhi, bekerja dengan syarikat pembina lebuhraya Malaysia. Dan beliau tak mahu balik lagi ke Malaysia kalau boleh! Dia kata ada freedom dan barangan lebih murah.
Maaf kalau nanti ada yang marah: Kalau dulu Malaysia ni negara gah, sekarang ni sibuk sangat bergaduh tentang agama dan bangsa dalam semua isu, sehingga saya pun dah letih nak layan.
Tapi saya masih sayang Malaysia, saya rasa belum terlambat nak pusing ke jalan yang selamat.
Nanti kita tunggu bersama pengumuman PM Najib tentang model ekonomi baru.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



11 comments:
Brader! Lu memang elok jadi full timer warganegara Singapore. Tak payah menyebok hal M'sia. Sikap angkuh lagi bongkak memang tak boleh hilang.
Macam bagus..
Anon,
kalau kamu masih nak pondan tak kasi nama dan email addy nak attack aku, tak payah baca blog ni lagi.
ini forum utk aku syiok sendiri. nak merapu ke, nak maki hamun sesiapa pun.
mungkin kamu tak paham konsep blog: ia adalah diari elektronik. maknanya penulis syiok sendiri. macam orang gila seperti aku.
tak ada yg nak baca pun tak apa.
aku lepaskan geram.
sila ke blog lain yg memuji malaysia sebagai negara terbaik di dunia.
you ada blog, cakap merapu-rapu, your employer tak marah ke??
Rem
Lima jari semuanya tak sama panjang. Masing-masing mempunyai persepsi yang berlainan.
Hakikatnya, semua jari diperlukan untuk mendapat gengaman yang kuat.
Saya tetap akan menyangjung saudara dalam penulisan setiap kali. Kalau tidak, masakan saya akan membaca blog saudara.
Teruskan menulis, Rem!
Peminat Setia
reggolb dan Anon 19:42,
tulisan nonsense dan merapu kalau bos tahu tentu terkejut juga.
cuma saya pastikan tak menyerang kerajaan malaysia dan menteri-pegawai secara peribadi (kadang kena sipi kuat juga!) dan juga tak attack pemerintah spore secara direct.
juga tak menyerang pihak pembangkang secara peribadi.
kalau kita merapu dan memaki hamun kerana ada isu hangat, mereka nak kata apa?
orang tak faham: saya marah msia atau spore ni sebab sayang sangat dgn kedua negara ini (macam ada dua bini ler). kata orang, sayang isteri, tingal2kan? aku tampar2kan lagi. heehee.
lagipun pembaca blog saya ini sikit sangat - jika ada 100 orang baca sehari dah bagus tu! lagipun ramai yg baca kawan2 dari media.
jadi saya tak pusing sangat bila gunakan bahasa kasar.
sebab tu saya takutttt bila rockybru dan lain-lain kelmarin link komplen saya tentang MAS tu!
aku merapu, satu msia tahu! aiyoh.
jika saya tahu nak kena link - dan bukan bahan bacaan 100 orang - saya jaga mulut.
dan jika saya ada blog terkenal dgn pembaca berpuluhan ribu (macam rocky dan chedet), tentu saya takut dan jaga bahasa selalu! guna pantun dan sajak lagi.
sebenarnya kat msia ni lebih banyak freedom of speech dari kat spore, jadi boleh hentam juga kiri kanan tanpa kena machine gun balik.
itu yg baiknya.
tapi saya gerun utk masa depan malaysia sejak 2tahun ini: terlalu ramai yg cynical dan seperti membenci negara sendiri.
semua isu jadi polemik, hanya kerana nak rebut putrajaya.
sampai orang bakar gereja dan lempar kepala babi dlm masjid pun, bukan nak bersatu, tetapi tuduh menuduh.
jika anda seorang rakyat msia yg sayangkan negara: tolonglah. satukan hati semua orang. dan tolonglah lihat isu menggunakan cermin positif sikit ler.
misalnya apabila pm najib nanti bentangkan new economic model, harap fokus yg baik juga, jgn yg negatif saja.
saya ni orang luar, kalau cakap banyak nanti orang marah pula kerana menyibuk.
Assalamualaikum REM
Bukan hanya REM seorang yang gerun. Ramai yang berpandangan jauh juga gerun.
Apa yang REM utarakan amat benar. Insya Allah, dengan penulisan dan kesabaran REM, sedikit sebanyak dapat membuka mata pembaca.
Bersabarlah dan terus menulis, lambat laun akan nampak hasilnya kerana keikhlasan dalam penulisan.
OpEd,
Apa yang anda perkatakan mengenai suasana di Malaysia banyak benarnya. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negaranya, saya kurang gemar cara anda membuat teguran! Begitu juga cara anda begitu mengagung-agungkan tanah air anda seolah-olah tidak ada cacat celanya.
Jadi anda telah menetap semula di tanah air anda. Amat baguslah tu!. Mungkin itu juga menyebabkan anda tidak berani 'mempersenda-senda' tempat tumpah darahmu. Melalui tulisan anda juga mengakui lebih mudah memperkatakan apa sahaja mengenai Malaysia dari negara anda sendiriatau Indonesia. Ini satu pengiktirafan kerana ini menunjukkan Malaysia lebih terbuka.
Di Malaysia ini banyak keistimewaan di samping kelemahan-kelemahannya. Saya tidak mahu menyebut keistimewaan-keistimewaannya yang lain kecuali satu. Negara ini lebih luas dari 'the red dot' di selatan tanah airku. Kita boleh jungle tracking, mundar madir di desa dan kota, merentas sawah padi dan ladang getah, banyak pantai yang indah untuk bercanda .Macam-macam lagilah yang boleh kita buat!.
Kita manusia pasti akan berhijrah ke 'negara' lain. Rasanya di Malysia rakyatnya mampu mempunayi lot'rumah'nya sendiri sama ada bertaraf pondok, rumah, banglo, istana atau mahligai. Ikutlah kemampuan!. Ini tidak seperti ada negara yang hanya mampu membina flat bila untuk rakyatnya yang ber'hijrah'atau dibakar. Semoga anda dapat 'hidup' seflat dengan pemimpin anda yang bijaksana!
Warganegara Setia
Salam Tuan,
Pertama kali melawat dairy Tuan. Lontaran yang Simple dan menarik.
Saya akan datang lagi.
Anon 01:07, 16:33, pakteh adam,
tak 'yah jungle tracking ke sawah padi.
di msia ni boleh herdik dan maki hamun kerajaan dan pegawai. mereka open minded. itu saja dah cukup buat saja syiok dgn msia ni.
lagi satu kebaikan msia (yg orang msia tak sedar melainkan telah menetap di spore): dlm banyak perkara, kerajaan tak banyak 'kacau' kehidupan rakyat. kat spore semua ada rules and regulation nak atur kehidupan kita. baguslah kalau dia kata kita meludah dan buang sampah sebarangan kena saman. tetapi kalau parking terlewat sikit nak letak kupon kena saman, seberang jalan kecil tak tunggu lampu hijau kena saman, rakyat meluat.
spore, kata orang, is a 'Fine City'. semua kena fine dan saman. malas nak komen banyak nanti kena fine!
maaflah jika saya selalu puji spore. sebab memang dlm segi efficiency dan cara kerja banyak boleh dipelajari dari red dot.
sama juga red dot tu boleh pelajari dari msia banyak perkara - seperti dapat menerima teguran rakyat walaupun cara kasar, tanpa nak saman di court.
lagi satu - kalau saya cakap kerap kali tentang msia, seperti yg saya dah kata di blog, kerja saya ialah memantau perkembangan politik-ekonomi southeast asia (9 negara di tenggara asia, tak termasuk spore) dan south asia (india, pakistan, sri lanka, bangladesh, dan yg lain).
kerja saya di Foreign Desk akhbar saya, The Straits Times, spore.
di malaysia bureau kami ada 4 wartawan, di indonesia ada 3, thailand 1, philippines 1, india 2 (jaga benua indo-pakistan).
jadi sebab saya jadi pemerhati rapat isu msia-indonesia ni lah yg membuat banyak kecoh dlm isu.
dan rumah saya serta keluarga pun ada di KL. jadi saya rasa saya orang KL, menyibuk ehwal sendiri, walaupun orang anggap saya orang spore bongkak nak sibuk ehwal negeri lain.
Salam Tuan Rem...Mohon Copy artikel ini...ianya Teramat Menarik...rugi tak dikongsi bersama...
Penang Minang,
teruskan tuanku. saya bangga ternampak cerita ni dlm blog tuan tadi.
tetapi rasa malu besar pun ada, sebab banyak saya merapu, anda ambil juga!
blog adalah diari terbuka. siapa hendak, boleh cedok.
Post a Comment