Saya tiba di 1Tanahair malam semalam, tiba di KLIA, 27Jan.
Selepas seminggu di India - menghadiri perbincangan politik-ekonomi Asean-India di New Delhi (Delhi Dialogue II), mengunjungi Taj Mahal (cantik giler!) dan Agra Fort di bandar Agra. Kemudian terbang ke Mumbai 2hari, tidur di hotel dekat dengan rumah Amitabh Bachan.
Lepas itu diterbangkan kembali ke Delhi sebagai tetamu dalam Republic Day parade pada 26 Januari, hari kebangsaan India.
Ada 10 wartawan dari 10 negara Asean.
Saya mewakili Singapura, ada rakan dari Bernama mewakili Malaysia (Rosmah Mohd Salim), dan kemudian lapan lagi rakan baru termasuk dari Myanmar, Laos dan Vietnam.
Di Delhi sekarang ini, musim sejuk. Pagi cuaca berkabus tebal dan lebih kurang 7 hingga 10 darjah C. Tak ada salji, tetapi sejuk.
Kalau kita bernafas atau bercakap, asap keluar dari mulut.
Agra pun sejuk juga.
Tetapi Mumbai (Bombay), kerana di selatan dan menghadapi Arabian Sea, cuacanya sama macam Singapore, Malaysia.
Tetapi dalam musim sejuk ini, cuacanya cantik, hanya lebih kurang 24-26 darjah C. Jalan-jalan di pasarnya, kami tak berpeluh dan tak rasa panas.
KENAPA MAS BANGANG GILER?
Sepatutnya saya terbang kembali pada 26Jan penerbangan 11.10mlm dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Tetapi kerana musim sejuk, kabus tebal menutupi ruang Delhi setiap malam.
Kalau nak memandu pun hanya nampak 5 meter saja! Bayangkan anda dalam kereta anda.
Jika ada empat kereta lain di belakang. Anda TIDAK akan nampak kereta yang terakhir!
Macam mana nak pandu pesawat?
Jadi malam 26Jan tu, semua flight cancel di Indira Gandhi International Airport.
Yang cancel termasuk juga flight SIA ke Singapore, Continental ke Paris, China Eastern (tak tahu ke mana), Thai Airways ke Bangkok dan sebagainya.
Kecoh satu airport, orang marah, kanak-kanak menangis. Panas dalam airport!
Dah dua minggu benda ini berlaku: Hampir setiap malam kabus turun, flight sangkut.
Yang saya marah dan malu untuk Malaysia dan MAS - ada lebih kurang 300 penumpang MAS marah dan geram. Bukan salah MAS.
Tetapi alahai, ground crewnya (semua pekerja India) tak tahu apa nak buat. Kami kerumun mereka dan herdik dan bertanya macam-macam: Nak ke mana kami? Luggage kami macam mana? Esok flight bila? Kami lapar ni!
Yang ada hanya public announcement menyatakan semua flight cancel, termasuk MAS.
Lebih memalukan untuk MAS ialah kira-kira 10 minit selepas kecoh dan hingar-bingar ni, seorang kakitangan SIA dari Singapura (saya kenal suara dan telo orang Cina Singapore!) membuat announcement dari PA system (lebih kurang): 'To all SIA customers, please go to Gate 4, my staff will give you hotel vouchers. Your flight tomorrow has been rescheduled to 2pm. We have ground staff directing you where to go. Please give us about an hour to arrange for buses to take you to a hotel for the night.'
Terdengar beberapa mat salleh dalam kumpulan MAS dan juga penumpang India berkata: 'That's SIA for you'. 'Singapore, efficient as usual'.
Geram aku dengan bongok MAS ni!
Ini bukan kali pertama - dah dua minggu kabus delay flight.
Apa rancangan kamu? Mana ground staff kanan? Bodoh betul.
Notice this also: SIA tak panggil penumpang mereka 'passengers'. Mereka digelar 'customers'.
Maknanya: You are our customers, we will take good care of you.
Rakan saya bertanya seorang ground crew MAS: 'Kenapa macam ni MAS?'
Jawapannya mudah: 'I am not Malaysian. I am Indian.'
MAS patut sack pekerja kurang ajar seperti ini.
Dah sejam kemudian, tanpa announcement, ramai penumpang semua berjalan ke satu arah, saya pun ikut. Nasib baik, rupanya bas dah sampai untuk MAS.
Kau ingat aku boleh baca kepala otak kamu ke! Berilah public announcement, bangang!
Di sana sini, kami lihat ground staff SIA: Mereka pegang signboard besar warna biru 'Singapore Airlines'. Maknanya, kalau kamu confused, boleh tanya mereka ini.
Lepas tu, kami berebut naik bas dalam cuaca kabus sejuk 10 darjah C. Gila punya kerja.
Kawan saya dari Bernama tertinggal sebab tak dengar announcement apa-apa. Mujur diberi naik limo oleh MAS, tetapi beliau sampai ke hotel lewat satu jam!
Saya baru check-out dari Le Meridien empat jam sebelumnya nak pulang, kini kembali lagi.
Nasib baik di hotel, pihak Le Meridien pintar, kami queue - ramai potong queue - ambil kunci bilik dan kemudian dibawa ke dewan besar untuk makan malam (dari 8malam hingga 12.30pagi saya tak pegang makanan dalam cuaca sejuk!).
Esok pagi, kami diberi sarapan, check out, lepas tu berebut naik bas - kat India ni, tak payah queue brader. Aku pun perangai macam orang India satu bilion ni, tolak makcik dan budak kecik nak naik bas.
Tak nampak pun ground staff MAS. Tak ada announcement apa-apa.
Tiba di airport, sial punya MAS. Tak ada ground staff lagi!
Nak ke mana kami ni?
Malu besar: Sign board SIA dipegang ground crew mereka di mana-mana: 'Singapore Airlines'.
Kecoh, saya hanya ikut orang lain ke sana sini. Bodoh punya kerja. Sebelum jumpa check-in counter.
Kabus tebal ini kerap berlaku dalam musim sejuk di Delhi. Jadi bukan benda baru. Jadi saya tak faham kenapa management MAS di India masih tolol begini.
Empat jam dalam airport (sampai aiport 11.30pagi), kabus hilang, pesawat MAS terbang.
Pulak! Dalam pesawat lama ni, tak ada TV screen untuk setiap kerusi.
Nak tengok movie, dia yang pilih, tengok kat TV atas kepala macam naik bas!
Baik aku naik Air India! Saya dari Singapore ke Delhi minggu lalu naik Air India - setiap kerusi ada TV screen, boleh tengok movie. Sebab penerbangan lima jam! Boleh jadi sewel oi!
Lepas tu, seat saya jauh di belakang, stewardess dengan baik berkata: 'Sir, non-vegetarian food is finished. Would you mind taking vegetarian dinner?'
Nenek kau mati kena tikam ikan todak! Apa punya planning ni!?!?!
Aku kat India seminggu kena makan vegetarian dan ikan sebab tak ada makanan halal, lepas tu kamu buat gini?!?!
OKlah saya terpaksa terima jugak makan veg MAS ni. Gila punya airline.
Lain kali aku naik Zimbabwe Air lagi baik, makan kepala babi hutan masak lemak.
Lepas tu 1pagi sampai kat rumah tadi, saya baham ayam kenyang-kenyang.
KENAPA KLIA MASIH DI ZAMAN BATU?
4jam dan 45minit kemudian (jam 11mlm) saya tiba di KLIA.
Setengah dari 300 orang rupanya nak ke Singapore!
Mereka naik MAS sebab SIA penuh!
Dan ramai lagi nak ke Australia.
Tak tahu apa jadi dengan connecting flight masing-masing.
Selepas keluar pesawat, saya jumpa sekeluarga dari India, tak tahu apa nak buat.
Arah mana ke imigresen?
Mana bagasi kami?
Kami di satellite building KLIA. Maknanya kena naik aerotrain nak ke main terminal.
Manalah orang ini semua tahu!!! Ini tourist bawa duit nak belanja di Malaysia, tetapi first impression mereka begini!
Kenapa tak ada ground staff KLIA yang jaga untuk memberi arahan! Bodoh babi betul.
Buat malu negara. Ada airport cantik tetapi planning macam kat kampung zaman P.Ramlee.
Satu hari kamu semua datang ke Changi, saya tunjukkan di setiap cerok di mana penumpang mungkin confuse, ada budak perempuan atau jantan muda berdiri untuk memberi arahan.
Saya tunjukkan mereka peta KLIA (Nasib baik ada peta!)
Terpaksa saya yang memujuk keluarga ni (enam orang dengan budak kecil): 'Sir, Maam, come follow me. We take this train to the main terminal. This is where we are, at the satellite building for international flights.
'We go to the main terminal where there is immigration and your baggage is there.'
Dari hujung ke hujung satu muka ground crew KLIA pun saya tak nampak, mungkin sebab dah 11mlm, semua staff tidur lena nak kasi negara hancur.
Saya komplen begini sebab ini kali kedua saya ke India dan perangai mereka di airport teruk. Baik polis, imigresen dan sistem mereka bekerja.
Jadi saya ingat tentunya KLIA bagus. Katanya best airport in the world.
Malu aku.
GAMBAR:
1) Antara wartawan Asean-India dalam kunjungan ke Negara Gajah. Dari kiri: Laos, Brunei, Cambodia, Philippines, India, Indonesia, Singapore. Kami menggunakan van penumpang Volkwagen 15-seater.
2) Kabus dalam perjalanan Delhi-Agra. Kira-kira 200km - KL ke Johor. Tetapi perjalananan 3 jam jadi 4.5 jam sebab kabus tebal. Bila pulang waktu malam lagi teruk! 6 jam baru sampai sebab jalanraya masuk ke Delhi jam habis!



38 comments:
wah marah nampak bang :)
Kari kepala ikan merah,
Kenapa marah-marah ?
Welcome back tapi takut - Naik angin semacam.
Anyway, I understand how to be left dead hungry in cold weather.
I was at Los Angeles airport in the 80s waiting for SIA back to Changi. I had no choice but to eat at a Chinese restaurant (more than 3 days tak makan nasi) at the airport - rice and vegetable at US$25 (the most expensive plate of rice I've ever eaten).
A hungry man is an angry man. Can be brain dead too. Agree?
Zimbabwe korban kat sana can be considered. Ok?
bagitau pak najib bang. kalau tak 1Malaysia hampeh.
MAS ni dah banyak kali dengar cerita tak bagus...tak sedar-sedar juga nak berubah.
lain kali naik belon je.
Tengoklah adviser Mas tu siapa ... ehem.
Rem,
Thank you for stating the obvious despite your Malay routes. As a non Malay Malaysian, I get bashed for being unpatriotic when comparing SIA and Changi to MAS and KLIA. These narrow minded people fail to realise, competence has nothing to do with race.
It annoys me that it is possible to step out of the aircraft and reach Singapore City Centre in 30 minutes. In KLIA, it takes you 30 minutes to collect your bags and get to the arrival lounge. In my view, KLIA could have easily been built closer to KL, even to the north. Someone obviously was having a wet dream and twin erection in the 1990s and as a result, we now have KLIA and train (which to be fair is functionable) to enrich the cronies.
As for MAS, don't waste your time with them for regional flights as they love using their B737-400s which they happily acquired in the 1990s. You would be better off flying Silk Air or Air Asia if a narrow body flight experience is what you are after.
Orang lapar memang cepat marah, anyway i dah banyak kali naik MAS ok je xde masalah pun. Xkan psl xder screen kat seat pun jd issue, mcm lah x pernak tgk movie langsung. KLIA ada sign board dalam banyak bahasa kenapa x baca, berjuta dah org guna dapat award lagi dr reputable mag. Singaporean is always singaporean.....
Like usual most malaysian chinese always con bumi product. They everytime ask to increse thier rights,and let us poorer.
Saya berterima kasih kepada saudara kerana mengambil masa utk menceritkannya.Malangnya kisah mas bodoh ini sudah berlanjutan sekian lama!!!Bila mereka mengumumkan mereka rugi berjuta juta pihak pengurusan hairan bin pelik!Jawapan segala kekurangan yang ada dgn mas ada di seberang tambak johor,Mungkin kita tak sehaluan tetapi jika baik kita akur dan belajar.LKY berkata dari hari pertama tujuan SIA ada untuk buat duit bukan utk showcase!Kisah KLIA lebih kurang samalah macam MAS
yang pastinya bukannya airport yang sibuk kalau di bandingkan dgn bangkok dan changi namun banyak cacat celanya.Terlampau banyak pekerja asing!
Anon of 15:02.
U said "Like usual most malaysian chinese always con bumi product. They everytime ask to increse thier rights,and let us poorer."
Errr...what r u getting at here? i don't think this article is about Bumi & non-Bumi so wtf r u talking about?
Tired of racial bias
Inilah akibatnya apabila pihak pengurusan MAS lebih berpihak untuk mengambil kakitangan baru untuk menganti yang telah MSS (mutual Seperation Scheme) dan juga memecat kaitangan crew yang mangandung lebih daripada 2 anak!
bagi customer service (bukan passenger servis), hanya pengalaman yang dapat membantu kaitangan menangani keadaan yang tertimbul seperti ini.
Yang ini, berapa banyak sumber kewangan pun tak boleh membantu kakitangan baru!!
Tambah lagi, berlaku di luar negara! MAS ingat kaitangan yang bermastautin di negara asing ada jaga maruah MAS ke????
Inilah dia kita panggil Pandai Sombong! Tak nak ambil cadangan kakitangan sendiri! Kononya Konsultan asing lagi bagus.....MatileMAS!
Braders and sistahs,
tolong jangan gaduh tentang bangsa dan agama.
saya tulis di sini bukan pun nak mendabik dada kata Singapore lebih baik dari Malaysia, atau SIA is superior to MAS.
Bukan nak menghina MAS dan KLIA. (Walaupun nada marah!)
Pada saya, tentu ramai senang hati jika MAS dan KLIA boleh belajar dari orang lain, tak semestinya Singapura.
Tak susah nak buat pun.
Anon at 15:02,
betul dah berjuta gunakan KLIA, baca sigboard. Kat Changi airport pun ada signboard besar-besar. Tapi mereka letak juga pegawai.
Kan menyejukkan hati pengguna apabila ada orang yg boleh ditanya - lebih lagi yg sama bahasa dan boleh membantu lepas kita penat naik pesawat 5jam dan waktu lewat malam.
memang ada information desk di KLIA dan Changi. tetapi utk keselesaan penumpang, lebih baik ditambah pegawai tunjuk arah dan berbual mesra.
ia bukan tentang cina nak tipu melayu.
orang melayu takkan bodoh jika dah boleh buat bangunan megah KLIA dan pandu pesawat MAS (pilot melayu dlm flight saya).
dan dalam flight saya juga, ketua pramugari ialah seorang malaysia berbangsa cina, takkan saya nak tuduh cina bodoh pula.
yg saya komplen bukan bangsa mereka, tetapi sistem kerja, planning dan work attitude.
hello rocky bru,
klia tu mahathir punya project la,buat besar besar tapi tak tau manage,porah
MAS stands for 'Mana ada sistem"..and the again knp marah pada pekerja MAS di Delhi..he was right in stating he is an Indian..not a Malaysian..but look at another perspective..u wr went to India foc..n managed to go sighseeing..whch is not aplicable to all malaysian..i for once has never been to India..take d good side n just throw d rest away..not all us hv d oppurtunity to travel for free...
sorry.but I have to disagree... from the time Im flying with MAS (during my undergrads) in India..to the time Im doing my PhD in Australia...I face no problem at all with MAS...
You are just unlucky, i guess..
Anonymous said...
hello rocky bru,
klia tu mahathir punya project la,buat besar besar tapi tak tau manage,porah
28 January 2010 16:47
..............................
Anon 16.47 ni memang elok kerja dengan MAS supaya lebih 'efisien'.
Itu projek memang kira Mahathir punya idea, tapi nak 'manage' takkan tunggu Tun juga...siapa Penasihatnya, sekarang...itu tanya Rocky bru..
Sepupu lu kot, patut le bengang je..
Tiger Airways from Sydney to Melbourne lagi teruk dari ini... Dah la flight break down, dah 3 jam baru nak bagitau ... Dapat flight pulak pukul 10.45 malam... Dia cakap ada angin laa.. Kapalterbang boleh pusing balik ke terminal.. Rupanya ada regulation cakap kapalterbang tak boleh nak terbang lepas pukul 11 malam... Noise regulation apa tah... Jadi semua temberang je ... apa la..
Mas hanya fokus kpd penonjolan imej luaran dengan harapan palsu ianya akan menarik pelanggan spt mahu terus menjuarai "world best cabin staff" tetapi tidak mempeduli khidmat-khidmat sampingan yg lain. Ini sebenarnya yg menghancurkan imej Mas.
Mengikut pengalaman saya berurusan dgn Mas khidmat-khidmat berikut tidak mencerminkan Mas sebagai syarikat penerbangan berkelas dunia:-
a. staff check-in counter yg sengaja menimbulkan masalah spt enggan menerima "check through" bagasi walaupun transit time tidak lebih lima jam.
b. ticket counter yang tidak memberikan maklumat yang betul dan sengaja memberi susah kepada pelanggan-pelanggan first timer.
c. sukar mendapat jawapan bagi panggilan telefon kalau dapatpun selepas hampir sejam melayan mesin menjawab.
d. perkhidmatan online yg bermasalah yg masih belum diperbetulkan dengan sepenuhnya walaupun aduan-aduan telah dibuat.
Ini salah satu sebab kenapa Mas gagal diterima menyertai gabungan syarikat-syarikat penerbangan terkemuka contohnya "star alliance' sebagaimana yg disertai oleh SIA dan Thai airways.
Makanan dalam penerbangan Mas sedap. Tetapi Mas juga perlu memperbaiki kelemahan-kelemahan lain yang diatas. Satu lagi uniform kabin crew sudah sampai masanya ditukar kpd fesyen yg lebih kemas terutama bagi crew lelaki.
Indahnya bahasa saudara. Dan saudara juga amat tidak bernasib baik. Apa orang putih kata? Unlucky? ya betul, saudara teramat tidak bernasib baik. dapat jalan percuma untuk bertugas dan mengalami pengalaman yang tidak begitu enak.
adakah saudara banyak lemak? tak boleh susah, waima sedikit pun?
tidak, saya tidak bekerja dengan MAS.
Oooooo mewakili Singapore
Betul perkhidmatan MAS perkhidmatan yang paling teruk sekali dalam dunia....
Perkhidmatan SIA best in the world....
Aku pernah tersadai di Surabaya selama 12 jam guna perkhidmatan SIA...
Biaser ler jika ada perkara di luar jangkaan...
Aku pergi Toronto via Narita menaiki pesawat Air Canada lagi kecut perut kerana pesawat DC10 tu dah berumur melebihi 10 tahun.
Jadi ikut suka hati kamulah nk tulis apa pun...
Setuju... masa utk menukar stail unifom MAS. Dah lapok. Tak macho betul! Girls, leave the sanggul terponyok to Olivia Popeye ke or your neneks and the hair gels and gaudy eye shadows in the 80s. Nak kemas, keep a bob or something neat and chic, more from this century. Kasut pula, can be comfy but tak yah la stail moyang aku punya.
benda mcm ni pun nk cerita... aku dh pegi merata dunia and naik mcm-mcm airlines...my conclusion is MAS is among the best. apa punya bangang tak tahu nk pegi dr pesawat ke baggage claim. maid indon aku pun tahu walau pun flight delay berjam-jam. sampai klia tahu pulak dia nk pergi ke arah yg betul. ini cerita orang yg kepenatan yg merapu...
Hi Rem,
Thanks for your feedback on your experience with Malaysia Airlines, we appreciate it as we value all our customers’ feedback and experience with MAS.
We sincerely apologize on the inconvenience you have gone through, as well as the poor service that the ground crew put you through. That kind of service and attitude is not acceptable in Malaysia Airlines and we will take necessary action after investigating the matter thoroughly. We will update you once we have conducted the investigation. Thank you.
Regards,
Tan Wai Fong
Head of Media Relations
Malaysia Airlines.
Bro,
Biasa lar. MAS and Firefly are all the same. I also have some issue with Firefly that took me 2 months ++ to settle. They never treat customer as customer, macam kita desperate guna service dia orang. Kononnya, canggih dengan system IT dia orang, basic attitude dan courtesy terhadap customers pun dia orang tak tau. Bazir wang saja dengan system IT dia orang, sedangkan employee dia orang bersikap slumber
Please complain to Hotline (try Malay Mail) and see if they can get an explanation from MAS.
Let the public know about the poor service.
I, myself, do not like the check in staffs in KLIA. I am a frequent MAS passenger and I only see them smiling at foreigners and not our locals.
Salam
Bagus juga sdr membangkit perkara ini. Saya biasa naik Mas utk domestic flight mmg camtu ler keadaaannya. Tapi saya tak pernah pergi Changi, so tak taulah ground staff kena ada di merata-rata. Pengalaman saya ke luar negara hanyalah ke Qatar dan Jeddah (buat umrah), pun rasanya sama je mcm kat KLIA ni, takde pun nampak gorund staff ada di merata-rata mcm sdr sebut kat Changi tu. Biasalah, bila kita dah biasa makan stek, disuruh makan nasi, where got class kan?
Anon "porah" who wrote: hello rocky bru,
klia tu mahathir punya project la,buat besar besar tapi tak tau manage,porah
28 January 2010 16:47
x--------------------x
Memang betul, KLIA tu projek zaman Mahathir dan sampai sekarang menjadi kebanggaan kita. Terimakasih kerana mengingatkan kita semua, porah.
And REM, syabas. MAS has responded to your posting. This is how a feedback should be treated - constructively.
Tapi kalau tukar adviser yang cekap sikit, tentu lebih afdal. Ada seorang komenter di blog saya minta bawak balik Tan Sri Aziz, the former MAS md yang bawak sistem penerbangan kita ke tahap yang memuncak suatu ketika dahulu. Idea yang baik.
Terima Kasih.
Kalau ingat berupaya nak tadbir MAS, hantarlah resume ke PM. Post-Tajudin Ramli, you all think the MD's post is glamourous? It is more of a national service. Typical Malaysians, you all love giving unconstructive criticisms.
Errr…bukan ke bila kita keluar dari plane ada sign board tunjuk mana immigration/baggage collection. Seingat saya ada gambar train kan on the signboard. So I think its pretty straightforward in klia. and why do we need ground staff standing at corners? Its enough to have a few information counters spread across the airport for those people who can’t read signboards and who don’t bother to do some research on their place of destination. My take is that if you are too stupid to read signboards, you should not be allowed to fly and use airports, let alone go for international travel. Yes Changi is efficient but based on my travelling experience (and I have travelled quite a bit), KLIA is much better than many airports in capital cities.
-galapagos-
The root cause : brain-drain & ????-gain.
Best brain keep going out & ???? brain keep coming to Malaysia.
SIA ex-CEO dr Cheong was ex University Mlayasia Math's lecturer.
Tpg2Sg
Celaka lu Singapore, macam bagus sangat!
Pulau yang bakal tenggelam, mana lu mau lari haa?
Salam semua! U all patut tahu makna MAS = Mana Ada Sistem!
SIA
puaka lu mamat..lu ingat bagus sangat singapore..apasal lu tak naik sia..bodoh la lu..senang2 bole naik sia lu naik mas..pehal lu nak safe badget ke..kalau singapore tetap singapore,kurang hajar..poorah...macamni ka otak orang yg pegi berdialog..dialog hampeh..
Biasalah dgn benda-benda Malaysia. Tak heran MAS "not-up-to-standard" compared to Singapore.
Bukan nak hantam Msia, tapi hakikatnya memang sebegini. Given hope and time for improvement, no action..
Dah give up on MAS sometimes, kadang2 i feel naik AirAsia lagi rilek. cheap summore..
Salam, been to domestic destination and New York with MAS, was disappointed with the shared lounge in Newark but i was not angry because as soon as i got to the plane, familiar smiles greeted me. Well, if you can read, you'll not be lost in KLIA. I took less than 30 minutes to the cab, bought the taxi coupon inside! but agree that we like to hire non-Malaysians everywhere, and these workers does not have the heart to help. I think MAS is better than AirAsia and KLM, at least.
Ayu
Understand ur anger. Perhaps I might react the same when leave in the dark. Tapi komen2 kat sini..hmmm. National Airline dikutuk bagai. Foreign Airlines dijunjung tinggi. If MAS is so bad, takkan every year dpt awards. Any Tom & Jane can fly..U decide which airlines u nak fly. U also decide whether nak jadi a smart traveller or an ignorant one. If u really fussy about food, make a special request la..*peace*
"Malaysia Boleh"
Kebanyankan ground staff dan pengurus yang merancangkan contingency di SIA - dari Malaysia.
Brain and talent drain, disebabkan unsur-unsur politik yang menyalahgunakan isu bangsa.
Di Malaysia - competition and meritocracy tidak encouraged, malah warna kulit atau wang rent-seeking diutamakan. Kalau takde competition, ada motivasi untuk give the best service or product ke? Malas atau rajin, ganjaran sama. Lebih baik malas atau jadi korupt - lebih lumayan.
Siapa yang responsible? Pemimpin-peminpin lah yang mengfokuskan rakyat pada perkara remeh-temeh supaya rakyat tak sedar yang mereka sedang merompak negara mengkayakan diri - while at the same time tuduh bangsa lain yang menghilangkan harta negara. Penjual sayur Cina atau waiter India di mamak sangat kaya ke? Tak perlu majukan mereka ke? Mana boleh mengutamakan pembangunan dari satu bangsa saja. Billionaire Melayu pun dapat 10% diskaun perumahan? Pui!!!!!!!
haiiii,
aku aku hairanlah dengan ko orang ni..asyik pandai kata org aje tgk diri sendiri....apa yg bagus dgn sia tu....dan apa yg bgus sangat changi airport tu....aku selalu kat sana same je mcm airport lain...tu la korang ni kalau sia dan changi airport tu bagi makan tahi pon korang kata ok tapi kalau org kita bagi mkn nasi korang bising mcm ayam nak berak tahi pandu... mcm mas gan klia tu bapak korang yang punya.. tuhan dah bagi akal dan fikiran gunakanlah..jangan nak jadi anak raja..tahula korang keluar duit..nak komen tu memanglah bagus tapi pakai otak..jangan asyik nak hentam orang je ada mata tgk..papan punya besar tak boleh nampak..itu pn nak jadi masalah...kalau buta tu lain la...apa yang bagus kat singapuratu!! setahu aku pekerja kat sana tu banyak orang kita..nak harap org singapura...gelak besar aku...lu fikir sendiri...tula orang kita kalau orang luar buat apa semua ok dan boleh ikut kalau org kita dia kata mcm mcm...mcm tu ko lain x jgn naik mas dan jgn turun kat klia pg naik sia dan turun kat changi je...pas tu ko naik la apa dtg kat sini..orang mcm korang ni sekarang dah banyak ..malas nak layan...buang masa je..aku cadang ko buka sykt penerbangan sendiri gan airport sendiri. pas tu ko tadbirla ikut suka hati ko....tengok ok tak....ada akai pakai..jgn nampak slah orang je jadi manusia tu kenalah bertolak ansur sikit....
徵俔社,å°äŗŗ,åµę¢,åµę¢ē¤¾,å¾µę,ē§å®¶åµę¢,徵俔,徵俔社,å¾µäæ”å ¬åø,ęē“,åŗč»,čå,å©å§»,åč æ,ęę ,第äøč ,å©å¤ę ,äøå¤ę ,å°čå©,å¤é,åęØ,åøå “čŖæę„,å ¬å¹³äŗ¤ęę³,ę姦,åµå,åµååå,ęę¶åø³ę¬¾,č©ę¬ŗ,é¢å©,ē£č·ę¬,ę³å¾č«®č©¢,ę³å¾åøøč,é¢å©č«®č©¢,ę¾äŗŗ,追蹤åØ,GPS,徵俔,å¾µäæ”å ¬åø,å°äŗŗ,ę姦,å¤é,徵俔,徵俔社,å¾µäæ”å ¬åø,å°äŗŗ,ę姦,å¤é,徵俔,徵俔社,å¾µäæ”å ¬åø,å°äŗŗ,ę姦,å¤é,徵俔,徵俔社,å¾µäæ”å ¬åø,å°äŗŗ,ę姦,å¤é,徵俔社
Perkhidmatan MAS jauh lebih bagus klau dibandingkan mana-mana syarikat penerbangan yang lain...mungkin "nasib" saudara pada "hari" itu kurang baik malah dikelilingi oleh mereka2 yg "kurang peka" terhadap "signage" ataupun mereka2 yg tidak pernah naik flight ke mana2 sbelum ini~ Staff yg sedia ada mungkin telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu tp saudara harus fikir berapa ratus/ribu penumpang yg mereka perlu melayan setiap saat & masa?? Jadi tidak salah klau kita cuba bersabar & dapatkan perkhidmatan mereka samada di kaunter mahupun di luar kaunter... "Malu", "Malas" atau "Fedup" nak bertanya, maka itulah yg terjadi...sesat, marah, menyumpah/maki-hamun dan sebagainya~ Mengenai pengalaman anda di India harus difikirkan secara mendalam semula, jikalau MAS "kejam" & "tidak perihatin" terhadap "Customer" or "Passengers" nya, tidak mungkin anda bersama2 299 penumpang lain dapat menginap di "hotel" serta "mid-night meal" & "breakfast" disediakan oleh MAS~ Mungkin anda bersama2 penumpang or customer lain dibiarkan semalaman di airport dlm kesejukan~ Dari segi sistem kerja MAS pula, give them (management team)"time" to change or improve some major problem...tidak perlu kita "mempertikaikanya" kerana setiap syarikat atau mana2 kompeni di celah pelusuk dunia nie pun ade kelamahan dan ketidak efisen nya~ Jadi saudara kenalah belajar memahami serta jgn terlalu mengikut perasaan ketika membuat satu penilaian, tidak kiralah dari segi luaran atau dalaman~ Jadi anda tidak perlu me "racist" kan lagi keadaan, dgn menyatakan bangsa asing, cina or india itu-ini... It's reflect your narrow thinking to shorter-term conclusion~
Is this your "standard efficient" thinking? o_O?
Give & Take is better than pointing & blaming others mistakes~
ps> sungguh indah "bahasa" & "ayat2" anda cerpenkan di ruang ini...
Post a Comment