Jumlah penduduk Temasek Darul Kecik ialah hampir 5 juta.
Dari jumlah itu, orang Singapore tulen ialah 3.2 juta, bakinya 1.8 juta ialah penduduk tetap dan pekerja asing.
Dan di negara sebesar Pulau Pinang ini (atau untuk orang KL: Negara sebesar Gombak ke Shah Alam), kaum majoriti Cina berjumlah kira-kira 76 peratus dari 3.2 juta rakyat.
*Malay-Muslim ialah kira-kira 15 peratus, dan 9 peratus kaum India.
(*Malay-Muslim ni ialah istilah rasmi yang digunakan secara meluas. Sebab kalau kira orang Melayu saja kira-kira 13 peratus atau 400,000 orang. Yang lainnya ialah kaum India Muslim, Arab Muslim dan orang bangsa lain yang masuk Islam, converts. Kalau campur semua, agaknya adalah 450,00 Melayu-Muslim ni.
(Ramai juga kaum convert di pulau ni sehingga ada tiga kumpulan untuk aktiviti mereka - yang utama ialah Muslim Converts' Association -Darul Arqam Singapore.
(Dua kumpulan lain membantu aktiviti converts - Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura -Pergas dan Muslim Missionary Society Singapore -Jamiyah).
Dan di Temasek ada lagi satu 'kaum' yang diterima rasmi dalam kad pengenalan - Eurasians.
Iaitu kacukan orang Asian dan mat salleh dulu.
Sehingga ada persatuan mereka sendiri, Eurasian Association Singapore. Saya ada kenalan dan rakan Eurasian bernama Fernandez, D'Silva, Desker.
Kalau kamu nak kata Melayu Singapore tertindas pun suka hatilah.
Pada saya, yang lebih tepat ialah: kami ni ramai yang miskin, iaitu di taraf ekonomi yang lemah, jadi ada yang merasakan tertindas.
Itupun pemerintah menghulurkan bantuan macam-macam, termasuk ada dua persatuan - Yayasan Mendaki dan Association of Muslim Professionals - membantu keadaan pelajaran dan sosio-ekonomi orang Melayu-Muslim ni agar tak tertinggal jauh sangat di belakang dalam serba-serbi.
Pemerintah takut kalau si Muslim ni tertinggal di belakang sangat, boleh jadi problem terrorist pula, agaknya. Saya pernah menulis tentang isu ini di sini.
Tetapi kerana sikit sangat kaum minoriti kami ni, dan daif lagi, kenalah pemerintah protect masyarakat kami - yang Melayu, India dan Eurasian.
Kalau tidak mampos kami kena 'bantai' dengan kaum majoriti Cina, agaknya.
Sekarang sedang gempar di Singapore - pemerintah telah menangkap tiga remaja Cina kerana serangan berbaur rasis dalam Facebook. Juga di sini dan di CNN di sini.
Mereka menghina orang India dalam sebuah group di Facebook.
Di Singapore ni, hak rakyat minoriti dijaga. Takut benda kecil nanti jadi isu perkauman yang merebak, lagi parah.
Ini bukan pertama kali pemerintah menangkap orang yang menghina agama-bangsa lain di Internet.
Pernah dua kali, remaja bangsa Cina kena cekup sebab menghina orang Islam Singapore (dah lama terjadi, nanti saya cari referencenya dan link kat sini).
Memanglah Singapore ni ada macam-macam undang-undang.
Tetapi yang ini saya sokong.
Kalau kamu menghina kaum dan agama lain, tangkap dia dan bawa ke mahkamah, agar tak kurang ajar sangat.
Papa Chop.. Anak Anak ngap hehe
10 hours ago



6 comments:
Di Singapura, orang Melayu dijaga dengan amat "baik" oleh kerajaan Singapura. Secara purata, kualiti kehidupan orang Melayu adalah lebih-baik di sana berbanding di Malaysia.
Inilah hakikat tapi kalau dibanding dengan kaum-kaum lain di Singapura ,orang Melayu akan terasa mereka hanyalah golongan kelas tiga disana selepas Cina dan India mungkin kelas empat selepas Cina, India, Lain-lain (Eurasian ..)
Hakikatnya;
i. tiada menteri kanan Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...
ii.kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi ...orang melayu tidak dipercayai?
iii.Kalau orang Melayu bekerja disyarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura...Kawan Melayu Singapura saya kata disebabkan "sakit kulit"
iv.Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...
v.Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah
v.walaupun bahasa melayu bahasa rasmi; bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayu
vi. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, ikut merit kata pemerintah
vii.Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pemgenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.
viii.Tiada lagi kampung Melayu di Singapura
ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu
Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu.
Beza sungguh nasib golongan minoriti di Malaysia ni.Mereka bukan saja kaya-raya, dibenarkan berpolitik, beragama apa saja, bersekolah aliran mereka.
Malangnya mereka-mereka ni tak pernah rasa bersyukur, hak-hak orang melayu dan agama Islam dicabar dan sekiranya orang-orang Melayu yang ingin memperjuangkan hak-hak mereka akan terus dilabel sebagai rasis dan fanatik.
Saya rasa toksahlah Rem nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kata orang Melayu Singapura; "jangan bedeklah, kita orang dah lama tahu" lah..
Bekas pencari kupang Sungai Senoko
Saya rasa di Singapura, dah sampai di tahap dimana,kau orang Melayu, kau tahu apa kau tak boleh buat dan kau tak bole jadi menteri kanan atau menteri berjawat tinggi dan sebagainya...
Tetapi kerajaan akan pastikan yang orang Melayu tak akan mati kelaparan atau dipijak-pijak atau dihina oleh bangsa majoriti lain..
Melayu masih boleh kaya dan berjawat tinggi di syarikat atau department kerajaan tapi mungkin up to to a certain level.
Dan tak boleh buat apa-apa lagi...all the systems are in place..
Sebagai Melayu Singapura,kita bersyukur jer la..kerana kita masih boleh mendapat gaji yang tinggi dan pelajaran yang sebaiknya.
Dah nasib kita begitu kan..
Tapi yg paling important sekarang adalah supaya Melayu yang bermajoriti seperti di Malaysia supaya bersatu dan janganlah asyik bergaduh sesama sendiri kerana yang menungtungkan adalah kaum minoriti di sana yang semakin hari semakin berani mencabar hak hak orang Melayu di sana.
Lihatlah orang Melayu di Singapura sebagai teladan..
Just my two cents..
Anon dan flyingman,
tx for the views. v good indeed that u guys brought up this 'melayu tertindas kat spore'.
i will reply soon. lagi busy kerja cari makan oi.
malam ni midnight i sampai rumah boleh reply, sambil tengok wayang hindustan.
crita tamil pun best jugak malam nie..hehe
I read khartini khalid article, but apparently she's currently residing in USA. I'm asking myself, if she lives there long enough, how she compare with the live in Singapore, same question goes to you who lives in Malaysia.
I've been to one of the hdb flats. Its clean, pretty and well managed. That's all to it. But if you say they integrated, united bla bla, how come out of 14 floors (can remember exact floors) only about 2 floors are malays and they all are on the same floor.
You can stay here in malaysia in a decent terrace house, bad roads, 'berkulat' walls, with with a good mixed of races. I seldom chat with my chinese friend on my left, or bengali at the front, but i smile to them everytime.
tydell,
unsure which area u visited. in most hdb estates, the minorities have been dispersed due to govt policy to ensure a good mix of residents so that the malays-indians-chinese are not strangers to one another. see my previous posting here:
http://remgold.blogspot.com/2010/01/cina-melayu-india-cina-melayu-sikh-cina.html
and click on that link in story, to show how spore keeps tabs of a racial group in each block.
social engineering, brader! but govt means well: to keep the peace by ensuring we all mix with others.
but in the old areas like geylang, bedok, tampines, maybe even parts of jurong, malays are concentrated in some blocks. but in these areas, once a malay family moves out, only an indian or a chinese would be allowed to replace this family.
Post a Comment