Nama ulama ni Yusuf al-Qaradawi. Beliau seorang yang agak kontroversial baik di Egypt/Mesir mahupun di dunia Islam. America dan UK takut betul dengannya sehingga tak kasi beliau masuk ke sana. Kena ban.
Tapi di Malaysia, status beliau ni macam Nabi (maaf kata). Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab beliau menjadi tokoh Maal Hijrah?
Atau apa yang dikatakannya semua sedap didengar oleh rakyat Malaysia? Iaitu ngam dengan apa yang kita nak dengar? (Garu kepala).
Setahu saya, hanya dalam ajaran Syiah saja ada imam yang apabila memberi fatwa, kita semua kena tunduk menyokong sepenuhnya.
Tapi nampaknya umat Islam Malaysia (dan ada yang di Singapura) begitu gembira difatwakan of Qaradawi ini. Hmmm, kenapa ya?
SEJARAH HITAM TEMASEK
Di Singapore di tahun-tahun 1990an, umat Islam di Temasek gemar betul memanggil ulama dari Indonesia untuk bersyarah di masjid-masjid kami.
Kalau ada ulama dari Indonesia datang, maka penuhlah sesuatu tempat itu dibanjiri mereka yang dahagakan ilmu dan kewarakan.
Walhal pada masa itu pun, dah ada bisik-bisik orang - Kenapa kita ni syiok sangat dengan mereka?
Kalau semua mereka ni terror dan warak sangat, tentu negara mereka lebih baik perangai umat Islamnya? Sedangkan Indonesia masa tu pun teruk dengan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme).
Tapi semua di Temasek khayal, sebab ini negara Wali Songo dan Buya Hamka.
Ini negara ribuan pesantren!
Kebetulan Pena Minang baru pulang mengunjungi pesantren di Jawa. Syiok baca ceritanya!
Dan pada masa itu, walaupun ada ulama Malaysia seperti Haron Din, Ismail Kamus dan beberapa orang dari Abim, mereka tak sebesar ulama dari Indonesia ni. Masa tu mereka 'masih muda' lagi (25-30 tahun lalu).
Saya masih di kolej pada masa itu, tapi masih ingat lagi - surau di kawasan flat saya pernah adakan maulid (kat Singapore kita panggil majlis 'maulud'), pun kena panggil seorang ulama Indonesia agar surau akan penuh!
PELAJAR MUDA DAN CANTIK
Tapi sesuatu benda yang memalukan terjadi selepas itu, yang sehingga kini, nama ulama Indonesia dah tak laku lagi. Dah 20 tahun lebih - sekitar 1987-1989, jadi saya tak ingat semua detailnya. Ummie, kalau ingat tolong beritahu.
(Ini ditambah lagi selepas peristiwa 9/11 dan Bali bombings - Orang Singapore pun dah 'was was' dengan ulama Indonesia ni kerana dikhuatiri bawa ajaran extremis).
Salah seorang ulama yang paling popular masa itu, maaf saya lupa namanya, mempunyai sebuah pesantren/madrasah.
Dia begitu gah sekali. Agaknya kalau ustaz ni bersyarah di masjid dan Deep Purple ada concert kat Orchard, saya seorang saja yang bernama Islam yang pergi tengok Ian Gillan menyanyi 'Smoke On The Water' (the fire's in the sky!)
Wah kerana beliau begitu pandai bersyarah (ustaz tu, bukan Ian Gillan), maka berduyun-duyun anak Melayu Singapore dihantar untuk belajar di pesantrennya di pulau Jawa (lupa di mana).
Saya masa tu kerja dengan akhbar Singapore, Berita Harian.
Rakan senior saya membongkar cerita ini - dengan diam-diam ustaz besar ni dah kawin dengan seorang pelajar muda dan cantik dari Temasek. Aich.
Kalau tak silap, tak diberitahu ibubapanya.
Dan jika ingatan aku betul (mungkin salah), dia ngap lebih dari seorang pelajar.
Kecoh satu negara.
Berbulan lepas tu, tuduh-menuduh, tuding-menuding terjadi di Singapore - kenapa kita ni fanatik sangat dengan mereka, siapa yang salah - mesti Majlis Ugama Islam Singapura atau masjid-masjid yang suka menjemputnya. Apa nak jadi? Mana barisan ulama kita? Siapa nak tanggung dosa? Dah di dah, kluk kluk kluk. Bising satu kampung.
Dipendekkan cerita: Jangan terlalu fanatik dengan seorang dua ulama.
Ini nasihat wartawan cetek agama: Sebab tu dalam Islam mazhab Sunni, tak ada 'pope', tak ada ayatollah, tak ada sheikh yang kita harus ikut 100 peratus. Diajar kita fikir sendiri.
Tok Kluangman pun dah beri fatwa beliau - di sini.
Kenapa fatwa ulama ini boleh diperkudakan sedangkan kes di mahkamah masih berjalan?
Kenapa pula ada parti politik yang boleh mengeluarkan VCD dan makalah terhadap kes itu (baca paragraf dua terakhir cerita Insider ini)?
Cuba misalnya, kalau kes saya mencuri kereta sedang berjalan, lalu saya keluarkan VCD dan ribuan pamphlet kasi pada orang ramai bahawa saya tak bersalah - kerana ada bukti di tempat lain masa tu - tak kena debik batang hidung aku dengan hakim?
Keluarkanlah bukti dalam mahkamah.
Jangan takut Datuk Seri Anwar. Walaupun hakim mungkin mendapati kamu bersalah, jika kamu keluarkan bukti dalam mahkamah, rakyat akan menjadi hakim.
Mereka akan marah jika bukti kukuh tetapi hakim meyeleweng.
Kalau bukti dirasa tak kukuh, kamu masuk jail, ooi tentu lebih lagi yang marah.
Tapi ini Saiful baru tuduh menuduh sedikit saja, depa dah melenting. Tak syiok lah.
Nak cucuk-mencucuk dengan kerajaan ni, kena guna saluran yang betul. Ini pun, rakyat memerhatikan, Datuk Seri.
Dan kenapa pula orang yang 'membohong' dan 'menipu' - Saiful dan PM Najib Razak - berani bersumpah dalam masjid, tapi yang clean 100 peratus kata tak perlu?
Betul ada ulama kata tak perlu, tapi ada pula yang kata perlu!
Saya tak akan kata kes ni tak ada tekanan politik, dan tidak akan kata Anwar Ibrahim tu bersalah mencucuk di salah tempat.
Tapi penat rasanya rakyat dibawa ke sana ke sini, sedangkan yang kita mahu ialah ekonomi dijaga dengan baik oleh kedua-dua pihak, dan negara aman. Saya menumpang gembira sebagai anak angkat Malaysia.
Orang biasa macam keluarga saya hanya mahukan rasa selamat anak-anak kita ke sana ke mari jalan kaki dan naik LRT, isteri selamat shopping kat pasar tani, dan untuk kita terus bekerja kerana ekonomi mantap.
Mainan politik ni memuakkan.
Saya dah lama tak mahu komen tentang kes Anwar atau isu-isu pembangkang ni sebab ramai yang saya kenal rapat dalam PKR, PAS, DAP dalam kerja sebagai wartawan.
Tapi ini dah fed-up, sebab mereka sekali lagi mengheret nama baik mahkamah - yang memang dah lemah pun - ke arena antarabangsa untuk diejek dan dijadi bahan penghinaan.
Sama juga saya tak suka komen banyak tentang isu-isu Umno-BN, sebab tak mahu hati mereka tergiris. Nanti orang kata juga, kamu tak berani attack pemerintah Singapore, asyik attack kami saja.
Tak kali ni saya dah letih jadi pemerhati.
Nak main game, hati-hatilah tuan/puan.
Nama negara kalau dah busuk, padahnya dirasai oleh 27 juta orang.
Saya pernah tulis di sini - setelah dua tahun Pilihanraya Umum 2008, adakah Malaysia ditahap lebih baik?
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



6 comments:
Politik Anwar - cukup meloyakan..
Rem,
Saya rasa masalahnya bukan lah kat Anwar atau Qaradawi..
Kalau sekali dua kali kita kena kencing, saya salahkan Anwar..
Tapi kalau dah banyak kali kita kena kencing dengan orang yang sama, masalahnya adalah pada diri kita sendiri kerana dibiarkan kita ni dibodohkan dan dikencing oleh orang yang sama..
Mengaku sajalah orang Melayu kat Malaysia bodoh sebenarnya kerana masih percaya yang Anwar ni bersih dan dianiayai oleh orang yang dengki dengan beliau.Walaupun telah ditunjuk dengan jelas siapa beliau, masih lagi ramai yang terpegun dengan kata-kata beliau.
Bagi saya kalau nak menilai seseorang tu tak usah dengar janji beliau, sesiapa pun boleh berjanji sebelum menang..Kalau nak nilai beliau, nilai bila dia ditampok kuasa dulu.
Tuan, secara spontan saya nak tanya satu saolan bodoh: Jika Anwar dan Rosmah bertanding dalam satu kawasan yang sama, katakanlah DUN di Pekan, Pahang dan Parlimen di Permatang Pauh - boleh agak tak siapa pemenangnya?
Anon 00:12,
mungkin juga ramai yg terpegun, walaupun nampak Anwar dan pembangkang cacat, sebab mereka lihat Umno-BN mempunyai kecacatan lebih teruk lagi?
Batman melayu (kluangman),
mari kita bual kosong. tapi dlm cakap2 dongeng ni juga, kita semua boleh perhatikan dan kaji sendiri apa peluang seseorang itu dlm pilihanraya sebab kaedahnya lebih kurang sama.
kaedah sama nanti kita boleh gunakan utk 2013.
yg basicnya - selalu diperkatakan bahawa dlm memilih pemimpin di msia ialah 3M - Money, Media, Machine.
Personality seseorang ialah perkara keempat.
walaupun kita gunakan nama 'rosmah' sebenarnya siapa pun dari umno-bn, ceritanya lebih kurang sama. dan siapapun dari pakatan.
1) Kalau ikut Wang, 'rosmah' menang. iaitu kita dapat mengagak bahawa jika beliau menggunakan tiket umno dan mencuba di kawasanundi melayu di pahang. jalan diperbaiki, projek instant meletup di sana sini, ooi, boleh menang. 51:49 menang (maknanya, kalau ada 100 pengundi, dan mereka pilih ikut kaedah Money saja, 51 akan undi umno-bn).
2) kalau ikut Media, 'rosmah' kalah. walaupun menggunakan media mainstream, nampaknya orang lebih percaya kpd media elektronik ni - (website berita dan juga blogs), walaupun banyak yg kelentong.
iaitu cerita syiok sendiri tanpa keluarkan bukti.
walaupun orang kampung tanpa internet (dlm cerita kita ini - di Pahang) yg membuang undi, tetapi petugas pilihanraya dan penceramah akan memastikan cerita2 karut dan tanpa bukti ini akan disemai dlm hati pengundi.
dan cerita betul pun mereka bawa!
cerita gst dan royalti petronas, misalnya.
mereka bawa cerita internet ke kampung dan sebarkan. 'rosmah' kalah 40:60 ikut kaedah ini.
3) Machine, iaitu election machinery atau jentera pilihanraya. kalau ikut ini, saya rasa 'rosmah' kalah juga.
sifat bekerja utk parti dgn percuma dan menggunakan belanja sendiri dah mati dlm umno-bn. semua nak minta bayar - baik pasang bendera atau berkempen. petugas mengharap parti akan sekurang2nya bayar mereka duit kopi atau siapkan makanan tengah hari dan malam.
dlm pembangkang, pkr dan dap tak ramai petugas pilihanraya. ini dlm 2008 lah, pada 2013 kelak lebih ramai sukarelawan akan muncul sebab marah dgn umno-bn dan menaruh harapan nak ke putrajaya.
machinery pas pula, kalau hang tengok pun segan.
masa march 2008 saya duduk 2minggu di kelantan, lihat umno lawan pas. masa tu umno dah yakin dan pas pun ketakutan sebab mungkin tewas. tapi pekerja jalanan pas terus 'fanatik' (fanatik dlm erti baik, iaitu bekerja keras nak mempertahan parti).
ini ada cerita yg media perdana tak laporkan - pada malam sebelum mengundi, kira 1pg saya dan rakan2 ke jalan masuk utama ke kota baru: lupa apa nama jalan.
fuyoh! jam teruk trafik di situ. sebabnya? ribuan penyokong pas bawa bendera dikibarkan di tepi jalan sehingga orang yg masuk ke kb malam tu tentunya merasakan: waduh, ini kubu pas! mereka bersorak dan bertakbir.
mereka berpesta dgn percuma nak naikkan semangat masing2.
yg umno ada juga saya nampak pagi itu. dua tiga kerat budak naik motor dgn bendera umno.
jauh beza semangat pas dan umno ni. ikut kaedah ini, 'rosmah' kalah 35:65.
4) personality. kalau undi ikut personaliti saja pun, dan memang betul datin seri rosmah al-mansor lawan datuk seri anwar al-ibrahim, walaupun di pahang, saya rasa rosmah kalah. 45:55.
pandai berpidato, lunak membuat janji, menarik hati dgn lagu hindustan, siapa boleh lawan anwar?
itulah cerita dongeng saya. di pilihanraya 2013 nanti - mungkin ada pilihanraya penghujung 2010? - empat kaedah ini akan digunakan oleh orang lain juga.
The same Indonesian ustaz with the Sp wife who's a Sp now? - There's at least 2 well known who are Sp now.
Then there's M'sian ustaz who's Sp too.
Ummie,
i dont think this formerly-famous indonesian ustaz is now a sporean. aint no way he wd dare to step into spore after that incident in the late 1980s.
and yes, i do know some of the indonesian ustazs became sporeans by marrying spore women. but not those.
anyway, the lesson for us is not to be too fanatical on anyone.
Post a Comment