Saya baru-baru ini bercerita panjang tentang food farms (ladang pertanian besar-besaran) dan contract farming (menyewakan tanah ladang kepada negara lain), sebagai sebahagian daripada Food Security sesebuah negara. Baca di sini dan juga sini.
Negara besar seperti Malaysia menanam sayuran, menternak ayam di tempat sendiri. Ayam bertelor, dijual di pasar dan supermarket, dan lainnya dieksport termasuk ke Singapore.
Negara kecil di selatan Johor ni tak ada hasil pertanian. Ada ladang sayur, pelihara ayam dan fish farms dekat Pulau Tekong. Tapi semuanya kecil-kecilan saja.
Singapore kaya hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak.
- Singapura ialah pusat kewangan kedua yang paling popular di dunia. Selepas New York.
- Dan pusat perdagangan minyak terbesar di Asia (walaupun bukan pengeluar minyak, ada banyak refinery dan tanker minyak di sini, kapal tangki banyak berlabuh di laut dan minyaknya didagangkan = Temasek ialah salah satu top bunkering port).
- Singapore juga mempunyai pelabuhan paling sibuk di dunia. Walau pelabuhan Rotterdam pun selalu mengaku juga.
- Dan di Temasek ada paling banyak JUTAWAN di dunia (dihitung dalam US$, bukan S$) - 8.6 peratus penduduk Singapore mempunyai harta paling kurang US$1 juta.
Saya tulis 'penduduk' Singapura, bukan warga. Kerana ia membuka luas kepada siapa saja ahli profesional atau jutawan yang nak jadi Penduduk Tetap (Permanent Residents), maka ramai orang kaya yang mempunyai status itu di sini.
Orang Indonesia bangsa Cina yang kaya, rakyat Hong Kong (dan Malaysia!), warga India dan UK yang kaya, antara yang mempunyai rumah/kondo di sini - termasuk pelakon terkenal Gong Li dan Jet Li.
Mereka terbang keluar masuk, bukan tinggal tetap di sini, tetapi mempunyai status PR.
Cukuplah cerita pulau ni. Nanti dituduh buat spin untuk Temasek, atau nak bongkak megah sebagai warga pulau kecik ni.
Pada saya tak guna juga jika kau kaya mana pun, tapi tak ada apa nak makan minum.
Bila ada bird flu dan SARS dulu, Singapore menghadapi banyak masalah. Ini kerana dia mengimport hampir kesemua makanannya.
Apabila ayam dan itek, telor dari Malaysia, daging babi dari Indonesia dan China dihentikan masuk ke Republik sebesar Perlis ni, eeks, problem!
Kena cari ayam dan telor dari Brazil, Australia, Chile dan banyak negara yang dulu tak pernah ditanya pun, sebab kos tinggi nak bawa masuk dari jauh.
Dan harga barang makanan masa tu di Temasek, semuanya melompat!
Kini import daging lembu dan kambing, ayam, babi, telor semuanya telah dipelbagaikan. Tidak lagi condong kepada import hanya dari satu-dua negara, sebab takut masalah selsema burung dan SARS ni berulang.
Itu namanya Food Security.
Kini langkah setapak lagi diambil.
Sebab seperti orang lain, mamat dan ah moi Temasek suka makan telor, pemerintah takut jadi problem jika ada krisis itu dan ini. Sebanyak 77 peratus telor yang dibaham di pulau ini kini datang dari Malaysia Darul Ibu Ayam.
Ini harus dipelbagaikan.
Kini pemerintah Temasek nak perkenalkan rakyat (dengan cara education, bukan mendadak macam nak perkenalkan GST di Malaysia) untuk biasa makan:
1) Telor cecair dalam kotak (liquid eggs). GAMBAR ATAS
2) Telor dalam bentuk tepung (powdered eggs). GAMBAR BAWAH
Alamak mamak! Boleh termakan ke? Rasanya sama ke?
Tak tahulah. Nanti saya cari kat supermarket, cuba makan, dan beritahu anda.
Baca cerita dari akhbar saya di sini.
Sebab utamanya ialah Food Security.
Jika telor dari negara pembekal tak boleh dibawa masuk, rakyat dah dibiasakan makan telor cara lain.
Buat masa ini liquid eggs dan powder eggs digunakan oleh restoran dan kilang membuat makanan.
Maknanya bila kamu makan scrambled eggs kat Macdonalds atau Coffee Bean tu, ia bukan dari telor biji, tapi dari bungkusan.
Dan kueh dan biskut yang dibeli di kedai, dibuat daripada telor yang telah ditepungkan. Takkanlah kilang nak buat biskut Julie's berton-ton tu kena pecahkan telor sebiji-sebiji? Bila nak siap, akak oi!
Tak seperti telor biji, telor bungkus ni boleh tahan lama lagi.
Harganya mahal sikit, tetapi kalau bekal dah putus, sekurangnya ada supply telor alternatif.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago





3 comments:
Beza sangat kan, cara anak didik LKY tangani masalah yang akan mendatang dengan bijak.
Kalau di satu negara yang tak perlu saya namakan, pelbagai menteri 6-30 (half past six) di Jabatan kpd Jabatan kpd Jabatan akan buat kenyataan setengah masak (half-baked) ala tembak dari pinggul? pinggang? (shoot from the hip) and pijak kaki dlm mulot (put their size 11 foot (but pea-sized otak in it..??) only for the Menteri #1 tarik balik (flop after the flip) memandangkan betapa prihati kerajaan terhadap nasib anak buah...sigh....!!!!!
Hanya satu generasi di perlukan oleh LKY, untuk membentuk rakyatnya. Walaupun ala2 kuku besi alias Mahathir, tapi kepentingan rakyat tetap diutamakan...Beza cuma Mahathir tak dapat membentuk rakyat seperti LKY, anyway rakyat Malaysia yang marahkan pemerintah sekarang ni, adalah acuan Mahathir. hehehe... cerita ni menyindir Pak menteri kita dan menteri Singapura.. biarlah bijaksana, tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak...
...adioss...
semuanya ok! Asalkan jangan telur "kosong'.
Post a Comment