Ini lagi satu cerita nostalgik, semasa saya di kampung tinggal di rumah papan, jamban satu saja - satu kampung kongsi! Hahaha.Ada cerita koboi syiok kalau nonton. Nama siri TV itu ialah Have Gun Will Travel.Heronya bernama Paladin. Dia buat kerja seorang diri saja.
Cara gentleman. Kau tak suka dia tak pe, tapi jangan ajak lawan tembak. Gerenti kalah.
Masa tu TV semua hitam-putih. Kalau ada cerita bagus, satu kampung kerumun kat TV, sebab tak semua rumah ada TV. Begitulah daifnya kita semua dulu, baik di Singapore, Malaysia atau Brunei.
Sekarang ni, di setiap rumah paling kurang ada dua TV - satu di living room, satu lagi di master bedroom. Yang ada dalam jamban pun dah letak TV.
Baca cerita Have Gun Will Travel di sini.
Dan hari ini, jika kita main komputer game jenis fantasy role-playing, heronya selalu seorang knight (hulubalang) dan dari suku-kaum Paladin. Yang jahat ialah Orcs dan Witches.
Di Malaysia pun ada Paladin juga.
Tetapi perangainya berlainan. Nak panggil hero pun belum tahu. Mereka rebel sebenarnya. Mungkin kita sokong apa yang mereka lakukan. Tetapi mereka berani mati.
Sejak dua tiga hari ini, tiga Paladin muncul di Malaysia.
Zul
Menegakkan pendiriannya, tak kisah apa orang lain kata.
Sehingga sanggup mengenepikan rakan-rakan karibnya dalam PKR dan PAS.
Semasa Anwar Ibrahim masuk mahkamah tahun 1998-2000, Zul ialah salah seorang dari sedozen peguam yang berdepan berani menentang.
Begitulah orang berprinsip.
Tapi saya dah kata, tak semua orang setuju caranya.
Bagaimanapun saudara dan datin: Jaga-jaga, sebab sebenarnya apa yang diluahkan secara kasar oleh Zul itu dirasai oleh RAMAI orang Melayu.
Memang beliau tak boleh menang jika diletak dalam pilihanraya nanti, tapi hati Melayu terguris seperti apa yang dikatakanya.
Itulah Paladin Jebat.
Lilin kepada kaumnya.
TAMBAHAN PAGI: Apa bising-bising ni! Wan Azizah suruh Zul letak jawatan sebagai MP, agar kawasanundi dipertandingkan semula. Saya hormat langsung dengan Kak Wan sebagai isteri mithali kepada orang politik, tetapi dulu kan suaminya ada rancangan Septembar 16 galakkan orang tinggalkan parti tanpa letak jawatan MP? OK pulak masa tu, ya?
Kenapa bila batu dah terhantuk kat kepala sendiri baru ada kesedaran, mak datin? Podah (kan aku dah marah! Marah sebab kerja bodoh berat sebelah, takkan puak dia saja betul?)
Uthaya
Menjadi hero orang India seluruh Malaysia dalam November 2007 dengan demo di KLCC.
Pengasas Hindraf dan secara kasar membawa isu komuniti India ke tengah.
Apabila saya mendengar nama penuh kumpulan ini buat pertama kali, saya gerun. Namanya saja dah kasar.
Hindu (agama) Rights (dia ada hak) Action (dia akan bertindak) Force (memaksa? kumpulan tegar?). Fuyoh.
Beliau juga dulu menjadi seorang peguam Anwar dalam kes awal apabila timbalan perdana menteri ni baru jatuh.
Ramai tentu setuju dengan isu yang dibawa walau mungkin bukan dengan cara ianya diketengahkan.
Malangnya, tak dapat control perkembangan Hindraf selepas itu yang kini berkecai mempunyai lima-enam ketua.
Lilin membawa cahaya walapun sendiri terbakar.
Paladin Asoka.
OTK
Orang kata jangan buat, dia buat juga!
Kan dah diberitahu jangan cungkil mendalam kes PKFZ ni!!
Tapi OTK tetap OTK.
Seperti dua di atas, saya salute juga presiden MCA ni kerana berani.
Nak kata berani kena benar, belum tahu juga. Dalam politik ni, kebenaran ialah apabila kita mengalahkan pihak musuh, bukan pihak sendiri. Hahaha.
Kini beliau menjadi seorang pemain utama dalam Romance of the Three Kingdoms.
Pernah dengar?
Terkenal sungguh cerita Three Kingdoms ni sehingga banyak permainan komputer dan buku mempunyai tajuk sama.
Dulu negara China ada tiga kingdom, dan selalu bergaduh. Sehingga Chin dynasty menang.
Di MCA ada kingdom OTK, ada pula dikepalai Chua, dan kingdom ketiga emperornya ialah Liow.
Saya nak panggil OTK ni Paladin Qin Shi Huang.
Tapi tak tahu dia boleh menang ke tidak.
Dia macam lilin di tangan - memberi cahaya, tetapi membakar tangan sendiri.
Begitulah saudara.
Tebal sejarah negara, kini ada darah Jebat, Asoka dan Shi Huang dalam manusiawi bernama rakyat Malaysia.
Teruskankan.



4 comments:
Filem Samurai, Sinuske, Vic Morrow, Paladin, Starsky and Hutch, Ironside, Mission Impossible, Six Million Dollar Man, Ultraman, Jagentol, Wild Wild West, High Charparal, Monalito, Popeye, Kojak, P Ramlee, Zorro dan pelbagai lagi hero dan ikon hidup di musim masing2.
Tetapi di Malaysia, semua watak itu hidup serentak 2004 hingga sekarang menyebabkan rakyat keliru yang mana satu sebenarnya 'idola'.
Tuan terlupa lagi satu filem lama diTV iaitu "The Three Stooges"dimana watak mereka boleh dikaitkan dengan mereka iaitu Moe (Uthaya-suka menghentam kerajaan)Larry (ZUL selalu kena hentam oleh partinya) dan Curly(OTK yang bergaya lebih dan beracah-acah sahaja tindakannya dalam Partinya).Mereka adalah King of the Three Kingdom of Stooges.
abang kluang pahang,
akah akah akah (nervous laughter). bukan Jagentol lah, sayang. Gigantor.
cerita kartun gigantic favorite seluruh kampung!
umur kamu jelas, kerana kamu tahu SEMUA show yang favourite masa tu.
Anon,
akah akah akah.
Three Stooges. tepat jolokan anda.
sarang tebuan hindraf dah jatuh. cepat lari!
akah akah akah.
Baru lah seronok politik Malaysia ni, kalau asyik ikut aje boringlah, sana ikut whip, sini ikut whip.
Tapi saya rasa Ku Li pun boleh masuk group ni kut?
Dah sampai masanya, wakil rakyat kena mewakili rakyat yang memilihnya. Maksudnya dia kena betul betul balik kawasan dia dan pastikan bahawa kehendak dan keperluan rakyat diberi keutamaan. Kemudian barulah parti yang dia jadi calun.
Macam Zul, dia rasa dia saja yang betul, maka kawan tak kawan pendiriannya lah yang betul. Orang macam dia memang susah nak duduk dalam kumpulan kut. Tapi tu kan hak dia.
Utaya, Hindraf dan makal sakti semua dah tak tahu hujung pangkal, pasal semuanya dah berserabut.
OTK pula, rasanya ramai yang marah dia korek PKFZ, jadi yang mana rasa kalau jadi kes ni haru biru. Kalau ahli MCA tak ambil peluang dan sokong OTK, kira MCA kes hancurlah.
Ada komen ke tentang komen DYMM Sultan Johor dan jembatan. Saya sokong kerajaan Malaysia buat Jembatan Bengkok.
Garenti jadi IKON tempat yang perlu dilawati.
Post a Comment