Wednesday, 10 March 2010

Skandal seks di Temasek; & merokok itu haram

BARU TAMAT PAGI INI
Jack Neo dan isteri mengadakan press conference yang pendek dan mengejutkan - baca di sini.

----------
Ini skandal meletup kaboom di Temasek Darul MoralMajority.


Orang semua kata ia skandal Tiger Woods ala Singapore.
Pelakon dan pengarah paling terkenal di sini, Jack Neo, 50 tahun, mengadakan hubungan dengan pelakon muda pompuan 22 tahun.
Lepas tu, macam Tiger Woods, berbaris pompuan muda lain yang mendakwa Jack juga pernah kejar kita dan cuba nak main kayu 11 (ada sejumlah 11 setakat ini yang dah muncul).
Yang paling muda yang kata dia dikacau oleh Jack berumur 16 tahun masa tu - seorang budak pompuan Perancis warga Singapore.

Orang Singapore pun terkejut berok apabila isteri Jack berkata: 'tak apalah. Jantan kan memang gitu'.

Baca di sini, sini dan sini.
OK cukuplah tu tentang citer seks - part ni semua orang nak hafal, ya?
Saya laporkan sebab nanti ada pula yang kata - takkan kita orang Malaysia saja yang 'jahat', orang Singapore semua mala-ikat.

Kalau aku tak mention seks tak ada yang nak baca sampai kat sini. Ah, sekarang baca ni pula:

SMOKING IS SUICIDE

Fatwa Muhammadiyah bahawa merokok adalah haram. Di sini, sini dan sini.
Muhammadiyah ialah pertubuhan Muslim terbesar di Indonesia, selepas Nahdlatul Ulama.

Kamu yang merokok nak dengar ke tidak?
Pastinya semua buat donno.

4 comments:

Ummie said...

Tema Sick Scandal:
Passport to instant fame & greater height in their chosen career for the girls.
A domino downfall for Jack Neo, allies & related industry.

Smoking Is Suicide?:
Slow death.
Road accident? Fatwa?
Should motorised vehicles be banned then?

A. Alshukor said...

Sex ... sememangnya satu perkataan yang akan membuat orang nak tau, big business lagi. Kalau tak silap saya orang buat www.sex.com boleh jual berjuta.

Merokok ni kata apalah, tunjuk gambar apalah, ada 3000 jenis racunlah, tak kira kalau dah nak hisap ... terus aje. Kalau nak berhenti kena terus berhenti, kalau nak pelahan tak payah lah.

Jadi isunya nak merokok ketidak yang punya diri kena fikir sendiri.

Nak cerita sikit tentang Biras saya. Masa nak kahwin dengan adik ipar saya semua orang tak tahu yang dia perokok, menyorok masa merokok. Habis majlis aje, esoknya dah selamba aje merokok kat luar. Apa lagi mebebellah kakak2 iparnya. Selamba aje dia. Saya kata dia ni kalau cakap apa pun tak jalan, sebab keluarganya semua perokok, jenis "family happening" dengan rokok (tolak yang perempuan). Di pendekkan cerita, berberapa tahun kemudian satu hari saya perasan dia dah tak merokok lagi....

Rupanya dah berhenti, dan dari apa yang saya ingat dia kena jaga anaknya yang kecil kat hospital 3-4 hari kerana semput (3rd party smoker effect.

Berhenti sebab sayang anak la. Masa tu kat selangor Mufti Selangor dah keluarkan fatwa dah..

Kereta Lembu dari Melaka said...

Road accidents caused by bad driving/bad engineering/bad road conditions/bad state of vehicles...bukan driving itself. It follows any fatwa would address the root cause of accidents and ban bad drivers, bullies, bad JKR engineers, bad highway designers etc..

Satu lagi, memakai serban instead of topi keledar, nak mintalah jasa baik orang berilmu supaya jelaskan yang penting ialah keselamatan kepala supaya tak pecah bila terhantok bukan nak sentiasa memenuhi piawai kesempurnaan berpakaian mengikuti adat resmi tanpa menimbangkan hal keselamatan.

A good muslim is a healthy and live muslim...!

hello kitty said...

jack neo's pc is turning into a sic joke. no pc is going to change what everyone thinks of him: a big jerk. and his wife: a pathetic doormat.