Dah bertahun-tahun saya subscribe kepada 'SMS alert' dari PAS dan PKR.
Apabila ada ceramah dalam 2-5 hari lagi, atau isu yang nak disebarkan, mereka menggunakan SMS.
- Misalnya, "Ceramah Anwar, Nizar, Kit Siang di padang bola Keramat AU5 25Mac 8pm. Semua dijemput" (Ini contoh saja, bukan cerita betul).
- Atau "P'hanraya kecil di Perlis setelah ADUN MCA berhenti parti mengejut" (contoh).
Bertahun-tahun lepas tu, barulah The Star, NST, Bernama, The Sun, Malaysiakini mulakan sistem SMS alert ini.
Tapi hingga kini, mungkin saya silap, tak ada sistem SMS serupa untuk Umno-BN.
Syabas kepada PAS dan PKR.
Kerana mereka disekat dari menghebohkan berita di TV3, RTM dan media mainstream lain, mereka menggunakan SMS ini.
Senang untuk wartawan tahu apa isu yang dibenak pembangkang sejak, kalau tak silap, tahun 1999 lagi.
Dan tentunya senang untuk penyokong tahu apa yang berlaku, jika mereka tak percaya lagi dengan mainstream media.
Cakap terus terang: PAP dan parti pembangkang kat Singapore pun tak semaju ini! PAP syiok sebab ada tight control dengan media tempatan, tak perlu gunakan medium lain kot.
Betul, PM Najib ada Facebook, ada blog, dan banyak agensi dan kementerian ada website. Tapi yang hendak diinfluence, disebarkan berita (dan ahem, fitnah), ialah rakyat yang tak ada Internet atau yang jarang pegang komputer.
Lagipun, kalau difikirkan, kan lebih mudah orang ramai diberitahu dengan SMS - sama ada dia lagi tidor, makan, naik kereta, dalam tandas pun, boleh terima SMS.
Dan dia boleh tolong sebarkan berita ini dengan picit Forward kepada rakan.
Sedangkan kalau kamu sedang tidor, makan, naik kereta dan dalam tandas, takkan nak pegang laptop atau PC. Tapi handset dibawa ke mana-mana.
Itulah genius sistem SMS yang PAS dan PKR dah lama buat!
Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM atau MACC akan cuba kaedah SMS ini, selain Facebook, blog dan website sendiri.
Syabas.
Baca di sini.
Cakap terus terang - mungkin orang ramai akan ketawakan sebab agensi ini dipercayai ramai (walau mungkin tak betul) sebagai dicontrol rapi oleh kerajaan. Dan kononnya tak boleh buat apa-apa tanpa okay dari PM dan menteri.
Tetapi sekurang-kurangnya SPRM mencuba nak outreach kepada orang luar.
Cuma saya harap SPRM tak akan seperti agensi berita Bernama. Dulu saya subscribe juga SMSnya. Tapi 'berita' yang dihantar semua berita buang masa.
Contoh - 'Menteri Penerangan Rais seru rakyat supaya jangan dengar fitnah'.
Contoh - 'Rakyat harus tingkatkan produktiviti agar ekonomi berkembang - PM Najib'.
Memanglah kerja dia terpaksa sebarkan apa menteri kata, tapi yang macam ni tak 'yah lah, 'bang.
Akhbar saya di Temasek pun ada gunakan sistem SMS ni, tapi taklah sampai sebarkan propaganda pemerintah yang orang tak mahu baca.
Lepas sebulan, saya cancel servis Bernama.Jangan marah.
Mungkin hari ini dah berbeza kot. Yang saya cerita tu 2-3 tahun lalu.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



4 comments:
Kewartawanan Malaysia di tahap jumud yg memualkan sekiranya asyik dimukadepankan propaganda...siapa yang nak kita salahkan ek? Inilah yang terjadi jika sesuatu pemerintahan diLDPkan. Satu hari nanti (..bibit bibit dah ada, hanya yang bermata masih buta, yg bertelinga masih tak mendengar..) hilang segala-galanya, Sesal dahulu...sesal kemudian, buat pilihan!
zaman paklah dulu selalu ada berita-berita sampah ni..
sebagai contoh.. ( Pak lah mahu segala masalah dalam negara diselesaikan, supaya negara cemerlang gemilang dan terbilang.) hihihih contoh..
Salam Rem
'PAP syiok sebab ada tight control dengan media ........'
Alahai Rem apasal mesti buat that statmt, semua org didlm dan luar dah pun tahu.Lagipun S'pura ni OK (sometimes not but most of the time AOK). Kalau tak OK saya anggap sebagai duugaaannnn.
Hati2lah Rem. Takut tup tup u hilang macam kelmarin yg u merajauk.Hampa seh.I hv been fllwg yr blog. I dare to leave yr blog for the children to see.
Budak USTS
Politico, Anon 23:28,
sebenarnya jika berita dan kewartawanan lemah di negara di mana wartawan dikongkong - spore, msia, myanmar, vietnam, cambodia, laos, brunei - bukan salah wartawan (cesss sabah).
ia salah kerajaan/pemerintah dan menteri.
dua contoh dongeng yg saya beri tentang apa yg dikatakan menteri. 'jgn dengar fitnah' dan 'tingkatkan produktiviti'. yg cakap ialah menteri. nanti kalau wartawan tak buat report, depa marah.
tapi di spore, cara propagandanya lain. menteri lebih sophisticated nak beri mesej. dan wartawan pun lebih licik nak sebarkan berita propaganda.
misalnya, jika orang syiok dengar berita tentang cerita xxxx ni, menteri berilah jawapan kenapa ianya fitnah. bukan setakat kata jgn dengar. jadi wartawan boleh buat laporan/sms:
(contoh dongeng) 'menteri penerangan rais - laporan mengenai xxx sedang disiasat kerajaan, tetapi nampaknya ia terpesong'.
iaitu ia menjadi propaganda yg memakai baju cantik!
ataupun (contoh dongeng) - 'msia boleh mewah seperti switzerland jika produktiviti ditingkatkan -pm najib'.
ini juga propaganda, tetapi dimaniskan gula.
saya gunakan contoh switzerland kerana pemerintah spore ni selalu ingatkan rakyat temasek: jika kamu terus bekerja keras, boleh jadi mewah seperti orang swiss. wah, saya pun nak lah - ada swiss alps, swiss chocolates, swiss watches, swiss banks.
Anon 09:14,
hee, jgn takut brader. kalau saya kata pap ada tight control dgn media dia tak marah. yg dia marah jika kita ulang benda ni selalu - iaitu campaigning for an issue.
pada saya tak salah kalau nak control media, asal negara dijaga dgn baik. sebab tu spore ini kalau undi selalu pun, pap menang walau semua kena tight control. tentunya banyak yg boleh diperbaiki tetapi secara umum rakyat gembira.
macam msia zaman mahathir dulu - media kena control. ok what! sebab negara berjalan lancar.
orang media saja sangka dia ni penting. tak ada media freedom pun orang boleh hidup! asalkan yg di atas semuanya ok.r
Post a Comment