Monday, 5 April 2010

Fulamak! Flat HDB dijual S$900,000! (Harga Giler)

Di Malaysia, terima kasih kepada Mahathir-Anwar Ibrahim (semasa mereka sama geng dulu), penjualan rumah kepada orang asing ada hadnya. Pada pertengahan tahun 1990an sebelum krisis 1997-98, kerajaan Dr M (menteri kewangannya Anwar) mengatakan bahawa pembeli rumah dari luar Malaysia tak boleh membeli semua jenis rumah.
Ada yang dikhaskan untuk locals saja.
Masa tu pasaran hartanah sedang panas!

Saya baru sampai kat KL penghujung 1994 dan menyewa rumah. Saya ingat - alahai, negara orang, lepas 2-3tahun aku balik lah. Tapi syiok pulak duduk di KL Darul Islam HadHari (ada had, dan ada hari! - ini orang Umno yang beritahu saya).
Sangkut sampai hari ini.

Jadi pada 1995 ke atas, saya mencari rumah nak beli, tapi aduhai, dah kena block yang harga kita mampu.
Masa tu, dibuat undang-undang bahawa orang asing tak boleh beli kondo atau rumah teres yang di bawah RM250,000. Masa itu, harga ini memang tinggi lah - 15 tahun lalu.
Dan satu lagi condition untuk beli rumah teres - orang asing tak boleh membeli teres dua tingkat. Tapi kalau teres 2setengah atau 3tingkat, OKlah.
Kalau mamat asing ni (macam aku) nak beli semi-D atau banglo pun boleh, sebab harganya memang tak ada yang kurang dari RM400,000 pun masa tu. Pingsan.
Mana wartawan mampu harga tu, 'bang.

Kini, sebab dah banyak sangat kondo, harga minima untuk asing ialah RM150,000 untuk KL-Lembah Klang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Rumah teres, saya kurang pasti sama ada masih diminimakan RM250,000.

Di JB dan Melaka - kerana ramai orang Singapore; dan di Penang - campur lagi Cina kaya dari Sumatra dan orang Jepun - harga minima katanya lebih tinggi. RM500,000? Itulah yang saya dengar.



RAMAI JUTAWAN ASING

Di Temasek, tak ada harga minima.
Cuma yang dilarang, kerana pulau kecik, orang asing tak dibenarkan beli landed property - hartanah yang ada tanah.
Kalau nak beli juga, kena minta special permission dan banglo (takkan orang kaya raya nak tinggal rumah teres atau semi-D?) mestilah apa yang diklasifikasi sebagai GCB - Good Class Bungalow. Iaitu banglo bertanah besau.
Dia tak dibenarkan membeli banglo kecil-kecilan.

1) Pelakon action movie Jet Li, kini warga Singapore, membeli GCB dengan harga S$20 juta (RM48 juta).
Kurang pasti beliau membeli atas nama warga atau namanya sebagai warga China.

Selain hartanah atas tanah tu, tak ada peraturan lain.
Dan kerana Singapore ni mengaku jadi global metropolis - iaitu bandar dan negara yang dibuka luas kepada orang asing, maka sesiapa pun boleh masuk dan beli kondo dan pejabat atau hartanah komersil.

2) Orang kaya dari India, BK Modi - pemilik Spice Air India (syarikat penerbangan murah macam Air Asia), pemilik syarikat membuat rokok dan pemilik liga kriket professional India Premier League, membeli penthouse kondo The Sail dengan harga S$15.5 juta. Orang lain bayar $10juta, dia terus tambah lagi!
Pakcik Modi ni rilek saja orangnya semasa wartawan Asean jumpa beliau di Delhi. Pakaiannnya, jamnya, saya lihat, macam yang dipakai orang biasa. Tapi dia masuk kat Singapore, teruk semua kena belasah sebab dia bayar dengan harga giler.

3) Lepas tu, ada pula yang merebut membeli The Orchard Residences dengan harga rekod. Termasuk tycoon dari Thailand, baca di sini.

4) Belum habis cerita lagi kak, Datuk.
Ada pula yang mengejar harga kondo The Marq (dekat dengan Orchard Road) dengan harga S$31 juta. Adoi.
(Yang di KL sebelah Ascott dan mengadap Mandarin Oriental ialah The Marc - penthousenya pun paling tinggi RM20juta-30juta).

Hai. Banyak mainan orang kaya ni.
Dari mana datang kekayaan Temasek? Baca sini.
Itulah kelemahan negara yang mempunyai paling ramai jutawan di dunia.
Orang biasa macam kita ni habis kalah dalam banyak isu. Nak beli rumah, kereta mewah, makan di restoran high-end - yang dilayan dengan baik adalah orang kaya.
Tapi itulah yang dipilih oleh Singapore.
Baiknya dasar ini ialah kerana ramai orang mewah masuk, maka pertumbuhan ekonomi sentiasa kencang. Yang tak baiknya, rakyat biasa macam kita jadi second-class citizens.

SINGAPORE, KL & MUMBAI

Secara amnya, harga tertinggi kondo di Singapore ialah S$3,200 per sq ft (satu kaki persegi).
Di Malaysia, harga tertinggi ialah kira-kira RM2,000 per sq ft - iaitu kondo-kondo yang di tepi KLCC.
Antaranya ialah yang di depan Mandarin Oriental - namanya ialah OneKL (setiap unit ada swimming pool!).
Lagi satu ialah The Binjai dekat bangunan Esso (saya pernah masuk showroomnya nak buat story. Showroom hanya dibuka untuk orang kaya. Orang biasa tak boleh masuk!).
Jangan terkejut! Di Mumbai, harga tertinggi kondo sama dengan harga di Singapore!!!
(Di Jakarta, Bangkok, Manila, harga tertinggi lebih kurang sama dengan harga di KL-Penang).
Di New York, harga kondo ialah US$10,000 per sq ft. Mak oi!

Secara purata pula, harga kondo di Singapore ialah lebih-kurang S$1,200 per square foot.
Sebab itu harga perumahan awam HDB di Singapura pun melonjak.
Saya pernah cerita bahawa kira-kira 85 peratus rakyat Temasek menetap di flat HDB. Most of us live in pigeon holes. Ada yang saiz reban ayam.
Hanya 15 peratus yang tinggal di kondo dan rumah atas tanah.
Ramai juga yang miskin di sini - Meet the poor people of Singapore here.


HARGA FLAT AWAM BOLEH BELI BANGLO DI KL

Dah putar jauh-jauh, baru masuk cerita hari ini.

Bom baru meletup di Temasek global metropolis.
Harga rekod kini dicapai untuk harga flat HDB.
Tentunya ramai akan syiok fikirkan untung. Tapi ramai juga akan takut sebab harga rumah semakin melambung, maka yang bergaji kecil dan yang muda baru start kerja macam mana?

Sebuah maisonette HDB baru dibeli dengan harga S$900,000 (RM2.16 juta).
Di Setiawangsa, Keramat dan Melawati di KL ianya harga banglo dua tingkat (4-5bilik), dengan tanah lebih kurang 5,000 sq ft.

Yang harga tinggi ni ialah flat perumahan awam, bukan kondo.
Maisonette ni dalamnya dua tingkat macam rumah teres.
Satu bilik dan satu toilet di bawah, dengan living dan dining.
Di atas ada tiga billik lagi dan dua toilet.
Sebesar 1,860 sq ft di estet perumahan awam Bishan.
Yang orang nak sangat ialah kerana ada balkoni terbuka di maisonette ini. Besar balkoninya.
Ceritanya di sini.
Kalau ikut harga per sq ft, S$484. Bezakan dengan harga kondo $1,200 per sq ft. Atau rekodnya $3,200.


JADI ISU PILIHANRAYA

Isu harga perumahan yang melambung ini adalah antara isu terpanas di Singapore.
Satu lagi ialah isu ramainya pekerja asing (profesional dan buruh) di sini.
Malah, ramai orang Singapore kata sebab ramai orang asing kaya inilah yang membuat harga rumah melambung.
Mereka kaya, masuk sini beli rumah dengan harga giler.


Isu ini hangat dibincangkan di sini.
Pilihanraya umum Singapore mesti diadakan awal 2012.
Isu harga hartanah-pekerja asing ini yang terpanas.
Watch this space.

7 comments:

Anonymous said...

aku pun baca cerita ni kat surat khabar Singapura, setahu aku pembelian ni tak jadi sebab si pembeli tak dapat pinjaman dari bank.

Si empunya flat ni membeli pada harga $200,000 lapan tahun lepas dan kalau jadi penjualan ini merupakan harga yang tertinggi untuk flet HDB..untung besar jual flat kalau dapat jual pada harga $900,000

Topol said...

That is the way of the free market, reality bites hard. So that's where there is room for caring capitalism, once you have enough for one lifetime, why spend like you have two lifetimes?

OK, free-wheeling capitalism oils the wheels of industry. Surely, the human condition must be equipped to show compassion and mercy; generosity, caring and sharing.

If I were a rich man...

remgold said...

Anon 12:39,
yg tak jadi jual sebab tak dapat bank loan ialah flat kat queenstown. dia nak bayar s$950,000 tapi bank tak kasi pinjam (mungkin gaji dia rendah, atau nak loan banyak sangat=tak cukup cash downpayment).
yang DAH JUAL s$900,000 ialah flat di bishan. done deal!

Maloperro11 said...

@Topol. This is exactly what we DONT want to happen when we allow 'free market' to have a reign in Singapore's public housing system. The authorities have allowed asset appreciation to spiral out of control, as a consequence young couples and Singaporean starting their first home find themselves increasingly priced out of the market.
By letting the free market reign, $900k pricing for resale public housing is no longer about location with a pristine view, but a pure pricing manipulation in an overly demand-driven market.
Lest we all have forgotten, public housing is for the needy, not the greedy. After all, public housing runs a large social gamut incorporating financially-challenged families, blue-collar families and also the upper middle class and the young upwardly-mobile professionals. It's not just about the rich man.
If tighter public housing policies are in place, the rich man of Bishan who bought the HDB flat @ $900k would have been DISALLOWED to buy a unit from the public housing, and instead be forced to enter the private housing market instead.
The Housing and Development Board (HDB)needs to discharge its responsibility in looking after the interest of ordinary people through their public policies and a governance that embodies honesty, fairness and public service.

Lopot said...

@Maloperro11
I like that, public housing is for the NEEDY not the GREEDY.

Just a thought. Profligacy in government on the one hand and belt-tightening on the other.

Look at how one Govt in this region (which shall not be named and shamed) spends gazillions on making Messrs Ecclestone richer by the second all in the name of sports. Fine, hotels and hospitality make a few bob in the weeklong jamboree, but; hey..look at the free-loaders at the Govt-sponsored suite. Full of fat-cats and well-fed kids, the privileged and the well-heeled.

These people can bloody-well afford to buy their own tix. Just think that it is my tax ringgit (which I will be forking out again come May 31) that is being used for the enjoyment of the few..

What am I blabbering about...?

Anonymous said...

3 perkara aku rasa kerajaan Malaysia perlu belajar dari kerajaan singapura, tok sah malu-malu, benda yang baik tak salah kita ambil iktibar.

i)perumahan - lebih 85% penduduk Singapura duduk dirumah sendiri, walaupun ramai yang duduk di 'pigeon hole' HDB tapi 'pigeon hole' HDB sebenarnya selesa dan jauh lebih baik dari duduk di kondo di Kuala Lumpur.

ii)Perubatan - Sehingga kehari tua warga Singapura akan dijamin perawatan dengan perlidungan Medisave dan Medishield.

iii)Pengangkutan awam adalah selesa, terjamin dan tidak membebankan.

Kalau nak meningkat kualiti hidup di Malaysia, tumpukanlah pada perkara diatas

JKR scholar said...

Anonymous 21:28

Saya setuju tentang perlu cross the causway.
Dengar BFM 89.9 semalam interview with founder of IJM. Seorang Cina yang belajar Engineering di UM on PWD scholarship. Dia amat kritikal tentang ciri-ciri kemelayuan yang dikiranya melemahkan Malaysia.
Intipatinya Melayu terlalu dimanja hingga layu. Marah betul bila dengar, perit telinga, tapi fikir fikirkan. Civil service Msia layu ker tidak? Jawabnya ialah beri ruang kpd org/bangsa lain dan terima pendapat tanpa segan silu. Tngok jalan kat KL berlubang - jln protokol mcm punggong baby smooth! Ni sbb pemerintahan kemelayuan terlampau nak jaga kepentingan tertentu tanpa mendahulukan rakyat. PM kita cakap berbuih mulot suruh 1kanMsia..bla bla bla...Civil servant dengar ker? Bangonla dari tido wahai pemegang amanah!