Friday, 9 April 2010

Perbezaan Malindo dari kacamata Karim Raslan

Saya hadiri ceramah rakan saya Karim Raslan pada Rabu petang.
Beliau memberi ceramah politik itu di auditorium pejabat saya, Singapore Press Holdings, di Toa Payoh Singapore.
Yang hadir kira-kira 40 orang - wartawan dari akhbar-akhbar SPH, para akademik dan para jemputan lain.
Karim ni mamat peguam dari Malaysia dan rapat dengan pemimpin Umno dulu (dan tentunya masih terus rapat). Lepas tu dia jadi supremo public relations dan penulis.
Topik ceramah beliau kelmarin ialah mengenai Indonesia dan kedudukannya yang semakin kukuh di bidang ekonomi dan politik.

Karim dah 10 tahun menetap dan bekerja di Indonesia (beliau juga ada pejabat KRA Karim Raslan Associates di Malaysia dan Singapore).
Tempat permainannya kini ialah Jakarta, Surabaya, Bali, dan juga bandar-bandar dan kampung di negara 17,000 pulau itu. Dari Banda Aceh hingga ke Port Moresby di Papua.
Kalau dulu kita mungkin panggil dia Encik Karim saja, kini dia dah jadi Bapak Karim.
Waduh Pak, enak banget bunyinya.

Karim ni dah jadi orang Malindo (Malaysia dan Indonesia).
Sama seperti saya ni makhluk dua alam Singamal.
(Kalau orang Malaysia gemar dengan Yahudi, kita panggil dia Malrael? Atau mala'un? Kahkahkah).

MASA DEPAN INDONESIA CERAH

Seperti saya setahun dulu lagi dah - Karim ni bullish dan positif tentang masa depan Indonesia. Cerita ekonomi Indonesia tulisan saya di sini.
Kalau dulu apabila saya suruh anda beli saham Jakarta, anda dah beli - sekarang dah kaya! Sebab pasaran sahamnya baru mencecah rekod baru, rupiah di tahap tinggi; harga komoditi (sawit) dah melambong, politiknya stabil.

Walaupun Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agak slow nak membuat keputusan - kerana terlalu cautious - ada dua nama besar dalam Kabinetnya yang satu dunia orang angkat topi.
Menteri pompuan yang tak faham corruption langsung, Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati (GAMBAR ATAS).
Seorang lagi ialah Wapres (Wakil Presiden. Orang Malaysia dan Singapore panggil Timbalan Presiden) Boediono (BAWAH). Juga kalis korupsi.
Both are very able administrators.


 Sebahagian kerja saya ialah memerhatikan cerita Indonesia. Panjang cerita tentang Sri Mulyani dan Boediono ni.
Cukup saya katakan bahawa di lautan kotor korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) di Indonesia, mereka ni permata. Orang segan.
Kedua-duanya Muslim, tapi mereka tak sibuk macam orang politik Malaysia nak cakap tentang agama. Buat sajalah! Nak HadHarikan buat apa!

Dan seperti juga warga India dewasa ini, yang saya kunjungi baru-baru ini, warga Negara Garuda juga begitu yakin dan merasakan mereka akan terus cepat maju.

Di India, pemimpin ekonominya yang saya jumpa pun begitu bullish dan positif tentang masa depan negara.



Ini berbeza langsung dengan Malaysia di mana semua orang sceptical dan nampak mendung di tengah hari. 

There is too much bloody scepticism in Malaysia that is killing everyone's interest. 
Kalau PM Najib kata sesuatu, pembangkang semua muntah.
Apabila kerajaan Selangor, Penang, Kedah, Kelantan bentangkan idea bagus mana pun, orang Umno-BN semua ludah.
Kalau saya kata ramai pemimpin politik kamu bahlol kerana nak membunuh negara sendiri, nanti marah pulak. 
Kalau saya kata banyak penulis blog Malaysia ni bongok - termasuk yang disenaraikan di blog saya - kerana terus menghentam negara sendiri, nanti tuduh saya orang luar yang bongkak. 
Takpelah. Teruskan. Kasi hancur, brader. 

Karim menyatakan sesuatu yang membuat saya tersentak: Katanya, cakaplah apa tentang Indonesia, tapi apabila pressure tentang KKN dah terlalu tinggi, maka hendak tak nak, orang kaya dan berpengaruh mana pun - baik businessman atau politician - akan kena masuk jail.
Banyak contohnya - seperti kes Antasari, Gayus Tambunan yang lagi hot ni pun bahaya untuk yang korupsi, kes anak Suharto Tommy dulu, biras Dr Yudhoyono sendiri, dan sebagainya.

Yang membuat saya tersentak ialah apabila Karim menyatakan - Ini perbezaan besar antara Malaysia dan Indonesia.
Dari ramai kenalan Karim yang menjadi orang atasan di Malaysia ramai tetap terlepas dari hukuman, berbanding dengan senarai panjang yang dah masuk jail di Indonesia.
"And I know that some of these people in Malaysia are not angels," kata Bapak Karim.
Faham-faham aje lah siapa mereka.


Apapun, baguslah kalau Indonesia terus maju.

Kenapa Indonesia penting kepada Asean, Malaysia dan dunia Islam? Kepada kami wong cilik (orang kecil) pun?
Saya pernah tulis dulu:

a) It is the biggest Muslim nation in the world, population-wise. A stable country of 230 million shows Muslims can live peacefully too, not just kill each other as in the popular media image.
Indonesia is also the fourth biggest country by population.
b) If the biggest economy and biggest country in Southeast Asian is not stable, susah hati all its neighbours. We have seen what happened in the 1997-98 crisis.
c) If Indonesia can grow steadily and create jobs, its neighbours will heave a sigh of relief because it will be prosper-thy-neighbour in action. There are some 2mil Indonesians working in Malaysia already, half illegally, and that makes Malaysians nervous.
d) A fast-growing Indonesia will help attract foreign direct investments into Southeast Asia, surely. Factories and banks and telcos growing fast in Indonesia will need many skilled and semi-skilled  workers - and many of them live in Malaysia and Singapore.

Pepatah mat salleh - A rising tide lifts all boats.


Kami doakan negara kamu terus stabil dan maju, ibu-ibu dan bapak-bapak.

6 comments:

Anonymous said...

Ameen... for the last paragraph..

betul tu Oped, jiran2 kita maju, tempias dapat kat kita juga. Gaduh2 takde guna. Jangan ikut orang politik kat Malaysia ni. Nyawa politik dia dah separa tenat dah.. dok bising "Istana aku... Istana aku" lain dah tak ingat... mati sok dia angkut masuk kubur. Buat rasuah tuhan dan malaikat...

...adioss....

The Emperor's Wardrobe Master said...

Mana nak mula kalau Malaysia ingin membuat transformasi ala Indonesia bermula secara tak sengaja pd zaman Gus Dur. Nampak gaya perlu seorang pemimpin ala Ronnie Reagan (hands off, auto-pilot ..kan Msia dulu ada org camni yang jadi ketua pentadbir).

Kemudian ikut rentak globalisasi, liberalisasi toleransi and watch the economy fly.

Rintangan utama di Msia mungkin keakuran (sifat akur keterlaluan) terhadap institusi monarki (baca M Bakri Musa tentang hal ni). Mereka dianggap jaguh Melayu dan di pandang sebagai contoh dan penyelamat. apa yang jadi? masing masing dengan hal dalaman yang tak ubah mcm org biasa. Camner ni..

Anonymous said...

Dear Reme, nice write up. I hope DS Najib reads your blog and do something in Malaysia. Don't focus so much on the money wasting slogans paying to APCO and wandering around distributing money with proper projection and implication studies. DS Najib needs to show he meant business in abused of public fund by the politician and beurcrats.

Ummie said...

I was in Bantul, a month after the 2006 earthquake. Majority were still using the 'tenda biru' as their roofs. Amidst the scarcity, they were thankful of having SBY as the P. His sincerity's felt every nooks & corners, they said.
Laymen's kudos the VP & his twin, exit fiscal.

Anonymous said...

saya amat suka baca post anda. :D
keep it up!

ninotaziz said...

Dear Sir Remngold

I am going to make an unsolicited confession...I am a big fan of Karim Raslan. HUGH FAN!

One day his sister called to arrange a golf outing at RSGC for business partners from Indonesia. And somewhere in the conversation, she said 'Karim Raslan...'

And I went "Oh Karim Raslan, the writer #!@!!" She must have heard the unbridled admiration in my voice and laughed out loud...

Sigh...can still get a schoolgirl crush at this age - just from reading his books!

Well, I am safe now because I am currently reading everything A Samad Ismail (aruahnya) for bedtime reading...