Inilah yang saya baru tulis tempoh hari - orang Malaysia ni terlalu skeptikal dan negatif terhadap negara sendiri.
Dalam beberapa minggu ini, matawang Malaysia berebut dibeli pelabur (dan spekulator pun).
Ringgit hari ini ialah matawang Yang Paling Kuat Tahun Ini di Asia (Jan to April).
Tapi saya kena baca cerita ini di dada muka akhbar saya.
Bukan di mainstream media Malaysia. Apa lagi website anti-kerajaan seperti Malaysiakini dan Insider.
Kan saya dah kata kamu semua ni nak jahanamkan negara sendiri.
Apabila pelabur asing dan tempatan keluar dari Malaysia untuk melabur di luar negara, mereka membeli dolar Amerika dan matawang lain (seperti dolar Singapura), maka Ringgit menjadi lemah.
Pada September tahun lalu misalnya, Ringgit teruk kena belasah sehingga S$1 dapat membeli RM2.46!
Kaya saya - sebab gaji dalam S$ dan selalu masuk Malaysia.
Tapi minggu ini, Ringgit dah naik.
Khamis lalu S$1 hanya dapat RM2.30.
Yang sedihnya, apabila pelabur (pelabur portfolio asing iaitu stock and bond funds, dan pelabur Malaysia seperti Petronas, YTL dan Genting yang nak melabur di negara lain) semua lari Keluar, banyak akhbar, website dan broker saham yang kata: Habislah negara ini. Semua orang dah lari.
Sekarang ini, pelabur portfolio (dan juga pelabur FDI, mungkin termasuk Coca Cola) dah berebut masuk, kenapa akhbar tempatan tak war-warkan?
Kenapa tak letak kat page 1???
Kau nak tunggu apa lagi???
Kalau berita buruk diletak kat page 1, kenapa berita baik semua tak nampak?
Akhbar saya semalam/Jumaat meletak di muka belakang - iaitu page 1 untuk section Money = berita business =
"Ringgit leads regional rally against Sing $".
Akhbar Business Times Singapore pun ada laporan.
Ringgit ditahap terkuat dengan S$ dalam dua tahun!
Bukan tak ada laporan di media Malaysia. Ada dan ada. Tapi tak di Page 1-kan.
Laporan akhbar saya menceritakan bagaimana S$ ni dah jatuh teruk, sedangkan Ringgit ialah best-performing currency di antero Asia.
Wooi.
Rupiah juga dah naik, baru saya cerita di posting sebelum ini.
Akhbar saya memetik rakan lama saya (dah lama tak jumpa):
"The perception is that Asia is growing pretty strongly and has come out of the crisis relatively unscathed," said UBS currency strategist Nizam Idris. UBS ialah bank terbesar di Switzerland.
"Central banks have undertaken quantitative easing, pumping liquidity into the financial system. That sort of money will look for a home. That sort of money will gravitate to where higher returns might be generated."
Beliau cakap pasal pasaran matawang ini berbuih-buih, susah nak faham. Sebab dia gunakan market lingo.
KITA GUNAKAN BAHASA MUDAH
Sejak beberapa tahun ini Ringgit jatuh sebab pelabur portfolio dan direct tak masuk Malaysia. Atau yang dah ada duit, bawa keluar.
Apa tu portfolio dan direct investors ni? Saya pernah tulis di sini peranan mereka.
Sebabnya ialah keadaan ekonomi yang lemah. Lebih-lebih lagi berbanding dengan ekonomi seperti Indonesia dan Vietnam. China dan India.
Dan syarikat besar di Malaysia juga, kerana ekonomi nampaknya dah lemah, dan kerajaan pun tak banyak duit lagi (dah nak pokai), membawa duit ke luar negara untuk dilaburkan.
Genting misalnya membuat kasino baru di Singapore. YTL ada beberapa projek perumahan untuk orang kaya. Tak boleh salahkan mereka, sebab nak kembangkan perniagaan syarikat.
Petronas pun terus melabur dengan banyaknya di luar negara, sebab nak korek apa lagi kat Malaysia?
Pelabur portfolio juga tak syiok pandang Malaysia dulu sebab banyak sangat berita negatif di bidang politik. Ini dah banyak ceritanya. Cukuplah tu.
Tapi baru-baru ini (March 4), Bank Negara Malaysia melakukan sesuatu very the memeranjatkan saya.
Dia naikkan tahap interest rate di Malaysia.
Waduh, pak.
Di dunia pelaburan, pasaran wang dan business, kalau naikkan interest rate ni, sedangkan bank pusat lain semua tak buat apa-apa, dasyat tu.
1) Negara lain tak berani naikkan interest rate = kadar pinjaman wang di bank = sebab ekonomi masih lemah. Baru nak keluar dari crisis 2008 dan 2009.
Tapi Malaysia menunjukkan dia yakin ekonominya nak melonjak, jadi dia naikkan agar nanti ekonomi naik kuat sangat pun bahaya.
Interest rate, kalau rendah, menggalakkan pinjaman.
Syarikat kata "Wah, interest rate rendah. Kita boleh pinjam banyak-banyak nak kembangkan business".
Orang biasa macam kita kata - "Wah, interest rate rendah. Mari kita beli rumah, kereta, furniture Courts baru. Boleh hutang berlebihan, 'bang!'
Jadi apabila bank pusat naikkan kadar ini, maknanya dia dah yakin ekonomi nak meletup, takut Syarikat Wong dan Pakcik Remgold banyak meminjam nanti jadi parah-meswara. Kena slowkan sikit.
Ini signal kuat kepada pelabur portfolio = Eh, eh! Malaysia ni ekonominya nak meletup, mari kita masuk sekarang ni.
Beli matawang, saham dan bon Malaysia!
2) Dan juga dalam permainan matawang dunia (currency speculation = dipanggil currency trading), negara yang mempunyai interest rate tinggi, matawangnya diminati ramai.
Nak kata secara mudah: Kalau anda ada US$100 juta dan nak simpan wang dalam fixed deposit. Tentu nak pulangan paling tinggi.
Kalau letak dalam matawang Pound Sterling dapat interest 1.5 per cent, misalnya.
Letak dalam Yen dapat interest/kadar bunga 1.8 per cent setahun, misalnya.
Tapi letak dalam Ringgit dapat 3 peratus. Tentunya anda nak letak dalam matawang Malaysia ni.
Itu dinamakan "higher returns", secara ringkaslah.
Tapi wang yang masuk bukan beli matawang saja. Mereka masuk beli saham dan bon Malaysia. Sebab itu bursa Malaysia naik ke tahap rekod baru-baru ini.
Bank Negara pada March 4, telah naikkan overnight policy rate 0.25 percentage point kepada 2.25 per cent.
Pendekkan cerita: This is a bullish signal for the Ringgit and the Economy.
3) Dan kini, ada cerita matawang China, yuan, akan dinaikkan juga.
Waduh.
Ini juga bullish signal untuk Asian currencies. Menunjukkan ekonomi Asia kuat, sebab tu berani nak naikkan tahap interest rate dan matawang ni.
Sebab kalau matawang dinaikkan ia boleh menjejas eksport negara.
Kalau tahap Ringgit dan Yuan tinggi, maka orang yang nak beli barangan kita di luar negara = kerana perdagangan antarabangsa gunakan US$ = kena bayar lebih. Jadi secara umum boleh mengurangkan eksport.
Tapi China ni sebenarnya ada masalah perdagangan besar dengan Amerika, sebab tu nak dipaksa naikkan undervalued yuan.
Itu satu bab panjang.
Apapun, jika kamu di Malaysia nak holiday di luar negara inilah masanya. Matawang lagi kuat.
Nak beli barang import, inilah masanya.
Nak ke Makkah, inilah masanya, oi. Kau nak tunggu malaikat jemput?
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



8 comments:
hehehe... "ekonomani" la bang.. walaupun ringgit naik, rakyat biasa tak dapat faedahnya.. ramai yang kena buang kerja dulu.. baru nak idup balik. Mana penting? bayar utang ke buat utang baru lagi? Tak ke bodo namanya.. kereta kena tarik, utang kereta tak habis lagi, kau beli kereta baru. Baik naik LRT (kalau kat KL lerr) lagi pun dah dalam proses baik pulih. Gomen nak cantas subsidi petrol. Limitkan subsidi maybe on monthly basis per head. Jadi tak le bocor besar sangat subsidi Petrol tu.
Politik dengan ekonomi malaysia lain jurusan la bang oii.. "Batu Pelir" orang politik dah kena pegang dengan gomen dah.. they all kena return balik apa yang they all rompak dulu. Hehehe... so indirectly, i told u, dont campur2 this politic matter dengan ekonomi matter.
Ramai yang dah tau, politician dalam malaysia ramai yang tak berguna langsung.Program MEB tu pun bukan idea Najib, dia cuma tukang bising jerr..
...adioss....
"Yang Paling Banyak Kuat Tahun Ini di Asia"
apa benda tuh? tulis elok2 sikit. tak faham
rudy,
hamba cakap bahasa jawa. sebab tu anda tak paham :-)
cakap mat salleh: Ringgit is the strongest currency in Asia this year (Jan to April).
Semua matawang dunia diukur parasnya dengan American dollar (US$). Sebab perdagangan dunia kebanyakannya dilakukan dalam matawang ini.
Nak beli minyak, barangan nuklear, emas, daging lembu, TV, kereta - orang jual beli dalam US$.
cuma kadang-kadang saja guna benda lain - macam malaysia dulu beli jet mig dari russia, bayar dengan wang dan minyak sawit.
Jadi dilihat dari perspektif US$ ini, ringgit sangat kuat.
sedangkan matawang asia lain - seperti sing $ - dah jatuh.
rupiah pun naik tahun ni tapi tak sekuat matawang yang ada gambar Agong.
Hehehehe,
Posting yg cukup menarik tetapi saya dengan chukup hormatnya kena nak langgar beberapa andaian (Aa) dan spekulasi (S).
(Aa1) Ini fenomena apa ceritah?
Adakah ni fenomena jangka masa pendek dimana beberapa bank2 pelaburan cuba nak bodek 1Malaysia dengan membeli pegangan bon dan sebagainya? Saya rasa begitulah, kerana pada dasarnya tiada apa yang gah sangat. lagipun ringgit baru beberapa bulan yg lepas dah pada paras RM 3.4 kemudian hari ni RM 3.10 mungkin esok macam mana. Kalaulah dana WjK terus membeli bon2 dan saham tempatan, pada ketika tu ringgit boleh menjadi RM 2.5 kpd US dolar. So tertakluk pada masa itu. Lobih lobih lagi fenomena outflow putfolio yg diwar-warkan cukup besar. Sampai tak silap saya net outflow pada penghujung suku ke4 dah mencacat RM 17 billion. So sehingga negara dah dapat menangani krisis outflow ni secara berterusan barulah saya nak ambil pot
(Aa2) Mungkin ianya disebabkan oleh pekara ganjil di Thailan.
Saya rasa sebabnya mungkin kerana Bank bank pelaburan yg dulu ada letak beribu juta dolar di Thailand dah keluar sekejap dtg ke Malaysia utk makan angin. Dia nak duduk lama kah dia nak duduk sementarah waktukah tertakluk kpd sektor ekonomi yg real - bkn sektor main jual beli kertaq ni
(Aa3) Kadar faedah yg lumayan bkn semestinya mendatangkan hasil yg lumayan.
Hari ni benk nagarah ada naikkan kadar bunga. Ok teori pertama ada subut ni mungkin akan mendatangkan kenaikkan pada kadar ringgit kerana pengimbangan dari segi "real interest rate" - tak silap saya ada orang chakap ni adalah Fisher effect.
Tapi cuba tuan nampak macam ni. Hari ini saya beli RM 3.4 billion dan jual USD 1 BILLION. ringgit pasti melambong naik. Tapi esok, kerana kita tiada melabur dalam sektor pendidikan dengan baik dan hanya menjadi pengekspot tenaga buruh korang mahir, nilai expot kita merundum juga dia ada. Maka dlm jangka masa beberapa bulan kita nampak karan akaun surplus semakin menokok. Pada hari itu jugah ni kawan baik dari bank pelaburan cabut lari. Macam mana?
Fikir fikir
Salam Rem
To Wenger J.Khairy
Awak ni, pembukaan ulasan sungguh lucu & menghiburkan, belum sempat menghayati ulasan awak timbul kekata :.... dimana beberapa bank2 pelaburan cuba nak b****k 1 Malaysia......
membuat saya berhati2. Berderap2 jantung takut terserempak kekata2 ygsewaktu dgnnya. Yg Anon 10:41 pun lebih kurang sama (batu p****)
Kasihanlah kami yg baru nak belajar bab ekonomi & politik. Tak ingat pesan mak "aku sabun mulut kau kang nanti !!!
Anon 22:40,
betul tu. pembaca sekelian: tolong jangan guna bahasa keras di sini. janggal.
tapi kalau saya mula maki hamun - macam baru balik india dulu - ah, baru semua boleh maki saya balik.
wenger,
buka cerita sikit: selepas 3thn 'jaga' pasaran kewangan spore, saya di kl 5thn pertama jadi penulis pasaran kewangan malaysia. saham, matawang (ringgit), bon, ekonomi. politik pun ada.
macam2 cerita dengar, termasuk apa yg u kata: kadang2 pasaran saham, ringgit, bon lemah, tiba2 kita dengar EPF, khazanah, petronas, KWAP (kumpulan wang amanah pencen - kakitangan kerajaan), LTAT (lembaga tabung amanah tentera), Tabung Haji dsbnya masuk market nak beri 'support' agar tak terus merudum. bila ditanya, kadang2 mereka kata 'kami beli sebab yakin harganya baik kerana dah jatuh teruk'. atau 'kami beli di harga tinggi sebab pasti ia akan terus naik'.
apapun, ringgit kali ini saya yakin trendnya bukan mainan wang kerajaan. betul ringgit naik mendadak satu-dua minggu ini. ya, kekecohan di thailand membantu.
tapi mari kita lihat chart. kadang2 kita kata ikut emosi, tapi data tak bohong:
chart ni 'terbalik' sebab ia melihat US$ to ringgit.
jadi bila ringgit KUAT, dalam chart kita lihat graph JATUH. bila ringgit LEMAH, graph naik.
90-day US$/Ringgit value, dari Jan ke April
http://www.exchange-rates.org/history/MYR/USD/G/90
di pasaran kewangan dunia, orang gelar matawang msia 'MYR - Malaysian ringgit.
secara umum kita lihat ringgit semakin kukuh - trend berpanjangan, bukan minggu ini saja. cuma di minggu ini, ia mendadak naik sebab ada rumour china nak naikkan yuan (dan mungkin sebab kecoh di thailand - walau pada saya cerita thai ni dah 2thn kat situ juga. nothing new for the market). bank negara naikkan OPR pada 4march.
tak lama lepas tu ringgit naik mendadak!
di sebelah kanan chart tu, anda boleh click 30-day, 90-day, 180-day data. nak lihat trend lebih panjang.
kalau nak yakin lagi:
http://moneycentral.msn.com/investor/charts/chartdl.aspx?PT=7&compsyms=&D4=1&DD=1&D5=0&DCS=2&MA0=0&MA1=0&CF=16&D7=&D6=&showchartbt=Redraw+chart&symbol=%2FMYRUSD&nocookie=1&SZ=0
a) kita lihat dalam jangka masa SETAHUN, dollar amerika menurun dibandingkan ringgit.
b) ada RSI = relative strength index USD/MYR ni (warna merah kat bawah).
ia menunjukkan kekuatan dasar (fundamental strength) MYR.
c) kalau nak lagi, click "5yr" trend. kita lihat bahawa tak lama dulu (may 2008 hingga feb 2009) orang lari dari MYR!
jadi saya rasa trend ini bukan trend palsu yg disokong wang kerajaan kerana nak angkut pak najib, new economic model, hulu selangor atau apa.
saya rasa pelabur portfolio bullish bahawa ekonomi msia sedang nak pulih.
atau sekurang2nya, mereka rasa ekonomi di asia ni lebih kukuh dari di eropah, amerika dan latin amerika.
dan singapore dollar jatuh berbanding ringgit kerana pent-up demand. pelabur adjust pegangan sing dolar yg banyak, masuk ringgit untuk higher returns.
ini saya agak2 ler. dah 10thn tak ikut pasaran dengan rapi. mungkin silap.
Saudara Remgold,
Terima kasih kerana memberi pautan kepada link tersebut. Saya tetap merasa amat berhati hati.
Ini kerana sehingga suku tahun keempat 2009, pelabur masih mencairkan dana dana tempatan dan mengalirkan dana tersebut ke pasaran luar negeri. Mungkin situasinya dah berubah, mungkin juga wang yg dahulunya dah keluar dan kembali. Mungkin juga ada wang baru, kerana tak silap saya, Mark Mobius iaitu seorang tukang penyagak wang yang termahyur ada berhujah bahawa bon Malaysia ni adalah peluang pelaburan yg cukup baik
Bagi saya walaupun indikator perdangangan luar negara sudah menurun, barangkali industri ekpot elektronik yg menjadi nadi kpd industri ekspot keselurahannya tidak kembali gah spt zaman Pak Lah, namun ada ura ura akan berlaku rombakkan kabinet yg dilihat dengan amat positif sekali oleh masyarakat pelabur sedunia
Tetapi saya masih berkira kira. Pada hemat saya, pelabur mungkin mengajak (anticipate) beberapa indikator yg baik contohnya , KPPUM diangkat sbg Menteri. Bagi saya kalau benarlah dia diberi peluang tersebut, malah saya tak teragak2 utk berhujah Ringgit boleh kembali ke paras asalnya pra 1997.
Tetapi kalau tidak, ramai pelabur mungkin akan rasa begitu kecewa. Kita lihat terlebih dulu.
Pak Remgold,
Terimakasih kerana membicarakan hal ekonomi in secara ringkas sehingga dapat difahami oleh saya. Lebih lebih lagi, mengusul 'Feel Good Factor' yang sekian lama kehilangan di negara Malaysia ini dan kembali melonjak sejak akhir akhir ini.
Post a Comment