Tak payah saya nak tulis banyak.
Isu ini dah meletup pun - rockybru, marahku, ~penarik beca, anilnetto, melayu bersatu.
Jika Dr M betul, ia bermakna Abdullah AlBadawi telah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai US$100 bilion/RM320 billion.
Tanah di Limbang tak dapat pun.
Ceritanya di chedet.
Sedih. Malu. Tapi tak terperanjat.
Kata seorang rakan wartawan kanan di KL: I am not surprised anymore. I don't have the energy anymore to get angry with these things.
Don't have the energy indeed. Energy (minyak dan gas) dah dihadiahkan kepada jiran Melayu yang dikasihi.
Kita lihat dulu, sebab mungkin Dr M tersilap kata kot.
As for now I am speechless.
BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!
56 minutes ago



13 comments:
Bro Reme
Petang tadi first time aku rasa fed-up dan terkejut unta, setelah 15 tahun mencurah kan bakti dalam sektor minyak dan gas negara MALAYSIA tercinta (1995 sehingga mid - 2009), sampai hati pemimpin politik Malaysia LANCUR kan 2 blok minyak ke Brunei. Block L aje according to Total can produced up to 200, 000 bbls per day campur lagi Blok M could double current Brunei's daily crude oil production rate. Taking into consideration of Sipadan, Lingitan (fight with Indonesia) dan Batu Puteh (fight with Singapore), Brunei tak de case nak claim balik Limbang. Aku teringat masa aku convince kan regional boss aku untuk invest kat Labuan (2007), potential Labuan untuk terus berkembang selari dengan deepwater projects kat kawasan Selatan dan Barat Laut Labuan. Masih teringat lagi betapa semangat nya aku cerita kan pada dia perihal kapten Navy Malaysia arahkan meriam ke Total punya Jack-Up Rig (yang tengah dok gerudi exploration well), stop drilling atau kena tembak. Aku kutip cerita tu tahun 1993 atau 1994 masa aku buat practical training. Aduh sakit nya hati aku.... orang2 Sabah kena buat bantahan ke Foreign Ministry, alahai ye tak ye juga Foreign Minister sekarang orang Sabah, tolonglah jangan diamkan diri.... ini amanah negara bang ooi....
Doha @ State of Qatar
Bro Reme,
Minta laluan, tambahan sikit, hati tengah sakit... Brunei punya production masa last sekali aku masuk sekitar 300,000 bbls per day. Produced by Brunei Shell (company tempat aku kerja masuk tender), kalau full swing 2 blok ni senang2 Brune boleh match dengan current Malaysia production rates Bro... sekitar 650,000 ke 700,000 bbls per day.
Doha @ State of Qatar
Good Man,
You charged my mind this Friday morning.
Reme,
Senang sangat ke serah hak negara kat negara lain? Legally binding ke?
Ini tak boleh jadi ni ... kalau betul kena lawan habis habis, kerana ini harta rakyat Malaysia.
Lawan diplomatik la, tapi kalau England, dia dah hantar kapal perang macam kat Falkland dulu, sekarang pun dengarnya kawasan tu ada minyak.
Apa pun, harap harap ada peluang untuk dapatkan balik, kalau tidak ini kes nanya ni???
A.Alshukor
Alhamdulillah, Paklah telah membuktikan bahawa persepsi dia seorang yang lembik, bengap dan serba bodoh adalah salah dan silap. Paklah membuktikan bahawa dia sebenarnya bekerja lebih kuat semasa dalam 'tidor'.
Paklah membuktikan dia seorang jurujual hebat. Pulau, Motor dan kini Blog Petroleum sebenarnya telah terjual dengan begitu pantas dalam era pemerintahannya yang pendek. Ini yang baru kita tahu...
Salam,
Bro REMe
1.boleh beri pandangan tentang masa depan politik malaysia
2. Pandangan tuan pada orang melayu khususnya untuk mempersiapkan diri dan anak-anak demi masa depan.
my email: nazlixtwoad@yahoo.com
salam,
saya pengikut tuan,
1. beri pandangan tuan politik melayu pada masa akan datang
2. pandangan dan cadangan tuan bagi menghadapi keadaan yang tak keruan pada masa depan demi ...,... dan anak-anak. TQ
my-email: nazlixtwo@yahoo.com
Sabar sabar, bawa bertenang. Misti dengar dua belah pihak seblom buat tohmahan telahan dan andaian. Ni ex-parte namanya, hakim misti dengar intra-parte (dua dua belah pihak berpeluang bagi hujah).
Tapi pokoknya perkara ini perlu sifat cekap, jujur dan amanah. Dlm kes ni, yng nuding jari pon kener cermin diri.
OK, skarang mari lancarkan siasatan Bebas, (kalau polis disiasat, jgn la siasatan dilakukan oleh PDRM, kener jemput Polis Siam ker, Indon ker Spore ke, baru ada independence, camtu sterusnya.; ni kalau betul betul nak cari kebenaran). Klau nak siasat tindakan puak dulu, kene pilih org yang tak ada berkepentingan utk risek ke akar umbi.
Timur Tengah / d'enricher,
i can feel your pain. i dont see how anyone could just give away sovereignty of a country like that, with billions in tow.
from 100pct ownership, now msia has 40yrs only to develop jointly with brunei. and brunei has sovereignty over the area.
apa punya bodoh ni?
nazlixtwo,
eeks, tuan. saya wartawan biasa. tak ada pangkat editor penuh pun, bukan mala'ikat.
tak pandai nak beri nasihat kpd orang.
tulis pandai, spin pun boleh.
1) cuma ikut pengalaman sendiri, dan tuan pun boleh lihat sendiri di dunia ni - kalau tak ada pelajaran, akan diperbodohkan orang lain.
kalau tak mampu belajar tinggi pun, banyaklah baca buku (atau zaman kini - baca benda berisi utk pengetahuan di internet).
2) belajar kemegahan bangsa sendiri agar anak-anak boleh berdiri sama tinggi dgn orang lain.
ada rakan di spore, anaknya tak campur budak melayu lain di sekolah. budak2 tu malu dgn bangsa sendiri kat spore! dah besar nak jadi apa kalau tak bangga dgn bangsa sendiri? saya khuatir nanti agama pun dibuang.
bukan pandai mana bangsa melayu ni, tapi tanpa identiti bangsa dan agama, susah.
sebab tu kamu lihat lee kuan yew - dia hidupkan persekolahan mandarin. dan di msia pun orang cina bangga dgn sekolah cina mereka. tanpa bangsa dan agama(atau adat bangsa) hanyut keliru anak kita. nak jadi mat salleh? orang eropah? tak akan diterima oleh mereka!
3) belajar paling kurang dua bahasa. melayu-inggeris, melayu-arab pun ok lah, boleh biznes dgn arab. atau melayu-mandarin, melayu-hindustan pun.
kat spore di meja berita saya, saya malu. ramai yg faham mandarin-inggeris-jepun, inggeris-india-melayu, mandarin-melayu-inggeris.
tiga bahasa! adoi, malu aku.
4) jangan harapkan orang politik dan kumpulan propolitik sangat, baik umno pas pkr dap perkasa pap mendaki amp.
naik turun hidup saya tak kerana pap atau mendaki.
cuma saya berterima kasih kedua negara saya aman - baik spore atau msia. terima kasih kuan yew dan mahathir.
cukuplah tu. kalau pandai sangat, tentunya saya dah jadi kepala besar di sesebuah kumpulan.
ini now-see-heart orang biasa. wartawan jalanan.
Bro REMe, TQ
Post a Comment