Dalam beberapa hari ini, saya sibuk juga hantar komen kepada ~penarik beca apabila beliau membawa topik subsidi.
In case ada yang miss, ini apa kata beliau - di sini dan sini.
Kerajaan Malaysia, mahu tak mahu, terpaksa kurangkan subsidi.
Tapi seperti isu lain, pembangkang bukan nak menolong, tapi hanya pandai menghentam tanpa kasi jalan keluar macam mana nak kurangkan hutang negara.
Betul kata pembangkang, kurangkan corruption adalah cara baik nak kurangkan kos untuk kerajaan. Tapi itu one-off solution.
Pada saya, solution jangka panjang ialah kena kurangkan subsidi ini.
Tapi ini isu sensitif sebab semua orang syiok dapat harga minyak, gandum dan tong gas murah. Siapa yang sanggup nak bayar harga pasaran, walaupun akhirnya kerajaan lingkup dan negara dijajah, jika tak dijaga dengan betul.
Ini saya katakan sama ada kerajaan BN atau Pakatan kelak (yang memang nak masuk Putrajaya) - tackle the deficit or you will be forced to take the bitter pill of IMF or the World Bank in the near future.
Kamu lihat Greece, beb, tak takut ke. Sibuk main politik hingga negara nak hancur.
Lagi satu isu penting ialah bagaimana menarik balik subsidi tanpa membebankan rakyat MISKIN?
Kalau saya kata gunakan GST, ramai daripada anda tak setuju. Malah pembangkang dah ada demo pun. Semua depa bantah, tapi tak bagi jalan keluar. Inilah yang membuat saya marah betul dengan pembangkang sejak kebelakangan ini.
Pada saya, GST - consumption tax; iaitu lebih banyak anda membeli lebih teruk anda bayar tax - adalah cara baik. Orang miskin, sebab ia tak beli banyak, tak kena teruk membayar cukai sepertimana orang kaya.
Tapi Abang Nuwar dan Tauke Kit dah bantah (Ketua PAS mengong tentang ekonomi, jadi tak tahu apa nak kata. Kesian, parti terbesar kini semakin terpinggir sebab tak ada intelektual yang dihormati yang pandai handle isu. Pada saya, PAS dah jadi parti yang sibuk nak berkuasa dengan kompromi pendirian agamanya yang sejak dulu dipegang rapi).
Saya bukan pro-BN ke mana (BN pun senget di tepi longkang), cuma saya khuatir tentang ekonomi negara tercinta, Malaysia Darul Piutang.
Give solutions please, to help the country, not just attack the other side just because it is your political opponent.
1) Yang pertama, ~penarik beca bertanya tentang tauke IPP (independent power plant) yang dapat kontrak harga tinggi.
Ini antara sebab deficit terus meningkat. Kerana rakyat 'membiayai' IPP dengan harga tinggi.
Komen saya:
bro,
subsidi tinggi kpd IPP-IPP ni memang tak patut, tapi tak boleh dikurangkan langsung sebab kontrak semua dah sign.
awal 1990an msia takut kurang power energy, lalu dr mahathir kasi kontrak lumayan kpd beberapa kerat 'kroni'. masa tu dr m all-powerful dan rakyat msia semua lagi sibuk buat duit tak kisah sangat benda ini - sebab ekonomi sedang melambung.
masa zaman abdullah, beliau (menerusi menteri tenaga lim keng yaik) cuba bincang dgn IPP utk turunkan kadar. tapi semua tak mahu berganjak.
ada kontrak, rakyat rugi bukan salah kami.
dipandang dari satu segi memang tak patut, tapi legally mereka tepat.
jika pakatan esok masuk putrajaya pun, tak akan apa dapat dilakukan.
kalau aku jadi kerajaan, kerana tak dapat kurangkan subsidi ini akibat perangai mereka, aku block 100 peratus access mereka kpd semua kontrak kerajaan yg lain.
you play hard ball, i play hard ball. kamu dah kaya. cukuplah tu.
tapi kerajaan mengong (nanti ada pula yg marah aku kata gini). tapi itulah yg berlaku.
berani ke perdana menteri anwar nanti buat gini kpd tauke-tauke ini? hahaha, aku rasa tidak kot.
2) Pak Bakaq kemudian bertanya betul ke beliau dapat subsidi RM12,900 setahun? Tak nampak pun. Komen saya di bawah.
Tak bermakna saya betul beliau salah, atau vice versa. Kita hanya berbual kosong macam kawan rapat (walhal tak pernah berjumpa pun).
Saya terlupa tambah isu penting: satu lagi subsidi yang rakyat 'tak nampak' ialah setiap tong gas yang anda beli itu BUKAN harga pasaran. Dibayar subsidi. Setiap kali kita makan di rumah atau kedai luar, makanan dimasak oleh duit kerajaan BN yang mengambi dari duit taxpayers. Wonderful/
BAHAGIAN 1/2
bro,
pada saya, isu Rasuah ini dan isu Subsidi adalah dua perkara yang berlainan.
betul kedua-duanya merugikan rakyat dan rakyat tentu marah!
SUBSIDI - saya rasa setiap orang di malaysia (termasuk saya yg parttime di msia) dapat subsidi LEBIH daripada rm12,900 setahun.
cuma kita tak nampak.
1) setiap kali kita bangkang tol jalanraya dinaikkan, kerajaan bayar syarikat tol berjuta2. duit rakyat. tapi seperti isu IPP dan power plants, mereka ada kontrak. memang pun kita boleh salahkan kerajaan BN yg bodoh sign kotrak sebegini dulu.
2) setiap kali kita beli minyak utk kereta, kita dapat subsidi banyak. saya rasa jika tak ada subsidi, harga minyak di msia berganda (double) kot. tapi sebab kita tak nampak maka kita tak percaya. jika tak ada subsidi minyak (seperti di singapore), setiap kali syarikat minyak shell, esso, bp jual seliter minyak ini, kerajaan dapat sales tax. tapi kerana nak subsidi, sales tax ini ditanggung kerajaan agar harga minyak rendah (ini dinamakan 'tax forgone).
dan walaupun minyak naik tinggi manapun di pasaran dunia, duit rakyat digunakan nak pastikan bahawa harga minyak di msia terus steady, agar semua orang dari perlis hingga ke sabah happy. walhal duit rakyat juga yg digunakan.
3) subsidi lain termasuk barang yg dikawal harga, seperti gula, beras, gandum. Kalau ikut harga pasaran dunia, boleh jadi perang dayak kat msia brader!
sekali lagi, kita tak nampak, tapi yg pasti ialah duit rakyat digunakan nak kasi semua orang happy harga barangan di msia ni murah.
gula utk buat teh tarik manis dan kueh manis, beras nak kasi kita gemuk dan gandum buat roti canai yg digoreng pakai minyak masak yg juga disubsidi. semua kena diabetes dan high cholesterol sebab nak harga murah. heehee.
4) subsidi lain lagi - kamu yg ada anak di sekolah nak buku free, tak nak bayar fees attend kelas (saya tak tahu apa nama fees ini sebab tak ada anak di sekolah msia). kalau ada sukan atau guru bawa jalan2 ke zoo pun semua nak bayaran minima atau free - ini semua utk bayar gaji cikgu, nak print buku, sewa bas.
kalau kamu tak mahu bayar, yg bayar ialah kerajaan yg menggunakan duit rakyat.
juga kat msia untung sebab road tax (cukai jalan), cukai pintu, cukai tv semua murah sungguh (saya bandingkan dgn spore yg tak ada subsidi, dan kerana saya tinggal di temasek ni.
jadi saya rasa kurang tepat jika kita kata - 'aku tak dapat subsidi', atau 'aku tak rasa pun subsidi ini'.
memang betul. dalam beberapa isu, bukan salah rakyat, tapi salah kerajaan.
yg depa mengong sign kontrak membebankan dgn syarikat tol dan IPP tu patut dipersoalkan.
saya rasa jika pakatan jadi kerajaan esok pun, susah nak terbalikkan ini semua, sebab rakyat dah syiok dgn mentaliti semua nak murah.
cuma saya rasa pakatan dapat kurangkan apa yg dipanggil rasuah (saya tak pasti, tapi boleh cuba kot. sebab orang pas-pkr-dap semua macam mala'ikat tak makan duit, tinggal rumah kecik2, naik kereta zaman p.ramlee bukan merc).
BAHAGIAN 2/2:
RASUAH - saya rasa kita jangan guna perkataan rasuah saja. saya rasa yg dimaksudkan dgn rm10bil rugi itu ialah 'pembaziran'. iaitu misalnya kita mungkin nak salahkan kerajaan kerana membazir duit rakyat sign kontrak bodoh berat sebelah dgn syarikat tol dan IPP.
dan saya pasti ramai tentu syak banyak lagi pembaziran berlaku dlm isu kasi kontrak kpd kroni, sahabat, party member, branch chairmen, anak buah dan sebagainya.
semua duit rakyat, brader.
mungkin ia bukan 'Rasuah' tradisional - iaitu A beri bawah meja kepada B.
tapi A beri kontrak kpd B dengan meletak harga yg lebih dlm projek, lantas membazir duit rakyat.
tentu ramai setuju bahawa kaum bumiputera perlu dibantu (si melayu ni kalau miskin dia masuk rancangan tv3 Bersamamu, nak dapat bantuan free. cina kalau miskin malu nak masuk tv, dan baiki diri secara diam2).
businessmen bumi harus dibantu dapat kontrak dgn harga berpatutan. bukan harga kontrak rm10juta di jack up sampai rm15juta misalnya.
ini bukan bantu bumi, ini menjahamkan kaum sendiri sebab mereka ingat duit boleh jatuh dari langit, tak payah kerja keras.
wallahualam.
Kicap Mejik Cantik Cap Berok Hensem..
1 hour ago



9 comments:
Rem
Betullah u ni. Org baru komen kat post bawah dia dah bawak bab lain. Otak tu berjalan terus ke? Eh pukul brapa masuk ofis hah! Atau cuti kot.
Subsidi akan dan perlu berterusan selagimana mana mana kerajaan yang lemah dan korup mahu terus memerintah.
Hari ini perbezaan pendapat cukup ketara dan memberansangkan sehingga Jala menyatakan negara akan muflis jika tidak dihentikan segera subsidi dan pembangkang menggunakan isu rasuah sebagai gejala kekurangan pendapatan dan kerugian dalam perbelanjaan (bayar komisen) - ini pendapat semasa tengah 'terdesak' dan gendang pilihanraya tidak kedengaran.
Tetapi kedua dua pihak jugalah yang akan bersaing dan berlumba lumba menabur segala bentuk janji dan subsidi yang lumayan semata mata mahu memancing undi rakyat menjelang pilihanraya nanti.
Subsidi adalah satu bentuk pendapatan tambahan kepada semua pengguna dan menghentikan subsidi bererti mengurangkan juga permintaan. Dalam teori ekonomi mekanisme ini cukup mudah difahami.
Bukan soal subsidi yang patut dihentikan tetapi bagaimana perlaksanaan subsidi patut diperketatkan kepada tempat, masa dan pengguna yang sebenar.
Isu pengisian petrol oleh rakyat jiran masih terus tidak dpat dibendung hingga sekarang kerana kaedah mengong kerajaan. Apakah kaedah terbaik...tanyalah budak tadika, 1001 penyelesaian dapat di adakan jika Pak Menteri tidak sebok sangat dengan politik.
Dapat kontrak kroni sub kat cina (kroni muka glamer projek, cina blakang tabir lagipun dia faham, kroni tak faham atau taknak faham projek).
Cina komdian sub-sub kerabat2 dia. Kerabat2 dia komdian tarik sodara2 dia. Rezki berpusing2 among them. Sebab itu walaupun tak masuk TV3 cina boleh hidup diMalaysia.
Ini saya diberitahu oleh ex-JKR officer cina. Dia datang cuti tengok anaknya yg PR disini.
isu subsidi ni kena buat selaras dengan isu2 lain la bro. Isu tangga gaji, isu warganegara, isu penerima subsidi dan isu2 lain yang bersangkutan. Memang pun cara idris jala cerita tentang subsidi ni tak menarik. Tiba2 sahaja announce kita terima subsidi rm12,900 (per head ke @ per family of 5. yang ini entah mana dia punya mengarut tak tahu la) belum masuk subsidi bunuh diri untuk syarikat2 yang Mahathir bagi dulu. "Pembunuh Malaysia" duk dalam syarikat2 ni. Bukan duk dalam rakyat. Masalahnya seperti saudara cakap tu, tak boleh nak U-Turn, kerana itu perjanjian yang sudah ditandatangani. Mahathir dah nampak masalah awal 2000-an lagi. Sebab tu dia lari dulu. Sekarang dia suruh rakyat tanggung, dia lari bawak harta berkoyan-koyan dengan kroni2 dia. Pura2 dia tak tahu apa2. Sembang pasal Singapura sat. Gaji di Singapura cukup tinggi, rakyat boleh la tanggung barang2 takde subsidi nih. Payah2 turun Johor beli jer kat sana. dapat subsidi free. Tang ni, isu warganegara dah timbul. Kalau tengok kerja dalam negara, banyak monopoli orang luar untuk "unskill" job. Senang cakap, gaji murah. local tak mampu nak hidup kalau ambil kerja tu.Gaji dibawah taraf miskin kalau local ambil, nak tanggung family lagi. Tak mampu la bro, sini isu warganegara dan gaji dah timbul. banyak lagi isu lain yang kena tekan dulu, sebelum isu subsidi ni boleh cerita pasal potong itu ini. Belum cerita tak adilnya layanan majikan pada local worker. Belum cerita expriate gaji besar, dok pelahab subsidi dalam negara. Maklum je la, local degree tak baper bagus. Sini dah timbul berapa banyak isu dah. Belum kira anak sekolah and another small2 issue. Kasi naik gaji dulu la, baru cerita nak potong subsidi. Masalahnya kerja swasta mcm aku ni, gomen boleh tolong ke kasi naik gaji tu?
...adioss....
Boleh bro remgold huraikan, apa halnya sampai negara malaysia bakal muflis pasal subsidi. Subsidi ni bukan benda baru, lama dah ianya diperkenalkan. kenapa baru sekarang ni sibuk nak kurang atau hapuskan, kenapa tidak masa mula-mula ianya diperkenalkan dulu. Ingat senang ke nak ubah-ubah.
Kalau pemimpin dah tak mampu untuk mencari idea bagaimana nak menjana pendapatan negara, elok bagi kat orang lain je. Ramai yang mampu tetapi dengan syarat politik-politik tu kena kurangkan. Ni tidak, banyak keputusan-keputusan adalah keputusan orang politik. Payahlah kalu lagu ni.
Ada juga timbul rasa hairan dalam benak aku, ekonomi dikatakan sudah pulih dan semakin baik tetapi pendapatan negara dikatakan tidak juga naik-naik hinggakan subsidi nak dipotong atau dihaopuskan. Boleh kalau nak hapus atau kurangkan subsidi, tetapi kena pastikan dulu rakyat sukup bersedia dari segi pendapatan bulanan mereka. Jangan pulak, diketika rakyat masih ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tak dapat rezeki, maka subsidi nak dikurangkan atau dihapuskan. Jangankan betul-betul nak dikurang atau dihapuskan, dengarnya saja pun dah mengerunkan kebanyakkan para rakyat jelata.
Secara jujur aku cakap, rakyat Malaysia sekarang ni banyak sangat berpolitik. Kenapa jadi begini, tidak lain dan tidak bukan gangguan-gangguan parti pembangkang kepada agenda kerajaan dengan menggunakan pelbagai media.
Anon 14:37 - "dok pelahap subsidi dalam negara
U hit the nail. Sakit oi.
Its abt time Malaysia support GST. Org S'pura kalau kat Giant shopping macam nak rak. Tak adil tu. Padanlah lepas shopping walaupun 2/3x setahun aku rasa macam tak ceria aja.
bagi renungan rakan-rakan seperti Putrarahman.
Gaji bulanan RM2000; belanjawan RM2500; kurang RM500 kene pinjam. Kalau ada barang cagaran ada org nak bagi pinjam RM500 - bermakna ada org sanggup (juga kasehan belas) pinjamkan RM500 kerana yakin kita akan bayar semula RM500 pada hujung bulan depan. (ini belom masok bab bunga lagi)
Kita bole pinjam RM500 selagi ada keyakinan bayar semula ini. Bila masa pemberi hutang hilang yakin kebolehan kita bayarm jam tu lah kita bengkrap macam Greece, Satu hari nanti kita pon sama!
Rem,
Rakyat ke yang memberi subsidi tu hingga rakyar di persalahkan. Kerajaan yang buat keputusan nak beri ke tak. Rakyat terima aje. Tapi masa pilihanraya kerajaan tabur duit dalam macam macam bentuk lembu, baja, ayam jaring nak tangkap ikan pada petani. Pada company besar kerajaan beri macam incentif dengan geran. Ada yang bazir duit. What happen with this gomen..
Dah tahu gaji RM2,000.00 buat apa nak belanja sampai RM2,500.00.
Inilah masalahnya bila penyediaan bajet dirancang bagi mengelak serangan ataupun dan menyempitkan ruang untuk diserang. Bila pemimpin takut sangat dengan serangan, mereka akan berusaha untuk menjangkakan apakah serangan yang bakal dihadapi bagi mengurangkan tekanan untuk menghadapi serangan dengan tujuan memudahkan usaha pengekalan kuasa.
Adalah diharapkan, didalam keghairahan kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang wawasan 2020, rakyat hendaklah didahulukan sebagai slogan yang dilaungkan. Rakyat yang dimaksudkan hendaklah rakyat dari kumpulan majoriti dan bukannya rakyat yang membentuk kumpulan minoriti.
Post a Comment