Friday, 28 May 2010

Saham Apple tumpaskan Microsoft


Begitulah kalau orang dapat ketua yang tak bagus.
Saham Apple kini lebih berharga daripada saham Microsoft!
Itulah berita besar di kaca TV Amerika. Di sini, sini dan sini.

Dulu zaman Bill Gates, Microsoft begitu menakjubkan dan menakutkan syarikat software lain sehingga yang kecil berkumpul ramai-ramai bawanya ke mahkamah US dalam 'antitrust' case yang terkenal.
Antitrust ialah apabila sebuah syarikat tu dikhuatiri mempunyai monopoli yang begitu kukuh sehingga boleh menggugat, malah membunuh, pihak lawan.
Lepas tu Gates dah kaya raya dan penat, lalu go-stan sikit dan mengambil title yang rendah dalam syarikat itu, chief software arkitek. Si botak dan rakan karibnya, Steve Ballmer (GAMBAR) menggantikan kerja CEO.
Syarikat itu OK lagi masa tu.

Kini, beberapa tahun setelah Gates terus keluar dari peranan aktif dalam Microsoft, hancur syarikat itu.
Software mereka yang sebelum ni, Windows Vista, mempunyai masalah besar - saya pun benci software 'tingkap' (Windows cakap Melayu) ini.
Kini mereka dah keluarkan Windows 7. Lebih baik dari Vista, tapi dah terlambat.

Apple, syarikat yang 10 tahun lalu hampir mampoi, kini dah masuk bidang lain. Bukan saja jual Mac dan Macbook, ipod dan ipod Touchnya meletup di satu dunia.
Lepas tu iPhone pula!
Terkial-kial Microsoft nak lawan. Depa baru nak keluarkan mobile phone bernama Kin (GAMBAR).
Hodoh, kasi aku free pun aku tak mahu.


Produk Apple begitu canggih dan ada 'cool factor'. Produk Microsoft macam barang jamban dari China. Bengap sakan macam orang politik (bukan orang politik Malaysia atau Singapork, tapi di Zimbabwe dan Sierra Leone. Di Malaysia, orang politik bertaraf wali. Di Singapork, orang politik semua mala'ikat).

Lebih teruk lagi ialah saingannya daripada Google (pemilik Google search engine, GMail, Youtube dan Chrome  - Chrome ni lawan dengan Microsoft's Internet Explorer).
Lepas tu software Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint, Publisher) pun makin tak laku.
Dalam GMail semua ini ada secara FREE.
Lepas tu ada software online yang percuma bernama OpenOffice yang sama functionnya dengan Microsoft Office.
Baik mereka ni tutup kedai sudah.

Dalam arena mobile phone pula, produk Microsoft yang bernama Windows Mobile pun tak laku.
Saya pernah beli smartphone yang gunakan Windows Mobile. Eeee, bodoh punya design.
Kamu bandingkan dengan software iPhone.
Dan banyak musuhnya lagi, termasuk Symbian (yang banyak digunakan oleh Nokia), Palm (digunakan Palm smartphones, seperti yang saya gunakan. Tapi Palm ni pun dah nak mampoi).
Dan kini musuh ketat baru untuk Windows Mobile ialah software untuk telefon bimbit bernama Android.
Android dikeluarkan oleh siapa lagi beb, Google!

Habis si Botak Ballmer ni. Saya rasa tak lama lagi kena tendang.
Ini saya belum pun masuk bab produk Apple terbaru yang menggegar dunia, iPad.
Saya baru pulang dari Magnificient Mile di Chicago - jalan shoppingnya yang paling glam.
Lepas 2km jalan, tengok kiri kanan dah tak larat. Banyak sangat kedai.
Udara pula sejuk 25deg C, lepas tu angin asyik tiup kencang makin sejuk! Rusagengster pula hanya pakai teeshirt, terpaksa action jalan macam biasa walau tangan dah frozen.
Jika tidak, nanti orang tahu kita rusa kampung GeylangKeramat. Baru saya faham kenapa mereka panggil Chicago ini The Windy City.

Semua jenama besar termasuk Neiman Marcus, Cartier, Saks Fifth Avenue, Brooks Brothers, Swarovski, Macy's dan sebagainya ada di sini. Semua nama glam yang kamu pernah atau tak pernah dengar ada kat sini, termasuk kedai besar Apple.
Saya tanya ada iPad? Sold out.
Maknanya di empat bandar US yang saya kunjungi dalam dua minggu, ilek.
Tak ada. Laris habis.
Di New York saya diberitahu kena order dulu, bayar, lepas tu tunggu seminggu.
Di Singapore, orang dah seludup dan jual dengan harga gila - baca ini.
Di US, harga iPad 16GB ni ialah kira-kira US$600/S$850. Mereka jual S$1,600 di Singapore!!!

Pengajaran untuk kita - walau kamu dulu top, tapi jika lalai, orang lain akan makan nasi lemak kita (Relax a bit, and someone will come along and eat your lunch, kata mat salleh).
Jika kamu ingat dah top - ada parti politik besar, atau kedai besar, atau title besar - dah boleh rileks. Nanti dulu.
There's a wolf behind you!

--------------------------------

GAMBAR ATAS: Logo Chicago Blackhawks.

Semua orang tahu Michael Jordan, pemain basketball yang dah retire dari Chicago Bulls.
Tapi hari ini di Chicago, saya nampak banyak betul orang tampal gambar atau bendera dayak (GAMBAR BAWAH di sebuah bangunan Magnificent Mile) ni kat mana-mana. Di tingkap kedai, depan restoran, atas statue terkenal di tengah bandar mereka.

Saya pun bertanya siapa dayak ini - rupa-rupanya team ice hockey yang lagi kencang. Chicago Blackhawks.
Chicago Bulls dah tak terkenal lagi setelah Jordan retire. Satu bendera atau gambar Chic Bulls ni pun saya tak nampak!
Kini zaman Blackhawks pula.
Tadi nak beli cap Blackhawk, punyalah mahal. Yang Bulls punya murah!
Relax a bit, and someone will come along and eat your lunch.
Hungga-rangga, hungga-rangga, ho, ho ho! (Joget dayak tribe Jawa American dari Indian reservation GeylangKeramat).


10 comments:

Johor Mali said...

Sdra Rem,
Saya sekarang berada di London, pagi tadi beratur luar kedai Apple sejak jam 6, dan akhirnya jam 9 pg baru dapat beli 2 unit 32g wifi+3g .
Kalau balik US singgah lah ke UK. Dia orang kata 3 , 4 hari ni mungkin supply banyak.

Anonymous said...

Nak baca juga cerita pengalaman kau kat Airport disana.mesin scanner yang boleh tengok semua badan, kau dah lalui ke?

remgold said...

Johor Mali,
kamu ingat ini naik proton ke, boleh singgah sana atau sini. saya ke negara orang semua dibayar, kalau tidak tak mampu brader. jadi flight direct balik singapork.
sanggup tak anda belikan wifi 3g 32gb ni utk saya?
ini kena percaya besar dgn remgold anak temasek.
jika anda menetap di johor, saya boleh arrange jumpa anda di jb.
atau jika anda di kl, saya boleh hantar wakil dgn wang.
kalau sanggup tolong beritahu.
sebelum itu harganya berapa di london, brader (dlm sterling dan RM)?
jika tak sanggup bawa barang tambahan, no problemo muchacho.

Anon 00:00,
wooi. kamu kena loteri beb sebab number cantik 0000.
saya TIDAK KENA mmasuk x-ray badan itu (tak tahulah jika nak pulang nanti jika kena). mereka ingat dayak apache nak pulang ke tanah air.
tapi kena buka tali pinggang (melorot seluar aku!) dan buka kasut.
mereka pun tunjuk penuh hormat dgn kita - yg kat delhi dulu ganas sikit.

cuma satu warning: tolong JANGAN bawa MAKANAN!!! mereka takut kita bawa serangga bunuh corn,wheat,soybean mereka.
dan JANGAN kata kamu baru pulang dari ladang lembu atau baru pegang lembu.

saya mistake: ditanya, ada bawa makanan? ada! apple dan biskut (saya takut tak declare mereka jumpa dlm bag, lagi teruk).
sebab saya mengaku gitu, terus kena masuk line yang lain!
tapi mereka scan tak ada apa-apa. makanan dah diproses ok agaknya. mungkin apple atau orang janganlah.
jika kamu bawa sayur belum masak atau pokok hidup, dan tak declare, mampoi kena tahan!

baik buang saja! saya buang dua apple dlm plane apabila mereka announce tak boleh bawa vege, fruits and plants ke dlm negara itu.
takut nanti orang lain kena hantar guantanamo sebab nak bom mereka, aku masuk sebab nak seludup apple. rosak iman.

remgold said...

Johor Mali (part 2),
terlupa nak tanya:
did you ask apple whether it has an International Guarantee for the iPad.
kalau rosak boleh diganti di johor, kl atau spore?
kalau tidak ada international guarantee, saya takut nak beli.
ada yg pernah beli ipod touch dulu, batterinya rosak DUA KALI dalam dua bulan. nasib baik depa beli kat spore, jadi boleh tukar.

Johor Mali said...

Sdra Reme
Tentang waranty, depa kata 1 thn international. Doa sajalah alat tak rosak. Besok saya tanya ada lagi tak (as a walk in customer). Mungkin saya beli lagi. Kalau rusa tak ndak, no problem , eBay menunggu. Will be home 01/06 InsyAllah.

remgold said...

Johor Mali,
harga berapa? hamba nak kena jengok bank account dulu.
ie berapa anda sanggup nak jual?

Johor Mali said...

Sdra Rem
Don't worry . I'm not a saudagar minyak urat. All at cost with prevailing conversion rates into RM .

remgold said...

Johor Mali,
but how much lah brader?
kena tengok akaun hamba dulu.

Johor Mali said...

£599.00

remgold said...

bro,
jangan marah. let me NOT buy it.
takut ini 1yr guarantee.
plus nanti cheqbook tak balance!
deep apols, macam main2. tukar banyak messages lepas tu tak jadi.