Saya dah baca pandangan dari Malaysia yang begitu negatif terhadap perjanjian nak bagi tanah stesen keretapi di Tanjung Pagar ke Singapore.
Marah betul penulis seperti Pena Minang dan orang yang komen di sini (di penghujung artikel)
Ada yang kata selepas Abdullah Badawi beri percuma minyak kepada Brunei, kenapa pula Najib pun jadi bodowi?
Terpulanglah pendirian anda.
Mereka kata PM Najib kena tipu dek Singapork, menggadai harta negara dan sebagainya.
Biar saya beri pandangan sebagai warga Selatan yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia. Seorang yang duduk di Temasek dan juga KL. Dan yang sayang terhadap kedua-dua negara.
Tak semestinya pandangan ini benar. Itulah saya panggilnya 'pandangan' dan 'perspektif', bukan 'fakta dan 'dalil'.
Apabila kedua-dua negara berpecah - Malaysia menghalau Singapork - tertinggal beberapa isu yang dulunya no problem kerana dalam satu negara.
Kontrak air, Pedra Branca (kerana Singapork dan menang pulau ni cara adil, kami tak panggil pulau ni Batu Putih, tapi namanya yang kami di Temasek lebih suka, the historic name, Pedra Branca), isu pesawat pejuang RSAF terbang di angkasa Johor, dan ada lagi beberapa yang lain.
Dalam perjanjian yang saya faham stesen Keretapi Tanah Melayu itu wajib digunakan sebagai stesen keretapi saja.
Dan selagi stesen itu digunakan, tanah di situ dan semua tanah railway line dari Tanjung Pagar hingga ke Woodlands, Singapore tak boleh kacau langsung.
Tapi Malaysia pun TIDAK BOLEH membangun tanah itu menjadi benda lain. Misalnya, KL tak boleh suka-suka tutup stesen selama lima tahun sebab nak mendirikan bangunan 50 tingkat kat atas tanah itu, dan di bawahnya ada stesen keretapi.
Apabila berhenti saja stesen itu digunakan sebagai stesen untuk tren, tanah itu dan tanah railway line hingga ke Woodlands akan pindah ke tangan Singapork.
DAPAT TANAH MARINA BAY - MAHAL OI!
Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dulu dah buat perjanjian lain untuk menyerahkan tanah itu kepada Singapore dengan diganti tanah lain. Beliau sign dengan Lee Kuan Yew.
Jadi pada saya, apa yang dilakukan oleh PM Najib itu sesuatu yang bijak.
Apapun ia hasil dari apa yang Daim dah sign. Najib hanya kena ikut perjanjian.
Macam Badawi dah beri minyak tu kepada Brunei, Najib tak boleh buat apa-apa.
Yang lebih penting ialah ini: Dulu, sehingga dunia kiamat pun stesen itu akan tetap stesen yang pekak dan tua.
Kamu di Malaysia pernah pergi ke Stesen Tg Pagar ini?
Satu Singapore tertawakannya sebagai 'tanah Malaysia' (Malaysia's land).
Beberapa tahun lalu, saya bawa rakan makan tengah hari di situ. Komen beliau: Ini betul-betul macam Malaysia, car park tanah tak rata, kantinnya kotor. Orang parking sebarangan.
Tempat tu kotor macam kat longkang Datuk Keramat. Maaflah, tapi Keramat ni tempat saya, jadi saya nak marah pun tak apa. Nak makan pun takut, atau kita buat tak nampak tempat tu kotor.
Di dalam stesen tu ada 3-4 gerai makanan Melayu yang popular dengan orang Melayu. Tapi punyalah kotor, buat malu Malaysia.
Pemerintah Singapork tak boleh kata apa-apa sebab itu tanah Malaysia. Temasek tak boleh kasi warning tentang kekotoran dalam stesen tu sebab tanah Malaysia.
Kerja pembersihan tugas KTM.
Kini, PM Najib akan menguntungkan (ini pendapat saya) negara Malaysia.
Ini kerana tanah di Tg Pagar ni (dalam kawasan parlimen MP paling terkenal di Singapore, Lee Kuan Yew) dah naik harga hingga mencecah berjuta dollar/ringgit.
Tapi Malaysia tak dapat mendapat keuntungan jika stesen tetap stesen. Sebab perjanjian hanya membenarkannya menggunakan tanah itu sebagai stesen keretapi.
Brader dan datin,
Zaman low-cost airline ni, ramai lagi ke orang naik keretapi ke Singapork?
Zaman kereta laju, empat jam boleh pandu kereta dari KL ke Orchard Road. Ini bukan zaman P.Ramlee.
Zaman bas express, kamu nak ke Orchard masih nak naik train ke? Sedikit betul orang yang naik train tidak seperti dulu.
Walau ada nostalgia, Malaysia akan untung berjuta-juta ringgit jika 'beri' tanah itu kepada Singapura.
Sebab bukan pemberian percuma.
Malaysia dapat tanah yang sama harganya dengan market price tanah Tg Pagar Station itu!
Tanah yang akan diberikan ialah di Marina Bay. Financial district Singapork baru yang sedang naik!!!
Guarantee dalam tahun-tahun di hadapan harga tanah ini akan melambung, dan Malaysia boleh jual.
Atau membina bangunan pencakar langit, lepas tu disewakan!
Dan Malaysia akan dapat membangun tanah di Bukit Timah dan Kranji yang kini hanya tanah keretapi dan tak boleh digunakan buat benda lain. Kamu buatlah kondo atau office block. Tentu banyak untung.
Dan antaranya lagi, pembangunan tanah dilakukan bersama dengan Singapore.
Dalam isu ini, kalau pegawai Malaysia bodoh tak pandai negotiate, memang betullah kena tipu. Tapi secara prinsipnya, ia baik untuk kedua negara, pada pendapat rusagurun di Tucson.
Dan Malaysia juga dapat tanah lagi dekat Ophir Road, tempat business kelas sederhana di Temasek.
Beb, tanah di Singapore dari saya kecil hingga 50 tahun ni, naik gila-gila. Kamu dapat hari ini, jika dapat buat bangunan lepas tu sewakan atau dijual, guarantee untung.
Jadi terpulanglah.
Kamu nak nostalgia ada stesen usang dan kotor, buat malu nama Malaysia dan Melayu.
Atau dapat tanah bernilai berjuta dan boleh dimajukan bersama.
Tambahan: ia juga signal baru bahawa negara jiran berdua ni nak berbaik.
Memang ramai syak wasangka dengan Singapork. Tapi kalau zaman Badawi, saya pun takut jika ada deal gini, sebab beliau mengong dalam serba serbi. Dan penasihatnya semua dikatakan tamak harta dan bukan nak jaga kepentingan negara.
Tentang deal ini, kita kasi chance sikit ler.
Asal jangan ada yang nak advertise dua mukasurat dalam akhbar Singapork, OK what.
------------------------
TAMBAHAN 10.30mlm WAKTU TUCSON, ARIZONA
Saya masih di sini.
Tadi ada tiga meeting dan satu dinner. Baru balik, letih.
Antaranya dengan Mayor Tucson, Robert Walkup. Mayor bercerita dengan kami bagaimana di tepi gurun ini beliau dapatkan air - dari Colorado River.
Lepas tu meeting seorang Lt-Colonel bekas pelatih pejuang jet F-16 di Tucson. Di Arizona ada lapangan terbang udara tentera yang besar (Davis Montahn Air force base). Mereka melatih pilot F-16 dari lebih 16 negara, termasuk UAE dan Singapore. Baru saya tahu hari ini.
Yang lebih menarik leftenan-kolonel (bersara) ini seorang wanita!!! Makcik ni dah retire, tapi masih glam dan kurus.
Menarik sungguh ceritanya, macam cerita Top Gun! (Tempat latihan Top Gun dalam movie itu ialah di California, bukan Arizona). Mereka belajar terbang di desert Arizona, ratusan kilometer tanah kosong. Dan budak-budak jantan pilot ni kadang-kadang havoc kat Tucson.
Esok ada tiga lagi meeting!
Termasuk dengan kaum Red Indian - mereka kata 'don't call them Red Indians. They are Native Americans'.
Di sini banyak Indian Reservations (tanah red indian!). Kumpulan dayak di sini termasuk Navajo dan Hopi.
Lima peratus daripada 600,000 penduduk Tucson adalah kaum dayak ini.
Wooi.
Kicap Mejik Cantik Cap Berok Hensem..
29 seconds ago



22 comments:
Betul ke? Dok bagi syok aja !
Wheeling dealing in motion/action. Apa kata Tun? Satu deal yg menang-menang ker?
Sya rasa elok kita biarkan Tumasek jalankan bisnis scara international. Msia hanya retain 50% equity.
Fikirkan, jika MSA (Msia 50%-Spore 50% dan bukan MAS or SIA), kita sekarang terima untung tiap tiap tahun, dudok goyang kaki (off course it is not that simple, but - pikir pikir kan la). Off course airline gitu tak perlu nak layan kerenah penumpang2 yg ngada-ngada (siaper mereka? tak perlu cerita, TST dah ler..)
Bisnis Man,
Apa ni? Mentaliti Ali-Baba lagi.
If you have been to Brunei more than 20 years ago, you can see how Ali-Baba worked on large scale.
Brunei Shell was on 51-49. Brunei dapat 51%, Shell dapat 49%.
Walaupun Shell dapat kurang dari profit sharing, tapi hampir semua contract, staff, expertise dll, Shell yang control. MatSalleh2 Belanda yang tak pandai ape2 pun datang Brunei hidup senang lenang. Dah lepas expenses dan habuan2 lain di nikmati matsalleh belanda, yang lebeh baru orang Brunei rasa.
Akibat nya, bukan hanya rakyat Brunei tak dapat menerima real share yang sepatut nya, tapi lagi teruk rakyat jadi jenis yang senang puas hati dan malas bekerja.
Assalamualaikum Tuan Remgold.
HAHAHAH...rileks laa, Marah itukan tandanya normal. Kalau ada orang tak pernah rasa nak marah, saya rasa tak ada untungnya dia jadi Manusia.
Beginilah...mengenai artikel yang saya keluarkan, memang saya kurang bersetuju dengan Tindakan NAJIB RAZAK yang mengambil keputusan untuk memindahkan Stesen Keretapi di Tanjung Pagar ke Woodlands. Sebabnya mudah, kerana perjanjian sebenar bukankah stesen tersebut akan dipindah ke Woodlands juga akhirnya pada tahun 2018 berdasarkan perjanjian POA yang telah ditandatangani.
Tanjung Pagar tu banyak memori. Biarlah dia menjadi BUKTI ORANG MELAYU pernah berkuasa di SINGAPURA. Apa lagi yang Melayu tinggal melainkan Rejimen Askar Melayu DiRAJA dan Keretapi TANAH MELAYU yang menyusur sehingga ke Republik Singapura itu...
Tapi keputusan dah dibuat. Sebagai rakyat, hanya mampu berdoa.
hehehe... kau memang faham selok belok politik perniagaan bro. Wa tabik lu, tak semestinya share 40% singapore kalah, sekarang ni minoriti selalunya yang untung. Dalam jangka beberapa tahun sahaja, bila ada perubahan sosio politik/ ekonomi dan international law, siapa yang bijak, dia boleh telan orang yang mengong... hehehe.. anyway, u dah balek singapork ker?? hahaha....
...adioss....
pena minang,
wa'alaikumsalam tuan.
perbezaan pendapat tu bagus. asal diberi secara terang (pakai nama benar seperti anda) dan tak cara maki hamun (macam saya maki MAS dulu, tak bagus tu).
tanpa perbincangan dan debat, macam mana kita nak tahu sesuatu keputusan itu benar atau salah?
tentang nak tunjukkan melayu pernah berkuasa di spore, dah ada pun tandanya - dibuat oleh pemerintah singapork ni di geylang. baru saja siap pasar geylang - bentuk rumah traditional melayu - lihat gambar ni:
1) http://farm4.static.flickr.com/3425/3745094176_077e4329fc.jpg
2) http://etrepoursoi.files.wordpress.com/2009/11/geylang-serai-market.jpg
3) http://static.soshiok.com/action/PageImage/10597.jpg
(bekas pm spore, goh chok tong, yg berambut putih).
oklah, tak suka spore yg buat?
jika gitu, masih boleh diselamatkan bekas tanda 'kekuasaan melayu' di negara kecik ni.
apabila stesen itu nak dirobohkan nak dibina bersama bangunan pencakar langit, rakyat msia harus buat bising bahawa facade (bahagian depan) bangunan stesen itu TIDAK dirobohkan.
macam grand central station new york - depannya saja lama, dalamnya bangunan moden. boleh tak idea ini, tuan?
tapi sebenarnya, stesen tu design british lah! bukan tanda melayu, tapi tanda kebesaran british!
jika nak puaskan hati juga, rakyat msia harus buat bising bahawa apabila bangunan besar nak dibuat di marina bay kelak, tolong buat facade yang ada ciri kemelayuan.
macam bangunan hq PNB di jalan tun razak.
bangunan mencakar langit, tapi depannya bentuk melayu. gambar sini:
http://2.bp.blogspot.com/_-r_3fR2ZnRs/Ss2csoOYZwI/AAAAAAAABG8/Yi9izIYCHQM/s320/pnb.jpg
Bisnis Man,
Mamat macam ni le yang merosakan bangsa, fikir nak kaya cepat sudahnya tegadai, golongan ini harus berusaha dan bersaing dan mencabar keupayaan diri ketahap yang lebih tinggi, kejayaan individu membawa kejayaan kumpulan fikir-fikirkan. Sayang diri, sayang bangsa, sayang agama, bangsa itu kurniaan tuhan.
Salam Rem
Setuju dgn Bisnis Man. Sebab itu perlu ilmu. Jgn jadi sleeping partner aja gerenti kau tertipu dgn mentaliti Ali-Baba.
Mai lah turun tengok kawasan tu and tell me you're still nostalgic. Munkin kalau bila Singapork take over kawasan tu taklah bercelaru sangat.
Ah its about time kawasan Railway station dihidupkan.
Dalam situ ada tempat solat yang susun bantal bertahun dah discoloured (berhabuk) atas cabinet. Tak perasan ke meloyakan the sight?
My Daughter take midnight train from KL - W'lands then a cab. Faster than to Tg Pgr.
Salam Rem
Anon 15:04
Mamat macam awaklah yg menghancurkan umat dgn agenda2 rasis. Apa awak ingat Melayu tak mampu bersaing ke?
Munkin kita tak kesampaian ketahap jutawan atau aper2wan tetapi yg penting Melayu berusaha dan menimba ilmu. Nabi kata cari Ilmu sampai kenegeri Cina. Skrang tak payah susah2, Chaina dah come to u. Islam mahukan kita mencuba dan berusaha atas landasan2 Islam.
To Anonymous 12:18
Jgn malu guna kepakaran Cina Singapore. Ali:Baba (si Ali tu jgnla dudok bengap jadi rent seeker ajer; blajar selok belok perniagaan bertateh ikot jejak rakan niaga Cina tu. Ni asyik dot dot dot..)
Brunai is not the best example. Oops, hal KErajaAN ni tak nak campor. Penat, menyedihkan.
Bila Tumasik memainkan peranan, perhatikan, apa yang digambarkan dlm Design Drawings sebenarnya dihasilkan. (Batu bata yang jadi Tapak jalan tak jongkang jongkit, tengokla KL, ada pokok akar aktif ajer, jalan tak rata.) Kat Singapor ker BKK ker ader cam tu..)
Anon anon yg claim jadi Wira Bangsa bukak la mata, ker kamu asik dudok blakang BMW disupirkan mundar mandir tanpa nampak realiti kehidopan di KL??
Bila ada pengaroh org luar, kita belajar!!!Jgn Bengaaappp!!!
tak setujulah tanah KTM tu dimajukan.
Kalau dulu sewaktu keretapi KTM membelahi bumi Singapura,dengan angin sepoi sepoi menghempas muka aku, aku akan berkata kepada isteri ku..
Ahh..segarnya udara Malaysia
Tahun depan tak boleh cakap macam tu lagi..kerana tanah Malaysia dah jadi tanah Singapura..sedihnya
Anonymous 22:43
Sentimen OK tapi kalau merugikan dan morobek poket mungkin perlu dikaji.
Lee Kuan Yew selalu kata Singapore tak perlu yg terbesar termegah ter ter ter...Yg dia mahu yg terBEST!
Changi Airport mcm kotak 4 segi tapi tengok isi kandongan dan prestasinya - kelas dunia.
Bila dah hasil mahsul memenohkan kantong negara (selepas Taiwan, Singapore mempunyai simpanan wang antara terbesar di dunia, sama juga China dan India) barulah mereka nak bina bangunan yang menakjubkan - itupon siPELABUR (Genting dan Sands) yang bina guna ongkos sendiri! BELAJAR la dari Yahudi Cina nih...Bangkit la o Melayu.
Aku tak tahu nak cakap apa pasal perjanjian tu, tunggulah sejarah yang memberi markah dan penilaian kepadanya. Kalau sejarah mengatakan ianya bagus dan menguntungkan, maka DSN patut disanjung dalam soal ini, tetapi jika sekiranya sejarah memberi penilaian tidak bagus dan merugikan, maka DSN bakal menerima kutukan di atas perjanjian ini.
Orang ramai boleh memberikan pandangan masing-masing tetapi macam biasa ada pro dan ada kontra. Sepatutnya para pemimpin mengimbau kembali kepada sejarah-sejarah dahulu kala jika hendak membuat sesuatu keputusan penting bagi pihak rakyat terutama yang melibatkan tanah. Hari ini ramai pihak yang seolah-olah nak melupakan sejarah. Sejarah adalah Guru paling agung yang tidak boleh dilupakan.
..but when causeway to rebuilt...nostalgia la apa la...kan tu selective thinking???
last Anon,
yg kata causeway tu spore tak nak buat sebab 'nostalgia' ialah dr mahathir, putting words into goh chok tong's mouth. goh, masa tu pm tak gunakan perkataan itu langsung!
itulah orang politik, pandai main perkataan kita percaya buta.
a) kamu baca sini (yg tulis, aku!):
http://www.spug.sg/forums/showthread.php?37637-What-s-Dr-M-thinking-about
b) dan juga jawapan goh apabila ditanya bahawa dr m kata kamu nostalgia (soalan 11 dan 12):
http://app.mfa.gov.sg/generator/asppages/pedrabranca/press/read_content.asp?View,8864,
spore sebenarnya tak mahu bina causeway sebab (ini saya agak, tapi rasanya betul):
1) dari pandangan spore, msia tak consult pun negara selatan ni. jika kamu baca urutan cerita jambatan ni, tiba-tiba satu hari dr mahathir announce nak robohkan causeway, buat jambatan. kalau jiran yg baik, discuss dulu. kalau tinggal rumah teres, kamu nak naikkan tembok kongsi dari 4 kaki kepada 10 kaki, bincang dulu. bukan pelan dah siap terus announce dan panggil kontraktor. marah mamat sebelah.
2) spore tak mahu makin senang rakyatnya masuk msia berkereta. sebab jika senang keluar masuk, nanti semua shopping dan makan kat sana, bukan di temasek darul kedekut. hancur ekonomi tempatan jika semua calibut ke sana. pada saya, ada sebab economic reasons - protecting own economy.
3) kos jambatan yg sangat tinggi. msia dan dr m boleh 'suka-suka' letak harga berbilion nak gunakan duit rakyat. cara spore lain beb.
ini duit rakyat, tak boleh buat infra sebarangan sedangkan yg lama masih baik. harga nak robohkan, lepas tu buat jambatan tinggi ialah lebih kurang sgd500juta (agak saja). duit aku sebagai taxpayer oi, kamu nak kebas gitu saja?
boleh nostalgia, bukan tak boleh. tapi pada saya pak najib mahu baiki pertalian dgn spore dan resolve isu yg tergantung lama dia.
kalau msia dapat duit, ok what, boleh bayar hutang negara.
thanks for your reply..
1. ..mind you goh too is a politician..his word too people percaya buta.
2. s'pore too i think not a good jiran..reclaim land pun tak consult m'sia..tau tau news keluar nelayan effected
3. causeway tu pun kotor, airnya bau 'boleh tahan' tapi bila nak rebuilt people say masih baik..when wdls ciq built in s'pore..abis all penduduk kampong lorong fatimah/mandai yg by d sea kena relocate..now looks very impressive..gerek siut..but on m'sia side nak improve/buat cantik cantik tak leh...kalo nak buat gak..meet our demand 1st..ciq baru kat msia tu ada lah lawa sikit..dulu from spore masuk jb..totally mcm langit dan bumi siut..
4. for economic reasons totally understood..so nak progress to developed nation mcm mane??
5. on costing very subjective..penang bridge pun bila mula mula dulu sama gak..but look now..nak buat lagi satu
aku harap agreement tg pagar nie jump start win win development..for both country..bukan msia je losing side..penat siut asyik kena jer accomodate..
salam.
beginilah, yang saya nampak, bilateral relations between msia - spore will always be on pure vengeance, and perhaps sometimes hardcore hatred. and for most of us malaysians, it will always be the subtle game of malay v chinese. so u can understand the complexity of our so-called diplomatic relations.
saya faham juga penulis seorang PR Malaysia. jadi, loyalty saudara agak goyah juga dr pendapat saya. terasa jugak bila seorang PR Msia yg katanya tinggal di Dato Keramat dgn senang lenang mengatakan Melayu di KTM TP pengotor & memalukan.
sbb setahu saya (juga anak cucu Johor), org singapura dtg setiap minggu ke johor merosakkan alam & membawa kekotoran juga ke dalam Johor & Msia-wide.
sorry digressing.
sy hampir boleh agak bahawa petikan 'melayu nostalgia', 'perjanjian dah dimeterai lama sebelum', 'mahathir keras kepala', 'singapura bagus', akan terkeluar juga.
tapi klu tanya saya yg ilmu sejengkal jari kelingking ni, nasionalisme adalah lebih penting dari kekayaan material.
betul, KTM TP dibina org putih british. tp tanah yg ia dibina dibawahnya yg dekat dihati.
tahu kenapa?
orang melayu dan tanah tak mungkin dapat dipisahkan wpun dah dijual pada apek2 dek berhutang buku 555 yg tak berbayar. cerdik apek2 ni. sistem barter terunggul.
so, yg saya nampak lagi, sistem barter 'unggul' ni bakal terulang.
konon dgn janji2 manis, marina bay dan bkt timah, woodlands dsbg :)
beginilah, sepatutnya singapura kemukakan sahaja minat untuk mentadbir seluruh msia. kemukakan dgn jelas, dan mungkin, pemerintah msia akan jual tanahair ini dengan terbuka spt yg dah pun berlaku di johor.
tp bila masa tu sampai, nostalgia bukan lagi yg didamba, tapi mungkin juga, keringat & darah yg tinggal.
macam saya ingin tekankan disini, singapura memang bagus.
bagus dalam segala benda.
oh ya, singapura jiran yg sgt bak & prihatin sehinggakan perkara pertama yg dilakukan setelah merdeka ialah melolong akan bantuan israel yg pd 1948 sehingga kini menyembelih org islam palestin. inilah keprihatinan jiran msia yg sgt baik.
alhamdulillah, kupanjatkan syukur utk jiran yg hebat begini.
- david marshall..oops
Rem
Anon2 kat sini dan kebanyakan Melayu Malaysia pun ada penyakit dah. Penyakit apa ye? Penyakit lupa diri dan Phd.
Soalan cepu mas: Tanah2 yg dipertikaikan milik SIAPA?
Siapa jawab betul ganjarannya besar sekali. Kalau jawab ikut shiok sendiri, shiok sendirilah dapatnya. Nanti sampai tua dan nak mati kau dok bercucuran airmata mengenangkan KTM yg hidup segan mati tak mau.
Dah tak pandai mengurus kurniaan NYA, jadi ditarik dan diberi kat kafir. Amacam beb, baru padan muka lu (muka aku sekali pasal aku pun Melayu juga)
Beginilah saja apa2 yg ada kat tangan tu lestarikanlah jgn nak SIMPAN2 UNTUK ANAK CUCU SENDIRI AJA konon. Cucu dak beranak pinak pun, masih jugak nak digenggam untuk dibawak mati. Hai hai cian nye.....
apa cara pun spore tetap negara yahudi asia.....suka mengambil kesempatan atas negara jiran.....aku pernah bekerja di negara yahudi ni..cuma aku nak tgk satu hari nanti mysia robohkan tambak johor dan potong semua bekalan air ke spore...masa tua ku nak tgk bangsa bangsa ni mcm mana.mmglah spore ada buat kilang air laut suling tp mampu ke rakyat terutama melayu hendak minum dgn membayar harga yg mahal....masa tu bru kita bleh ckp sape untung dan sape rugi..........
Hey i just came here to let you know about a service i offer. I offer cheap backlinks that can help you website rank significantly better on Google. Traffic is everything and to get decent traffic you need to rank well in the search engines. My service can help provide that, check out my site http://hellomotow.net/backlinks
Post a Comment