Apabila saya pulang bekerja di Singapork tiga tahun lalu, ada satu initials yang saya mulanya tak faham: FT.
Apa benda tu? Kenapa apabila orang sebut benda ni mereka macam meludah ke muka kita? (Saya mulanya ingat akhbar Financial Times).
Dulu don't know, now dah jelas.
Rupa-rupanya yang dimaksudkan ialah Foreign Talent.
Mereka ini adalah golongan expatriate yang dibawa masuk ke Singapore kerana negara kecik ini kurang pekerja mahir.
Mudah kata: Mereka omputeh dengan qualification tinggi.
Kini syarikat-syarikat besar di sini kebanyakannya ada kepala omputeh. Baik syarikat gergasi seperti bank tempatan dan syarikat yang dikawal oleh pemerintah, GLC government linked companies, melalui Temasek Holdings (jika di Malaysia, taraf Temasek ini sama dengan Khazanah Holdings).
Baik DBSBank, bank terbesar di Asia Tenggara, Singapore stock exchange, GLC perkapalan Neptune Orient Lines, atau syarikat privet seperti OCBCBank ada omputeh kat atas.
Malah antara 10 pegawai tertinggi di Temasek pun, saya rasa ada tiga, empat warga asing.
Omputeh ni, orang Singapork tak marah sangat sebab OKlah mereka bawa kemahiran dan pengalaman luar. Lagipun berapa ramai dari orang tempatan yang boleh apply jadi CEO atau Executive Director atau Executive Chairman syarikat besar?
Tapi sejak lima lalu ini, ramai rakyat dah mula marah. Saya pernah tulis beberapa kali tentang isu ini secara sipi. Di sini dan sini. Hari ini cerita panjang.
Pemerintah dah mula bawa masuk golongan middle managers dan pekerja buruh dari luar negara.
'Tentunya saya boleh buat kerja sebagai Manager atau Supervisor, kenapa nak bawa masuk FT?' Orang ramai bertanya.
Dan yang dibawa masuk bukan saja omputeh bergaji tinggi, tapi pekerja separa-mahir (semi-skilled) dari India, Indonesia, Filipina, Malaysia pun ramailah!, China, dan sebagainya.
AI, BUAT KOPI PUN PAKAI FT!?
Lebih teruk lagi, pada pendapat ramai orang, dibawa masuk blue collar workers pula. Jika hanya pekerja construction atau pencuci jamban atau drebar bas, orang Singapore tak marah sangat, sebab tak ramai orang nak buat kerja seperti itu - sama seperti di Malaysia.
Tapi apabila pemerintah biarkan mereka bekerja sebagai salesgirl, receptionists, security guards, penjual kopi, marah betul rakyat!
Saya tulis direct: Kalau mereka ni dibiarkan begini, kat mana anak-anak Melayu yang tidak berpelajaran nak kerja? Anak bangsa lain pun terjejas, saya sebut bangsa Melayu sebab bangsa saya, dan anak saudara saya dah sebut benda ini. Mereka dah tak syiok dengan pemerintah.
Dan surat-surat dalam akhbar saya sejak setahun dua ini, dan perbincangan di forum Internet pun nampak menunjukkan kemarahan rakyat.
Cuba kamu tulis 'saya sokong FT', mampoi kamu kena serang!
Ada penulis - orang Melayu dan India - marah (termasuk saya) sebab kadang kita nak beli teh atau kopi, kita order 'one teh tarik please', atau 'one coffee with milk please', mereka jawab bahasa Cina sebab mereka dari China! Mereka tak faham apa saya nak beli, lepas tu nak suruh saya berbahasa Mandarin. Ini apa kejadah ni?!?!?
Ramai betul pekerja dari China bekerja di kedai kopi (kopi tiam).
Lalu, perkataan 'FT' ni jadi bahan kejian.
Rakyat masih faham kenapa nak ambik bos dan CEO berkemahiran tinggi dari Amerika atau India atau Malaysia, tapi takkan nak sapu sampah dan jual kopi pun kamu biarkan mereka masuk?
Saban minggu, saya menerima panggilan telefon nak jual kredit card atau pinjaman bank. Gerenti - 99 peratus mereka suara Filipina. Bukan rakyat Singapore lagi!
Baik saya di coffeehouse hotel atau nak beli pakaian di mall, yang melayan saya juga 'FT' - dari Filipina, China, India.
Dan orang kata, hampir semua nurse di sini adalah dari Filipina.
Kita tak salahkan mereka nak cari makan, yang kita marah ialah kenapa pemerintah buka pintu sebegitu luas hingga menjejas orang tempatan nak cari makan.
Ini kerana mereka sanggup terima gaji rendah, maka habislah peluang pekerja tempatan.
PEMERINTAH DAH MULA SEDAR
Sejak beberapa bulan ini, pemerintah dah mula bergerak nak sejukkan hari rakyat.
Mereka dah mula nak bezakan antara rakyat Singapore dengan FT, sebab satu komplen besar ialah mudahnya FT ini nak dapat PR (permanent residency).
Jadi sekarang jika FT masukkan anak ke sekolah atau hospital, mereka kena bayar lebih. Kalau tidak, kata orang Singapore, buat apa kami jadi rakyat? Bayar cukai lebih daripada mereka? What's the advantage of citizenship if they pay the same price as us at schools and hospitals?
Dan undang-undang diperketatkan: Jika nak ada pekerja asing di syarikat anda, mesti kena ada dulu pekerja tempatan - saya lupa rationya.
Misalnya (misalan saja, sebab saya lupa) - Kamu mesti ada lima pekerja tempatan sebelum boleh mengambil dua pekerja asing.
Dan menteri kini dah guna macam-macam perkataan nak pujuk (baca komen orang marah di bawah cerita Lee Kuan Yew ini) orang Singapork supaya menerima FT ini.
Bahawa mereka perlu untuk pertumbuhan ekonomi, kami semua pun kan kaum pendatang (bukan aku, oi! Aku anak Nusantara! Pribumi) seperti mereka.
Bila ada pesta warga asing ini, menteri akan visit dan pujuk mereka supaya jangan lari pula.
Saya fahamlah kekhuatiran pemerintah. Saya faham kenapa kena ambil warga asing yang berkemahiran.
Yang saya dan ramai tak faham kenapa blue collar workers pun semua golongan ini juga.
TIGA KES FT
Yang orang lagi marah ini adalah sebab tiga kes yang heboh diperkatakan di sana sini.
1) Beberapa FT dari Sarawak (buruh kasar) mengamuk dan merompak FT dari India minggu lalu. Satu mati. Sini dan sini.
2) FT dari Switzerland dan FT dari Britain spray paint graffiti di sebuah train MRT di sini. Mereka masuk depot MRT (kawasan larangan) lalu buat grafiti. Jadi isu hot. Sini dan sini (ada video MRT yang kena spray graffiti).
Dah mula pun rakyat Singapore berbisik - kan aku dah kata, FT ni tak bagus.
3) Lepas tu, minggu lalu, team table tennis Singapore menang PIALA DUNIA! Juga di sini (kamu lihat nama-nama pemain Singapore).
Team wanita Singapore kalahkan team China. Mak datok.
Tapi lepas tu ramai orang berbisik - 'Auntie hor, the so-called Singaporeans in the team are actually players from China who became Singapore citizens under a sports programme to bring FT into sports.'
'It is like China Team B beating China Team A. Not Singapore beat China, hor'.
Dah jadi cerita di media - orang kena pujuk - tolonglah terima mereka ini sebagai 100 peratus rakyat Singapore.
Apapun, tentunya pemerintah prihatin akan bertindak nak kekang kemarahan mengenai FT ini.
Singapore di awal 2012 mesti ada pilihanraya, brader.
Mereka takut dengan kemarahan rakyat.
Ini dah gerenti jadi satu isu utama dalam pilihanraya.
Hidup demokrasi!
Kicap Mejik Cantik Cap Berok Hensem..
8 minutes ago



12 comments:
Rem;
Saya terbaca transkrip antara LKY dan Mark Jacobson dari National Geographic..
Saya tertarik dengan jawapan beliau..
Q: “You have a lot of countries running around claiming they’re nations. You don’t think they really are nations?”
Mr Lee: “Well, we make them say the national pledge and sing the national anthem but suppose we have a famine, will your Malay neighbour give you the last few grains of rice or will she share it with her family or fellow Muslim or vice versa?”
Apa yang tersirat dari jawaban beliau ni..
Sdra Rem
It's simply social engineering gone awry.
P/s
By the look of it your days with ST may be numbered.
Dia orang tak bising ke you dok asyik perli je keadaan dan dan suasana di Tumasik? Mata swasta ( private eye) mesti tengah jeling jeling dan selak selak blog you!
Anon 0030,
oi, kamu nak cucuk saya ya.
betullah jawapan beliau. yg kamu nak kasi makan orang lain dulu buat apa? semua orang akan kongsi dgn geng sendiri dulu.
yg saya terkilan sebab beliau tak kata - jika orang cina pun, dia nak kongsi ke dengan orang melayu kalau ada famine? atau dgn bangsa dia saja?
kalau ada famine, tentunya kita kasi makan keluarga dulu, lepas tu sanak saudara, lepas tu kaum yg rapat, lepas tu baru neighbour lain. kan manusia semua gitu.
JohorMali,
saya rasa anda silap.
saya dah beberapa kali kata - ada kebebasan bersuara di spore, bukan tak ada. mereka tahu orang marah isu FT ini dan mereka mahu feedback.
saya hanya beri feedback, mereka akan terima.
yg mereka tak terima ialah 'campaign journalism' atau 'campaigning' for an issue. misalnya saya asyik tulis tentang isu ni di blog saya. ah, itu cari pasal, sebab akan mereka kata jika kamu nak sangat cerita pasal politik, masuklah ke arena politik. biar rakyat dapat mengundi kamu atau terus pilih kami.
jadi anak jantan, jadi politician. masuk atau buka parti, jangan hanya bising-bising kat luar.
Beza LKY dgn Najibullah. (Najib hamba Allah, bukan Pres Afghan dulu yg tah apa dah jadi pdnya).
LKY is tumpol (blunt), says what he means and means what he says. Di Msia ni suka main layang layang. Antara kepolan asap tengok mana arah angin tiop (send smoke signals la tu) Announce sesuatu, tengok reaksi rakyat jelata. Bila idea tak ditermina flop flip flop. Buat muka tak tahu. Two different schools of politics. Ada baik ada burok.
Terima la seadanya. Kalau tak suka, kuasa memangkah di jari sendiri. Campaign journalism has its merits. Kalau rakyat tak der cara lain nak lawan kuasa liputan SBC (read RTM, Media Prima); nak guna jalan lain. Tapi fakta mesti betol. Tu tabik LKY tu..
"oi, kamu nak cucuk saya ya."
He he..
There is always two sides of a coin..
Seorang apologis macam Rem akan cuba justify dengan apa yang dilakukan oleh pemimpinnya dan seorang skeptic/pengkiritik seperti saya akan cuba melhat dari sudut yang berlainan pula.Cara penglihatan lazimnya datang dari pengalaman yang dilalui.Mungkin Rem dan saya mengalami kehidupan yang berbeza dan pengalaman ni mencorakkan mindset kita.
Bagi mata seorang pengkritis, komen LKY hanya memperlihatkan mindset LKY terhadap orang Melayu dan mindset sebeginilah yang mencorakkan pentadbiran beliau, good or bad .
Rem pernah ingat polisi 'stop at two' dimana rakyat Singapura digalakkan supaya beranak tidak melebehi dari dua orang pada tahun sekitar 70an dulu kerana dikhuatiri Singapura kelak disebabkan saiz yang kecil tidak dapat menampung dengan jumlah penduduk yang ramai..
Saya masih ingat ketika itu saya bersekolah rendah dan mempunyai 5 adik-beradik yang masih kecil.Sewaktu itu ibu saya tengah mengandung anak yang keenam. Ketika inilah diwar-war kempen 'stop at two'. Apa yang telah terjadi pada keluarga saya?
Arwah ayah saya hanyalah seorang buruh kasar dan tidak mempunyai didikan agama yang tinggi dan juga tidak berpelajaran. Pada satu hari ayah dan ibu saya telah keluar rumah dan beberapa jam kemudian mereka kembali . Yang saya pasti perut ibu saya telah kembali kempis dan dari perbualan ibu dengan jiran-jirannya, saya pasti ibu saya telah mengugurkan kandungan beliau.
Saya tak salahkan mereka kerana keadaan memaksa mereka membuat sedemikian.
Setelah saya bertambah matang, saya berpendapat polisi ni berkemungkinan diadakan untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk orang melayu di Singapura kerana lazimnya orang Melayu mempunyai anak yang ramai.
Bila polisi FT diadakan, yang banyak ambil kesempatan adalah warga dari negara Cina. Logikke seorang tukar urut reflxology yang juga membuat "kerja sampingan" (faham-fahamlah maksud saya!) lain senang diberikan PR dan kemudiannya diberikan kerakyatan.?
Seorang skeptik seperti saya melihatnya sebagai satu cara nak menambah orang Cina di Singapura, bukanke begitu?
Salam,
Debat macam ni saya suka, fakta vs. fakta, pengalaman & perspektif sendiri vs. pengalaman org lain & perspektif orang lain. Baru minda berkembang.
Tapi bukan jadi batu api.
Timur Tengah - Doha, State of Qatar
topik ni bagus bro... ada sesuatu didalam isu ni, LKY dah bertindak dulu . hehehe pintar dia tu main peranan as adviser...
...adioss....
Anon 2325,
saya apologis utk lky dan pemerintah spore tu betul. sama juga saya apologis utk kerajaan mahathir.
sebab kedua-duanya, pada saya, lebih banyak menaikkan taraf hidup manusia, drpd merosakkan.
saya suka cerita dgn anak-anak bahawa dulu bapa kamu tinggal di kampung di west coast rd, ada SATU jamban atas sungai utk empat buah rumah, 15-20 orang (rumah di kampung, arwah bapa sewa). kalau ada orang, kena lari masuk semak. kadang peak hours, terserempak orang lain dlm semak! nasib baik aku masih budak kecik dulu, yg malu si orang tua.
skrg setiap flat di spore ada dua toilet. anak melayu (ramai lingkungan umur 30-60thn) ada kereta. kat spore ni kalau ada kereta, jenis apa pun, dah kira 'terror' sebab mahal nak bela kereta kat spore.
di msia pula, apabila saya sampai KL 1994, mak oi. melayu naik beemer, merc, pajero dan isuzu trooper. rumah ada pool, pandai tadbir negara (kalau bodoh takkan msia maju!), pandai buat projek (some of them! others pandai jual projek, rupanya).
banggalah saya.
apapun, saya pun tak mahu bohong, jadi point anda yg last paragraph tu pun betul. character negara spore akan dikekal kecinaannya. sebab itu ramai indonesia chinese dan msian chinese masuk, pemerintah spore syiok.
ditambah drpd china dan hk.
sebab tu kadang saya tak faham kenapa melayu msia ni kadang2 apologetic sangat negara msia ni sebuah negara melayu. kenapa kita tak percaya dgn eugenics ke? kahkahkah. wah mampos perang dayak aku kata gini.
kamu google perkataan itu.
Salam Rem
Rem Apologis? Ai! macam2 siRusa ni kena label (tak pe Rem nak cari pahala bukan senang). Mari berdiskusi untuk membuka minda dan ambil ikhtibar. Bahayanya kalau anak2 kita dimomokkan benda2 negative tanpa penerangan & nasihat.
Anon 23:35
Siasat dgn mak & bapak. Pada kebanyakan Melayu/Islam ni walaupun susah anak tu rezki. Tahun2 70's/80's/90' mereka2 ni berusaha tidak mengharap belas org. Setahu saya pantai Changi masa tu takda penghuni. Harap 'no offence' to anybody. As a whole Melayu zaman itu hv proven themselves.
70/80's slogan 'Stop at 2' is NOT a compulsion. Bestnya gomen boleh kasi $10k kalau ligate after 2nd delivery. Besar tau 10K in the 80s. First 2 child ada subsidy anak seterusnya NO hospital subsidy, thats all, tak ada discrimination/pressure frm gomen. Sebab ada org mampu/sanggup dan tak peduli slogan tu (dare I say the Malays?) by 90s jadi - 'Stop at 2 but have more if you can afford it'.
Yg siapa2 dulu TIDAK 'Stop at 2' dapat tax relief in the 90s. Saya tak bayar tax selama 10thn.
Tapi yg herannya skrang tak ada restrictions pun (digalakkan procreate lagi!) apasal budak2 skrang takut nak ada anak lebih. Padahal gomen kasi banyak gula2 supaya procreate. Ada org Melayu tu umur 40s nak terminate early pregnancy
(pasal dah penat) kena lecture doktor habis2an terus tak jadi. Dok kata govmt. directive.
LKY & PAP ni kalau polisi ada kelemahan lekas ditangani dan takda siapa berani nak perli2. Kita ni pula jgnlah takut dgn bayang2 itu saja.
Singapork ni kira baru lah bagi saya. 18 tahun kat Temasek, kitorang tak berani panggil negeri ni yang bukan-bukan!
eugenics -- tak pernah ambik pusing perkataan ni.. tapi ikut saranan Rem saya google eugenics dan stumble dengan ni..
Heavy Stuff indeed..
"If truth be told, the PAP's neglect of the poor stems directly from Lee Kuan Yew's personal philosophy. In 1967, the Minister Mentor said that every society has approximately 5 percent of the population:
who are more than ordinarily endowed physically and mentally and in whom we must extend our limited and slender resources in order that they will provide that yeast, that ferment, that catalyst in our society which alone will ensure that Singapore shall maintain its pre-eminent place in the societies that exist in South and Southeast Asia.
Lee repeated his ideas in 1969, this time even more forcefully:
Free education and subsidised housing lead to a situation where the less economically productive people in the community are reproducing themselves at rates higher than the rest. This will increase the total population of less productive people. Our problem is how to devise a system of disincentives, so that the irresponsible, the social delinquents, do not believe that all they have to do is to produce their children and the government then owes them and their children sufficient food, medicine, housing, education and jobs...We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two. We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic.
The Minister Mentor, then Senior Minister, made this point again in 1993:
Singaporeans will not become successful and prosperous by talking and concentrating on dividing the pie. Our journalists write about who are the poor. Give them some money. If he can't study because he's too busy helping his father, we must look after his father and him. We are concentrating on our navels!
One of his faithful ministers, the late S Rajaratnam, echoed his sentiment by sneering, "We want to teach people the government is not a rich uncle. You get what you pay for. We are moving in the direction of making people pay for everything."
Sapa yang dikatakan sebagai "physically, intellectually and culturally anaemic" tu..
Sekarang ni saya faham kenapa polisi "Stop at Two' diadakan dan kenapa polisi FT diadakan.
Kalaulah keluarga ayah saya (buruh kasar + minah kilang) dikategorikan dilabelkan sebagai "physically, intellectually and culturally anaemic" dan seelok-eloknya dikasikan (neutered) mengikut polisi ini.
Hakikatnya ni keluarga "anaemic" ni telah melahirkan seorang sarjana, seorang siswazah dan dua orang yang berkelulusan diploma.Kira hebatlah dalam keadaan serba kekurangan dan ditambah bebanan yang perlu ditanggung akibat polisi pemerintah.
Saya rasa walaupun hidup dalam kekurangan, arwah ayah saya menekankan pelajaran. Untuk itu , saya bersyukur mempunyai ayah seperti tu. Terima Kasih Ayah dan alfatihah untuk Ayah.Kalau tidak saya akan kekal jadi buruh kasar dan bini saya mungkin pula minah kilang.
Tok Rocky,
label 'singapork' ni bukan saya yang mula gunakan, tapi kluangman! heehee.
apabila beliau komen gunakan perkataan ni kira-kira sebulan lalu, saya rasa 'eh, very apt indeed'.
pork is a very nice, tasty meat (people say) and yet to some others it is an animal that they won't even touch. hate even.
macam temasek darul FT lah.
saya tak kecil hati orang nak panggil negara saya apa pun. sebab tu saya dah adapt.
Anon,
ha! baru hang faham eugenics.
yg percaya dgn eugenics ni dulu termasuk hitler sebab tu jadi 'the final solution' beb. buat susah orang palesin akhirnya.
Blue ar moire (blue ah moi?): kamu ni jantan ke pompuan?
tx for the explanation.
not easy to run a country as u can see. spore started 'stop at two' when it was poor. now it has the opposite 'have three or more, if you can afford it'.
ada makna tu.
Post a Comment