Monday, 7 June 2010

Rusa nak masuk kampung! Ke KB & KT

Minggu ini ada dua event yang saya diarahkan membuat liputan.
Rusa Geylang betul-betul nak masuk kampung.


1) Muktamar tahunan PAS, di Kota Baru, 9-13 June.

Dah lama tak tulis tentang parti Islam terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau ini.
PAS, dengan 800,000 hingga 1juta ahli, lebih besar daripada parti politik Islam di Indonesia - Tiga Pay (PPP) dan Pay Ka Bey  (PKB, bekas parti Gus Dur).
Tapi mungkin kurang keanggotaan dari Pay Ka Es (PKS) di Indonesia.

Sekarang ni PAS dalam Pakatan Rakyat, tapi pada saya ia dianaktirikan dalam alliance ini. Walau ia jauh lebih ramai ahli, banyak wang dan lebih teratur daripada DAP dan PKR, ia juga paling lemah (pandangan peribadi) dalam membentangkan isu.

Ia begitu mengharap mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India, pada saya, sehingga mengabaikan perjuangan Islamnya. Atau apa yang dikatakan Islam dulu kala.

Misalnya, saya sering bertanya - apa itu isu 'kafir mengkafir'? Kan sebab Hadi Awang kata Umno anak haram sebab bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dan MIC. Orang kafir.
Tapi kini dah terbalik. PAS tak mahu langsung berbuat baik dengan sesama Melayu Muslim Umno. Lebih baik berdakapan dengan yang disebut 'kafir' dulu dan Melayu suka togok dan berlumba kuda.

Saya sokong PAS kerana menentang judi sukan (sports betting), tapi kenapa pula tak berkeras lawan jualan minum keras di Selangor dan Penang?
Kenapa pula tak push untuk haramkan kedai perjudian di Selangor dan Penang?

Jadi saya nak dengar perwakilan muktamar ni, sebab mungkin saya terpesong - mungkin ahli PAS rela ini semua berlaku asal dapat berkuasa di Putrajaya; lepas tu baru nak 'Islamkan' kerajaan Khalid Ibrahim, Guan Eng; nak Islamkan pemahaman pengundi Cina dan India.


2) Perhimpunan 'Mei 13', di Kuala Terengganu, 14 Jun.

Dianjurkan oleh Ibrahim Ali dan rakan-rakan.
Dr Mahathir Mohamad akan berucap.
Pada saya Perkasa dan kumpulan Melayu ini adalah NGO dan pressure group, sama seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong.
Memperjuangkan hasrat dan cita-cita bangsa sendiri.
Lantang bersuara, kadang kita muak pun. Sama macam kita muak dengan Hindraf dan Dong dong dong ini.
Tapi Perkasa tak kisah dimaki dan dicemuh oleh website pembangkang Malaysiakini dan Insider.
Yang hairan - apabila Perkasa buka mulut kena cemuh oleh website-website berita. Tapi bila Hindraf dan Dong buat kecoh, disokong pula sebagai hak asasi. Tak tahulah aku.

Cuma masalah besar Perkasa ialah yang di depan ialah si Ibrahim Ali atau Tok Him, orang yang bukan petah memberi hujah dengan baik.
Inilah kelemahan kumpulan-kumpulan Melayu - baik PAS atau Perkasa dan yang lain (pandangan peribadi lagi).
Di persada dunia pun gitu - kita semua pakai emo nak bentang isu Palestin dan Islam.
Tak ada intelektual yang bijak dan credible mengenengahkan kepada umum dengan ilmiah dan data apa yang kamu mahu dan kenapa kamu kata begitu.
Pakai hentam kromo, maka semua jadi bodoh. Maaf kata.


Saya beritahu rusa nak masuk kampung, bukan apa.
Jika ada rakan-rakan pembaca blog ini yang ada di sana pada masa itu - Sila email saya phone anda, Insya Allah saya contact, kita boleh minum teh dan makan canai. Anda belanja.
Kalau nak dengar cerita-cerita off-the-record boleh saya kongsi. Saya pun nak feedback tentang apa citer kat Malaysia tu.

Jangan segan jika kamu SB pun. Pada saya SB hanya menjalankan tugas. Susah jadi polis ni sebab orang selalu hina, tapi saya tabik mereka sebab jaga keamanan untuk semua. Cuma tolong perkenalkan diri, jangan bohong.

Agar sesi dengan polis, dan sesi dengan "peminat" (oi, perasaan!) dipisahkan.

OK tuan/puan, ustaz/datin, sila email saya.

10 comments:

peja said...

errr... salam! kalu datang kb bleh call saya. stakat nak bawak makan2 tempat famous kat sini buleh ler. 019-9319227

terc said...

Dua-dua program di Pantai Timur... Kalau Rem singgah di Pantai Barat boleh juga TTS

kluangman said...

Saya ada di KB pada tempoh tu, tapi diri terasa terlalu kecil untuk dok nak bersembang bab tinggi tinggi, kena belanja pulak tu.. :} Elok jumpa peja orang KB, dia leh ghoyak lebih deh..

JohorMali said...

Sdra Rem
Nak kata you ni naive you ni orang hebat. Maklumlah pernah kerja pelbagai ajensi berita global jadi pemikirannpun global jugak 

Bukan apa, hanya komen you nak cari seorang politician Malaysia yang intellectual, bersih, jujur, petah cakap Mat Salleh, saya rasa macam nak cari jarum dalam 'haystack' (Melayunya apa ah!). 

Cuba lihat semua ahli politik Malaysia la ni, baiik dari BN ke, PAS, DAP, PKR ,dll kalau tak pandai 'play to the gallery' atau   'expediency of popularity' tak kemana lah jawabnya.

Ibrahim Ali mungkin tak intelligent tapi lebih cerdik dan cunning dari kita. If the ends justify the means, apa nak kisah sangat.
Zainudin Maidin mungkin bertarabur cakap orang putih, tapi mata pena nya tajam sejak you belum baligh lagi.

 I always  harbour a wish that there exist a Malay Harry Lee,(intelligent, cerdik and cunning) but then again multi states in Malaysia is not like a one state nation like yours. Each problem whenever arises and the need to solve it is compounded by the fact that one man's meat is another man's poison.  

Shamsul Yunos said...

JOKE OF THE DAY: Haris Ibrahim thinks Pakatan can produce a fair and balanced newspaper....

Read all about it HERE

remgold said...

Shamsul,
sad to say that won't happen in Malaysia, whoever is in power.
we can see how kini insider freemsiatoday harakah are just as manipulated as the mainstream media.
don't worry. we in spore understand the game v well! a fair and balanced paper is non existence in spore either. kahkahkah.

johor mali,
yeah susah sebab politikus msia kena main politik jika tidak tak akan maju dan dapat sokongan.
di spore tak payah main politik sebab pembangkang semua dah kena picit sampai kemek. tak ada suara.

masa di negara asing minggu lalu, saya ditanya kenapa spore banyak nah undang2.
saya kata kami ni macam burung. we live in a golden cage, we get food 3x a day, aircon cage, bed of diamonds. but the cage's door is locked. we can see those free birds flying freely outside the cage, but they're hungry birds - can chirp loudly but no food and no bed of diamonds and aircon comfort.
one man's poison is indeed another's meat.

soldier of fortune said...

Ha..
Timing sudah cukup bagus.. beli jersey world cup replica banyak2 kat RP.

Bluearmoire said...

Salam Rem
Selamat bertugas. Nak tengok juga siRusa bersamping dan bertanjak pula. Keris? Optional. Mesti dia cakap 'saya bertugas .......' Tak apa, posing kat Istana ke atau creativelah sikit. He he he buat kenangan Rem.
JohorMali - Intelligent, cerdik and cunning
Rasenyelah (jgn melenting) - KJ yg perlu ditarbiyah.
Lagi satu Zaid Ibrahim (so farlah quite clean)

Bluearmoire said...

Salam Rem
Nak comment latest n3 kat Ninot Aziz, kena signup google acct. pulak. Malas nak isi kotak2 kosong. Anyway tumpang kat yr blog OK. Kalau tak suka lain kali tak buat lagi.

Ninot - Munkin belum masanya atau salah caranya.

Nak makan kurma muda kuning yg kelat pula lebih kurang sama dgn masaalah dunia - Mesti ada ILMU & be prepared. Kalau tak takkan dijual kan. Mulakan dari pangkal makan sampai habis. Its an acquired taste. Crunchy & sweet. Cubalah. Saya siapkan gula & tuala dulu.
Thank you Rem.

ninotaziz said...

Saudara Bluearmoire,

Terimakasih di atas dorongan dan maksud tersirat.