Saturday, 26 June 2010

Sultan Johor mahu projek jambatan dipertimbang semula

Saya di JB pagi tadi (7.30pg dah sampai!) apabila Sultan Ibrahim Ismail menitahkan bahawa kerajaan persekutuan harus menimbangkan semula projek Jambatan di tambak Johor.
Tuanku tidak menjelaskan sama ada mahukan jambatan 'bengkok' atau jambatan penuh dengan Singapura.
Beliau menitahkan demikian semasa melancarkan JB Sentral, pusat pengangkutan keretapi-bas di tepi CIQ Johor (Bangunan Sultan Iskandar).
Hadir di majlis di tingkat 3 JB Sentral itu ialah Timbalan PM Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Abdul Ghani Othman.

Selepas pelancaran, Sultan Johor turun ke bawah pandu sendiri keretapi Blue Tiger KTM ke Kulai.
Saya tak ikut naik train tapi berkereta dengan wartawan lain. Selepas terlajak dan sesat beberapa kali, dapat juga kami berjumpa Kampung Pertanian di Kulaijaya.
Mesra rakyat ialah yang dibisikkan oleh rakyat Johor yang sempat saya interview.
Bertemasya satu kampung di situ, dengan gerai-gerai dan ramai orang di sana.
Tuanku membawa sultanah dan juga anakandanya semua.
Mereka kemudian naik Blue Tiger dan terus ke Kluang, untuk bermalam di sana.
Esok/Ahad, rombongan akan ke Segamat dalam upacara Kembara Mahkota 2010. Program dimulakan tahun 2001 lagi, dengan menaiki Harley beramai-ramai dulu.

Dulu PAS dan Hassan Ali ada program serupa di Selangor. Ceramah lepas tu 'tidur bersama rakyat'.
Dan Pemuda Umno dulu ada program 'Pemuda masuk kampung'.
Ada lagi tak?

8 comments:

Poli Tikos said...

OK, dah amek bahagian dlm konboi, saya teringin benar nak Rem luahkan isi hati sebenar tentang perkara ini. Lain sket dari MSM sudah tentunya.

I think kalau beriya pon nak jambatan ni, work with Singapore, dapatkan persetujuan. Kan kedua kepala negara sehaluan, bukan mcm dulu! (Rem pon pernah menghuraikan hal ini satu masa dulu on why Spore tak mahu crooked scenic da di dah...)

Satu lagi, Down Under kat Ostolia, PM disingkir oleh ahli parti sendiri. Teringat perkara yg hampir sama pernah hampir berlaku di Msia satu masa dulu. Misti ada pengajaran yang dapat kita ambil dari cara org Kapir berpolitik. When your time is up, for God's sakes, go!!! he he, tiada kene mengene dgn memaner makhlok idop maupon mati..and we are not just talking about the MIC ok!!!

melon. said...

yeah. way to go johor!

kluangman said...

Lesen judi bola yang dibatalkan atas dasar suara majoriti yang dibisikkan kepada Najib telah digunapakai dalam membuat sesuatu 'dasar dan keputusan' yang belum dimoktamadkan.

Tetapi saya tidak melihatnya secara total bahawa pembatalan itu atas dasar suara majoriti tetapi lebih kepada ketiadaan kekuatan kerajaan sendiri untuk mempertahan dan meneruskannya. Kerajaan tidak ada 'tokoh' dan 'good speaker'. Ketua Pemuda dan bekas bekas Ketua Pemuda ada tersisisp di pinggang hanya sarong keris.

Pembatalan itu juga dibuat atas signifikan kemasukan 50 ulama ke dalam UMNO untuk 'mencantikkannya' lagi.

Apakah jambatan ini juga akan menggunapakai suara majoriti dalam kerajaan membuat keputusan atau 'wajib' membuatnya jika mahu Johor terselamat dari pembangkang di PRU13 nanti?

Ummie said...

Just back from S'pore.
While crossing the Causeway, we were talking about the possibility of the bridge building being suspended based on the current Johor scenario. And then, you write about it.
What a coincidence!

CodeNameSomaliPirate said...

Salam bro.

Masih ingat lagi perang mulut Nazri (the Outspoken)Aziz dengan Tun Dr M. Nazri kata rakyat johor menentang. sekarang Sultan Johor kata rakyat johor mahukannya.

Nak tunggu komen Nazri kepada Sultan Johor. Kalau Nazri ada telor, jawapla...

Pro Demo said...

Take a poll la dulu baru tahu kesohehan claim sokong tak sokong. Level playing field dengan membenarkan semua pihak - MSM, Media Prima, RTM, Bloggers pro or anti, Harakah, SK, SHarian, paper melayu cina india (kan kita 1M bukan akuM!)kempen selama satu minggu ala referendum atas perkara penting nih..baru la DEMOKRASI namanya.

remgold said...

Pro Demo,
memang nampak cantik jika ada suara pungutan semua rakyat (referendum) dlm sesuatu isu penting.
tak bagaimana nak lakukannya? kosnya berapa?
semua orang kena line-up macam nak mengundi ke? (ada 11juta pengundi!) nak diberi hari cuti umum? syarikat rugi!

nak buat cara undi internet belum ada sistemnya (di mana pun di dunia) dan orang kampung tak ada internet.

lepas tu, ada masalah lain - nanti setiap isu orang minta referendum.
where do we stop?
- lesen judi? nak referendum?
- bina 7highways baru (Rancangan Malaysia ke10). referendum?
- tanah ktm di spore?
- gst?
- perak harus adakan undi semula?
- kurangkan subsidi minyak?
- nak bina masjid besar di putrajaya?
- harga teksi harus naik?
- rosmah harus set rambut kerinting?
- kucing najib harus warna hitam, bukan oren?
- siti harus dibenarkan bayar rm65k untuk plate kereta 'kct1'.
- amy harus kawin lagi?
- norman-memey kawin saja?

kalau dah mula, nanti susah nak stop brader!
so how?

Hari Hari Mauuu..! said...

ha ha, tu argument against referendum, susah dan kos tinggi kan?
Yang ada Hamba Allah tu dgn senang senang jer kata rakyat nak - mana referendumnya? Tok Nujum ker yg tahu isi hati jelata yg bagi kain pelikat sehelai, jamu makan nasi ambang, duit poket 50 hengget cium tangan (tu pon tak tengok mata) dan kata jelata mahu. Siapa sebenarnya mau ni?

Hai susah susah susah. At least Kerajaan 5 tahun sekali ada referendum (discounting segala kepincangan dgn sistem seida ada)