Monday, 26 July 2010

BRIC, BRIIC, STINC & wang pelaburan

Kalau nak terkenal, mesti pandai cipta sesuatu. Tapi bukan saja cipta barangan yang manusia berebut nak pakai - baik iPad atau suicide vest.
Kadang-kadang kita letak satu label saja, sampai bila orang pakai atau keji.
Misalnya, 1Malaysia atau OneIsrael.
Islam Hadhari atau Membangun Bersama Islam-DAP.


Di dalam bidang kewangan, dulu Malaysia dikenali sebagai salah satu daripada "ekonomi harimau". Tiger economies.
Tiger lain ialah Singapore, Thailand, Korea Selatan dan Taiwan. Mungkin juga Indonesia dan Hong Kong.
Lepas tu semua lingkup kena krisis kewangan 1998-99.

Tak lama dulu, investment bank terkemuka Goldman Sach memperkenalkan satu label yang menjadi sangat popular. Mereka cadangakan pelaburan dalam "BRIC countries".
Brazil, Russia, India dan China.
Kini jika anda dengar orang pelaburan cerita, mereka suka gunakan label ini.
Dan kerana Indonesia pun sedang naik ekonominya, dia pun nak masuk dan tambah jadi BRIIC countries.

Baru-baru ini pula, pengurus dana Jon Markman kasi label baru.
Melaburlah di STINC countries, katanya.
Singapore, Thailand, Turkey, Indonesia dan Chile.

Ini argument beliau.

Maaf, Malaysia tak disenaraikan.
Sekali lagi saya ulang. Ini bukan kerana gaduh tentang Perkasa, Umno-PAS, siapa curi pasir di Selangor, kenapa kita bising Teoh Beng Hock mati tapi bukan anggota tentera yang dilanggar drebar Tian Chua.


Isu begitu peningkan kepala pelabur juga, tapi tak seberat isu-isu ini:


1. Ilmu bukan yang dikehendaki industri.
Malaysia tak disenaraikan, dan pelaburan asing menurun dengan mendadak kerana sistem pelajaran yang sampai sekarang pincang - pelajar universiti dan IPTS/IPTA bukan yang dikehendaki industri.
Jika saya nak buat kilang teknologi, saya nak engineer dan ahli perkomputeran, bukan pelajar yang ada degree agama atau sastera. Saya nak yang pandai bertutur bahasa Inggeris, bukan Melayu dan Arab.
Saya terperanjat ada skim baru dimulakan - skim melatih graduan. Ai! Baru keluar universiti nak ditraining lagi? Maknanya kamu bodoh sakanlah, tak boleh dapat kerja; nak kena habiskan duit rakyat lagi nak training enam bulan.
Most of them are from, maaf kata, IPTA.

2. Gaji yang rendah.
Dulu pekerja Malaysia gajinya rendah berbanding Singapore. Jadi kilang di Singapore ditutup dan masuk Malaysia (Johor, Melaka, Selangor, KL, Penang).
Kini gaji Malaysia tinggi dibanding dengan China, India, Vietnam dan Indonesia.
Sekarang kalau factory Malaysia tak pakai pekerja asing, susah nak untung sebab pekerja tempatan - memang hak mereka - nak gaji tinggi.
Kalau gaji tak RM800, dah tak mahu kerja. Saya setuju tu.
Masalahnya ialah pekerja di China dan India, gajinya ialah RM200 sebulan.

3. Ekonomi dah matang.
Dulu zaman Mahathir - lewat 1980an hingga akhir 1990an, ekonomi Malaysia masih nak naik.
Banyak infra - jalanraya, pelabuhan, perumahan, bandar baru, airport sedang nak dibuat.
Dan warga Malaysia ramai masih 'miskin' dan dahagakan life in the middle-class.
Mereka nak beli kereta dan rumah, makan di luar yang enak dan mahal, nak beli komputer dan aircon, pakaian cantik. Nak shopping di mall besar dan sejuk.

Jadi saya boleh buat macam-macam kilang nak supply barangan construction, kereta, makanan.
Kini dah standard - middle-class di Malaysia ramai dah ada dua kereta, rumah kondo atau teres. Di kampung pun boleh dikatakan semua dah ada jalan cantik, ada lampu. Dan mereka ada motorsikal jika tidak kereta pun.
Tapi lihat! Di China, India, Indonesia - masih ramai yang dahagakan barangan middle-class ini.
Baik saya buka kilang di sana. Supply barangan construction, pakaian, PC dan kereta. BMW paling bullish di China, bukan di Malaysia atau Singapore atau Amerika pun!

4. Singapore ada high-quality education, regional centre.
Tapi jika betul factory dibuka ikut middle-class needs dan gaji rendah, kenapa pulak Singapork ni terus popular? Dan terus menarik FDI?
Kamu terima atau tidak, reputation Singapore sebagai regional business centre dan regional finance centre terserlah.  
Pelabuhannya yang paling sibuk di dunia - kamu nak hantar barang ke mana pun, boleh hantar direct dari sini (bukan dari Port Klang atau Tanjung Periok di Jawa).
Saya pusing kat mana pun di dunia ini, orang mungkin kutuk pemerintah Singapore kerana kawal media dan freedom of speech, tapi puji nak rak infra dan kedudukannya sebagai regional centre.
Untuk orang business, mereka tak kisah ada corruption ke tidak - China dan India lebih teruk lagi corruptionnya dari Malaysia.
Di India ada parti Hindu extreme BJP, lebih teruk dari *Perkasa.
Di China tak boleh cakap politik pun, sehingga Google pun pening.
Tapi pelabur omputeh ni jika boleh buat duit, kisah apa dia!

Sebab tu jangan mudah terpedaya jika orang kata FDI Malaysia jatuh teruk sebab Perkasa, dan zaman Mahathir bodoh, mahupun kes Anwar liwat lagi.
It's about whether big business can make big money in your country.
Selagi stabil - tak kecoh membunuh tiap hari macam di setengah negara Afrika atau di Afghanistan- OK what! Can make money!
Maaf, saya silap. Kat Afghanistan dan Iraq tu - bom meletup tiap hari pun, sebab boleh buat big business, banyak company masuk! They don't give a hoot about Sunni, Syiah, or *deaths in police detention, or Abu Ghraib.

(*Ini bukan bermakna saya sokong Perkasa dan gengster yang sewaktu dengannya seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong, dan mahu lihat pembunuhan beramai-ramai dalam balai polis. Tapi untuk pelabur, ini semua background noise. Nice not to have these ugly noises, but bottomline tetap sama: Can I make big money despite these issues? if so, who cares about them!)

Kamu nak lihat sendiri Singapore tu regional biz centre?
Cuba naik pesawat 6pagi -10pagi setiap hari bekerja yang menuju KL, Penang dan Jakarta.
Flight penuh dengan people with business suits, beb. Naik SIA, MAS dan Garuda serta yang mahal lah (JAL, Lufthansa, Emirates, Qantas), bukan airlines yang pekak seperti Firefly atau Jetstar yang saya kerap naik!
Tanya orang hotel di KL, Penang, Jakarta dan Medan - yang penuhi hotel di bandar ini, jika mereka BUKAN tourist dari mana mereka datang? Bukan negara asal mereka, tapi mereka masuk sini dari mana?

Mereka datang Malaysia dan Indonesia, buat biz 2-5hari.
Pada Jumaat malam dan Sabtu pagi, kamu naik pesawat pula dari KL, Penang dan Jakarta ke Singapore. Omputeh dan ah moi biz suits ni semua pulang ke HQ dan rumah mereka di Singapork Darul Bah.


Itulah yang harus difikirkan kembali oleh Malaysia jika nak masuk BRIIC atau STINC ini.
Bagaimana nak pikat pelaburan.
Bukan bagaimana nak terus kekal berkuasa, atau nak tawan Putrajaya. Gaduh saban hari tentang isu politik.
Tapi terpulang, pak.
Baca sekali lagi investment stories yang diceritakan oleh Markman tentang negara-negara STINC itu.
Bottomline: So Malaysia, what is your investment story?


 -------------------------------------------

TAMBAHAN PAGI

Malaysia ada 20 universiti awam, IPTA. Dan 26 kolej-uni privet, IPTS.
Graduannya setahun ialah 100,000 dari IPTA dan 80,000 dari IPTS.
Menurut pakar, graduan IPTS ni mudah dapat kerja sebab, antara lain, ilmu yang diajar relevan untuk industri dan mereka boleh bertutur Inggeris.
Di uni anak jantan saya dulu (sekarang beliau di Sinkapore dalam National Service, tak sempat belajar sampai habis), rakan-rakannya belum habis belajar engineering course lagi dah ada syarikat melamar. Gaji RM2,000 ke atas pun ada.
Graduan IPTA pula, maaf kata, ramai saya dah jumpa. Bukan mereka bodoh, jauh sekali. Tapi mereka tak pandai bertutur Inggeris, jadi syarikat nak ambil masuk pun susah. Saya kenal ramai graduan Melayu anak rakan-rakan, terpaksa mereka masuk sektor kerajaan.
Anak saudara saya di Penang untung sekali. Selalu top dalam kelasnya di sekolah kampung di Seberang Perai, kini dah masuk Intel! On the way up. Dulu minah kampung ni cakap dengan saya bahasa Penang P.Ramlee. Kini dah campur slang omputeh.
Saya pandang rendah graduan tempatan? Bukan saya, brader, tapi syarikat nak melabur di Malaysia. Macam mana nak hantar kamu training di London dan Boston, Frankfurt dan Paris, jika tak boleh tutur bahasa perantaraan dunia? Yang saya ke US baru-baru ini, jumpa diplomat dan wartawan dari 25 negara lain - tentunya bertutur Inggeris, bukan Jawa dan Bawean.

Jadi Malaysia kena perbetul sistem pelajaran.
Dah ramai betul menteri pelajaran keluar masuk, macam-macam benda dibuat, tapi tak boleh fix education system.
Kenapa?
Jawapannya mudah: Di Malaysia, politik masuk campur dalam education.
Nak ajar matematik dan sains dalam Inggeris orang berdemo dan maki macam-macam bahawa kita lupa bahasa sendiri.
Katanya orang Jepun (penduduk 127 juta) dan Korea (penduduk 48 juta) ada bahasa sendiri pun boleh maju - tapi negara mereka besar dan ada produk sendiri.

Malaysia ni kecik saja (27 juta), dan tak ada barangan sendiri seperti Sony dan Panasonic, Samsung dan Kia. Kita hanya kilang memasang barangan orang seperti Dell dan HP, Nokia dan Samsung.
Penduduk Taiwan kecik, 23 juta, tapi mereka jauh di depan. Brand mereka selain LG dan Acer, ialah negara OEM - original equipment manufacturer.

Banyak barangan elektrikal dan elektronik di dunia yang anda gunakan dengan jenama lain tu, dibuat di Taiwan atau dipasang oleh syarikat Taiwan.
Saya pernah cerita tentang syarikat Foxconn - OEM syarikat Apple di sini.

Maksudnya, banyak syarikat Taiwan ni kerjanya ialah memasang barangan yang didesign syarikat lain. Mereka juga tolong design sikit dan pandai dapat sourcing for materials.
Di Taiwan banyak syarikat kecil dan sederhana yang boleh keluarkan barang kecil elektrikal dan elektronik yang boleh dipasang dalam produk berjenama. Di Malaysia dan Singapore tak banyak syarikat kecil dan sederhana berkualiti begini.

Kamu ingat Nokia kamu dan Macbook kamu dipasang oleh mat salleh di Finland dan Amerika ke? Toshiba dan Dell kamu juga.
Mungkin pekerja di China dan Vietnam yang bekerja dengan OEM Taiwan.

Itulah branding dan brand name Taiwan. OEM country.

Lama-lama pasang produk orang, mereka pandai jadi tukang copy. Baru timbul syarikat ponsel yang sedang naik kini, HTC. Mereka dulu OEM saja.

12 comments:

Q said...

Nampak gaya uni-uni semalaysia akan kene rombak sukatan pelajaran die lah kot. Sekali dengan PPSMI mgkn akan ditimbulkan balik. Flip-flop lah jwbnye.

Anonymous said...

Saya masih bingung. Hang Tuah itu maling atau Jaguhan. Pinter atau bodoh? Sampai sekarang sitiuasi politik sama aja bang.

Yang penting sekarang, pak polisi harus sirius. Kalau maleng dapat di hapuskan, pelancung dan pelabuh akan datang. Begitu juga system administrasi dan hukum. Sering berubah ubah. Pusing di buat nya. Ahli politik pula sering bertikam lidah, semua tak ada nationalisma. Saya kira yang harus di ubah dahulu ... ditingkatkan pendapatan ahli pekerja pemerintah. Susah tu. Inflasi. Belanja harian sekitar 20 atau 30 ringgit tidak sejajar dengan gaji de800 bulanan. Ini punca korupsi. Kalau ini tidah di atasi , di gali sumber semula jadi macam ERP pasti tidak akan menjadi ! Tu aja.

Anonymous said...

malaysia ni tak serius nak berubah sebenarnya. Dia masih nak biarkan penyangak jadi bos-bos.Kalau dia dapat salah penyangak ni, dia tetap biarkan atas alasan nak ambil balik benda yang dah kena rompak. Pada aku itu bukan caranya, itu buang masa, anyway biarkan saja lah KERA-KERAjaan yang ingat sistem dan cara dia tu best in the world. Dia masih nak peluk tubuh, nak gunakan negara lain as their basis, walhal Amerika dah tahu strategi yang dia buat tu. Hehehe... washington dah start buat pusingan, Malaysia masih takok lama.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. kalau dah KERA tu KERA juga lah dia...

...adioss....

Anonymous said...

Open,

maaflah pasal kamu ni orang temasik, nak kempen ikut temasik, apa agaknya jika kamu orang taiwan, tentu lah suruh pakai bahasa cina.kalu kamu orang jerman tentu suruh pakai bahasa jerman.

tak ada jati diri.


-jawa meru klang

remgold said...

Jawa Meru Klang,
maaf saya rasa saudara mungkin tersilap.
jati diri, pada saya, bukan kita pandai cakap bahasa melayu saja, lepas tu sanggup diperlekehkan orang di negara sendiri sebab tak pandai bahasa lain.
tak boleh jadi manager di ibm dan shell, boleh jadi clerk bawahan saja, kerana nak sangat 'jati diri (atau identity) sebagai melayu.

saya tak suruh pun kita buang bahasa melayu atau agama. cuma saya ajak kita bersama belajar bahasa inggeris agar boleh control negara sendiri dan digemari majikan asing.
kita tentu bangga lihat orang bernama mahathir dan anwar, khairy dan izzah-pakai-tudung boleh bertutur dwibahasa ajak debat apa isu pun.
boleh diri sama tinggi dgn bangsa dan agama lain.

jika saudara kata jati diri bermakna kita protect bahasa melayu ni utk bangsa melayu, tapi tak pandai bahasa lain, terpulanglah.
yg mahathir dulu nak ajar ppmsi di sekolah dulu, beliau tak suruh hentikan bahasa melayu.
tapi beliau nak ajak kita jadi seperti orang cina malaysia - jati diri bangsa dia, iaitu bangga jadi orang cina dan ada budaya cina. tapi pada masa yg sama jarang kita jumpa cina di msia ni pandai hanya satu bahasa.
yg paling bodoh pun orang cina di msia beliau pandai bahasa dia dan bahasa melayu (orang india dan orang iban pun gitu!).
cina, iban dan india yg bijak ada tiga bahasa - boleh berbahasa inggeris!
tak kurang pun jati diri mereka?

yg melayu dapat satu bahasa dah syiok. dia rasa itulah makna jati diri? identiti bangsa?
yg saya khuatiri ialah kerana tak pandai bertutur inggeris nanti hanya boleh kerja dgn kerajaan. atau jika di syarikat swasta jadi clerk biasa, junior accountant, kerana tidak diajar bahasa perantaraan dunia, macam mana nak naik pangkat tinggi? nak masuk board meeting? nak ada conference call dgn london dan new york?

cerita melayu di temasek: tidak betul jika dikatakan melayu muda temasek ni tak pandai cakap melayu. cuma mereka tak gitu gemar cakap bahasa melayu sebab campur dgn bangsa lain (melayu hanya 15peratus di singapork).

saya pernah ditanya pakcik di kelantan: kami takut bahasa melayu hilang, agama islamnya pun hilang.
jawab saya: di spore, kini khutbah bahasa inggeris di banyak masjid (sebulan sekali. di masjid di bandar dua minggu sekali). ada kelas agama bahasa inggeris jika kamu mahu.

tak bermakna orang tu tahu bahasa melayu mesti tertib agama. kalau tidak, kenapa mat rempit dan yg masuk pusat pemulihan semua budak melayu yg hanya tahu bahasa melayu.

nak ikut agama atau ada identity melayu-islam tak ada kena mengena dgn bahasa. tapi dgn semangat jati diri yg saudara Jawa Meru sebut.
jika seorang tu pandai 100 bahasa, dah jadi MD syarikat Google pun, tapi jika dia mahu terus jadi melayu dan muslim, tetap dia akan ikut.
tapi jika dia drebar dan hanya pandai bahasa kelantan, jika dia tak suka islam dan jadi melayu, sosat ju mamat ini.

di pejabat saya di spore, tak ramai wartawan melayu (ada 200 wartawan straits times, saya rasa tak sampai 10 pun melayu-muslim).
malah, ramai sangka saya mamat msia. saya tak marah malah galakkan lagi (iaitu bersembang cara orang msia -banyak lawak dan lenggok utara) agar mereka tahu ada juga budak melayu muslim 'msia' yg boleh berdiri sama tinggi dgn mereka.
jgn ingat tempat kami hanya di pejabat telefonis atau security room.

ini temberang orang temasek lah, brader. jangan marah.
mungkin saya silap. maaf.

Anonymous said...

bab ekonomi ni kan PED, setiap kerajaan ada strategi dia. Malaysia dia guna strategi back door. Guna front door dah sah kena blok. Kalau kita tengok marketing flow sekarang ni, Malaysia tak bagus, buruk sangat. Kami eksport berjuta-juta tan, still our economy not good. Duit tak mari balik, aisehh rugi la meniaga. Takkan Malaysia bodoh kot.. ramai PhD dalam Malaysia ni, univeriti op LONDOn bang. Malaysia tak ambil duit tu sebenarnya, instead kami bayar pada tauke dengan duit kami, so no money getting out of the country. Duit yang pengimport bayar, kita keep there in their country. Kita invest using their money and their name. Tapi setahu saya washington dah tahu. Al-maklum la amerik tu law and order dia dah cover cantik. So nak bagi menarik sikit dia ubah sikit jerr strategi dia, sebab dia tahu, if u are using my currency to attack, we got a couple of law to divert urs. Nobody will say anything since it not involved any third party, just within our "regulation". Bab ni setakat ni jerr boleh cerita. Cuma ye lah, kalau u nak kata bolehland ni menjunam hehehe... itu permainan politik sahaja. Actual fact dia lain... kita ada kelebihan lain, cuma masalah dalaman negara ni, bab nak ubah persepsi ekonomi dan budaya berfikir umat tu yang payah. Semua nak kira aku ada degree mesti ada ini-ini untuk aku. Mentaliti ni masih tak berubah. Masih berfikir guna buku tahun 80-an dulu. Masih tak mahu mengaku bahasa pengantar engineering, law, economy etc masih dalam bahasa inggeris... nasib la labu...

Q said...

Nak tambah lg sket ni hehe.
Kat Msia ade je OEM tp tak tau kat mana silapnye mereka2 ni x digilap ntuk keluarkan jenama sendiri. Kemudian br thn ni nak dibuat ke arah itu. Taiwan pun dah ade syarikat kereta die sendiri. Kemudian kat negara-negara Korea,Jepun,Jerman kbnykn mahasiswa die majoriti sains dan tek. Kat Msia mgkn ssh dan amik masa yang lama nak ubah mentaliti kerja gomen sbb sng. Pecahan saya tak tau jika x sama bnyk mgkn lg kurang dr aliran sastera dan sosial.Yang pandai2 berkelana, tggl la bakinya di dalam negara.Jd wal asal balik asal.

orang kampung said...

Sdr.Rem,

Kalaulah blogger-blogger tertentu, para komenter tertentu, parti-parti politik tertentu dan golongan rakyat tertentu berfikiran RASIONAL seperti sdr, mungkin Malaysia boleh memacu kedepan sekurang-kurangnya menyaingi negara-negara yang dulunya jauh di belakang Malaysia.

Tapi apakan dia....semua nak jadi juara....semua nak jadi pemimpin, tak nak dipimpin...semua nak merebut kuasa...dengan apa cara sekalipun at the expense of the country's well-being etc.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,

The reality hurts. But it is best we face it. All I can do now is to prepare my own children with the right skills and language requirements. Expose them to organising skills.

Unfortunately, it is too late for me to wait for the government to wake up to the dire straits of our education system.

By the way, just love to see my 4 year old with the Ipad. Took to it like duck to water. These kids...the world is their Iphone, or IPad as the case may be...

Timur Tengah said...

Belajar lah Bahasa Inggeris, juga Bahasa Arab (Bahasa Al-Quran). Bahasa Melayu jangan kita lupa pakai di rumah atau bila kita pulang ke kampung. Tak hilang jati diri kita. Pengalaman saya menemuduga pelajar-pelajar Melayu Muslim dalam Bahasa Inggeris ketika di Malaysia memang menyedihkan. Macam mana nak bayar "fresh graduates" ini RM4K - RM5K sebulan kalau tak pandai berbahasa Inggeris. Berbelas tahun saya berurusan dengan Petronas, Shell, Esso Prod. & Talisman semuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Bagaimana kita nak lawan berhujah teknikal dengan mereka-mereka dari negara-negara Selatan Asia (India, Pakistan & Sri Langka) kalau kita kaku tidak petah bercakap. Di pasaran tenaga kerja antarabangsa, orang di nilai pertamanya dari gaya percakapan, kepetahan dan kepakaran atas satu subjek (subject matter expert). Selepas kita membuktikan kebolehan kita baru lah mereka akan menghormati kita (respect is something that is earned).

Doha, State of Qatar

Timur Tengah said...

Belajar lah Bahasa Inggeris, juga Bahasa Arab (Bahasa Al-Quran). Bahasa Melayu jangan kita lupa pakai di rumah atau bila kita pulang ke kampung. Tak hilang jati diri kita. Pengalaman saya menemuduga pelajar-pelajar Melayu Muslim dalam Bahasa Inggeris ketika di Malaysia memang menyedihkan. Macam mana nak bayar "fresh graduates" ini RM4K - RM5K sebulan kalau tak pandai berbahasa Inggeris. Berbelas tahun saya berurusan dengan Petronas, Shell, Esso Prod. & Talisman semuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Bagaimana kita nak lawan berhujah teknikal dengan mereka-mereka dari negara-negara Selatan Asia (India, Pakistan & Sri Langka) kalau kita kaku tidak petah bercakap. Di pasaran tenaga kerja antarabangsa, orang di nilai pertamanya dari gaya percakapan, kepetahan dan kepakaran atas satu subjek (subject matter expert). Selepas kita membuktikan kebolehan kita baru lah mereka akan menghormati kita (respect is something that is earned).

Doha, State of Qatar

Ikot Cakap Aku Don't Do A I Do said...

Tengok la Pak Menteri Melayu juga anak cucu cicit Onn Jaafar, Husein Onn, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Ungku Aziz...tengokla mana mereka belajar, bahasa apa mereka guna di `istana' sesamer sendiri?
Come on la, bangkit dari slumber..jgn kita jadi halang org melayu yg nak mara ke hadapan supaya semua melayu terus layu mundur. tolong la bangsa ku bangoonnn....