Kita semua dah baca interview The Star dengan Taek Jho Low. Atau nama sebenarnya Low Taek Jho.
Saya tahulah ramai marah (atau jealous), atau paling tidak, Kurang Selesa, dengan budak 28 tahun ini sebab beliau dikatakan rapat dengan First Family. PM Najib dan keluarga.
Yang buat orang tak selesa ialah beliau selalu nampak sedang pegang botol besar champagne. Lagi joget dengan Paris Hilton. Terima Kasih blog Melayu Bersatu.
Sedang berpesta dengan mamat Arab - yang katanya rakan karib dari Abu Dhabi, Kuwait dan Saudi Arabia (Cerita Arab anak royalty minum arak, berpesta dengan pompuan setengah bogel tu cerita lain, beb).
Dan ramai mungkin rasa tak selesa sebab Jho ni katanya ada buat business deals untuk kerajaan Malaysian dan Dato' Sri Najib.
Tapi saya lihat dari perspektif lain.
1) Jho Low anak orang kaya dari Penang. Bapanya dulu boss syarikat engineering MWE.
Tentu perangainya tak macam perangai orang miskin atau lower middle class - macam saya!
Beliau bukan Muslim, jadi takkan beliau nak bergambar duduk dalam masjid sedang berzikir?
Jika beliau bergambar dalam gereja pula, nanti lagi problem untuk sesetengah orang.
Dan beliau budak muda, belajar di universiti anak orang kaya di Amerika Darul Kapir, tentu perangainya pun lain.
Jadi perlu ke kita tak selesa dengan perangai beliau ni?
Memang pada saya "excessive lifestyle" mereka ini. Mereka bukan saja minum arak, tapi main simbah-simbah buih arak tu. Membazir besar.
Tapi kan saya dah kata, ini bukan perangai orang biasa seperti saya yang nak makan luar pun kena fikir sama ada baget bulanan tak balance.
Beliau kata kena buat gitu kerana nak layan clientnya - mamat Arab dogol mabuk.
2) Beliau buat deal dengan Najib sebab rapat dengan "First Lady" Rosmah. Itupun jadi problem.
Tapi bukan Jho saja yang rapat dengan First Family.
Salah ke jika beliau jadi crony Rosmah pun?
Kan PM-PM lama semua ada list 'crony' masing-masing?
Dan mengikut pendedahan blogs, bukankah DAP baik PAS atau Anwar pun ada 'crony' masing-masing?
Pasir di Selangor, balak di Kelantan, masa Anwar jadi DPM dulu.
Kan semua projek diberi pada geng rapat masing-masing?
Jho ni pula, menurutnya, membawa masuk pelaburan Arab ke Malaysia!
Katanya pelaburan US$100 juta masuk ke Iskandar Malaysia daripada syarikat Kuwait dan Abu Dhabi.
Bank komersil Abu Dhabi membeli saham RHB Bank, bank 'Melayu', kerana Jho kata slow talk dengan bekas pengerusi bank Abu Dhabi itu bahawa Malaysia bagus.
Qatar Investment Authority nak melabur tolong majukan airbase Sungai Besi, KL.
Beliau juga dulunya membentuk dana saham Terengganu Investment Authority (TIA) dengan bantuan Sultan Terengganu/Agung.
TIA itu kini diambil alih kerajaan Malaysia dan namanya ditukar kepada 1Malaysia Development Bhd, atau 1MDB, sovereign wealth fund pertama negara ini.
Iaitu dana kekayaan negara - pakai duit rakyat - untuk pelaburan di luar negara.
Dan kini, Jho nak bawa Jamie Foxx dan Leonardo diCaprio berlakon dalam movie yang difilemkan di Malaysia.
JIKA ini semua benar, maknanya mamat 28 tahun ini berjasa besar kepada negara!
Bawa pelaburan besar masuk ke sini!
Dan tubuhkan dana pelaburan besar!
Nak bawa masuk pelakon top, suburkan nama negara!
(Jho kata tak betul bahawa beliau dapat kontrak RM500 juta pembangunan semula airbase Sungai Besi. Yang dapat kontrak itu, katanya, ialah 1MDB).
Tentunya ada deal lain sedang dirancang.
Jika benar, kan rakyat Malaysia semua patut sokong kerja beliau?
Untung Malaysia dapat dealmaker seperti ini!!!
Apasal kamu jealous tak kena tempat!
Cuma, teringat saya akan budak 28 tahun dulu yang disebut sebagai 'the most powerful 28-year old in Malaysia'.
He turns out to be a disappointment, ada orang kata.
Namanya Khairy Jamaluddin.
BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!
10 minutes ago



9 comments:
Dia ni memang world class. Pandai bawak diri dan yang susah nak dicari tu masih ingat Malaysia lagi. Kalau diikutkan orang yang ada wealth fund ratus2 juta USD ngn gf artis Hollywood mmg dah jd rakyat US je la. Tabik pada dia.
Nak tau jugak adakah dia duta tidak rasmi Msia untuk kerja2 di belakang tabir.
Org yang paling jealous adalah KJ....ada org lain dah ambil title dia..the most powerful kid in Malaysia....
Dan Jho Low bawa masuk FDI....KJ bawa keluar...hehehe
lagipun bayangkan...dia mulakan bizmes dia dgn modal terkumpul duit adik beradik mak bapak kawan sahabat sebanyak lebih 70 juta usd...mak datok...itu baru modal...kita nak buat untung sebanyak tu...dia buat modal jer....so..dia dah kaya from the beginning...
Pasal enjoy2 tu....kat KL ni jer dpt gaji...terkinja2 minum arak clubbing....itu melayu islam tu...so tak payah heran lah kat Hollywood sana..
Jho Low, kira terer arr PED, kalau betul le, dia yang bawak masuk FDI. Memang pandai ampu la tu, dasat... cuma ye la. Malaysiakan darul kaabah pada orang-orang PAS ngan UMNO.. kira Jho tu dah mencemar la tu. Tapi kalau kat hollywood, rasanya biasa jerr... lagi pun, geng2 yang dia dok belanja tu ARAB....hehehe...
Bro, mintak izizn aku nak copy cerita ni, memang best.
TQ
House PK,
semua blog - kerana ia sebenarnya adalah Public Diaries - can be copied without permission!
ie jika seseorang tu tak mahu kongsi info atau cerita dia, boleh jadikan blognya privet. opened to those invited only.
cerita ini bagus ke tidak, silalah ambil.
sakmongkol ak47 pun ada tulis tentang dealmaker kesayangan ramai ni, jho low. bukan kj (jgn marah khairy).
Bro, as I said earlier wrt the phrase that the star used: right place, right time and right people. And I added; for you kids. Well... Not everyone could afford to send their kids to such schools. But not going to comment about that... just to comment your last sentence wrt KJ. Don't you realize one important point at the back if you put this J Low, KJ & Daim in one single line? Two of them (except KJ) seems doesn't has a political ambitious to be the next PM. That is the key to their version of success story. You start get mess when you have intention to be next PM and somewhere somehow will side track you from "contributing" to prosper the country, then it become you owne personal agenda despite of country agenda. *In the context minus the negative story about Daim lah... of course the word of prosper itself could lead to question by many i.e. such as phrase of satu untuk engkau 3 untuk aku, 2 untuk engkau 5 untuk aku… taken from PRamlee’s Nujum Pak Belalang. Satu untuk Negara 3 untuk aku, 2 untuk Negara 5 untuk aku…
Just to add to the earlier phrase - right place, right time, right people and no political ambitious to be PM; then you can give meaningful contribution to the country (if you have the access like those circulating in the corridors of power).
Salam - Doha, State of Qatar
Maybe Jho Low is a bigger fish than Ling Liong Sik
Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE
House PK
Dont need to go to Sakmongkol La bro.. where Malay bashing is the theme of month...
"if you cant take care of your dick...you cant take care of your head"
salam,
the last para tu he..he.. kelakar sungguh.
Post a Comment