Orang Jepun dulu bodoh tak tahu buat kereta. Mereka copy kereta omputeh dari Amerika dan British, kini control satu dunia sebab mereka dah pandai mereka jentera yang cantik dan murah.
Sama juga dengan barang elektronik seperti TV dan komputer. Jepun dan mamat Korea copy dari omputeh, lepas tu buat lebih kecil, menarik dan murah.
Sekarang China pun dah jadi negara copycat. Kereta, barang elektronik termasuk ponsel, aircon dan TV serta fridge.
Si Muslim pun pandai copy juga. Yang reka suicide bombing bukan kita, tapi antaranya ialah Tamil Tigers dari Sri Lanka.
Begitulah cara mereka letupkan bom yang membunuh bekas PM India Rajiv Gandhi - pada 1991, lama sebelum suicide vest ini jadi trademark Umat M.
Sekarang Muslim dah 'perfected the technology', kata omputeh.
Bukan saja mereka serang tentera musuh - kalau yang itu OK juga woi - orang lagi solat kat masjid pun dia letupkan berkali-kali, hanya kerana perbezaan pendapat. Bravo.
Jika kita terus sokong mereka ini, jangan terkejut jika nanti satu hari ada mamat Melayu bangang yang letupkan dalam KLCC dan di masjid KL.
Saya selalu mengeluh.
Kenapa kita tak pandai copy benda seperti di bawah ini.
Dengan rekaannya orang New Zealand, mereka dapat bantu mamat lumpuh ini (GAMBAR) berjalan!
Syiok saya lihat. Dan jealous untuk umat.
Kalau nak suruh kita invent iPad atau laptop baru, tentu tak boleh buat.
Tapi, saudara dan datin, jika kamu ada anak muda yang boleh diajak invent benda yang akan dipuji manusia, tentu akan disebut-sebut nama inventor bernama Muslim itu.
Cerita Rex exoskeleton itu di sini. Ada video lagi!
Mungkin mesin ini tak begitu baik. Tapi tentunya masih boleh diperbaiki. Alangkah baiknya jika nenek dan datuk kita dapat berjalan semula!
Tak payah yang teknologi canggih. Lihat saja vuvuzela - trompet plastik rekaan omputeh Afrika Selatan yang begitu popular dalam World Cup.
Mudah saja. Mamat pereka kata dia copy dari vuvuzela yang digunakan orang kulit hitam, dan diperbaiki.
Kini jadi hit seluruh dunia dan mengkayakan perekanya.
Dah kaya kelak, kamu belilah 10 kapal aman gi Gaza, atau buat 10 universiti dan hospital di Egypt, Jordan dan Syria nak bantu Palestin.
Kalau kamu baca sejarah, kamu akan tahu bahawa puak yang control Jerusalem tu bukan hanya selama 10, 20 tahun, tapi beratus tahun. Jadi jika nak sangat kalahkan mereka, fikir strategi jangka panjanglah.
Jangan nak lepaskan geram tak kena tempat, malukan umat dan agama.
Enough said.
-----------------------------------
KOPI LUWAK HARAM?
Saya rasa ulama Indonesia ni baca blog remgold. Heehee.
Baru minggu lalu saya bual tentang kopi luwak - kopi dari najis musang. Kini dah mula ada yang nak keluarkan fatwa pulak. Nak haramkan kopi ini.
Walhal, kopi luwak ni dah puluhan tahun, jika tidak lebih dari itu, jadi tradisi minuman di Indonesia. Kesian si musang luwak ni (GAMBAR).
Luwak pulak pandai cakap omputeh, dan memberitahu blog ini - 'What did I do to deserve this? I just ate my fav food and shat. Like that also cannot?'
Gila.
Negara kamu banyak isu corruption, termasuk yang dari partai politik beragama pun. Menteri Agama pun pernah dituduh kebas duit orang nak gi haji! Astaghfirullah.
Itulah yang diselesaikan dulu, 'bang.
Ramai rakyat miskin. Tinggal tepi longkang, mandi dalam longkang.
Keluarkan fatwa orang kaya bantu orang miskin ler.
Jangan jadi macam ulama Malaysia. Negara dah nak terbalik.
Dia sibuk haramkan yoga dan makyong, sibuk nak jadi negara Islam konon (sekarang dah tidak, hanya nak negara-Islam-yang-direstui-DAP). Tapi nak repair kepala paip pun panggil teknisyen Cina.
Umat bodoh dipermainkan orang, tak ada fatwa pula agar rajin belajar dan jadi pereka besar.
Tak ada fatwa bahawa umat yang pemalas jadi pekerja kolar biru tu haram, kena jadi akauntan dan lawyer dan doktor.
Tak ada fatwa bahawa tak guna ngaku Islam, jika makan duit rakyat berjuta. Tak guna ngaku Islam jika kebas pasir, lepas tu tuduh orang lain buat.
'Hampir-hampir kemiskinan itu menjadi kekafiran' - itu satu hadith yang saya dengar masa budak sekolah lagi, yang selalu berngiang di kepala pakcik tua ni.
Kenapa jika miskin = boleh jadi kafir?
Sebab orang miskin kena cari makan dengan orang kaya. Kena buli, tak dapat beribadat dengan sempurna.
Kalau kamu kaya, boleh parking dalam masjid setiap hari, ada drebar tunggu kat luar dengan Merc.
Tapi itu saya, tak tahu apa citarasa anda.
Nak marah pun, teruskan, brader.
Ini keluhan orang minoriti Temasek yang sering, katanya, dipijak.
Kamu kaum majoriti di negara jiran buat apa?
Gaduh politik tak habis-habis. Kami nak jadikan contoh Melayu-Islam mithali kat mana?
Tengok utara, kecoh Melayu lawan Melayu.
Tengok selatan, rumpun Melayu lawan Melayu merampok.
If Only...
1 hour ago






11 comments:
Pak Rem, Melayu-Brunei masih ada. Bolehlah dikata the best of Malay.
Hehe.
Rem, u tanya berguni, u dah jawab berpikul pun...langsung tak bagi muka kita nak jawab hehehehehe...
Melayu handal dalam berpolitik, siang malam petang, tak lekang dengan telefon, dalam jamban pun main sms, dalam kelambu pun bawa lap tog nak blogging hehehehe..
Politik sudah jadi darah daging orang Melayu, Cina dan India pun dah mula terikut, 1Malaysia.
Cuma makin banyak politiking orang Melayu, makin hampir papa kedana, hampir kafir lah tu walaupun PAS tumbuhkan ulamak macam cendawan.
Intelek dan bijak pandai Melayu terkumpul dalam penjara kerana terasuah sebab tu tak dapat cipta robot, ulama yang tertinggal di luar sebok nak haramkan kopi luwak pula.
orang Melayu Islam reti mengutuk aje, dulu TDM buat Proton..hasrat nak buat negara Malaysia ni boleh mereka cipta kereta macam kat Korea dan Jepun..yang sinis banyak lagi.. mengutuk kata kereta Proton tak berkualiti dan sebagainya..projek kroni dsb
dulu buat bangunan dan jambatan semuanya kontraktor dari Korea ataupun dari Jepun.. sekarang dah banyak kontraktor Malaysia...sebab apa projek ni orang Malaysia dapat ilmu kerana projek mega .. tapi orang Melayu Malaysia jumud kata projek mega , projek kroni dan sebagainya..
Idea (ide?) ada, political will political muscle pon ada. Yg takder? Amanah, kerja utk rakyat (bukan utk saya, work with me la gamaknya, tapi cakap misti sruper bikin tau..!!) Why o why misti isi kantong sndiri sampai bocor nih? Cukup utk 2 generasi dah la (oops, how much is enough before it is too much?).
Garis panduan? Kita semua akan ke saner - innallillah...
Bro,
Malaysia ada mempunyai seorang bijak pandai mereka cipta barangan seumpama robot dan sewaktu dengan nya.bukan tak dak. Ada.Nama dia Zulkifli(kalau tak silap).Pernah keluar artikel tentang si Zul ni dalam suratkhabaq beberapa kali.
Kalau hang ada ide atau minat nak tenguk apa yang dia dah reka cipta pi la cari dia. Tanyalah orang gomen bab reka cipta ni tentu depa tau pasai Zul ni.
alunbm,
daulat tuanku: mana hamba nak cari cerita tentang zul ni?
nak google apa rekaan atau universiti mana? tolong carikan bro.
kita play up lah sikit.
lagi satu saya nak komplen tentang msia-indonesia ni (senang sungguh nak komplen!) - mereka tak pandai canangkan KEJAYAAN, success stories, macam spore.
kat temasek ni kadang benda yg dia buat kecik aje, tapi akhbar (akhbar yg saya kerja dan media lain di sini) mainkan lagu macam orang tu hero besar. bukan nak apa. agar jadi iktibar dan contoh baik.
agar menarik hati pelabur luar - eh eh orang singapork pun dapat reka juga.
kat msia bila kamu pernah baca cerita success stories di MSC atau universiti di mukasurat 1? jadi berita utama tv3?
habuk tak ada.
yg gaduh politik itu jadi permainan utama. bak kata kluangman, sampai cina dan india pun terikut main politik anwar dan khir toyo ni.
Q,
brunei darul minyak tu, maaf kata, tak dapat jadi contoh sebab tak ada politik langsung pulak! hahaha. worse than spore dari segi politiknya - sebab semua sonyap.
dan tak ada berita business besar. takut pula negara itu makin sonyap setelah bilis azrinaz mazhar hakim. ish ish ish.
Anon 0738,
sayang niat baik dr m tentang proton tak jadi. sebab ada orang atas kebas duit atas nama r&d, lepas tu kena tindas langsung zaman badawi. para adviser beliau tamak nak suruh jual proton, mereka dapat cut.
walhal kereta keluaran barunya Waja dan Exora ada banyak design budak tempatan (engineers melayu dan cina, tak kisahlah, janji design tempatan. anak watan). tapi proton ni orang dah tak suka.
Tazkirah Free,
how much is enough? heehee.
saya selalu angan2 jika aku kaya raya, jutaan aku tu bukan utk beli 10 kereta dan 10 rumah di 10 negara, tapi utk sponsor anak2 bijak pandai tempatan. cari kat kampung2, ramai beb, cuma tak ada duit.
saya di rumah seorang menteri kelantan pas baru2 ini. ada budak kampung datang ke rumahnya minta duit. nak lanjutkan pelajaran. rm200 pun dah cukup utk budak ini.
adoi. saya terfikir yg kat bandar kl, datuk dan puan sri ada banyak kereta, rumah mewah, tak ada ke nak tolong rakyat miskin utk belajar?
kamu war-warkan - saya datuk remgold, ada Tabung Pelajaran Baru - siapa nak apply datang sini, tapi kena ada 6,7,8,9A (misalnya). dapat laptop, buku free, dan macam2 lagi. setahun sekali, ramai2 kita gi luar negara agar dapat luaskan pemandangan dan fikiran. ada exchange programme dgn kolej atau uni lain.
tapi juga kena agree saya pantau secara rapi apa kamu buat. kau ingat nak kasi duit lepas tu lari? laptop buat main facebook?
bimbing mereka sampai naik ke atas lah beb.
saya tambah rahsia sikit - saya kenal seseorang lagi buat gini.
di indonesia, bukan di sini. walaupun niatnya niat politik (cerita panjang), tapi bagus betul idea depa ni - pelajar terbaik di indonesia dihantar olehnya belajar ke univ top di amerika!
all expenses paid. free.
tapi takkan uni terkenal tu (tak boleh kasi nama, tapi top 5 ivy league) nak kasi chance masuk kalau depa ni bukan kaya raya macam nak rak. itulah rahsianya.
dalam 10 tahun lagi, graduan ini jadi pemangkin bangsa mereka. setahun depa ambil 2-5 orang saja. ongkosnya, pak? waduh, tinggi benar us$nya. kamu usah ambil tahu.
kita buat yg rendah2 oklah. kasi rm200 kpd pelajar kampung tak boleh ke?
bravo brade... belasah je puak-puak ni, bakar kaum M biar dia kepanasan dan bangun dari tido, gi kerja kuat tingkatkan illmu, kuasai ilmu, kuasai ekonomi. saya sarankan tuan banyakan tulisan yang cam ni
Bro,
Sila mintak dekat lebai google alamat ini www zulldesign.com
Nah bro akan ketemu saudara Zul kita yang pakar dalam bidang autotronic. terima kasih.
Salam,
Cerita Zul Hantu ni menarik. Kalau era 80-an, 90-an dulu ciptaannya banyak advance mendahului masa tapi dek kerenah biokrasi dan mentaliti memandang rendah ciptaan orang tempatan, ciptaannya gagal dikomersialkan. Contohnya (berdasarkan bacaan saya berbelas2 tahun yang lepas - satu teknologi yang diciptanya ialah teknologi wiper yang bertindak auto bila terkena simbahan air ie. air hujan), Zul pernah merungut yang teknologi wiper yang diciptanya dan cuba dipasarkannya kepada PROTON tetapi dibakulsampah. Kalau kita tengok kereta macam Lexus, teknologi ni dah jadi common (2005 ke atas), padahal Sdr Zul ni dah cipta lama belas2 tahun dulu.
Tapi untuk menyalahkan 100% PROTON tak boleh juga sebab "pada ketika itu" decision making "saya rasa" masih dikuasai group Mitshubishi.
Saya nak komen pasal politik pecah belah yang tak menguntungkan Umat M.M. Ukk dulu kata orang Terengganu. Waktu Zohor kat sini baru masuk.
Salam - Doha, State of Qatar
Bro, minta izin sambung balik. Sejauh mana kita boleh percaya pada system demokrasi. Saya tak percaya, kenapa (?) sebab demokrasi bersandar kuat pada populariti. Contoh klasik Mawi (Akademi Fantasia) dan Nuar Brahim (Nuar Brahim vs. Ghafar Baba). Dan populariti pula sesuatu yang boleh direkacipta selagi ianya berasaskan platform commonality (cause). Asalkan ada fulus ada media / saluran, ada cause maka populariti (make-up) boleh dicipta seterusnya menaikkan ranking dan mendapat tempat dalam sistem demokrasi. Betul atau salah sudah jadi isu ke-2.
Saya cuba memikir negara Islam mana yang maju gear 5 dalam masa yang sama bergerak atas sistem demokrasi. Ilek pochi tak ada. Mungkin saya silap, boleh tolong betul kan salah tanggapan saya. Jika ada negara Islam yang berkemampuan meletak diri mereka jauh ke depan, pasti akan ada malapetaka yang dinantikan untuk mereka. Masih ingat tukaran matawang USD ke RM sebelum krisis Tomyam 1997 (Asian Financial Crisis). Lagi2 kalau negara Islam tersebut mengamalkan sistem demokrasi, lagi lah mudah dipecah belahkan dengan mengujudkan populariti watak2 tertentu. Contoh Iraq, lebih jauh aman di era kuku besi Saddam berbanding selepas Operasi Iraqi Freedom. Bagaimana Indonesia? Pakistan, demokrasi tak membawa mereka maju dari sudut ketamadunan kecuali kemajuan teknologi nuklear yang US terlepas pandang (?). Turki (?) bergerak atas sistem demokrasi tetapi terikat kuat dengan campurtangan tentera. GCC dengan Brunei bergerak atas system absolute monarchy, yang mana lebih mudah memimpin / membuat keputusan tanpa ada dipersoalkan (baik buruknya) – bukan sistem demokrasi. Iran yang terus terusan ditekan.
Kesimpulan yang saya cuba sampaikan, demokrasi hanya alat sesetengah kuasa yang kita tak nampak secara mata kasar untuk membantutkan kemajuan negara2 Islam jika negara Islam itu cuba lawan tauke (yang tak nampak tadi) disamping menjadikan sumber capaian mereka jika negara Islam itu mempunyai kepentingan strategik buat mereka (contoh minyak & gas di GCC, kedudukan strategik timur barat atau terusan2 penting seperti Suez dan Panama).
Kenapa tidak DYTM Raja Nazrin jadi PM Sementara, report direct ke SPB Yang di-Pertuan Agong, act as interim Prime Minister untuk satu tempoh period yang dipersetujui (mungkin 5 tahun), tubuhkan cabinet sendiri, ubah polisi mana yang patut sehingga satu solution yang terbaik dapat dijanakan bersama. Mungkin nampak kuno tetapi mungkin juga solution yang terbaik untuk tempoh sementara (INTERIM) bagi keseluruhan rakyat Malaysia dan Muslim Melayu dari terus terusan BN dan PR berkelahi menghabiskan masa, duit, sumber dan tenaga untuk menjatuhkan satu sama lain.
Salam - Doha, State of Qatar
Middle East,
how dare u say we bring sultans as our leaders! traitor! hang him. heehee.
good idea, tapi takkan abang nuar dan pak naj nak terima? takkan karpal-kit nak say yes, sedangkan mereka sedang nak tubuhkan negara islam esok?
kan umno sedang diperkasakan, takkan mereka setuju beb, walaupun short term.
selain merajakan sistem utk interim, satu cara lain yg orang politik pun dapat terima ialah nuar dan naj dan semua parti bekerjasama. Coalition Government of bn-pr utk kebaikan negara. macam di britain, macam di indonesia (opposition pdi-p telah dipujuk supaya cool down oleh prez), macam di israel pun.
tapi di msia tak boleh jadi sebab pakatan ni sangka mereka boleh tawan putrajaya 2013 dan kerana bn lemah. jadi mereka tentu tak mahu. lebih baik mereka teruskan jahanamkan nama negara (serang polis, mahkamah, macc, pegawai kerajaan, media) drpd nak kerja sama agar negara tak hancur.
last year nuar jumpa naj 1-to-1, dia minta beberapa perkara. sayang pak naj masa tu baru jadi pm dan menolak (isu ini kemudian ditutup apabila naj deny ada meeting, dan anwar tak mahu confirm). jika pm dah terima permintaan nuar tu dah reda temperature politik di msia. simple request, tapi naj masa tu rasa dia di position lebih kuat. kamu nak tahu apa anwar minta, ask around.
kini nuar dan pakatan rasa mereka lebih kuat, jadi mereka tak akan give up.
(saya sungguh harap blogger/media TIDAK ambil apa saya tulis ni dan masukkan blog/media anda. ini perkara sensitif, saya tak mahu ditarik masuk kontroversi anwar-najib. saya tulis kat sini utk pembaca saya saja. nak tunjukkan ada moves behind the scene yg boleh cool down temperatures. seperti kini mufti harussani kata ada orang pas nak jumpa umno - ada pokok bergoyang).
so for now, i can see msia continue to slide right into the longkang. maaf kata. itulah yg sedih buat negara angkat saya.
Post a Comment